POKOK AKASIA BUNGA PUTIH (Acacia mangium) pada penulis merupakan sejenis tumbuhan liar yang banyak tumbuh dikawasan belukar, hutan dan tanah terbiar di negara kita yang mempunyai iklim tropika. Apa yang unik mengenai tumbuhan ini adalah ada kemampuannya menghasilkan bahan debunga dan nektar (cecair manisan) dari celah daun bagi makanan serangga termasuk lebah madu. Penulis baru-baru ini ke hutan dan belukar sekitar Chemomoi dan Hutan Kemansul di Daerah Bentong, Pahang untuk melihat sendiri pokok akasia berbunga putih yang banyak tumbuh dikiri dan kanan jalan balak (Sila lihat foto diatas). Dalam penelitian penulis ssebenarnya terdapat lebih daripada 1,300 spesis pokok akasia diseluruh dunia tetapi 899 daripadanya berada di benua kecil Australia. Itulah sababnya kenapa negara Australia merupakan negara pengeluar madu dari pokok akasia yang terbesar didunia dengan luasnya pokok ini hidup secara semulajadi atau ditanam untuk tujuan hutan dan juga untuk pengeluaran madu. Pokok akasia daripada keluarga Fabaceae merupakan tumbuhan pilihan paling sering untuk penanaman semula hutan di Malaysia terutama di Sarawak, Sabah, Johor, Pahang dan di Selangor. Program penanaman pokok akasia merupakan satu kaedah biasa menghutankan semula keadaan hutan yang kayunya telah dibalak. Pokok ini cepat membesar dan mempunyai kualiti kayu yang tinggi mutunya untuk kegunnaan industri perkayuan. Tinggi pokok boleh mencapai 30 meter dengan diameter hingga 1 meter. Rata - rata diameter yang boleh digunakan untuk membuat perabot minimum dimana ukuran sekitar minima 25cm untuk mendapatkan sampel kayu yang baik. Pokok Acacia mangium memerlukan 5 - 7 tahun untuk mencapai diameter 30cm dimana ia cepat membesar berbanding dengan tanaman pokok hutan lain. Daridpada bahan rujukan dilapor pelaburan menanam pokok akasia dilakukan secara besar-besaran di Sabah untuk dihantar kekilang membuat kertas. Bagaimana pun artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok akasia yang engeluarkan bunga Putih yang agak jarang dijumpai berbanding dengan pokok akasia yang berbubga kuning. Penulis blod ini mendapati secara umum lazimnya pokok akasia berbunga putih berada dikawasan pendalaman ditasah agak tinggi dan pokok akasia berbunga kuning biasanya tumbuh dikawasan berdekatan dengan laut dan kawasan tanah rendah.
Pokok Akasia merupakan pokok saka berbatang keras dengan batang yang tumbuh menegak. Bahagian bunganya adalah berbentuk jambak yang panjang dengan warna putih atau kuning dan ia bergantung kepada spesis dan juga persekitarannya. Lebah dan serangga lain amat suka mencari makan dikawasan hutan akasia kerana ia mampu memberikan banyak nektar daripada bahagian daun (nektar) dan juga debunga (pollen) dari bahagian bunga. Kunjungan lebah madu, kellulut, semut, kerengga dan serangga lain pada bunga dan petiol daun pada waktu siang hari adalah untuk mencari makanan dimana ini membolehkan perusahaan menternak lebah madu amat sesuai dijalankan (Sila lihat foto disebelah). Pokok Akasia berbuunga putih merupakan pokok yang dipercayai memang natid di negara kita tetapi ada aktiviti membawa masuk beberapa varieti akasia dari Australia yang dibawa masuk ke Malaysia untuk tujuan penghasilan kayu dan pulpa yang akan digunakan untuk penghasilan kertas. Pokok Akasia juga menjadi kesukaan kepada lebah madu dimana ia mampu menghasilkan nektar untuk diproses menjadi madu yang diperolehi dari pokok ini dikenali sebagai 'Madu Akasia'. Madu akasia didakwa mempunyai kualiti yang sangat baik dan ia dikelaskan sebagai madu premium. Anda boleh membaca tulisan saya sebelum ini berkaitan madu lebah dari pokok akasia dan berkaitan dengan tumbuhan ini (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Tulisan ini berdasarkan tinjauan penulis sendiri dibanyak lokasi di seluruh negara.
Dalam lawatan saya ke Pahang, Perak, Johor dan Terengganu baru-baru ini, saya dapati ada di kalangan kita yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pokok akasia ini. Ramai yang terkejut apabila pelulis memberitahu bahawa pokok akasia mampu menghasilkan kayu balak dan juga manisan nektar untuk dijadikan madu lebah dan ternakan kelulut. Nama botani pokok ini adalah Acacia mangium dimana pada awalnya pokok akasia ini tumbuh meliar dibelukar dan ada yang ditanam tujuannya untuk penghasilan kayu bagi pembuatan kertas di kilang. Dalam keadaan semulajadi hutan akasia mudah dijumpai dilokasi tertentu terutama dikawasan pantai tanah bris disepanjang pantai timur dan bagi akasia berbunga putih dikawasan hutan atau belukar dikawasan berbukit dipendalaman. Kajian penulis juga mendapati kini terdapat banyak hutan ladang telah didirikan khusus untuk pembuatan kertas sehingga pokok akasia yang baru berumur 3 - 5 tahun pun (diameter 15 - 20cm) sudah boleh ditebang untuk dihantar kekilang. Daripada rujukan dan laporan Jabatan Hutan mendapati bahawa pada 10 tahun terakhir ini populariti kayu Akasia sebagai bahan asas bagi perabot semakin meningkat . Pada masa ini keperluan pokok Akasia dengan umur di atas 5 tahun juga kini semakin tinggi dimana bekalan tidak mencukupi. Ini kerana ia adalah jenis tumbuhan yang menghasilkan sumber kayu yang cepat dengan jenis kayu berkualiti selepas pokok getah dan pokok hutan lain. Beberapa negeri seperti Johor, Selangor, Sabah, Terengganu dan Pahang ada menanam pokok akasia dalam kawasan hutan simpan sebagai menghutankan semula kawasan pembalakan hutan.
Daripada beberapa buku rujukan yang penulis baca dilaporkan madu asli yang dihasilkan dari kawasan pokok akasa memberikan kualiti madu yang sangat berkualiti. Dalam kajian keratan rentas nectary menunjukkan terdapat organ dinamakan 'slit-like nectar cavity' pada peringkat awal pembentukan tisu yang menghasilkan nektar. Kajian makmal terhadap kualiti manisan nektar daripada akasia mendapati kandungan nektar terdiri daripada bahan gula iaitu 60% adalah Sukros, 25% adalah Glucose dan 15% adalah Fructose. Manisan ini amat digemari oleh semua jenis serangga yang hidup disekeliling pokok akasia seperti Semut, Kerengga, Lebah Madu dan kelulut yang akan menyedut manisan tersebut berulang-ulang kali sehingga habis. Nektar ini akan dibawa balik kesarang kelulut dan menyimpannya didalam kantung madu. Jika tidak ada serangga yang mengambilnya, maka cairan nektar ini akan mengering akibat tersejat oleh panas sinaran matahari atau pun ditiup angin. Jika hujan juga maka nektar ini akar cair terlarut oleh air hujan. Kesan daripada kawasan nektar yang kering lazimna akan dapat dilihat ada kelihatan warna berkilat atau kehitaman kerana terdapat jelaga yang tumbuh. Nektar dari pokok akasia dihasilkan dengan banyaknya daripada bulan Januari sehingga Ogos sebelum ia mengurang pada musim hujan pada hujung tahun. Lazimnya pokok akasia dewasa akan banyak hasilkan bunga dan debunga pada bulan September sehingga Disember setiap tahun. Wasallam!...
DUA JENIS WARNA...BUNGA AKASIA...
PALING BIASA... KUNING WARNANYA...
BUNGA PUTIH... PUN ADA DIJUMPA...
MUDAH TUMBUH...IA BERERGUNA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang UPAYA MAJU,
Chemomoi, Bentong,
Pahang, Malaysia.
(12 JamadilAwal 1438H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.