NENAS MASPINE (Ananas commosus) merupakan satu varieti nenas yand telah didaftarkan dengan nombor rujukkan AC4 di Malaysia. Nenas merupakan sejenis tumbuhan buah-buahan tropika yang popular ditanam di Malaysia semenjak lama dahulu. Terdapat 9 varieti nenas yang telah didaftarkan di Malaysia melalui Jabatan Pertanian untuk dikenali oleh pengusaha nenas dan pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Varieti tersebut adalah Nenas Moris (AC1), Nenas Sarawak (AC2), Nenas Gandol (AC3), Nenas Maspine (AC4), Nenas Josapine (AC5), Nenas Yankee (AC6), Nenas Moris Gajah (AC7), Nenas N36 (AC8) dan Nenas MD2 (AC9). Kawasan utama tanaman nenas adalah diNegeri Johor terutama dikawasan tanah gambut. Walau bagaimana pun industri tanaman nenas negara kini telah berkembang ke Selangor, Pahang, Perak, Kedah dan Sarawak dengan pesat terutama untuk beberapa varieti baru nenas. Kita di Malaysia beruntung kerana negara kita merupakan salah satu negara menanam nenas dengan keluasan sebanyak 16,850 hektar pada tahun 2015 yang menghasilkan sebanyak 416,100 metrik tan. Kawasan penanaman nenas di Malaysia adalah di Johor dengan Daerah Pontian (3,686 hektar), Daerah Kluang (2,950 hektar) dan Daerah Muar (1,286 hektar) pada tahun 2012 terutama penanaman nenas di tanah gambut. Buah nenas telah diperdagangkan dipasaran dunia dalam 3 jenis yang utama iaitu dalam bentuk Segar, Kaleng (Dalam tin) dan Jus (Cordial). Malaysia merupakan salah satu negara didunia yang mengekspot nenas dalam ketiga-tiga bentuk tersebut dan menduduki tangga ke 9 dalam kedudukan pengekspot nenas didunia. Singapura merupakan destinasi utama pasaran nenas segar Malaysia diikuti dengan negara-negara Timur Tengah dan beberapa negara lain. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" maklumat varieti nenas MASPINE (AC4) yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan anda.
Varieti Nenas Maspine (AC4) merupakan satu varieti nenas hasil dari aktiviti pembiakan dai PRI (Pineapple Research Instituute) Hawai dari kumpulan nenas Cayenne. Ia istimewa kerana varieti ini mempunyai ciri daun TIDAK BERDURI atau Piping Leaf. Sebenarnya nenas Maspine ini adalah mempunyai komposisi hibrid Cayenne, Smooth Guatamalan, Permanbuco, Queen dan Singapore Canner. Varieti ini dibawa masuk ke Malaysia dibawah kerjasama program janaplasma )germplasm) dengan Maroochy Horticultural Research Institute Australia sejak tahun 1990. Buan nenas Maspine ini berbentuk Selinder dengan mempunyai berat sekitar 1.2 - 1.3 kg sebiji dengan warna kulit buah adalah hijau muda. Buah ini mempunyai sebanyak 120 -140 mata dengan kedudukan matanya adalah 'timbul' (Sila lihat foto disebelah). Penulis semasa membuat penelitian mendapati saiz empulur varieti ini sekitar 2.0 - 2.8 cm dengan warna isi nenas adalah kuning keemasan. Buah yang manis dengan kandungan gula sekitar 12 - 14 Brixs ini mengandungi kadar asid citrik sekitar 0.4 - 0.6%. Buah nenas varieti ini amat sesuai untuk dimakan segar atau pun diproses. Penulis dapat makan nenas ini semasa melawat ladang nenas Maspine di Batu Pahat, Johor.
Antara beberapa ciri-ciri marfologi nenas Maspine yang perlu dilihat adalah bahagian daunnya. Warna dominan pada permukaan atas daun adalah hijau dengan ada kandungan antosianin. Keamatan atau intensiti kandungan antosianin adalah sederhana kuat dengan sebarannya adalah dominan memanjang kearah apeks. Apa yang unik pada varieti ini adalah bentuk daun 'Piping' dengan tiada duri. Ia juga menunjukkan ada seperti garisan timbul yang jelas dilihat pada margin daun (Sila anda lihat foto disebelah). Permukaan atas braktea nenas Maspine berwarna merah jambu pudar. Diladang nenas Maspine mempunyai tabiat pertumbuhan yang separa menegak dengan kedudukan buanya yang menonjol (Sila lihat foto dibawah). Nenas Maspine pernah ditanam dengan meluas di Johor dan beberapa negeri lain tatapi varieti ini semakin kurang ditanam kerana petani hanya berminat menanam varieti MD2, N36 dan Moris sahaja. Semuga pembaca blog anim agro ini mendapat info berguna. Wasallam!!!..
NENAS MASPINE... HAWAI ASALNYA...
TIDAK BERDURI... PADA DAUNNYA...
NENAS MANIS... PELBAGAI GUNA...
MEMBACA ARTIKEL...AMAT SUKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Nenas Anzetco,
TKPM Lanchang,
Temerloh, Pahang,
Malaysia.
(21 RabiulAkhir 1438H)

Penulis di Ladang Nenas MD2 Anzetco TKPM Lanchang, Temerloh. |
TIDAK BERDURI... PADA DAUNNYA...
NENAS MANIS... PELBAGAI GUNA...
MEMBACA ARTIKEL...AMAT SUKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Nenas Anzetco,
TKPM Lanchang,
Temerloh, Pahang,
Malaysia.
(21 RabiulAkhir 1438H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.