Support My Blog

Tuesday, August 22, 2023

INDIA KENAKAN CUKAI EKSPORT 40% BAWANG MERAH

ADAKAH AKAN ADA KENAIKAN HARGA BAWANG
di Malaysia apabila India kenakan duti eksport baru sebanyak 40% berkuatkuasa?. Secara teorinya dimana ia akan turut menyebabkan kesan kenaikan harga bawang dari India apabila berita ini di keluarkan pada 20 Ogos 2023 dalam banyak akhbar dan media eletronik yang lain. Malaysia merupakan 'pengimport Bersih' atau nett importer bawang segar sebanyak 150 - 250 juta metrik tan setahun dan terus meningkat jumlahnya iaitu ia merangkumi bawang merah, bawang putih dan bawang besar serta yang berkaitan dengannya. Hasil rujukkan dari Laporan Statistik Jabatan Pertanian Malaysia memang tiada penanaman komersil bawang untuk umbisinya tetapi yang agak luas ditanam cuma tanaman untuk daun bawang seluas 442 hektar dengan hasil daun bawang sebanyak 6,995 metrik tan. Tanaman daun kucai pula seluas 244 hektar dengan penghasilan 3,225 metrik tan. (Sumber: Booklet statistik keluasan tanaman makanan, Jabatan Pertanian Malaysia). Pihak berwajib seperti Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sepatutnya melihat ini sebagai salah satu cabaran untuk Malaysia mampu untuk menghasilkan bawang segar sendiri demi mengelakkan terus mengimport dari luar negara. Negara jiran seperti Indonesia dan Thailand dilihat mampu menanam bawang merah dengan jumlah yang sesuai dan dapat menjamin sebahagian dari keperluan bawang segar domestik. Isu penanaman bawang ini sudah berlaku semenjak saya mula bertugas dan ada usaha menanam bawang di Mersing sekitar tahun 1995 lagi tetapi dilihat tidak berterusan. Ketiadaan benih bawang yang baik dan sesuai untuk ditanam serta ketiadaan pakej amalan teknologi penanaman bawang dan persaingan harga bawang segar tempatan masa itu sehingga sekarang masih dilihat membelengu penanaman dan penghasilan bawang tempatan. Memang tiada petani yang mahu menanam bawang kerana mereka hanya sanggup menanam daun bawang dan kucai sahaja. Perancangan segera yang komprehensif juga perlu dilakukan oleh kerajaan bagi mempastikan tanaman bawang dilakukan 'keterjamianan bawang' ini dapat dilaksanakan. Pada penulis blog dimana Bawang (
Allium spp) merupakan tanaman kontan yang boleh ditanam daripada keluarga Alliaceae dalam berada dalam order Asparagales. Bawang merah (Shallots) yang saiznya lebih kecil serta lebih manis rasanya berbanding daripada bawang besar (Onion). Bawang merah merupakan tanaman semusim yang ditanam secara komersil untuk umbisi dan juga daun bawang dinegara jiran tetapi bukan di Malaysia. Ia memiliki umbisi yang berlapis (bulb), berakar jenis serabut dan daun berbentuk silinder berongga. Umbisinya terbentuk daripada pangkal daun yang bersatu dan akan membentuk batang yang kemudian berubah bentuk dan fungsinya yang seakan-akan umbi berlapis. Apa yang saya perhatikan umbisi bawang merah bukanlan ubi sebenarnya seperti ubi kentang ataupun ubi keledek. Ia terbentuk dari lapisan-lapisan daun yang membesar dan kemudiannya bersatu. Rasa bawang merah adalah sedikit pedas dan berangin. Tumbuhan herba ini adalah kecil setinggi 30-45 cm mempunyai jenis akar serabut dubahagian bawah umbisi. Marfologi daunnya adah jenis daun tunggal yang mempunyai susunan berpilin, ia adalah panjang dengan hujung meruncing dan dibahagian tengah daun selalunya berlubang. Daun bawang berwarna hijau muda dengan permukaan berkulat dan mempunyai aroma yang kuat. Terdapat spesis yang memang khusus ditanam untuk penghasilan daun bawang. Bunga bawang merah jenis majmuk berwarna putih dan terdapat dalam jambak bunga di atas tangkai bunga yang panjang. Bunga bawang lazimnya akan keluar atau tumbuh di hujung daun. Buah atau biji-biji bawang bersaiz kecil berwarna kehitaman. Bebawang adalah daun (daun terubah suai) berisi yang berlapis-lapis diameter kurang dari 3 cm. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai bawang dengan pautan seperti berikut (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Artikel pada subuh ini dai bilik 1604 Hotel Pullman Miri, Waterfrong Miri, Sarawak saya mengupas isu penanaman bawang akibat dari negar India yang mengenakan cukai eksport bawang sebanyak 40% pada Ogos 2023 dalam blog "Anim Agro Technology" untuk dijadikan bahan rujukkan dan tindakan pihak berkaitan.


Merujuk kepada laporan Bernama pada 2020 yang bertajuk '
Malaysia import bawang dari pelbagai negara, elak gangguan bekalan' sangat relevan dikongsikan. Bernama laporkan dimana negara India merekodkan jumlah terbesar pengimportan bawang iaitu sebanyak 149,539,411kg.  Selama ini dilaporkan dimana Malaysia mengimport bawang dari pelbagai negara sebagai strategi untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan tidak bergantung kepada sesebuah negara sahaja dakwa Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Apa pun dakwanya jika sesebuah negara tersebut mengalami bencana alam seperti kemarau, banjir, gempa bumi dan tanah runtuh atau melaksanakan sekatan ekonomi, maka Malaysia tidak akan terancam dan bekalan bawang tidak terganggu walaupun harga mungkin menerima impaknya. Bekalan bawang di Malaysia diimport dari 29 negara dengan lima negara adalah pengeksport terbesar iaitu India (36 peratus), Pakistan (23%), China (19%), Belanda (9 %) dan Thailand (7.0%). Pelik dimana India merekodkan jumlah terbesar pengimportan bawang iaitu sebanyak 149,539,411 kilogram (kg) dan jumlah itu adalah berdasarkan 'minat dan cita rasa rakyat Malaysia'. Terdapat lapan jenis bawang yang diimport ke Malaysia iaitu Bawang Kecil Merah Import, Bawang Besar Import, Bawang Kecil Merah Rose Import (India); Bawang Merah Import, Bawang Kecil Merah Import (China); Bawang Kecil Merah Import (Myanmar); Bawang Kecil Merah (Thailand) dan Bawang Besar Kuning (Holland). Pada masa itu iaitu 14 Sept 2020 kerajaan India mengeluarkan arahan larangan eksport ke atas semua jenis bawang kecuali jenis Bangalore Rose dan Krishnapuram bertujuan menampung keperluan domestik di negara berkenaan berikutan bencana banjir yang berlaku pada Julai lepas. Berikutan itu, sebanyak 121 syarikat pengimport mula meningkatkan jumlah pengimportan bekalan bawang dari negara seperti Pakistan, China, Belanda dan Thailand. Dalam pada itu, Nanta berkata harga bawang adalah sama seperti harga barangan lain yang bergantung kepada bekalan dan permintaan. Selalunya jika bekalan kurang dan jumlah permintaan tinggi, maka harga akan naik. Inilah juga yang sedang berlaku kepada bawang India dan sedikit sebanyak mempengaruhi keseluruhan bekalan bawang kecuali beberapa jenis bawang seperti bawang Holland. Pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus melakukan pemeriksaan dan pemantauan berkaitan bekalan dan harga bawang termasuk di peringkat pembekal, pemborong dan peruncit. Pihak kementerian tidak teragak-agak untuk melaksanakan harga kawalan seperti termaktub dalam Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No. 2) (Pindaan) 2020 jika keadaan mendesak dan memerlukan.


Banyak media tempatan telah melaporkan isu '
India kenakan duti eksport baharu ke atas bawang' termasuk Bernama untuk dijadikan rujukkan. Kisah dari New Delhi India melaporkan dimana pengeksport bawang terbesar dunia iaitu India akan mengenakan 40 peratus duti eksport ke atas bawang berkuat kuasa serta-merta dimana cukai tambahan itu akan berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2023. Dalam pada itu dilaporkan dimana Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah antara pasaran terbesar untuk bawang India selain Bangladesh, Nepal, Malaysia dan Sri Lanka, lapor Agensi Berita Emirates. Sekatan terhadap eksport bawang adalah disebabkan oleh kurangnya hujan, terburuk dalam abad ini pada bulan ini di negeri-negeri pengeluaran bawang di India, yang menyebabkan kekurangan bawang di pasaran domestik. Bulan Ogos setiap tahun adalah musim kemuncak di India untuk menuai bawang. Pakistan, China dan Mesir adalah antara pengeksport bawang global yang lain. Kementerian Kewangan India yang mana telah memperkenalkan duti eksport baharu itu nyatakan mereka  ingin mengawal inflasi runcit yang disebabkan oleh kenaikan harga sayur-sayuran dan barangan makanan lain. Ini adalah usaha kedua diambil oleh India baru-baru ini untuk mengawal inflasi runcit yang disebabkan oleh harga makanan. Pada Julai 2023 dilaporkan negara India mengenakan larangan eksport beras putih bukan basmati. India menyumbang kira-kira 40 peratus daripada sumber beras yang dieksport di dunia.


Portal berita bharian.com juga terbaru ada 
melaporkan 'India kenakan duti eksport baharu ke atas bawang' yang wajar dirujuk. Kisah dari New Delhi laporkan dimana para pengeksport bawang terbesar dunia iaitu India mengenakan 40 peratus duti eksport ke atas bawang berkuat kuasa serta-merta. Dinyatakan dimana cukai tambahan itu akan berkuat kuasa sehingga 31 Dis 2023. Dilaporkan UAE adalah antara pasaran terbesar untuk bawang India selain Bangladesh, Nepal, Malaysia dan Sri Lanka, lapor Agensi Berita Emirates. Sekatan terhadap eksport bawang adalah disebabkan oleh kurangnya hujan, terburuk dalam abad ini pada bulan ini di negeri-negeri pengeluaran bawang di India dimana isu ini yang menyebabkan kekurangan bawang di pasaran domestik. memang setiap bulan Ogos adalah musim kemuncak di India untuk menuai bawang. Negara Pakistan, China dan Mesir adalah antara pengeksport bawang global yang lain. Pihak Kementerian Kewangan India yang memperkenalkan duti ekspot baharu itu bertujuan untuk mengawal inflasi runcit yang disebabkan oleh kenaikan harga sayur-sayuran dan barangan makanan lain. Ini adalah usaha kedua diambil oleh India baru-baru ini untuk mengawal inflasi runcit yang disebabkan oleh harga makanan. Bulan lalu, India mengenakan larangan beras putih bukan basmati. India menyumbang kira-kira 40 peratus daripada sumber beras yang dieksport dunia. Portal berita sinarharian.com juga laporkan 'India kenakan 40 peratus duti eksport ke atas bawang' dimana setiap bulan Ogos adalah musim kemuncak di India untuk menuai bawang. Pakistan, China dan Mesir adalah antara pengeksport bawang global yang lain. Dilaporkan pengeksport bawang terbesar dunia, India mengenakan 40 peratus duti eksport ke atas bawang berkuat kuasa serta-merta yang akan berkuatkuasa sehingga 31 Dis 2023. Kini UAE adalah antara pasaran terbesar untuk bawang India selain Bangladesh, Nepal, Malaysia dan Sri Lanka, lapor Agensi Berita Emirates. Sekatan terhadap eksport bawang adalah disebabkan oleh kurangnya hujan, terburuk dalam abad ini pada bulan ini di negeri-negeri pengeluaran bawang di India yang mana ia menyebabkan kekurangan bawang di pasaran domestik. Ogos adalah musim kemuncak di India untuk menuai bawang. Pakistan, China dan Mesir adalah antara pengeksport bawang global yang lain. Kementerian Kewangan India yang memperkenalkan duti ekspot baharu itu, ingin mengawal inflasi runcit yang disebabkan oleh kenaikan harga sayur-sayuran dan barangan makanan lain. Ini adalah usaha kedua diambil oleh India baru-baru ini untuk mengawal inflasi runcit yang disebabkan oleh harga makanan. Bulan lalu, India mengenakan larangan beras putih bukan basmati. India menyumbang kira-kira 40 peratus daripada sumber beras yang dieksport dunia. Pada penulis blog isu tanaman bawang tempatan perlu dilakukan untuk mengurangkan jumlah kebergantungan omport bawang di Malaysia. Thailand yang mengeksport 7% dari jumlah import boleh djadikan rujukan didalam mendapatkan sumber benih dan teknologi dalam penanaman bawang. Negara Indonesia juga ada menanam bawang dengan keluasan besar boleh dijadikan rujukkan bagi penanaman bawang. Ada tanaman bawang dilakukan dikawasan sawah padi dan ada yang di kawasan perbukitan. Diharapkan pikan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dapat memikirkan isu penanaman bawang tempatan yang sudah 'dipinggirkan' sejak berkurun lamanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IMPORT BAWANG... BERJUTA TAN DI MALAYSIA...
HARGA MENINGKAT... DARIPADA NEGARA INDIA...
PENANAMAN DI MALAYSIA... MEMANG TIADA...
ISU BAWANG... SEAKAN DIBIARKAN SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1604, Pullman Miri Waterront,
Miri, Sarawak, Malaysia.
(22 Ogos 2023).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...