Support My Blog

Sunday, February 26, 2017

TUT POKOK - KEBAIKAN DAN KELEMAHAN

Pembiakan tanaman buah-buahan melalui kaedah TUT atau 'Marcotting' atau di Indonesia dipanggil 'Mencangkok' kini merupakan aktiviti pembiakan tanaman yang kini lazim dilakukan. Pada penulis blog mendapati aktiviti 'Mengetut' atau Mencangkok ini juga sebagai salah satu proses dalam pembiakan secara vegetatif yang bertujuan untuk petani atau usahwan nurseri memperbanyakkan bahan tanaman. Apa yang lebih penting adalah benih tanaman hasil mengetut ini juga akan memiliki sifat yang sama dengan pokok induknya dari aspek ketulinan dan marfologinya. Pokok yang ditanam hasil tut selalunya lebih cepat menghasilkan buah. Aktiviti mengetut adalah kaedah pembiakan tanaman yang paling mudah dan senang dilakukan dengan syarat mereka ada pengalaman dan kemahiran petani dan usahawan nurseri. Bahan tanaman dari tut memang sangat banyak sekali manfaatnya kepada petani. Ini kerana lazimnya hanya pokok terpilih yang berkualiti, sihat, cepat berbuah, berkualiti, mudah dipasarkan serta tahan serangan penyakit akan terus dibiakkan. Petani perrlu faham bahawa dengan cara mengetut sama saja mereka membuat sendiri atau membeli dari nurseri yang disahjan melalui Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) Jabatan Pertanian sahaja yang akan boleh menghasilkan hasil terbaik. Ini disebabkan biasanya pokok yang akan ditut adalah pokok yang tentunya sudah berbuah dimana tanaman tersebut adalah tanaman terbaik. Biasanya sebelum kita mengetut maka pemilihan pokok induk adalah asas yang menentukan nanti keberhasilan dalam tanaman yang ditut. Jika pokok yang di tut adalah dari varieti terkini dan berkualiti maka hasilkan anak benih yang berkualiti selanjutnya ia akhirnya akan menyerupai pokok indukannya. Jika pokok induk tidak baik maka ia hasilkan anakbenih yang kurang baik seperti induknya. Proses mengetut perlukan kemahiran dan ilmu pengetahuan serta bahan untuk petani melakukannya seperti pokok induk, pisau, GP7, bahan pengakaran, plastik pembalut dan hormoh penggalak akar serta tali pengikat. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kebaikan atau kelebihan teknologi mengetut tanaman serta beberapa kelemahan sekadar berkongsi maklumat dengan pembaca blog ini.


Penulis blog ini dapati tidak semua jenis tanaman dapat dibiskksn mrlslui proses Mengetut. Jenis tanaman yang biasa sesuai untuk di tut hanyalah tanaman berjenis dicotyledon serta tanaman jenis biji terbuka. Tanaman yang biasanya sering di jalankan pembiakan secara tut lazimnya adalah tanaman jenis buah-buahan (Fruit Tree). Kini ada banyak jenis tanaman buah-buahan yang dapat kita buat tut seperti pokok Limau (Citrus spp), Pokok Johon Jambu Air (Syngium spp), Pokok Jambu Batu (Psidium guava), Pokok Durian (Durio zibethinus), Pokok Rambutan (Nephallium lappaceum), Pokok Mangga (Mangifera indica) dan beberapa lagi. Kebanyakan pokok buah ini dijadikan anakbenih tut yang menyerupai pokok induk atau dalam kata lain hasil benih tersebut adalah 'True To Type'. Banyak benih tut yang dijual dipasar malam, pasar tani, nurseri swasta dan pejabat kerajaan dengan harga yang tidak terlalu makal. Ini kerana proses untuk mengetut tidak perlukan kos tinggi berbanding dengan kaedah penyediaan benih yang lain. Ramai petani mungkin masih kurang faham akan apakah sebenarnya  kelebihan dan kelemahan benih yang dihasilkan melalui teknologi mengetut atau marcotting atau mencangkok ini kecuali mereka yang berjaya dengan melakukannya sendiri untuk kegunaan sendiri atau untuk jualan. Sebenarnya apapakah kelebihan dari tanaman hasil benuh tut ini? Selain itu apakah ada kelemahan dari tanaman hasil dari benih pokok tut? Kalau kita bicangksn dengan lanjut dalam penulisan ini mungkin pembaca akan mendapat kefahaman yang lebih baik.


Teknologi Pembiakan Tanaman dengan Mengetut ini terutamanya buah-buahan merupakan satu kaedah yang banyak kebaikannya. Pertama sekali adalah dimana tanaman ini lazimnya akan lebih CEPAT BERBUAH. Ini disebabkan oleh beberapa alasan teknikal yang menyokong dakwaan ini. lazimnya pokok dari benih tut diambil daripada pokok induk yang telah disahkan cepat berbuah, buah berkualiti dan subur. Tanaman hasil tut ini lazimnya memiliki keunggulan iaitu cepat berbuah bila dibanding dengan tanaman yang berasal dari biji. Tanaman daripada biji melalui proses vegetatif yang lama untuk pokok tersebut matang selepas percambahan biji benih. Sebagai contoh pokok rambutan atau durian yang ditanam menggunakan benih tut akan berbuah llebih cepat dengan pokok rambutan atau durian yang ditanam daripada bijinya. Kedua kelebihan beni ini adalah dimana ia mampu mengingkatkan HASIL TINGGI. Ini kerana pokok tersebut berasal daripada pokok induk yang dikenalpasti mempunyai hasil tinggi serta disahkan cepat berbuah dengan buah yang berkualiti. Jika dibandingkan dengan pokok yang ditanam dari biji benih memang disahkan ia lebih cepat berhasil. Kelebihan ketiga adalah pokok ini akan menghasilkan tanaman dan buah yang memilikin sifat SAMA DENGAN POKOK INDUK. Ini merupakan kelebihan yang signifikan kenapa pokok yang berkualiti ini ditutkan untuk mendapatkan anakbenihnya. Ini kerana kelebihan mengetut ini pokok juga akan memiliki fungsi iaitu sifat tanaman akan menyerupai sifat indukannya. Jadi jika anda ingin memiliki tanaman yang sama dengan tanaman induknya dengan hasil buahnya juga sama serta rasa buahnya juga sama maka dengan menanam benih dari tut adalah salah satu alternatif terbaik. Kelebihan benih tanaman dari pokok Tut ke empat adalah dari segi Pokok TIDAK TERLALU TINGGI. Ini berdasarkan dimana tanaman hasil benih tut biasanya akan rendah dibanding tanaman yang bukan hasil tut seperti pokok dari biji. Meskipun selalu pokoknya masih sangat rendah tanaman hasil benih tut ini juga boleh berbuah lebat. Jadi perkara ini didakwa akan membuat tanaman semakin indah dan menarik. Pokok ini juga mempunyai sistem akar tunjang yang tidak sama dengan pokok yang ditanam daripada biji. Pokok dari biji mempunyai akar tunjang yang dalam dimana ini juga faktor ianya lambat berbuah atau matang. 


Bagaimana pun disamping ada manfaat atau keuntungan dari benih tut tanaman ini tetapi penulis juga dapati ada beberapa masaalah atau kelemahannya. Berikut ini merupakan beberapa kelemahan dari tanaman hasil aktiviti mengetut pokok buah-buahan khususnya. Pertama adalah dimana pokok ini lazimnya MUDAH TUMBANG atau roboh bila ada angin kencang. ini berkait dimana pokok ini lazimnya tidak mempunyai akar tunjang yang kukuh menyokong pokok bbuah-buahan yang ditanam. Pokok tut lazimnya banyak akar serabut yang berfingsi sebagai penyerap hutrien kepada pokok. Pokok yang tidak mempunyai akar tunjang dalam bermakna ia mudah rebah terutama pada jenis tanah seperti tanah gambut, tanah bris dan kurang sokongan untuk ianya tumbuh. Tanaman ini juga TIDAK TAHAN CUACA KERING atau tidak tahan pada musim kemarau. Ini kerana akar serabutnya tidak pergi jauh kedalam dan aktiviti menyiram pokok terutama diperingkat awal penanaman adalah krtitkal. Pokok yang ditanam dari biji menyebabkan petani tidak perlu buah penyiraman rutin agar tanaman tidak mati. Ada juga dakwaan dimana pokok induk daripada Kaedah Tut akan CEPAT ROSAK. Dakwaan ini berasas kerana pokok induk akan selalu dipotong dahannya untuk dijadikan bahan tanaman setelah ditutkan dan berjaya. Bagaimana pin teknik pembajaan, pengairan dan amalan agronomi yang betul mampu mengelakkan kes ini. Akhir sekali kelemahan cara tut adalah dimana jumlah anak benih yang dapat dihasilkan lazimnya adalah TERBATAS JUMLAHNYA. Ini disebabkan aktiviti mengetut pada tanaman induk tidak boleh melebihi bilangan dahan yang ada pada pokok. Bilangan jumlah dahan ditut hanya beberapa batang saja pada satu pokok induk. Bagi tujuan penghasilan secara besar-besaran agak sukar kalau bilangan pokok induk terhad. Bagaimana pun pihak pengeluar benih tut perlukan jumlah pokok yang banyak dan bersaiz ekonomik. Semuga artikel dalam anim agro technology ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!!!...
AKTIVITI TUT POKOK... KAEDAH BIASA...
MUDAH DIBUAT... PELBAGAI BUAH ADA...
KEMAHIRAN MENGETUT... MUDAH SAJA...
BENIH BERKUALITI... HASILNYA BERHARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 117, M- Design Hotel,
Seri Kembangan, Serdang,
Selangor, Malaysia.
(21 JamadilAwal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...