Support My Blog

Tuesday, August 15, 2023

SAYUR KANGKONG - FAKTA DI MEDIA (Part 1)

SAYUR KANGKONG 
(Impomea spp Poir) merupakan sejenis sayuran daun yang mudah ditanam dan diusahakan secara komersial atau tradisional oleh petani di Malaysia. Terdapat 2 jenis kangkung yang lazim ditanam di Malaysia iaitu Kangkung Darat (Impomea reptans Poir) dan juga jenis Kangkung Air (Impomea aquatica Forsk) dari keluarga Convulvulaceae. Kangkung Darat adalah kangkong yang ditanam atas tanah darat yang tumbuh menegak dan diusahakan secara komersial sementara kangkong air adalah jenis kangkong yang tumbuh dalam kolam atau taliair yang menjalar. Kangkong merupakan satu jenis sayuran jenis daun yang popular ditanam kerana mempunyai pasaran yang besar. Pada tahun 2022 ada terdapat seluas 4,321 hektar tanaman kangkong dengan penghasilan sebanyak 46,034 mt di seluruh negara (Sumber: Laporan Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2022). Kawasan peling luas menanam kangkong adalah di Negeri Johor (1,430 hektar) diikuti dengan Negeri Perak (521 hektar) dan juga ketiga adalah Selangor (498 hektar). Kangkong merupakan satu jenis tanamam dari keluarga Convovulaceae iaitu dari kumpulan sayuran daun yang berbatang lembut dan berwarna hijau yang penting di Malaysia dan Asia. Kangkung dikenali dengan pelbagai nama lain di barat seperti water convolvulus, water spinach, swamp cabbage dan swamp morning–glory. Terdapat dua jenis kangkong yang ditanam di negara kita iaitu jenis Kangkong Darat (Impomea reptans) dan jenis Kangkung Air (Impomea aquatica). Kangkung darat pula mempunyai daun yang panjang menirus dan berbatang kecil dan bagi kangkung air pula ia mempunyai daun yang agak lebar dan bujur serta berbatang besar. Kangkung dikalangan negara lain pula dipanggil sebagai phak bong (Laos), camotillo (Peru), cancong (Filipina), argali (sudan), paakboong (Thailand), rau muong (Vietnam) dimana tamanan ini juga merupakan sayuran yang tumbuh menjalar yang dimakan sebagai sayuran bersama makanan lain seperti nasi dan laukpauk lain. Makanan nasi lemak yang menjadi ikon sebagai 'Makanan Malaysia' juga lazimnya tidak lengkap kalau tidak ada sayuran kangkung. Kalau mengkaji akan asal usul dan keberadaan tanaman kangkong ini dimana ia boleh didapati di Selatan Asia, Asia Tenggara, Africa, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan juga dikawasan Oceania. Pada penulis blog mendapati tanaman dan sayur kangkung merupakan tanaman yang penting dan ditanam secara intensif di Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan dan Selatan Cina. Daun kangkung berbentuk hati dan tumbuh secara berselang bergantung kepada spesisnya. Umumnya ada dua jenis kangkong yang diusahakan di Malaysia iaitu Kangkong Darat (Impomea reptans) dan Kangkong Air (Impomea aquatica). Kedua jenis ini ditana untuk tujuan diambil daunnya bagi dijadikan makanan. Saya ada pernah menerbitkan buku teknikal di Jabatan Pertanian yang telah menjelaskan sebanyak 7 spesis kangkong yang lazim atau popular ditanam di Malaysia. Bunga kangkong lazimnya berwarna putih dan ungu di bahagian tengahnya. melihat kepada biji kangkung pula selalu ia berwarna coklat kehitaman. Kangkung yang merupakan sayuran hijau memang ada dijual di pasar biasa, pasar malam, pasar tamu, pasar tani, pasaraya dan kedai-kedai runcit diseluruh negara dengan harga yang agak berpatutan murah berbanding dengan sayuran jenis lain. Sebenarnya semua bahagian kangkung yang muda boleh dimakan secara segar atau dimasak. Umumnya penanaman kangkung yang subur memerlukan suhu 24 oC dengan pH tanah antara pH5.5 hingga pH 6.5. Pelbagai jenis tanah adalah sesuai untuk menanam tanaman ini seperti jenis tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong. Kangkung didakwa mempunyai kandungan vitamin yang pelbagai seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, protein, zat besi, kalsium, fosforus, karoten selain mempunyai antioksida dan mineral. Kangkung adalah sajian yang selalu disarankan oleh ahli diet dalam program kawalan kolesterol dan penurunan berat badan disebabkan kandungan lemak dan kalori yang rendah, serta sifat antioksidannya. Artikel subuh Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai beberapa fakta menarik dari jurnal dan juga media tentang sayur kangkong untuk rujukkan bagi pembaca blog semua.


Jangan pandang rendah akan khasiat sayur kangkong yang enak dimakan sama ada dengagan nasi putih atau dengan nasi lemak. Selain ia mengandungi serat yang tinggi dan banyak zat lain, warna hijau kangkong di pinggan hidangan memang menyelerakan nafsu untuk makan. Apa pun dari beberapa sumber rujukkan teknikal dilaporkan dian
tara khasiat sayur kangkung yang lain ialah termasuk ia mampu Mengurangkan Risiko Sakit Jantung. Kandungan nutrien berkhasiat seperti vitamin A, vitamin C dan Beta karotena yang tinggi boleh menghalang pengoksidaan kolesterol dengan berfungsi sebagai antioksida. Ini boleh menghalang penyumbatan arteri-arteri dan bantu menurunkan risiko penyakit jantung. Selain itu, folat di dalam kangkung boleh menurunkan kadar homosistein di dalam darah yang mana dalam jumlah yang tinggi dilaporian ia boleh menyebabkan serangan jantung atau strok. Pastinya makan sayur kangkong Melancarkan Proses Penghadaman kepada pemakannya.  Kangkung mempunyai kandungan serat yang tinggi di mana 100-grams kangkung mengandungi 2.1gram serat. Kangkung merupakan serat tidak larut yang bersifat tidak larut dalam air. Ia dapat melembutkan najis serta melancarkan proses pembuangan air besar. Ketiga pula khasiatnya dimana ia mampu Mencegah Penyakit Kencing Manis disebabkan kandungan serat dalam kangkung juga dapat mengawal paras gula dalam darah secara perlahan supaya gula dalam darah tidak naik secara mendadak. Ia dapat Memelihara Kesihatan Mata kerana sayur kangkung mengandungi komponen zeaxanthin dan lutein iaitu satu lagi komponen yang memberi warna dalam sayur-sayuran. Komponen ini dapat mengurangkan risiko Degenerasi Makula dan katarak yang merupakan penyebab kebutaan. Ia berfungsi untuk menapis sinaran biru yang menyebabkan kerosakan retina. Selain itu, bayam mengandungi vitamin A, yang merupakan komponen bagi rhodopsin, iaitu sejenis protein dalam mata yang membolehkan anda melihat dalam keadaan cahaya yang rendah. Kelima dimana kangkong akan membantu untuk Menguatkan Tulang. Nutrien seperti kalsium dan magnesium sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi. Setiap 100g kangkung memenuhi 8% keperluan kalsium dan 18% keperluan magnesium dalam sehari. Pengambilan kangkung yang kerap boleh menghalang daripada osteoporosis atau kerapuhan tulang. Terakhir khasiat sayur kangkomg adalah ia membantu Meningkatkan Sistem Imun Badan dengan kandungan vitamin A, vitamin C, vitamin E, magnesium dan zink yang tinggi dapat membantu melawan jangkitan dan menghasilkan sel-sel yang diperlukan bagi menyokong sistem ketahanan badan. Penulis blog memang suka makan sayur kangkong dimana selalu setiap bulan ada beberapa kali menikmatinya.


Sayuran kangkong mudah dibeli dengan harga yang mampu dan segar. Antara komponen berkhasiat dalam kangkung yang perlu diketahui adalah Karotenoid dan Flavanoid. Karotenoid adalah pigmen tumbuhan yang menghasilkan warna kuning, oren dan merah kepada buah-buahan dan sayur-sayuran. Warna karotenoid dalam sayuran hijau seperti kangkung tidak dapat dilihat kerana mengandungi klorofil hijau. Karotenoid bersifat antioksida dan mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan. Ada 3 jenis karotenoid dalam sayur kangkung iaitu Violaxanthin berfungsi untuk melindungi dan mencegah daripada kanser, Lutein yang memelihara untuk kasihatan mata dan Beta-karotena yang memelihara kesihatan mata. Bagi komponen Flavonoid iaitu adalah kumpulan fitonutrien (nutrient yang dihasilkan oleh tumbuhan) terbesar yang terdapat di dalam hampir semua tumbuhan. Ada 4 jenis flavonoid dalam kangkung iaitu Myricetin yang berfungsi mencegah komplikasi diabetes, Quercetin yang juga sebagai Antiradang serta mengawal kadar gula dalam darah dan juga mencegah kanser dan penyakit jantung, Luteolin yang akan meningkatkan sistem imun badan dan mencegah kanser dan Apignen yang mengawal tekanan darah dan mencegah kanser. Dalam jurnal lain dinyatakan dimana khasiat kangkong mampu untuk Menurunkan Kolesterol dimana hasil kajian telah membuktikan kesan positif pengambilan sayur kangkung ke atas metabolisme kolesterol di dalam tikus. Tikus yang diberi sayur kangkung dilihat telah menunjukkan bacaan kolesterol dalam darah yang lebih rendah berbanding tikus yang tidak diberi sayur kangkung. Kajian itu mencadangkan bahawa kandungan sterol yang tinggi dalam sayur kangkung mampu menurunkan kolesterol jahat dalam darah secara semula jadi. Memang kangkong akan Melindungi jantung kerana ia mengandungi pelbagai nutrien yang baik untuk jantung. Kandungan nutrien berkhasiat seperti vitamin A, vitamin C dan Beta karotena yang tinggi boleh menghalang pengoksidaan kolesterol dengan berfungsi sebagai antioksida. Ini boleh menghalang penyumbatan arteri-arteri dan menurunkan risiko penyakit jantung. Selain itu, folat di dalam kangkung boleh menurunkan kadar homosistein di dalam darah yang mana dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan serangan jantung atau strok. Sayur kangkong juga mampu Melindungi daripada penyakit hati dan jaundis. Hasil kajian menunjukkan kangkung boleh melindungi daripada penyakit hati dan menurunkan bacaan ujian fungsi hati. Peranan kangkung dalam memelihara kesihatan hati adalah dengan mengaktifkan sistem enzim hati yang akan membersihkan hati (detoks) dari toksin dan racun. Selain itu, kangkung juga mempunyai sifat antikosida dan antiradang yang boleh mencegah kerosakan hati akibat radikal bebas. 


Salah satu khasiat kangkung adalah ia boleh mencegah anemia. Kandungan zat besi yang tinggi di dalam sayur kangkung menyebabkan sayur ini sering disyorkan kepada pesakit anemia. Zat besi penting untuk pembentukan sel darah merah. Disebabkan ini, kangkung juga baik untuk ibu mengandung bagi memenuhi keperluan zat besi yang lebih tinggi. Apa pun dilaporkan sayur kangkong yang tinggi dengan serat tidak larut baik untuk sistem penghadaman. Ia dapat membantu melancarkan pergerakan usus dan mengelakkan daripada sembelit. Terdapat juga penyelidikan dimana menunjukkan pengambilan sayur kangkung dapat menurunkan bacaan gula dalam darah di dalam tikus diabetes dan juga pesakit diabetes. Peranan kangkung dalam mencegah penyakit diabetes adalah dengan melambatkan penyerapan gula ke dalam darah dan membantu mengangkut gula dalam darah ke dalam sel-sel badan. Pemberian ekstrak kangkung kepada tikus makmal menunjukkan keberkesanan penurunan bacaan gula yang sama seperti ubat diabetes. Namun lebih banyak lagi kajian diperlukan untuk menunjukkan kesan yang sama kepada pesakit diabetes. Bagaimana pun paling 'win' adalah dakwaan khasiat kangkong yang mampu Mencegah Kanser. Apa pun pemilihan makanan adalah faktor penting yang perlu diberi perhatian oleh pesakit kanser. Kangkung adalah salah satu pilihan makanan yang digunakan dalam rawatan tradisional untuk mencegah dan merawat kanser. Malahan, kajian in vitro (ke atas sel dalam piring petri) menunjukkan kangkung memberi kesan sitotoksik kepada sel-sel kanser buah pinggang, jantung dan juga larink (peti suara). Memang sayur kangkung mengandungi karotenoid, lutein, zeaxanthin dan vitamin A yang penting untuk kesihatan mata. Lutein dan zeaxanthin boleh melindungi daripada penyakit mata seperti degenerasi macula yang menyebabkan gangguan penglihatan pusat pada orang tua. Kajian menunjukkan dua komponen ini menapis cahaya biru berbahaya dan memelihara kesihatan macula. Selain itu, kajian menunjukkan pengambilan lutein daripada sayuran berdaun hijau seperti kangkung dikaitkan dengan penurunan penyakit katarak (kekaburan kanta mata). Kangkong yang kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral, sayur kangkung juga boleh melindungi dan meningkatkan sistem imunti badan. Kandungan vitamin A, vitamin C, vitamin E, magnesium dan zink yang tinggi dapat membantu melawan jangkitan dan menghasilkan sel-sel yang diperlukan bagi menyokong sistem ketahanan badan. Terakhir tentang dakwaan khasiat sayuran kangkong dimana ia mampu dalam Menguatkan Tulang agak logik. Ini kerana salah satu khasiat kangkung adalah ia boleh menguatkan tulang. Nutrien seperti kalsium dan magnesium sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi. Setiap 100g kangkung memenuhi 8% keperluan kalsium dan 18% keperluan magnesium dalam sehari. Pengambilan kangkung yang kerap boleh menghalang daripada osteoporosis atau kerapuhan tulang. Sayuran kangkung memang dapat membawa pelbagai kebaikan kepada kesihatan kepada manusia. Bagaimana pun jikapembaca merupakan individu yang sudah mengalami sebarang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi atau penyakit lain maka pemgambilan sayur kangkung bukanlah menjadi alternatif atau sebagai ubat sesuai. Sebaiknya perlu untuk meneruskan penggunaan ubat dan meminta nasihat doktor.  
Artikel ini ditulis dalam tiga (2) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMANYA KANGKONG... HIJAU WARNANYA...
MUDAH DI TANAM... CEPAT MENUAINYA...
HARGANYA MURAH.. HEBAT KHASIATNYA...
ARTIKEL DITULIS... MENAMBAH ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Muharram 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...