Menarik fakta di media hmetro.com dimana 'Harga kangkung pun mahal' yang sesuai dirujuk kisahnya. Kisah dipetik dari Kuala Nerus dimana akibat keadaan cuaca yang tidak menentu mendorong kenaikan harga sayur terutama kangkung yang didakwa melambung sehingga sekali ganda. Tinjauan Harian Metro di Pasar Batu Enam ada mendapati rata-rata peniaga mengadu kenaikan harga kangkung mencecah RM8 - RM9 satu kilogram (kg). Bagi peniaga sayur dikenali Fazuni Abd Rashid (53) yang berkata harga kangkung sebelum ini dijual antara RM2 - RM3 kg namun kali ini sayur itu berharga RM6 kg semalam. memang apa yanglebih mengejutkan apabila harga kangkung naik kepada RM8 kg hari ini. Setiap hari ramai peniaga akan mengambil bekalan sayur di Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu dan sebagai peniaga terpaksa mendapatkan juga walaupun ada kenaikan. Apa pun yang paling ketara kenaikan ialah kangkung dan ia berlaku sejak minggu lalu. Dia tidak salahkan pemborong akan tetapi kenaikan harga ini disebabkan kekurangan kangkung akibat cuaca yang tidak menentu. Kenaikan harga sayur itu memberi kesan kepadanya kerana perlu berdepan dengan pembeli yang berasa peniaga sengaja mencari peluang menaikkan harga. Kini jika sekarang pun harga sudah tidak menentu dan apabila musim tengkujuh nanti, harga semakin tinggi kerana bekalan berkurangan dan itu kebiasaannya setiap tahun. Seorang peniaga sayuran lain iaitu Pn Roslina Bakar pula mendakwa selain harga kangkung naik, beberapa jenis sayuran lain seperti bunga kobis, ulam pegaga dan kacang botol turut berlaku kenaikan. Dia yang menjual kacang botol dan bunga kobis pada harga RM15 kg. Katanya minggu ini harga kangkung ada kenaikan kerana saya boleh jual serendah RM5 kg pada minggu lalu, tapi hari ini RM9 kg. Ia sama juga dengan harga ulam pegaga hari ini dijual dengan harga RM23 kg berbanding sebelum ini paling mahal RM12 kg. Kenaikan harga sayuran dilaporkan semakin tinggi pada tahun 2023 kerana kenaikan kos bahan input seperti baja dan racun di seluruh negara.
Portal sama pada tahun 2023 pula laporkan dimana 'Harga barang semua naik, yang murah kangkung sahaja dakwa peniaga' amat sesuai dijadikan bahan rujukkan. Bagi peniaga dikenali sebagai Saiful Anuar yang membakar ayam untuk dijual pada harga RM8 ketika tinjauan harga makanan di Bazar Ramadan Keramat. Kisah dari Kuala Lupur ini menyatakan Kenaikan harga barang mentah di ibu kota menyebabkan kebanyakan peniaga makanan bazar Ramadan terpaksa menaikkan harga jualan untuk dapat menampung kos. Beliau mengakui walaupun harga menu jualan meningkat, bahan yang digunakan masih mempunyai kualiti sama. Dakwanya kalau sebelum ini harga ayam di pasaran untuk satu kilogram hanya RM6 - RM7 akan tetapi kini harga ayam melambung sehingga mencecah RM9 untuk sekilogram. Dalam apada itu harga ayam bakar yang dia jual sebelum ini cuma RM7 seketul akan tetapi disebabkan harga ayam naik maka dia terpaksa naikkan harga ayam bakar saya kepada RM8 seketul. Dia ambil keputusan untuk menaikkan sebanyak RM1 harga ayam bakar untuk menjaga pembeli setia sedangkan untung peroleh tidak banyak. Bagi peniaga lain iaitu menjual nasi berlauk dikenali Lenni Sinaga yang turut mengambil keputusan menaikkan harga jualannya bagi menampung kos bahan mentah yang naik. Dakwanya kini cili naik harga, telur pula susah nak dapat dimana pendek kata semua harga naik yang murah hanya sayur kangkung. Dalam tinjauan di bazar Ramadan di Datuk Keramat pihak HM mendapati pengunjung bazar memahami faktor peningkatan harga jualan makanan di sekitar Kuala Lumpur. Bagi seorang pengunjung, Nisa Nabilah Hamid (25) pula berkata harga makanan naik tetapi masih dalam lingkungan mampu dibeli. Dia yang membeli ayam percik bersaiz besar dengan harga RM5, kecil ada yang RM1.50 jadi masih berbaloi. Harga air masih baik kerana harganya yang sama pada tahun lalu sekitar RM5 untuk kuantiti yang banyak. Harga makanan bergantung kepada pembeli jika mampu mungkin boleh beli jika tidak pilihlah untuk masak di rumah lebih jimat.
Menarik kisah dalam bharian.com bertajuk 'Jual kangkung nekad sambung belajar' untuk dikongsikan. Ada pepatah iaitu 'Jika tidak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya' memang relevan dengan kisah ini. Itu antara peribahasa yang menjadi panduan buat remaja penjual kangkung yang berusaha mencari wang simpanan untuk melanjutkan pelajarannya. Bagi Muhammad Iskhandar Mokhtar (18) yang mengambil inisiatif berniaga kangkung hasil tanaman bersama bapanya iaitu Mokhtar Yakub untuk dijadikan duit simpanan. Dia yang juga anak sulung daripada dua beradik, menerima tawaran belajar dalam bidang Diploma Kejuruteraan Mekatronik di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor. Dakwanya sebaik menerima surat tawaran ini maka dia tersenyum gembira namun dalam masa yang sama risau dan sedih memikirkan pembiayaan di sana. Malahan untuk kos persediaan sebelum ke sana juga belum tentu cukup menyebabkan saya terfikir untuk melupakan hasrat melanjutkan pelajaran. Bagaimanapun kemuidan dia cuba mencari jalan sementara masih ada masa dengan menjual kangkung di sekitar kampung walaupun hasilnya tidak seberapa. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban bapa dan ibu. Hidup mereka sekeluarga seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, yang mana ibu bapa saya hanya penoreh getah. Saya tahu besar harapan kedua-dua orang tua untuk melihat saya berjaya ketika ditemui wartawan BH di rumahnya di Kampung Kok Kiyeh, Gual Sitok, Rantau Panjang, Kelantan. Muhammad Iskhandar menjual kangkung dengan harga seringgit seikat, hanya mampu memperoleh RM10 - RM15 sehari dan hasil jualan terbabit disimpan untuk membeli barangan persiapan serta menyediakan dokumen penting. Kalau pada awalnya dia berasa putus asa tetapi selepas dinasihati bapa, dia bangkit mencari peluang untuk mendapatkan wang selain berharap dapat memohon Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) nanti. Dia tidak kisah lagi kena jual kangkung sekalipun kerana ia tetap rezeki halal di,man ahasilnya dia dan bapa berbudi pada tanah. Walaupun wang saya dapat tidak seberapa tetapi ia bernilai bagi kami sekeluarga. Apa pun jauh di sudut hati dia memang mahu melanjutkan pelajaran kerana saya sedar hanya dengan peluang ini saya boleh memajukan diri selain merubah nasib keluarga saya menjadi lebih baik. Setiap hari dia akan berdoa semoga urusan saya dipermudahkan selain diberi rezeki seluas-luasnya buat kami sekeluarga. Saya berharap tawaran ini menjadi titik permulaan untuk saya berjaya. Dia sebelum ini pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok, Rantau Panjang mengakui keluarganya tidak pernah menerima sebarang bantuan dan hanya mengharapkan pendapatan ibu bapa yang tidak menentu hasil menoreh getah. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.