Wednesday, August 16, 2023

SAYUR KANGKONG - FAKTA DI MEDIA (Part 2)

SAYUR KANGKONG
(Impomea spp Poir) merupakan sejenis sayuran daun yang mudah ditanam dan diusahakan secara komersial atau tradisional oleh petani di Malaysia. Terdapat 2 jenis kangkung yang lazim ditanam di Malaysia iaitu Kangkung Darat (Impomea reptans Poir) dan juga jenis Kangkung Air (Impomea aquatica Forsk) dari keluarga Convulvulaceae. Kangkung Darat adalah kangkong yang ditanam atas tanah darat yang tumbuh menegak dan diusahakan secara komersial sementara kangkong air adalah jenis kangkong yang tumbuh dalam kolam atau taliair yang menjalar. Kangkong merupakan satu jenis sayuran jenis daun yang popular ditanam kerana mempunyai pasaran yang besar. Pada tahun 2022 ada terdapat seluas 4,321 hektar tanaman kangkong dengan penghasilan sebanyak 46,034 mt di seluruh negara (Sumber: Booklet laporan Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2022). Kawasan peling luas menanam kangkong adalah di Negeri Johor (1,430 hektar) diikuti dengan Negeri Perak (521 hektar) dan juga ketiga adalah Selangor (498 hektar). Kangkong merupakan satu jenis tanamam dari keluarga Convovulaceae iaitu dari kumpulan sayuran daun yang berbatang lembut dan berwarna hijau yang penting di Malaysia dan Asia. Kangkung dikenali dengan pelbagai nama lain di barat seperti water convolvulus, water spinach, swamp cabbage dan swamp morning-glory. Kangkung darat pula mempunyai daun yang panjang menirus dan berbatang kecil dan bagi kangkung air pula ia mempunyai daun yang agak lebar dan bujur serta berbatang besar. Kangkung dikalangan negara lain pula dipanggil sebagai phak bong (Laos), camotillo (Peru), cancong (Filipina), argali (sudan), paakboong (Thailand), rau muong (Vietnam) dimana tamanan ini juga merupakan sayuran yang tumbuh menjalar yang dimakan sebagai sayuran bersama makanan lain seperti nasi dan laukpauk lain. Makanan nasi lemak yang menjadi ikon sebagai 'Makanan Malaysia' juga lazimnya tidak lengkap kalau tidak ada sayuran kangkung. Kalau mengkaji akan asal usul dan keberadaan tanaman kangkong ini dimana ia boleh didapati di Selatan Asia, Asia Tenggara, Africa, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan juga dikawasan Oceania. Pada penulis blog mendapati tanaman dan sayur kangkung merupakan tanaman yang penting dan ditanam secara intensif di Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan dan Selatan Cina. Daun kangkung berbentuk hati dan tumbuh secara berselang bergantung kepada spesisnya. Umumnya ada dua jenis kangkong yang diusahakan di Malaysia iaitu Kangkong Darat (Impomea reptans) dan Kangkong Air (Impomea aquatica). Kedua jenis ini ditana untuk tujuan diambil daunnya bagi dijadikan makanan. Saya ada pernah menerbitkan buku teknikal di Jabatan Pertanian yang telah menjelaskan sebanyak 7 spesis kangkong yang lazim atau popular ditanam di Malaysia. Bunga kangkong lazimnya berwarna putih dan ungu di bahagian tengahnya. melihat kepada biji kangkung pula selalu ia berwarna coklat kehitaman. Kangkung yang merupakan sayuran hijau memang ada dijual di pasar biasa, pasar malam, pasar tamu, pasar tani, pasaraya dan kedai-kedai runcit diseluruh negara dengan harga yang agak berpatutan murah berbanding dengan sayuran jenis lain. Sebenarnya semua bahagian kangkung yang muda boleh dimakan secara segar atau dimasak. Umumnya penanaman kangkung yang subur memerlukan suhu 24 oC dengan pH tanah antara pH5.5 hingga pH 6.5. Pelbagai jenis tanah adalah sesuai untuk menanam tanaman ini seperti jenis tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong. Kangkung didakwa mempunyai kandungan vitamin yang pelbagai seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, protein, zat besi, kalsium, fosforus, karoten selain mempunyai antioksida dan mineral. Kangkung adalah sajian yang selalu disarankan oleh ahli diet dalam program kawalan kolesterol dan penurunan berat badan disebabkan kandungan lemak dan kalori yang rendah, serta sifat antioksidannya. Artikel subuh Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan fakta menarik mengenai kangkong sebagai bahan rujukkan bagi pembaca blog semua.


Menarik fakta di media hmetro.com dimana '
Harga kangkung pun mahal'  yang sesuai dirujuk kisahnya. Kisah dipetik dari Kuala Nerus dimana akibat keadaan cuaca yang tidak menentu mendorong kenaikan harga sayur terutama kangkung yang didakwa melambung sehingga sekali ganda. Tinjauan Harian Metro di Pasar Batu Enam ada mendapati rata-rata peniaga mengadu kenaikan harga kangkung mencecah RM8 - RM9 satu kilogram (kg). Bagi peniaga sayur dikenali Fazuni Abd Rashid (53) yang berkata harga kangkung sebelum ini dijual antara RM2 - RM3 kg namun kali ini sayur itu berharga RM6 kg semalam. memang apa yanglebih mengejutkan apabila harga kangkung naik kepada RM8 kg hari ini. Setiap hari ramai peniaga akan mengambil bekalan sayur di Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu dan sebagai peniaga terpaksa mendapatkan juga walaupun ada kenaikan. Apa pun yang paling ketara kenaikan ialah kangkung dan ia berlaku sejak minggu lalu. Dia tidak salahkan pemborong akan tetapi kenaikan harga ini disebabkan kekurangan kangkung akibat cuaca yang tidak menentu. Kenaikan harga sayur itu memberi kesan kepadanya kerana perlu berdepan dengan pembeli yang berasa peniaga sengaja mencari peluang menaikkan harga. Kini jika sekarang pun harga sudah tidak menentu dan apabila musim tengkujuh nanti, harga semakin tinggi kerana bekalan berkurangan dan itu kebiasaannya setiap tahun. Seorang peniaga sayuran lain iaitu Pn Roslina Bakar pula mendakwa selain harga kangkung naik, beberapa jenis sayuran lain seperti bunga kobis, ulam pegaga dan kacang botol turut berlaku kenaikan. Dia yang menjual kacang botol dan bunga kobis pada harga RM15 kg. Katanya minggu ini harga kangkung ada kenaikan kerana saya boleh jual serendah RM5 kg pada minggu lalu, tapi hari ini RM9 kg. Ia sama juga dengan harga ulam pegaga hari ini dijual dengan harga RM23 kg berbanding sebelum ini paling mahal RM12 kg.  Kenaikan harga sayuran dilaporkan semakin tinggi pada tahun 2023 kerana kenaikan kos bahan input seperti baja dan racun di seluruh negara.


Portal sama pada tahun 2023 pula laporkan dimana '
Harga barang semua naik, yang murah kangkung sahaja dakwa peniaga' amat sesuai dijadikan bahan rujukkan. Bagi peniaga dikenali sebagai Saiful Anuar yang membakar ayam untuk dijual pada harga RM8 ketika tinjauan harga makanan di Bazar Ramadan Keramat. Kisah dari Kuala Lupur ini menyatakan Kenaikan harga barang mentah di ibu kota menyebabkan kebanyakan peniaga makanan bazar Ramadan terpaksa menaikkan harga jualan untuk dapat menampung kos. Beliau mengakui walaupun harga menu jualan meningkat, bahan yang digunakan masih mempunyai kualiti sama. Dakwanya kalau sebelum ini harga ayam di pasaran untuk satu kilogram hanya RM6 - RM7 akan tetapi kini harga ayam melambung sehingga mencecah RM9 untuk sekilogram. Dalam apada itu harga ayam bakar yang dia jual sebelum ini cuma RM7 seketul akan tetapi disebabkan harga ayam naik maka dia terpaksa naikkan harga ayam bakar saya kepada RM8 seketul. Dia ambil keputusan untuk menaikkan sebanyak RM1 harga ayam bakar untuk menjaga pembeli setia sedangkan untung peroleh tidak banyak. Bagi peniaga lain iaitu menjual nasi berlauk dikenali Lenni Sinaga yang turut mengambil keputusan menaikkan harga jualannya bagi menampung kos bahan mentah yang naik. Dakwanya kini cili naik harga, telur pula susah nak dapat dimana pendek kata semua harga naik yang murah hanya sayur kangkung. Dalam tinjauan di bazar Ramadan di Datuk Keramat pihak HM mendapati pengunjung bazar memahami faktor peningkatan harga jualan makanan di sekitar Kuala Lumpur. Bagi seorang pengunjung, Nisa Nabilah Hamid (25) pula berkata harga makanan naik tetapi masih dalam lingkungan mampu dibeli. Dia yang membeli ayam percik bersaiz besar dengan harga RM5, kecil ada yang RM1.50 jadi masih berbaloi. Harga air masih baik kerana harganya yang sama pada tahun lalu sekitar RM5 untuk kuantiti yang banyak. Harga makanan bergantung kepada pembeli jika mampu mungkin boleh beli jika tidak pilihlah untuk masak di rumah lebih jimat.


Menarik kisah dalam bharian.com bertajuk '
Jual kangkung nekad sambung belajar' untuk dikongsikan. Ada pepatah iaitu 'Jika tidak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya' memang relevan dengan kisah ini. Itu antara peribahasa yang menjadi panduan buat remaja penjual kangkung yang berusaha mencari wang simpanan untuk melanjutkan pelajarannya. Bagi Muhammad Iskhandar Mokhtar (18) yang mengambil inisiatif berniaga kangkung hasil tanaman bersama bapanya iaitu Mokhtar Yakub untuk dijadikan duit simpanan. Dia yang juga anak sulung daripada dua beradik, menerima tawaran belajar dalam bidang Diploma Kejuruteraan Mekatronik di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor. Dakwanya sebaik menerima surat tawaran ini maka dia tersenyum gembira namun dalam masa yang sama risau dan sedih memikirkan pembiayaan di sana. Malahan untuk kos persediaan sebelum ke sana juga belum tentu cukup menyebabkan saya terfikir untuk melupakan hasrat melanjutkan pelajaran. Bagaimanapun kemuidan dia cuba mencari jalan sementara masih ada masa dengan menjual kangkung di sekitar kampung walaupun hasilnya tidak seberapa. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban bapa dan ibu. Hidup mereka sekeluarga seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, yang mana ibu bapa saya hanya penoreh getah. Saya tahu besar harapan kedua-dua orang tua untuk melihat saya berjaya ketika ditemui wartawan BH di rumahnya di Kampung Kok Kiyeh, Gual Sitok, Rantau Panjang, Kelantan. Muhammad Iskhandar menjual kangkung dengan harga seringgit seikat, hanya mampu memperoleh RM10 - RM15 sehari dan hasil jualan terbabit disimpan untuk membeli barangan persiapan serta menyediakan dokumen penting. Kalau pada awalnya dia berasa putus asa tetapi selepas dinasihati bapa, dia bangkit mencari peluang untuk mendapatkan wang selain berharap dapat memohon Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) nanti. Dia tidak kisah lagi kena jual kangkung sekalipun kerana ia tetap rezeki halal di,man ahasilnya dia dan bapa berbudi pada tanah. Walaupun wang saya dapat tidak seberapa tetapi ia bernilai bagi kami sekeluarga. Apa pun jauh di sudut hati dia memang mahu melanjutkan pelajaran kerana saya sedar hanya dengan peluang ini saya boleh memajukan diri selain merubah nasib keluarga saya menjadi lebih baik. Setiap hari dia akan berdoa semoga urusan saya dipermudahkan selain diberi rezeki seluas-luasnya buat kami sekeluarga. Saya berharap tawaran ini menjadi titik permulaan untuk saya berjaya. Dia sebelum ini pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok, Rantau Panjang mengakui keluarganya tidak pernah menerima sebarang bantuan dan hanya mengharapkan pendapatan ibu bapa yang tidak menentu hasil menoreh getah. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMANYA KANGKONG... HIJAU WARNANYA...
MUDAH DI TANAM... CEPAT MENUAINYA...
HARGANYA MURAH.. HEBAT KHASIATNYA...
ARTIKEL DITULIS... MENAMBAH ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Muharram 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.