Support My Blog

Friday, August 4, 2023

CABARAN INDUSTRI PENGELUARAN NANAS (Pt 1)

TANAMAN NANAS (Ananas comosus) di Malaysia kini adalah merupakan sejenis tanaman yang kini semakin di minati ramai petani terutama untuk pengeluaran buah nanas segar (Fresh consumption). Industri nanas negara telah dimulakan dahulu semenjak awal tahun 1950'an dengan penanaman nanas untuk tujuan dikalengkan (di tinkan) dimana Malaysia pernah menjadi pengeluar nanas dalam tin utama dunia. Jenis nanas Moeis (AC1) merupakan varieti nanas yang paling meluas di tanam terutama di Negeri Johor diatas tanah gambut dengan kelolaan oleh pihak lembaga nanas Tanah Melayu yang ditubuhkan pada tahun 1957. Kemudian industri nanas telah dikelolakan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dimana tumpuan penanaman nanas telah berubah daripada pengeluaran nanas Moris, N36 dan beberapa lagi untuk kilang kepada pengeluaran Nanas Segar seperti Nanas Josapine, MD2 dan sebagainya. Kalau dahulu aktiviti penanaman nanas kebanyakannya dilakukan diatas tanah gambut tetapi kini dengan adanya varieti nanas premium MD2 dimana aktiviti penanaman nanas juga dijalankan diatas tanah mineral. Penanaman nanas secara perladangan (estet) telah dijalankan di beberapa lokasi di Johor dan Pahang dan kini lebih banyak pekebun kecil nanas dan isahawan nanas yang menanam nanas untuk pasaran domestik dan eksport.  Penulis blog merujuk beberapa laporan media dimana Nanas Malaysia mendapat permintaan tinggi di beberapa negara Eropah, Timur Tengah dan China sejak pengenalan nanas varieti MD2 sekitar tahun 2015. Terkini dilaporkan di mana diantara negara yang berminat mengimport nanas dari Malaysia ialah Jerman yang berhasrat mendapatkan hasil tanaman itu dalam jumlah yang besar. Pihak LPNM sudah pun menyasarkan untuk meningkatkan jumlah pengeluaran nanas sehingga 700,000 metrik tan setahun menjelang 2025. Apa pun status terkini dimana Malaysia hanya boleh mengeksport 30 peratus hasil keluaran tanaman nanas kerana 70 peratus lagi adalah untuk kegunaan dalam negara. Disasarkan oleh LPNM untuk meningkatkan lagi tanaman nanas kepada 20,000 hektar setahun mempu menjadikan sasaran Malaysia dalam mengeluarkan 700,000 metrik tan setahun dapat direalisasikan dimana ini sekali gus mampu menampung untuk pasaran eksport ke negara luar. Dilaporkan eksport nanas Malaysia menunjukkan trend meningkat sejak 2016 hingga tahun lalu menerusi nilai keseluruhan sekitar RM1.1 bilion berbanding RM642 juta tahun sebelumnya yang merangkumi pelbagai hasilan berasaskan nanas segar, nanas kaleng dan industri bromeliad. Ada peningkatan permintaan dari China dan Timur Tengah terhadap nanas Malaysia terutama bagi varieti MD2 dan varieti tempatan seperti N36 dan Josapine. Bagaimana pun rekod menunjukkan dimana Singapura sudah lama merupakan negara pengimport tertinggi bagi produk nanas Malaysia dengan penguasaan pasaran 66 peratus. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis bagaimana cabaran dan analisa industri pengeluaran nanas negara untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog semua.


Penulis blog menggunakan teknik Analisa SWOT untuk menilai strategi serta faktur cabaran untuk pengeluaran industri nanas negara. Kekuatan (Strength) dalam industri nanas Malaysia adalah kerana ada badan pengelola sedia ada dalam industri ini iaitu LPNM. LPNM yang menjalankan peranan khusus dalam undustri nanas berjaya memainkan peranan semenjak ia ditubuhkan. Kalau dahulu peranannya adalah untuk menjaga pasaran eksport nanas kaleng tetapi kini sudah tertumpu lebih kepada pengeluaran buah nanas premium segar. Kini sudah ada 16 varieti nanas telah didaftarkan dan boleh ditanam daripada varieti AC1 (Nanas Moris) sehingga kepada Varieti Nanas SG1 (Sarawak Gold) untuk ditanam pengusaha. Dilaporkan pemain industri sama ada di sektor perladangan, usahawan komersil dan pekebun kecil nanas jumlahnya semakin meningkat. Ada juga beberapa 'Syarikat anchor' yang mampu menghasilkan nanas untuk pasaran domestik dan eksport. Pihak LPNM juga telah banyak memberikan bantuan subsidi tanaman nanas dan program latihan serta kemudahan diperlukan didalam industi nanas. Bajet tahunan lebih RM25 juta setahun untuk aktiviti penanaman nanas sama ada didalam program penanaman nanas premium, penanaman nanas baru dan program input tanaman nanas mendapat sambutan baik dari semua pemain industri. Malaysia merupakan sebuah negara tropika yang ada kekuatan sendiri didalam penanaman nanas kerana nanas boleh ditanam sepanjang tahun dan perancangan didalam pengelluaran nanas boleh dilakukan secara terancang sepanjang masa. Banyak bentuk dalam kepakaran teknikal penanaman nanas meliputi aspek pemilihan benih tanaman nanas berkualiti, amalan agronomi, aspek penuaian hasil, jadual pengeluaran dan juga kepakaran dalam pasaran domestik dan eksport. Paling penting adalah kedudukan Malaysia yang secara geografinya terletak di kedudukan strategik untuk pengeksportan buah nanas kebeberapa negara pengimport melalui kemudahan infrastruktur, aspek pengangkutan dan sebagainya. 


Bagaimana pun industri nanas negara sesuai dilihat akan analisis dalam aspek Kelemahan (Weakness) dalam penilaian ini. Paling jelas dimana aspek k
ualiti hasil tanaman di Malaysia masih tidak stabil terutama buah nanas yang dihasilkan oleh sektor pekebun kecil nanas. Ini kerana masih ramai dilaporkan dimana pekebun kecil nanas masih menanam varieti yang tidak sesuai untuk penghasilan nanas premium, kurang guna bahan input berkualiti, tidak embuat rancangan pengeluaran sesuai dengan kehendak pasaran dan juga kekurangan ilmu pengetahuan serta pengalaman. Lazimnya tiada perancangan dan penyelarasan dilakukan dikalangan penanam nanas terutama pekebun kecil nanas kerana meraka tidak lakukan perancangan penanaman nanas masih tidak cekap. Sering ada isu 'lambakkan buah nanas' yang menyebabkan harga buah nanas akan jatuh disebabkan isu pemasaran terhad. Ini adalah disebabkan tidak ada perancangan rapi dilakukan oleh kalangan pekebun kecil nanas yang menanam mengikut masa sendiri sedangkan ia boleh menyebabkan bekalan nanas berkurangan atau berlebihan dipasaran domestik yang jejaskan harga. Di Malaysia agak unik berbanding dengan negara pengeluar nanas yang lain dimana isu kebergantungan kepada bantuan kerajaan tinggi melalui LPNM, Jabatan Pertanian dan beberapa organisasi lain. Terdapat banyak bantuan dalam bentuk infrastuktur, input pertanian, benih tanaman, pemprosesan, pemasaran dan promosi eksport dilakukan dalam industri nanas. Isu mengenai kualiti buah nanas yang kurang seragam ada kaitan dengan pekebun nanas yang mendapat bantuan dengan pekebun nanas yang tidak mendapat bantuan subsidi ini. Dalam pada itu tahap amalan mekanisasi ladang adalah masih rendah terutama bagi pekebun nanas di kawasan tanah gambut. Ini menjadikan kos pengeluaran masih tinggi dan kualiti buah juga terhad jumlah pengeluarannya. Ramai pemain industri masih kurang mampu membeli mekanisasi di kebun nanas seperti jentera pembajak, jentera menanam, jentera menuai dan sebagainya. Sehingga artikel ini ditulis dilaporkan kebergantungan kepada bahan input import tinggi terutama bahan kimia dan hormon penggalak pembungaan. Kenaikan harga input pertanian semenjak pasca pandemik covid-19 dan perang Rusia dengan Ukraine menyebabkan kos input meingkat antara 150 - 240%. Kelemahan Malaysia dalam pengeluaran buah nanas segar juga berkait dengan kurang tahap konsistensi dan masaalah kesinambungan pengeluaran hasil bagi tanaman nanas yang dilihat masih rendah terutama sektor pekebun kecil. Masih kurang berlaku penyelarasan dan jadual matrik pengeluaran nanas yang sentiasa bersambung sesuai dengan pasaran domestik dan eksport. Dilihat juga kelemahan pihak R&D yang masih ditahap kurang signifikan terhadap tanaman nanas termasuk membiakbaka varieti baru, amalan agronomi memendekan jangkamasa penuaian nanas dan didalam aktiviti pemprosesan nanas serta 'zero waste' management'. Beberapa laporan menyatakan kelemahan mengenai tahap kefahaman teknikal rendah terutama dikalangan pekebun kecil nanas kecil-kecilan atau pun mereka yang baru sahaja menanam nanas sebagai mata pencarian. Kelemahan lain dalam analisa SWOT ini termasuk masih dilihat kurang aspek kempen penggunaan buah dan produk nanas di Malaysia iaitu ianya masih rendah lagi. Ramai kalangan masyarakat tempatan yang fobia makan buah nanas kerana masuk angin, gugur kandungan dan masam sedangkan buah nanas premium adalah jauh lebih baik daripada jenis nanas kaleng. Paling ketara adalah isu masih tiada kawalan harga nanas tempatan dilakukan dimana ada yang menjual murah dan ada yang menjual nanas agak mahal bergantung kepada banyak faktur dan lokasi.


Merujuk kepada sebuah laporan Bernama bertajuk '
Nilai eksport produk nanas dijangka cecah RM1.3 bilion tahun 2023' agak menarik dikongsikan. Dinyatakan dimana sasaran eksport produk berasaskan nanas Malaysia yang paling tinggi negara adalah ke Singapura diikuti dengan pasaran ke Timur Tengah, China, Jepun dan Korea Selatan. Nilai pasaran eksport produk berasaskan nanas negara dijangka boleh mencecah sehingga RM1.3 bilion iaitu selari dengan trend peningkatan pengeluaran dalam industri nanas. Trend tersebut dapat dilihat menerusi nilai eksport produk berasaskan nanas beberapa tahun kebelakangan ini dengan tahun 2022 ia mencatatkan nilai sebanyak RM1.2 bilion dan sebanyak RM1.1 bilion pada 2021 serta sebanyak RM642 juta pada tahun 2020. Merujuk kepada rekod dimana sebanyak 80 peratus daripada nilai eksport nanas adalah produk makanan nanas dalam tin iaitu didalam masa sama Malaysia akan terus menerokai pasaran baharu (terutamanya) bagi buah-buahan segar. Pada masa ini dilaporkan buah-buahan segar termasuk buah nanas dilihat mempunyai pasaran lumayan dan ia mendapat permintaan tinggi terutama di Timur Tengah dan China sebagai tumpuan bagi penerokaan pasaran baharu. Dilaporkan juga eksport produk berasaskan nanas paling tinggi negara adalah ke Singapura dan Timur Tengah, China, Jepun dan Korea Selatan dan yang terbaru ke Jerman. Isu keadaan cuaca panas dilaporkan tidak menjejaskan pertumbuhan nanas kerana tanaman nanas merupakan tanaman yang lasak dan mampu bertahan pada cuaca seumpama itu. Cuaca panas sebenarnya ada kelebihan kepada nanas sebagai tumbuhan dalam keluarga Kaktus. Keadaan panas pada sekarang ini lazimnya tidak akan menjejaskan pengeluaran hasil daripada segi pengeluarannya kecuali pada awal penanaman baharu pada musim panas yang menjejaskan pertumbuhan peringkat awal. Bagaimana pun sebaliknya jika hujan berterusan dan banjir pula akan menjejaskan tanaman nanas kerana boleh berlaku serangan penyakit terytama bagi nanas premium MD2. Artikel ini dituis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN NANAS... SATU INDUSTRI....
KEKUATAN MALAYSIA... ADA AGENSI...
VARIETI PREMIUM... LUASKAN LAGI...
BAGI EKSPORT... BUAH BERKUALITI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 2307, Trove Hotel,
Jhor Bahru, Johor,
Malaysia.
(22 Zulkaedah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...