Monday, August 31, 2015

KELAPA VARIETI TACUNAN

KELAPA TACUNAN (Cocos nucifera) merupakan sejenis varieti kelapa yang popular ditanam di Filipina sebagai satu varieti kelapa renek berhasil tinggi. Menurut sumber dari Philiphines Coconut Authority (PCA) yang penulis telah berbincang dengan beberapa pegawainya di Manila ada menyatakan, kelapa varieti tacunan ini merupakan varieti kelapa terbaik digunakan untuk menghasilkan produk makanan berasaskan kelapa. Ia mempunyai permintaan tiinggi dikalangan penanam, pemproses dan juga para pengeksport kelapa di Filipina. Ia sesuai diproses untuk menghasilkan pelbagai produk dari produk berasaskan isi kelapa dan air kelapa serta penghasilan minyak kelapa dan gula dari kelapa (Nira dan Gula Melaka). Terdapat seluas 3.6 juta hektar tanaman kelapa di Filipina yang mana ia telah menduduki tempat kedua terluas menanam kelapa selepas negara Indonesia iaitu seluas 3.8 juta hektar. Malaysia kini hanya mempunyai sekitar 95,000 hektar keluasan tanaman kelapa (Sumber: Laporan statistik Jabatan Pertanian MAlaysia 2014). Penanaman kelapa dinegara yang berpulau seperti Filipina dan Indonesia merupakan pilihan terbaik untuk menjadi sumber ekonomi penduduknya. Philippine Coconut Authority (PCA) telah mengenalpasti dua varieti kelapa renek di negara mereka untuk di komersilkan iaitu Varieti Galas Hijau dan Varieti Tacunan. Kedua-dua varieti ini telah lulus untuk disyorkan penanamannya kerana ciri asas seperti  saiz buah yang besar, kandungan berat isi yang baik, kandungan air yang banyak dan berkualiti, ketebalan isi serta kepadatannya (firmness). Dari segi fizikal kelapa Galas Hijau mempunyai bentuk seragam yang membulat dengan purata buah bersaiz besar, sabut yang tebal dan juga tahap keseimbangan pokok dipucuknya.  Ia juga mempunyai batang yang kukuh dipangkalnya dengan batang bawah lurus (Jenis renek) pertumbuhan yang lambat meninggi dengan warna mayang (peduncle) kekuningan atau kehijauan. Pada para penanam kelapa dan pengguna, ramai memilih kelapa Galas Hijau dan Tacunan kerana kualiti airnya dan juga khasiat kesihatan yang ada padanya,  Kelapa Tacunan dan Galas Hijau ini merupakan varieti yang popular ditanam di negara tersebut kerana ia memberikan nilai ekonomi kepada petani. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Kelapa Tacunan dan [kepentingannya didalam mempelbagaikan varieti kelapa di Malaysia.  

Berbanding dengan buah Epal dan Oren yang menjadi buah dimakan oleh ramai penduduk dunia, banyak varieti yang dihasilkan oleh saintis biakbaka sehingga menghasilkan banyak varieti. Tanaman kelapa bagaimana pun tidak mempunyai banyak varieti tetapi boleh dikelaskan kepada 3 kategori iaitu Kelapa Tinggi (Tallvariety), Kelapa Renek (Dwarf variety) dan Kelapa Hibrid (Hybrid variety). Varieti tanaman kelapa hanya khusus untuk kawasan tertentu sahaja yang ditanam dengan varieti sama kerana pokok kelapa melakukan pendebungaan silang (Cross pollination) menyebabkan buahnya tidak sesuai digunakan untuk benih. Varieti kelapa yang sama ditanam disatu kawasan terpencil (seperti pulau) mampu mengekalkan sifat varieti kelapa tersebut dan sering dinamakan dengan nama lokaliti. Nama kelapa jenis tinggi adalah seperti Malayan, Rennel dan juga Samoan yang lazimnya tumbuh tinggi sehingga melebihi 70 kaki dengan batang yang besar ditapak bawahnya (tapak gajah), lambat berhasil (7 tahun baru berhasil) dan tahan lasak. Akarnya kuat mencengkam tanah sehingga ia tahan dan tidak tumbang jika ditiup angin kencang. Kelapa ini menguasai 70% daripada varieti kelapa yang ditanam di Malaysia dan kebanyakkan negara-negara Asia Tenggara yang lain. Buahnya besar dengan sabut tebal dan matang dalam 12-13 bulan sebelum gugur diatas tanah untuk dikutip. Ada teknik memetik kelapa tinggi ini dengan menggunakan beruk, mengait dengan galah dan sebagainya.


Berbalik kepada kelapa jenis renek, Ia mempunyai saiz batang yang kecil, pokok tidak tinggi dan membolehkan buah dituai dengan mudah. Pokok varieti Tacunan adalah jenis renek yang mana pelepah daunnya masih mencecah tanah dan pokok sudah berbuah. Kelapa Tacunan adalah varieti kelapa popular di Filipina yang singkatannya dikenali dengan TACD (Tacunan Green Dwarf). Penulis dapati nama tempatan kelapa ini adalah 'Bilaka' dan 'Linkuranay' yang memberi makna 'jenis kelapa  rendah dan hasil cepat'. Saiz buah dari jenis SEDANG dan BESAR berbanding dengan varieti kelapa renek lain. Kelapa ini amat popular ditanam untuk isi kelapa dan air kelapa dimana ia dikomersilkan. Dari segi bentuknya kelapa ini berbentuk Bulat dan warna HIJAU.  PCA telah syorkan petani tanam varieti ini. Kelapa Tacunan adalah varieti kelapa yang cepat berbuah dimana tandan pertama lazimnya mencecah tanah dimana buahnya boleh dipetik tanpa perlu panjang atau gunakan galah. Ia boleh berhasil dalam masa kurang 2 tahun jika kawasan sesuai dan dijaga baik. Di Filipina yang mengalami bencana ribut taufan saban tahun menanam varieti Tacunan kerana ia dibuktikan tahan tiupan angin kuat dan ribut (cyclone) dan tidak mudah tumbang. Ini kerana batang kelapa Tacunan berbatang kuat, akar dalam dan robust. Laporan PCA menyatakan kelapa Tacunan mempu memberukan purrata hasil sebanyak 94 biji/pokok sepokok setahun dengan hasil potensi 204 biji/pk/tahun. Kelapa ini juga sesuai untuk ditanam di Malaysia. Benih asas Tacunan baru di tanam di Kongkong, Johor dan akan menghasilkan benih pada tahun 2020.


Pokak kelapa renek termasuk kelapa tacunan sesuai ditanam sebagai tanaman landskap dan komersil. Pokok kelapa Tacunan telah dibuat penyelidikkan di Jabatan Pertanian Sabah dengan membuat biakbaka untuk memilih varieti terbaik. Ia kini mula diterima oleh petani di Sabah sebagai satu varieti yang produktif dan menghasilkan buah dengan cepat. Beberapa petani telah menanam dan mula berbuah dengan benihnya dikeluarkan oleh UDARS (Sila lihat foto disebelah). Lawatan penulis ke UDARS telah menerima maklumat mengenai bagaimana proses biakbaka kelapa Tacunan ini yang kajiannya telah mengambil masa lebih daripada 15 tahun. Walau pun benih kelapa tacunan yang dijamin ketulinannya masih terhad, usaha untuk membiakkan dengan lebih banyak kelapa tacunan sedang giat dijalankan. Ramai pegawai pengembangan dan petani di Semenanjung Malaysia yang menunggu untuk menanam kelapa varieti tacunan ini. Penulis dapati walau pun ia jenis kelapa renek tetapi saiz buahnya menyamai dan lebih besar daripada kelapa Malaysn Tall. Ia tidak sama seperti kelapa renek lain dimana buahnya kecil seperti kelapa renek Papua yellow, Samoan dan Fiji Dwarf and Cameroon red serta jenia kelapa Malayan Yellow (MYD) and Nias Green. Bagaimana pun umumnya semua kelapa renek berbuah cepat.

Kelapa Hibrid adalah kelapa hasil kacukan antara Kelapa Tinggi dan kelapa Renek untuk mendapatkan ciri pokok rendah, buah besar, cepat berbuah dan tahan penyakit. Ia dibangunkan dengan kaedah kacukan silang yang bersistem untuk mempastikan hanya hibrid yang terpilih sahaja akan dijadikan benih untuk ditanam. Di Malaysia antara kelapa Hibrid yang popular adalah seperti Kelapa Matag (Matag Hijau - CN13, Matag Orange - CN14 dan Matag Gold -CN15). Kelap hibrid lain yang pernah popular di tanam di Malaysia adalah varieti Kelapa MAWA. Di Indonesia kelapa Hibrid yang popular seperti Varieti KHINA 1, KHINA 2, KHINA 3, KHINA 4 dan KHINA 5. Kelapa Macapuno merupakan sejenis kelapa mutan yang mana isinya adalah seperti jelly (thick gelatinous meat( dengan kandungan air sedikit. Saya ada menulis mengenai kelapa Macapuno (Sila klik disini) dan Kelapa hibrid Indonesia (Sila klik disini). Kelapa Macapuno adalah sangat popular di Filipina yang dijual sebagai makanan eksotik dalam bentuk sirap dan pencuci mulut. Saya berpeluang makan isi kelapa Macapuno yang ditanam disalah sebuah stesyen kelapa Jabatan Pertanian semasa membuat lawatan awal Febuari 2015 dimana kebetulan ia berbuah 4 biji dan hanya 1 biji sahaja yang ada ciri macapuno (jelly meats).


Pokok kelapa varieti Tacunan mampu mengeluarkan hasil sehingga 50 ke 90 biji sepokok setahun buah kelapa pada keadaan tempatan. Kajian dimakmal mendapati isi kelapa tacunan memang mengandungi asid laurik dan hasil minyak yang tinggi. Purata sebiji kelapa tacunan boleh menghasilkan sebanyak 53ml VCO (Virgin Coconut Oil). Ia merupakan varieti kelapa yang sangat sesuai ditanam untuk industri pembuatan VCO dimasa akan datang. Kajian juga mendapati buah kelapa tacunan yang cukup matang mengandungi 460g isi segar yang boleh menghasilkan 247g kopra pada 6% kelembapan. Purata berat buah yang diukur adalah 1,292gram (atau 1.3 kg sebiji) dan ini merupaka sangat besar (Sila lihat foto disebelah). Ketika penulis bersama mengukur buah tersebut di UDARS mendapati, purata ukurlilit 'polar' buah sepanjang 62cm dan juga ukurlilit 'equatorial' buah adalah 55cm. Kemudian sabut kelapa dikeluarkan dan ditimbang dimana ia memebrikan bacaan 381 gram. Kajian mengenai jumlah isipadu air dalam kelapa tacunan adalah purata sebanyak 238 ml sebiji. Ini amat sesuai untuk dijadikan industri air kelapa dan cconut shake (boleh dapat 2-3 gelas!). Apa yang istimewa mengenai kelapa tacunan ini juga mengenai kandungan dan tahap kemanisan airnya dengan bacaan 8.9%TSS (Total soluble sugar) iaitu agak manis. Berat tempurung yang dikira sebanyak 212 gram sebiji dan memberikan berat isi segar sebiji kelapa memberikan purata 460 gram. Kajian sterusnya mendapati ketebalan isi kelapa adalah sekitar 10.7mm. Analisa dilakukan terhadap kelapa tacunan dimana berat kopra yang dihasilkan sebanyak 247 gram sebiji dengan hasilkan kandungan minyak sebanyak 53ml.  Purata berat buah kelapa muda untuk kegunaan air minuman pula adalah sekitar 3,837gram dimana ia mempunyai air dan sabut basah yang besar. Semuga artikel mengenai varieti kelapa tacunan yang julung-julung kali ditulis ini dapat menambah ilmu pembaca blog 'Anim Agro Technology' sebagai bahan rujukkan dan ilmiah. Wasallam!.



KELAPA TACUNAN... VARIETI BARU...
KELAPA RENEK... MASIH BAHARU.....
DARI FILIPINA...BIAKBAKA DILAKU...
TAHUN 2020..BENIHNYA DITUNGGU...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
UPLB, Los Banos,
Manila, Philipines.
(23 Rabiulawal 1435H)
-Attended International Course at SEARCA
Posted on 31 Ogos 2015
SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE 58
SEHATI SEJIWA

Sunday, August 30, 2015

HERBA - LIMAU PURUT (Part 4)

LIMAU PURUT (Citrus hystrix DC) merupakan sejenis tanaman dari kumpulan limau (Citrus) tetapi ia juga dikategorikan sebagai tanaman Herba. Limau purut juga dikenali dengan beberapa nama lain diseluruh dunia seperti Keiffer lime atau Kafir lime dalam bahasa Inggeris. Ia juga dipanggil sebagai Jeruk Purut (Indonesia) dan juga sebagai Bai Makrut (Thailand). Kajian saintis juga mendapati tumbuhan limau purut ialah tanaman saka yang berasal dari Asia. la telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand sejak lama dahulu sehingga sukar di kesan habitat asalnya. Kebanyakan tanaman ini ditanam di persekitaran rumah secara kecil-kecilan untuk kegunaan sendiri. Kegunaan utama limau purut ialah daunnya yang sering digunakan dalam masakan. Daun limau purut menjadi kemestian dalam masakan seperti Asam Pedas, Masak Asam dan beberapa hidangan lain seperti Rendang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, buahnya dengan kulit yang berkedut, tebal dan isinya yang tidak berapa berair juga turut digunakan. Penulis pun sentiasa menanam pokok limau purut dalam pasu disekeliling rumah untuk kegunaan sendiri. Limau purut tergolong dalam subgenus Papeda. Oleh itu ia agak berbeza daripada limau jenis lain yang tersohor kerana keenakan buahnya. Nama spesies limau purut ialah hystrix yang bermaksud landak dalam bahasa greek kerana pohonnya yang berduri. Keunikan aroma minyak pati yang disuling daripada daun limau purut adalah disebabkan oleh sebatian yang dikenal pasti sebagai Sitronelal. Kandungan sebatian ini di dalam minyak pati daun limau purut adalah lebih kurang 80%. Sebatian lain yang terdapat dalam minyak pati daun limau purut ialah sitronelol (10%), Nero-I dan Limonena. Komposisi minyak pati daripada kulit buah limau purut pula terdiri daripada limonena dan B-pinena. Artikel mengenai herba dalam "Anim Agro Technology" kali ini adalah mengenai tanaman limau purut yang juga disambung dalam Part 1 dan Part 2 untuk rujukkan anda.



Penuaian hasil daun limau purut lazimnya penulis dapati dapat dimulakan pada tahun ketiga. Jumlah hasil daun yang dapat dipetik bergantung kepada tahap kesuburan tanaman. Pada peringkat umur 3 tahun selalunya jumlah hasil daun basah yang dapat dikutip setiap kali kutipan adalah lebih kurang 100 g/pokok. Cara petik daun limau purut dilakukan secara manual dengan melorot daun tersebut dan dimasukkan kedalam guni plastik (Sila lihat foto disebelah). Dari segi amalan, pada peringkat umur 5-10 tahun setiap pokok dapat mengeluarkan hasil daun basah sebanyak 500-800 gram sepokok setiap kali kutipan. Sistem kutipan hasil daun limau purut sangat bergantung kepada kehendak pasaran.  Lazimnya daun limau purut yang dipetik dijual kepada pemborong untuk pasaran daun segar. Aktiviti memetik daun dilakukan secara berperingkat  untuk memenuhi permintaan pasaran iaitu 100 kg daun segar seminggu. Kajian menunjukkan berdasarkan hasil kutipan dari plot di Pusat Pertanian Jabatan Pertanian, adalah dianggarkan hasil daun segar sehektar adalah sekitar 600 kg/tahun bagi tahun ketiga dan 4.5 kg/tahun bagi tahun kelima ke atas. Anggaran ini adalah berasaskan 4 kali kutipan setahun yang perlu diulang setiap 2-3 bulan sekali. Berdasarkan perolehan minyak pati daripada daun limau purut pada kadar lebih kurang 0.8%, maka jumlah minyak pati limau purut yang dapat dihasilkan sehektar adalah lebih kurang 4.8 liter pada tahun ketiga dan 36 liter setahun bermula tahun kelima. Harga minyak pati asli limau purut adalah tinggi dipasaran.


Aktiviti pengendalian selepas tuai daun yang dipetik bergantung kepada penggunaannya. Bagi jualan daun segar sebaiknya dahan dipotong lebih kurang 12 cm panjang kemudian perlu diikat setiap 3 dahan menggunakan getah bulat dan disusun di dalam raga plastik untuk memudahkan penghantaran ke pasar borong (Sila anda lihat foto disebelah). Selalunya daun yang dikutip bagi tujuan penyulingan minyak pati pula mesti dibawa terus ke pusat penyulingan agar proses penyulingan akan dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi mendapatkan peratus perolehan minyak yang optimum. Pendedahan kepada panas matahari atau kelewatan penyulingan boleh menjejaskan hasil minyak patio. Kosting tanaman limau purut agak jarang disediakan. Anggaran kos pengeluaran daun limau purut dari menanam hingga tahun ke 12 ditunjukkan dalam jadual1. Anggaran ini berdasarkan kepadatan tanaman 2,314 pokok sehektar. Kos pengel uaran pad a kepadatan tanaman yang lebih rendah, penyediaan anak benih sendiri dan tanpa menggunakan sistem pengairan sudah pasti mengurangkan kos pengeluaran. Berdasarkan andaian tersebut, kos pengeluaran bagi tahun pertama, tahun kedua hingga tahun ketiga, keempat dan seterusnya masing-masing ialah RM23,940, RM5,650 dan RM9,770. Penuaian hasil yang ekonomik hanya dapat dilakukan mulai tahun kelima. Berdasarkan anggaran hasil daun segar sebanyak 4.5 t/ha, maka pendapatan kasar mulai tahun kelima ialah RM13,500 sekiranya hasH dijual untuk pasaran segar pada harga RM3.00/kg. Analis menunjukkan aktiviti penyulingan minyak pati daripada 4.5 kg daun segar akan menghasilkan 36 liter minyak pati berdasarkan kadar perolehan minyak 0.8%. Tanpa mengambil kira kos penanaman dan pengendalian tanaman untuk empat tahun pertama dikira iaitu kos pengeluaran 1 liter minyak pati limau purut ialah RM589. Ini merupakan satu potensi baru dalam penanaman herba limau purut dimasa akan datang. Sila baca artikel Part 1, Part 2 dan Part 3. Wasallam!...


LIMAU PURUT...MENGERUTU KULITNYA...
DAUNNYA UNIK... NO '8' BENTUKNYA...
DITANAM SENDIRI...SELALU DIGUNA...
WALAU LIMAU...IA KATEGORI HERBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(19 Ramadan 1436H)

Saturday, August 29, 2015

HERBA - LIMAU PURUT (Part 3)

LIMAU PURUT (Citrus hystrix DC) merupakan sejenis tanaman daru kumpulan limau (Citrus) tetapi ia juga boleh dikategorikan sebagai tanaman Herba. Limau purut juga dikenali dengan beberapa nama lain diseluruh dunia seperti Keiffer lime atau Kafir lime dalam bahasa Inggeris. Ia juga dipanggil sebagai Jeruk Purut (Indonesia) dan juga sebagai Bai Makrut (Thailand). Kajian saintis juga mendapati tumbuhan limau purut ialah tanaman saka yang berasal dari Asia. la telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand sejak lama dahulu sehingga sukar di kesan habitat asalnya. Kebanyakan tanaman ini ditanam di persekitaran rumah secara kecil-kecilan untuk kegunaan sendiri. Kegunaan utama limau purut ialah daunnya yang sering digunakan dalam masakan. Daun limau purut menjadi kemestian dalam masakan seperti Asam Pedas, Masak Asam dan beberapa hidangan lain seperti Rendang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, buahnya dengan kulit yang berkedut, tebal dan isinya yang tidak berapa berair juga turut digunakan. Penulis pun sentiasa menanam pokok limau purut dalam pasu disekeliling rumah untuk kegunaan sendiri. Limau purut tergolong dalam subgenus Papeda. Oleh itu ia agak berbeza daripada limau jenis lain yang tersohor kerana keenakan buahnya. Nama spesies limau purut ialah hystrix yang bermaksud landak dalam bahasa greek kerana pokoknya yang berduri. Keunikan aroma minyak pati yang disuling daripada daun limau purut adalah disebabkan oleh sebatian yang dikenal pasti sebagai Sitronelal. Kandungan sebatian ini di dalam minyak pati daun limau purut adalah lebih kurang 80%. Sebatian lain yang terdapat dalam minyak pati daun limau purut ialah sitronelol (10%), Nero-I dan Limonena. Komposisi minyak pati daripada kulit buah limau purut pula terdiri daripada limonena dan B-pinena. Artikel mengenai herba dalam "Anim Agro Technology" kali ini adalah mengenai tanaman limau purut yang juga disambung dalam Part 1 dan Part 2 untuk rujukkan anda.


Pengurusan tanaman limau purut perlu mengikuti amalan pertanian baik. Pembajaan pokok limau purut perlu dilakukan selepas menanam pembajaan dilakukan sebulan sekali menggunakan baja Urea (46% N), pada kadar 5 g/pokok sehingga tanaman berumur 1 tahun. Baja organik (najis ayam atau najis lembu) turut diberikan 2 kali setahun pada kadar 5 kg/pokok setiap kali pembajaan. Pada tahun kedua baja Urea pada kadar 50 g/pokok diberikan sebanyak 2 kali diselang-selikan dengan pemberian 50 g/pokok baja sebatian 15:15:15. Kadar pembajaan ditambah sehingga pokok berumur 5 tahun ke atas apabila pemberian baja sebatian 15:15:15 pada kadar 700 g/pokok setahun (2 kali pembajaan) dan baja TSP sebanyak 350 g/pokok diberikan sekali setahun.  Sebaiknya baja daun diberikan juga melalui semburan diberikan 2 kali setahun mengikut keperluan tanaman. Aktiviti cantasan secara berjadual perlu dilakukan bagi membentuk percabangan yang teratur. Cantasan juga dilakukan bagi membuang dahan yang dijangkiti penyakit dan kurang sihat. Dari tunas asal yang tumbuh, 3-4 tunas pada jarak yang seragam dibiarkan membesar bagi membentuk dahan-dahan utama. Selanjutnya 3 - 4 ranting dibiarkan membesar pada setiap dahan utama.  Cantasan utama biasanya dilakukan sekali setahun iaitu sebelum bermulanya musim hujan. Cantasan dilakukan bagi menetapkan aras ketinggian pokok tidak melebihi 5-6 kaki bagi memudahkan pengutipan hasil. Cantasan utama dilakukan pad a peringkat umur 5 dan 10 tahun. Kutipan daun yang dilakukan secara berjadual mulai tahun ketiga juga bertindak sebagai cantasan. Setiap kali cantasan dilakukan, pisau atau pemotong dahan yang digunakan mestilah sentiasa dibasuh dengan klorok bagi menghindar penyebaran penyakit. Bekas luka cantasan pada dahan yang besar juga perlu dirawat dengan racun kulat. 


Kawalan rumpai biasanya dilakukan sebanyak tiga kali setahun. Racun rumpai jenis sentuh biasanya diberikan dua kali setahun iaitu selang empat bulan. Selain bertindak mengawal rumpai, meracun kali ketiga setiap tahun yang menggunakan racun rumpai jenis sistemik dan dilakukan sebelum musim hujan juga bertindak sebagai kawalan penyakit. Tindakan bahan aktif racun rumpai jenis serap juga menyebabkan daun-daun yang parah dijangkiti penyakit kanker luruh keseluruhannya. Daun-daun yang luruh dikumpul dan dimusnahkan. Pucuk-pucuk baru yang tumbuh selepas itu bebas penyakit kanker.  Limau purut merupakan tumbuhanagak tahan diserang perosak. Ianya berbeza dengan jenis-jenis limau lain dimana tanaman limau purut tidak menghadapi banyak masalah serangan perosak yang serius. Walau bagaimanapun pemerhatian di ladang menunjukkan terdapat tiga jenis perosak yang sering menyerang tanaman limau purut. Ke tiga-tiga perosak berkenaan ialah Ulat Melombomg Daun (Phyllocnistis citrella), Kumbang Makan Daun (Hypomeces squamosus)  dan Kutu Teritip (Lepidosaphes beckii). Serangan ulat peliang daun menyebabkan terdapatnya kesan serangan pada daun yang merupakan alur melingkar lut sinar (transparent) atau keperakan, tunas atau daun muda mengerut, menggulung dan luruh. Daun yang diserang perosak tidak dapat dipetik untuk pasaran daun segar. Kawalan menggunakan racun serangga malathion, methidathion atau diazinon hanya perlu pada aras serangan yang tinggi. 


Serangan daripada Kumbang Makan Daun (Hypomeces Squamosus) akan menyebabkan kerosakan pada tepi daun dan hujung daun. Kaedah kawalan adalah dengan menggunakan racun serangga yang sama dapat mengawal serangga perosak ini. Daun muda menjadi kesukaan kumbang ini untuk merosakannya. Penulis dapati serangan oleh Kutu teritip (Lepidosaphes beckii) juga sering berlaku pada anak semaian terutama anak semaian yang diletakkan di bawah teduhan. Serangan berlaku pada daun dan batang anak semaian dan dapat dikesan daripada gejala serangan yang merupakan daun berwarna kekuningan dengan bintik-bintik clorosis. Pada aras serangan yang serius daun akan gugur. Penelitian pada bahagian bawah daun dan batang pokok akan menunjukkan kehadiran kutu teritip ini. Kawalan dapat dilakukan dengan semburan racun serangga diazinon, phosphamidon atau methidhation. Penggunaan racun kimia terhadap tanaman limau purut sebaiknya dikurangkan atau dielakkan kerana kita akan memetik daun untuk digunakan. Pilih pesticide organik yang mesra alam. Baca dengan betul dan teliti jia menggunakan racun kimia.


Terdapat serangan penyakit tanaman limau purut. Antara penyakit utama yang menyerang limau purut ialah penyakit kanker yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Xanthomonas campestris var. citri. Gejala jangkitan penyakit ini ialah bintik-bintik kecil berwarna hijau gelap atau kuning pada permukaan daun (Sila lihat foto disebelah). Bahagian bawah daun pula menunjukkan tompok-tompok seperti gabus pecah dengan garis pusat 3-5 mm. Jangkitan sering kali berlaku pada musim kemarau selepas musim hujan. Kawalannya adalah dengan menyembur racun kulat berasaskan kuprum seperti copper oxychloride. Kawalan menyeluruh dilakukan pada awal musim hujan setiap tahun dengan melakukan cantasan dan aktiviti kawalan rumpai menggunakan racun rumpai jenis sistemik seperti jenis racun glyphosate. Kawalan rumpai ini secara tidak langsung menyebabkan semua daun luruh dan membebaskan tanaman daripada sumber penyakit. Tunas-tunas yang tumbuh selepas itu bebas daripada penyakit sehingga jangkitan baru berlaku.


Selain penyakit kanker, serangan kulapuk jelaga juga merupakan salah satu dari masalah utama yang boleh menjejaskan mutu daun limau purut. Apa yang berlaku adalah gejala pertumbuhan kulapuk jelaga menyebabkan permukaan daun diselaputi lapisan kulat berwarna hitam yang tebal (Sila lihat foto disebelah). Selain daripada ia menjejaskan mutu daun  lazimnya kehadiran lapisan kulapuk ini juga berkeupayaan akan merencatkan proses fotosintesis. Kulapuk jelaga bukan organisma parasit yang menyebabkan penyakit tetapi ia tumbuh pada rembesan bergula yang dikeluarkan oleh serangga penghisap seperti kutu daun, benah putih dan serangga penghisap lain. Kulapuk jelaga dapat dikawal dengan mengawal serangga yang mengeluarkan rembesan bergula. Bersambung pada artikel Herba - Limau Purut Part 4. Wasallam!.


LIMAU PURUT...MENGERUTU KULITNYA...
DAUNNYA UNIK... NO '8' BENTUKNYA...
DITANAM SENDIRI...SELALU DIGUNA...
WALAU LIMAU...IA KATEGORI HERBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(19 Ramadan 1436H)

Friday, August 28, 2015

HERBA - LIMAU PURUT (Part 2)

LIMAU PURUT (Citrus hystrix DC) merupakan sejenis tanaman daru kumpulan limau (Citrus) tetapi ia juga dikategorikan sebagai tanaman Herba. Limau purut juga dikenali dengan beberapa nama lain diseluruh dunia seperti Keiffer lime atau Kafir lime dalam bahasa Inggeris. Ia juga dipanggil sebagai Jeruk Purut (Indonesia) dan juga sebagai Bai Makrut (Thailand). Kajian saintis juga mendapati tumbuhan limau purut ialah tanaman saka yang berasal dari Asia. la telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand sejak lama dahulu sehingga sukar di kesan habitat asalnya. Kebanyakan tanaman ini ditanam di persekitaran rumah secara kecil-kecilan untuk kegunaan sendiri. Kegunaan utama limau purut ialah daunnya yang sering digunakan dalam masakan. Daun limau purut menjadi kemestian dalam masakan seperti Asam Pedas, Masak Asam dan beberapa hidangan lain seperti Rendang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, buahnya dengan kulit yang berkedut, tebal dan isinya yang tidak berapa berair juga turut digunakan. Penulis pun sentiasa menanam pokok limau purut dalam pasu disekeliling rumah untuk kegunaan sendiri. Limau purut tergolong dalam subgenus Papeda. Oleh itu ia agak berbeza daripada limau jenis lain yang tersohor kerana keenakan buahnya. Nama spesies limau purut ialah hystrix yang bermaksud landak dalam bahasa greek kerana pohonnya yang berduri. Keunikan aroma minyak pati yang disuling daripada daun limau purut adalah disebabkan oleh sebatian yang dikenal pasti sebagai Sitronelal. Kandungan sebatian ini di dalam minyak pati daun limau purut adalah lebih kurang 80%. Sebatian lain yang terdapat dalam minyak pati daun limau purut ialah sitronelol (10%), Nero-I dan Limonena. Komposisi minyak pati daripada kulit buah limau purut pula terdiri daripada Limonena dan B-pinena. Artikel mengenai herba dalam "Anim Agro Technology" kali ini adalah mengenai tanaman limau purut yang juga disambung dalam Part 1 dan Part 3 untuk rujukkan anda.


Aktiviti menyediakan kawasan untuk menanam limau purut sama seperti penanaman buah yang lain. Kawasan tanaman yang dikenal pasti perlu dibersihkan daripada tumbuhan asal bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan penyakit akar. Kawasan dibajak piring sedalam 25-30 cm. diikuti dengan bajak putar lebih kurang dua minggu kemudian. Bajak putar menggemburkan tanah melalui pengurangan saiz ketulan tanah dan memusnahkan rumpai. Parit perlu digali di kawasan rendah bagi saliran air yang berlebihan. Saiz lubang tanaman berukuran 0.6 m x 0.6 m x 0.6 m. Baja TSP (Triple Super Phosphate), kapur (kapur magnesium berkisar atau GML) dengan baja organik masing-masing pada kadar  yang sesuai adalah 100 g dalam lubang yang bertindak atau digunakan sebagai baja asas. Kalau menanam dikawasan tanah rendah sebaiknya dibuat batas atau busut agar ia tidak ditenggelami air yang mana limau ini agak sensitif.


Benih Limau Purut merupakan komoditi yang laris dan agak sukar membelinya. Harga limau purut dipasar malam atau pasar tani yang berkualiti juga agak mahal berbanding dengan jenis anak benih buah-buahan lain. Penyediaan bahan tanaman pokok limau purut penting bagi menentukan perolehan hasil daun yang tinggi dan bermutu. Bahan tanaman biasanya disediakan melalui tiga kaedah iaitu biji benih, cantuman dan tut (marcoted). Kebanyakan benih limau purut yang ada dijual dipasaran dari kaedah tut (Sila lihat foto disebelah).  Penyediaan benih tanaman melalui biji benih atau seeara generatif biasanya tidak diamalkan kerana anak benih berkenaan tidak rintang terhadap penyakit limau seperti reput akar Phytophthora, penyakit virus dan jangkitan nematod. Pembiakan dan penyediaan bahan tanaman melalui kaedah tut juga selalunya akan menghasilkan anak semaian yang mempunyai ketahanan yang sama seperti benih tanaman yang disediakan melalui biji benih. Biasanya bahan tanaman disediakan melalui cantuman pucuk atau cantuman mata tunas. Pokok penanti dipilih daripada varieti yang rintang penyakit reput akar, penyakit virus dan cacing nematod. Pokok penanti juga mesti mempunyai daya adaptasi persekitaran yang luas, tahan terhadap kemarau dan mempunyai sistem pengakaran yang kuat dan luas. Varieti pokok penanti yang biasa digunakan termasuk Rough lemon, Cleopatra, Troyer citrange dan Carizzo citrange.


Kawasan semaian perlu digemburkan sedalam 30-40 cm sebelum batas dibina. Jarak di antara batas lebih kurang 0.5-1 m. Baja organik pada kadar 1 kg/m2 digaulkan ke dalam batas semaian. Biji benih daripada pokok penanti disemai di batas semaian yang berukuran 1.5-2 m lebar. Biji ditanam di dalam alur dengan jarak tanaman 1.5 cm x 2.0 cm. Batas semaian perlu disiram mengikut keperluan. Peneduh perlu dibina bagi memberi naungan daripada terik matahari. Anak benih biasanya sedia untuk dipindahkan ke polibeg 3-5 bulan selepas disemai. Pada ketika ini anak semaian telah mencapai ketinggian sekitar 20 cm. Campuran medium untuk polibeg ialah baja organik, sekam atau gambut dan pasir pada kadar 1:1 :1. Benih sedia untuk cantuman apabila garis pusat batang berukuran lebih kurang 1 cm. Anak benih sedia untuk ditanam setelah meneapai ketinggian lebih kurang 60 cm. Pengusaha sering kali tidak menyediakan bahan tanaman sendiri. Sebaliknya bahan tanaman diperoleh dari pusat semaian atau nurseri yang lazimnya mendapat bekalan dari ladang persendirian atau mengimport benih tanaman dari negara jiran. Sekiranya anak benih dibeli dari nurseri, pemilihan yang teliti perlu dilakukan bagi memastikan anak benih yang dibeli berkualiti, tidak dijangkiti penyakit dan eacing nematod serta mempunyai akar serabut yang banyak. 


Menanam limau puurut dikebun secara komersil perlukan persediaan rapi. Kawasan ladang dibersihkan daripada tanaman asal dan sisa baki tanaman asal dimusnahkan. Pelbagai sistem tanaman dan jarak tanaman dapat diamalkan. Antaranya adalah menanam dengan sistem baris berkembar 120 cm di antara pokok dan jarak di antara baris berkembar ialah 6 m. Dengan menggunakan kaedah ini kepadatan tanaman sehektar ialah sebanyak 2,300 pokok. Satu lagi jarak tanaman yang biasa diamalkan ialah 2.4 m di antara pokok dan 3 m di antara baris. Kepadatan tanaman menggunakan jarak tanaman ini ialah 1,380 pokok sehektar. Jarak tanaman kedua ini telah digunakan di salah sebuah ladang limau purut di Jeniang, Kedah (Gambar 2) dan menunjukkan pertumbuhan yang baik kerana pokok mempunyai ruang yang cukup untuk pertumbuhan sisinya. Lubang tanaman yang berukuran 60 cm x 60 cm x 60 cm digali 2 minggu sebelum menanam. Tanah yang digali digaulkan dengan tanah permukaan dan 100 g baja organik. Kapur (GML) dan TSP pada kadar yang sama digaulkan di dalam lubang tanaman sebagai baja asas.  Sebelum menanam, daun dan dahan yang berlebihan perlu dicantas. Pengurangan akar juga dilakukan. Ketika menanam pastikan akar tidak berlipat. Setelah anak pokok ditanam, pengairan secukupnya diberikan. Pengairan adalah kritikal pada peringkat awal pertumbuhan sehingga tanaman berumur lebih 2 tahun. Sistem pengairan menggunakan 'rain-gun' sesuai digunakan sekiranya terdapat sumber air yang mencukupi. Sungkupan berupa jerami atau daun kelapa diberikan selepas menanam. Semasa meletakkan sungkupan, tentukan sungkupan tidak menyentuh anak pokok bagi mengelakkan kerosakan pada perdu pokok. Kawalan rumpai dilakukan mengikut keperluan atau sebelum pemberian baja berikutnya. Penyulaman dilakukan terhadap anak tanaman yang mati atau tidak menunjukkan pertumbuhan yang menggalakkan. Artikel ini bersambunga dengan Part 1, Part 3 dan Part 4. Wasallam!.


LIMAU PURUT...MENGERUTU KULITNYA...
DAUNNYA UNIK... NO '8' BENTUKNYA...
DITANAM SENDIRI...SELALU DIGUNA...
WALAU LIMAU...IA KATEGORI HERBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(19 Ramadan 1436H)

Thursday, August 27, 2015

HERBA - LIMAU PURUT (Part 1)

LIMAU PURUT (Citrus hystrix DC) merupakan sejenis tanaman daru kumpulan limau (Citrus) tetapi ia juga dikategorikan sebagai tanaman Herba. Limau purut juga dikenali dengan beberapa nama lain diseluruh dunia seperti Keiffer lime atau Kafir lime dalam bahasa Inggeris.  Ia juga dipanggil sebagai Jeruk Purut (Indonesia) dan juga sebagai Bai Makrut (Thailand). Kajian saintis juga mendapati tumbuhan limau purut ialah tanaman saka yang berasal dari Asia. la telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand sejak lama dahulu sehingga sukar di kesan habitat asalnya. Kebanyakan tanaman ini ditanam di persekitaran rumah secara kecil-kecilan untuk kegunaan sendiri. Kegunaan utama limau purut ialah daunnya yang sering digunakan dalam masakan. Daun limau purut menjadi kemestian dalam masakan seperti Asam Pedas, Masak Asam dan beberapa hidangan lain seperti Rendang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, buahnya dengan kulit yang berkedut, tebal dan isinya yang tidak berapa berair juga turut digunakan. Penulis pun sentiasa menanam pokok limau purut dalam pasu disekeliling rumah untuk kegunaan sendiri. Limau purut tergolong dalam subgenus Papeda. Oleh itu ia agak berbeza daripada limau jenis lain yang tersohor kerana keenakan buahnya. Nama spesies limau purut ialah Citrus hystrix yang bermaksud 'Landak' dalam bahasa Greek kerana batang dan rantingnya yang berduri. Keunikan aroma minyak pati yang disuling daripada daun limau purut adalah disebabkan oleh sebatian yang dikenal pasti sebagai Sitronelal. Kandungan sebatian ini di dalam minyak pati daun limau purut adalah lebih kurang 80%. Sebatian lain yang terdapat dalam minyak pati daun limau purut ialah sitronelol (10%), Nero-I dan Limonena. Komposisi minyak pati daripada kulit buah limau purut pula terdiri daripada limonena dan B-pinena.  Artikel mengenai herba dalam "Anim Agro Technology" kali ini adalah mengenai tanaman limau purut yang juga disambung dalam Part 2 dan Part 3 untuk rujukkan anda.

Pokok limau purut boleh tumbuh dinegara kita dengan subur jika dijaga dengan baik iaitu sehingga 30 m tinggi. Penulis pernah melihat pokok limau purut yang cukup besar tanpa dibuat cantasan di Melaka. Walau bagaimanapun jika dibandingkan dengan spesis limau lain didapati bahawa kadar pertumbuhan limau purut adalah perlahan. Beberapa kaedah seperti dengan pemangkasan yang teratur membolehkan ketinggian pokok limau purut dapat dikawal pada aras yang memudahkan kutipan daun (Sila lihat foto disebelah). Apa yang berlainan mengenai limau purut adalah bentuk daunnya yang unik. Daun limau purut mempunyai bentuk tersendiri dengan tangkai daun (petiole) bersayap yang memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung. Bahagian daun ini seakan nombor '8' dan berwarna hijau muda bagi daun dibahagian pucuk dan menjadi hijau gelap apabila ia tua. Bahagian daun adalah yang paling banyak digunakan dalam masakkan terutama daun limau putut segar.Ia boleh juga dikeringkan tetapi kurang sedikit kandungan aromanya.  Kulit buah limau purut berkedut dan isinya mengandungi jus yang sangat sedikit. Pada saya rasa jus perahan limau purut biasanya masam dan pahit. Walau bagaimanapun terdapat juga varieti yang berair dengan jus perahannya berasa manis. Buah limau purut juga sering digunakan dalam perubatan tradisional.


Khasiat dan kegunaan limau purut memang telah lama diketahui oleh masyarakat tempatan. Pastinya daun limau purut banyak digunakan sebagai perasa terutama dalam masakan Ala-Thailand seperti tomyam. Aroma dan rasa yang dikeluarkan oleh daun limau purut memberikan keistimewaan yang tersendiri dan dikatakan tidak dapat digantikan oleh herba jenis lain. Daun yang telah dikeringkan juga digunakan dalam pelbagai ramuan dalam perubatan tradisional dan mempunyai aktiviti antihistamina, antispasmodik, dan hipotensi. Selain itu, daun limau purut juga digunakan sebagai salah satu bahan untuk mandi tersat atau mandi wap. Kajian mutakhir pula menunjukkan bahawa daun limau purut segar berpotensi sebagai sumber yang berkesan sebagai penggalak anti tumor atau pencegah kanser. Secara tradisinya buah limau purut turut digunakan untuk mencuci rambut dengan mencampurkannya bersama bahan lain iaitu beluru atau sintok. Air yang diperah daripada buahnya pula digunakan untuk membunuh pacat selain digunakan untuk mencuci mulut dan dikatakan dapat menguatkan gusi. Air yang diperah daripada buahnya juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah zakar yang lemah apabila dicampurkan dengan lada hitam yang telah ditumbuk dan dijadikan minuman. 


Kulit buah limau purut pula sering digunakan untuk membuat jamu dan digunakan untuk memeram, dan memberikan rasa dan aroma yang tersendiri terhadap masakan berdaging. Minyak pati yang diekstrak melalui proses penyulingan wap menggunakan kulit buah dan daun juga didapati mempunyai aroma yang khusus. Lazimnya apa yabg penulis lihat minyak pati ini banyak digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti aromaterapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Minyak pati limau purut yang mempunyai sifat-sifat antiseptik, astringen dan antibakteria membolehkannya digunakan dalam produk untuk merawat luka, lebam dan sengatan serangga berbisa. Memang agak sukar untuk mendapatkan minyak pati limau purut ini kerana kandungannya adalah sedikit dan perlukan peralatan dan kemahiran khas untuk mengekstrak. Minyak pati limau purut yang dicampurkan ke dalam minyak urut pula dapat memberikan kesegaran dan merangsang perjalanan darah yang lancar pada kulit. Penggunaannya dalam air mandian terapeutik dan minyak urut juga dapat membersihkan kulit.


Dari segi kesesuaian tanah dan iklim, penulis merujuk beberapa penerbitan. Lazimnya limau purut perlukan keadaan cuaca seperti di Malaysia. Keadaan ini akan membolehkan tanaman limau purut di tanam dikebanyakan kawasan dari kawasan tanah rendah hingga 400 m dari atas laut. Tanaman limau purut memerlukan kawasan lapang yang mendapat cahaya matahari penuh tanpa lindungan. Limau purut dapat tumbuh dengan subur pada suhu 25-30’C. Namun limau purut juga dapat tumbuh dengan subur pada tahap suhu yang lebih tinggi iaitu sehingga 38°C. Tanaman limau purut juga memerlukan 5-6 bulan basah.  Jenis tanah yang sesuai untuk tanaman limau purut ialah tanah 10m dan 10m berpasir dengan peratusan liat 7-27%, debu (silt) 25-50% dan pasir kurang daripada 50%. Jenis-jenis tanah andosol dan latosol sangat sesuai untuk penanaman limau purut. Limau purut dapat tumbuh dengan baik pada pH tanah 5.5-6.5 dan pH optimum 6.0. Kawasan yang sesuai untuk tanaman limau purut juga mesti mempunyai aras air bawah tanah pada kedalaman 150-200 cm. Tanaman limau purut juga memerlukan saliran yang baik dengan aras air sekitar 50 cm dari permukaan tanah pada musim hujan. Pemilihan kawasan penanaman yang sesuai menentukan kejayaan penanaman limau purut secara komersil. Artikel ini bersambung pada Part 2, Part 3 dan Part 4. Wasallam!.


LIMAU PURUT...MENGERUTU KULITNYA...
DAUNNYA UNIK... NO '8' BENTUKNYA...
DITANAM SENDIRI...SELALU DIGUNA...
WALAU LIMAU...IA KATEGORI HERBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(19 Ramadan 1436H)

Wednesday, August 26, 2015

HERBA - HEMPEDU BUMI (Part 3)

HEMPEDU BUMI (Andrographis paniculata) adalah sejenis herba yang kini berpontensi untuk dikomersilkan daripada keluarga Acanthaceae. Penulis dapati antara nama-lain bagi herba ini adalah Hempedu bumi, hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita, king of bitter, creat, green chireta (lnggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia). Saya ada juga menulis mengenai tumbuhan ini dalam penulis sebelum ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini).  Hempedu bumi merupakan salah satu tanaman yang telah digunakan sejak turun ­temurun oleh penduduk Asia terutamanya di China, India dan gugusan Kepulauan Melayu untuk tujuan sebagai perubatan. Penggunaan tanaman ini dilaporkan secara meluas dalam perubatan tradisional Cina dan Ayurveda. Hempedu bumi ialah herba semusim jenis renek. Batangnya berkayu dan biasanya bergaris pusat 0.5 - 1.0 cm. Hempedu bumi mempunyai banyak cabang dan ketinggiannya boleh meneapai sehingga 90 cm. Batang pokok hempedu bumi berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun dan dua dahan. Daunnya tunggal dan bertangkai pendek. Permukaan atas daun biasanya berwarna hijau tua dan permukaan bawah berwarna hijau muda. Bunganya kecil dan berwarna putih keunguan. Buah atau lenggainya pula secara purata berukuran 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau muda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengai pecah apabila matang dan menyebarkan biji benih di sekitarnya. Purata bilangan biji ialah 9 - 12 bagi setiap lengai dan satu gram biji benih mengandungi 700 - 800 butir. Hempedu bumi mempunyai akar tunjang dan akar serabut. Akar boleh tumbuh sehingga 30 - 40 cm dalam. Artikel dalam "Anim Agro Technology" kali ini akan mempaparkan info terkini mengenai tanaman hempedu bumi untuk rujaukan anda.


Penuaian hasil hempedu bumi dalam keadaan biasa memang boleh dituai apabila mencapai umur 8-10 minggu selepas ditanam di ladang. Penulis dapati daripada beberapa pemerhatian mendapati ia perlu dituai apabila mula menunjukkan tanda-tanda berbunga seperti daun atas yang semakin mengecil dan tirus (Sila lihat foto bunga disebelah). Kutipan semasa pokok mula berbunga memberikan kandungan kimia yang lebih tinggi tetapi penuaian sebelum masa optimum tidak memberikan -candungan kimia yang tinggi. Pengendalian lepas tuai hempedu bumi perlu dilakukan dalam beberapa peringkat seperti proses pengeringan, pengredan dan pembungkusan dan penyimpanan. Pengeringan hempedu bumi boleh dilakukan dengan beberapa kaedah seperti pengeringan udara di kawasan terbuka, di dalam rumah kaca atau rumah plastik, menggunakan ketuhar komersial, dan juga ban pengeringan komersial (Gambar 5). Bagi semua kaedah tersebut sebaiknya suhu pengeringan tidak melebihi 45°C bagi mengelakkan pemusnahan kandungan kimia di dalam produk yang dikeringkan. Pengeringan sehingga 10 - 12% lembapan adalah terbaik bagi menjamin hempedu bumi yang dikeringkan tidak mudah berkulat.


Bagi tujuan kawalan kualiti dan bahan mentah dan menentukan kualiti produk yang telah dikeringkan perlu dijaga agar tidak dicemari oleh bahan yang tidak diingini. Pencemaran kualiti produk yang telah dikeringkan boleh terjadi daripada unsur organik dan bukan organik. Sering juga berlaku pencemaran organik dimana punca pencemaran biasanya terdiri daripada rumpai dan bahan buangan/perkumuhan binatang. Pencemaran organik seperti rumpai boleh bermula semasa mengutip hasil di ladang. Lantaran itu, penggunaan sungkupan plastik boleh membantu mengurangkan pencemaran di peringkat ini. Bahan perkumuhan haiwan pula biasanya didapati semasa proses pengeringan. Oleh itu, tempat pengeringan perlu dipastikan agar tidak dimasuki haiwan belaan atau liar. Sementara itu berlaku juga pencemaran bukan organik seperti kemasukan pasir dan tanah pula merupakan sumber pencemaran bukan organik yang biasa ditemui di dalam produk yang telah dikeringkan. Pencemaran ini boleh terjadi semasa mengutip di ladang ataupun semasa pengeringan. Sehubungan dengan itu, langkah-langkah pencegahan yang sesuai perlu diambil bagi menggelakkan pencemaran ini.


Proses pembungkusan dan penyimpanan perlu dilakukan dengan baik untuk menjamin kualiti. Produk hempedu bumi kering boleh dibungkus menggunakan beg plastik atau bekas yang boleh ditutup rapat agar kedap udara. Produk yang telah dibungkus perlu perlu disimpan di tempat kering dan dingin serta mempunyai aliran udara yang baik untuk jaminan kualiti.  Dari segi Kosting, belum banyak info yang didapati kerana tanaman ini baru sahaja dikomersilkan. Itu pun dilaporkan ramai usahawan yang berhenti menanamnya kerana kurangnya jaminan sistem pemasaran. Daripada beberapa lawatan dan temubual dengan pengusaha di Pulau Pinang, Perak dan Selangor mendapati iaitu jumlah kos pengeluaran tanaman hempedu bumi ialah RM8,260.00 di tanah bris dan RM7,670.00 di tanah aluvium. Pada aras pengeluaran daun kering 1,000-1,500 kg/ha di tanah bris, kos pengeluaran sekilogram ialah RM5.50 - RM8.30. Manakala di tanah aluvium pula, pada aras hasil 500 - 800 kg/ha, kos pengeluaran sekilogram antara RM9.60-RM15.30. Kepada mereka yang ingin menanam hempedu bumi secara komersil perlukan bimbingan daripada pihak tertentu terutamanya jaminan pasaran, harga dan kualiti. Wasallam!.


HEMPEDU BUMI...SEJENIS HERBA...
MUDAH DITANAM... PILIH BENIHNYA...
HASIL DITUAL... KEKILANG PROSESNYA...
PRODUK DIJUAL... PELBAGAI JENAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 405, Hotel Pinetree,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(20 Ramadan 1436H)


Tuesday, August 25, 2015

HERBA - HEMPEDU BUMI (Part 2)

HEMPEDU BUMI (Andrographis paniculata) adalah sejenis herba yang kini berpontensi untuk dikomersilkan daripada keluarga Acanthaceae. Penulis dapati antara nama-lain bagi herba ini adalah Hempedu bumi, hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita, king of bitter, creat, green chireta (lnggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia). Saya ada juga menulis mengenai tumbuhan ini dalam penulis sebelum ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini).  Hempedu bumi merupakan salah satu tanaman yang telah digunakan sejak turun ­temurun oleh penduduk Asia terutamanya di China, India dan gugusan Kepulauan Melayu untuk tujuan sebagai perubatan. Penggunaan tanaman ini dilaporkan secara meluas dalam perubatan tradisional Cina dan Ayurveda. Hempedu bumi ialah herba semusim jenis renek. Batangnya berkayu dan biasanya bergaris pusat 0.5 - 1.0 cm. Hempedu bumi mempunyai banyak cabang dan ketinggiannya boleh meneapai sehingga 90 cm. Batang pokok hempedu bumi berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun dan dua dahan. Daunnya tunggal dan bertangkai pendek. Permukaan atas daun biasanya berwarna hijau tua dan permukaan bawah berwarna hijau muda. Bunganya kecil dan berwarna putih keunguan. Buah atau lenggainya pula secara purata berukuran 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau muda dan apabila matang menjadi eoklat muda. Lengai pecah apabila matang dan menyebarkan biji benih di sekitarnya. Purata bilangan biji ialah 9 - 12 bagi setiap lengai dan satu gram biji benih mengandungi 700 - 800 butir. Hempedu bumi mempunyai akar tunjang dan akar serabut. Akar boleh tumbuh sehingga 30 - 40 cm dalam. Artikel dalam "Anim Agro Technology" kali ini akan mempaparkan info terkini mengenai tanaman hempedu bumi untuk rujaukan anda.


Menanam Hempedu Bumi dilakukan diladang dengan dimana ia ada sistem pengairan lengkap. Apabila penanaman menggunakan sistem pengairan titis dan sungkupan plastik, sistem pengairan titis tersebut perlu dipasang terlebih dahulu sebelum batas disungkup dengan sungkupan plastik. Batas tanaman perlu diberi pengairan ke tahap kapasiti ladang. Sebaiknya lubang tanaman dibuat dengan menggunakan alat yang sesuai pada jarak tanaman 30 cm di antara pokok. Satu batas disyorkan ditanam dalam 2 baris tanaman dengan jarak di antara baris juga 30 cm. Jarak ini akan memberikan populasi tanaman sebanyak 55,555 pokok sehektar. Pada kadar pertumbuhan yang normal, penggunaan anak semaian yang optimum membolehkan anak pokok mengeluarkan eabang baru 2 - 3 minggu selepas menanam. Bunga pula akan mula keluar pada peringkat umur 6 - 8 minggu selepas menanam diikuti dengan pembentukan lenggai 10 minggu selepas menanam.


Pembajaan tanaman ini dengan kadar pembajaan baja organik dan separa organik bagi tanah bris dan aluvium adalah berbeza mengkut jenis tanah. Bagi tanag bris diberikan sebanyak 1.0 mt baja organik sehektar yang ditabur 7 hari sebelum menanam. Sementara itu baja separa organik diberikan sebanyak 500 kg sehektar semasa aktiviti menanam. Tanah alluvium pula perlu dibaja dnegan baja organik sebanyak 10 mt sehektar 7 hari sebelum menanam dan baja separa organik sebanyak 250 kg kg sehektar semasa menanam. Cara membaja organik dimana ia perlu dibubuh tujuh hari sebelum menanam dengan teknik asas menggaulkannya sehingga kedalaman 15 cm daripada permukaan batas. Baja organik lain yang boleh digunakan ialah najis lembu atau kambing. Di tanah bris, najis ayam pada kadar 10 t/ha dapat memberikan pertumbuhan pokok yang subur dan berupaya mengeluarkan hasil yang tinggi. Bagi tujuan pembajaan separa organik sebaiknya diberi satu hari sebelum sungkupan dipasang pada batas tanaman. Baja tersebut perlu digaul ke permukaan batas. Sumber baja separa organik yang boleh digunakan ialah baja Kokei yang berformulasi 10:10:10 (N:P:K). Kadar baja separa organik yang berbeza disyorkan untuk kedua-dua jenis tanah bris (500 kg/ha) dan tanah liat (250 kg/ha) kerana kadar tersebut masing-masing lazimnya memberikan kandungan kimia andrographolid tertinggi di kedua-dua tanah tersebut.


Cara membaja fertigasi untuk tanaman ini berbeza dengan kaedah tadi. Pembajaan berteknologi tinggi seperti fertigasi juga, boleh digunakan untuk membaja tanaman hempedu bumi. Bagi teknik ini, baja larut air diberikan melalui sistem pengairan titis. Pembajaan boleh diberi secara berkala dan teknik ini boleh menjimatkan tenaga pekerja kerana hanya seorang pekerja diperlukan untuk membaja. Jumlah nutrien yang perlu diberikan adalah sama seperti jumlah dalam kaedah manual. Walau bagaimanapun, kos pemasangan serta alat­alat yang berkaitan perlu diambil kira. Hempedu bumi memerlukan air yang mencukupi untuk pertumbuhan yang baik. Kekurangan air pada peringkat pertumbuhan vegetatif akan membantutkan pertumbuhan tanaman. Tanpa air yang cukup, nutrien tidak dapat diserap dengan sempurna dan boleh menyebabkan tanaman berbunga lebih awal dan mengeluarkan hasil yang rendah. Manakala pengairan yang berlebihan pula, akan mendorong berlakunya larut lesap yang tinggi dan menyumbang kepada pembaziran baja terutama di kawasan tanah berpasir. Pada masa sekarang, pengairan boleh dilakukan menggunakan beberapa kaedah bergantung kepada kesesuaian kawasan tanaman. Kaedah pengairan yang boleh digunakan ialah Sistem pengairan Renjis berputar (sprinkler system). Sistem ini sesuai bagi kawasan yang luas. Sistem ini memerlukan sumber air yang banyak serta enjin yang berkuasa tinggi.  Sistem pengairan Alur lebih sesuai bagi kawasan yang rata dan mempunyai sumber air yang banyak dan kadar resapan yang rendah. Sistem ini sesuai diamalkan di kawasan tanah aluvium. Sistem pengairan titis lebih sesuai digunakan apabila sungkupan plastik digunakan dan tidak memerlukan air yang banyak. Penggunaan sistem pengairan titis membolehkan pembajaan dilakukan secara fertigasi. pengairan tembakan hujan (rain gun) ­Sistem pengairan tembakan hujan yang mempunyai konsep yang sama dengan sistem renjis berputar kecuali mempunyai bilangan kepala pemancut yang jauh lebih rendah. Setiap kepala pemancut lazimnya dapat merangkumi keluasan yang lebih besar berbanding dengan sistem renjis berputar. 


Sehingga kini tiada sebarang laporan mengenai masalah serangan perosak dan penyakit yang serius di peringkat ladang. Sungguhpun begitu, beberapa masalah yang dihadapi di peringkat ladang sebenarnya bermula daripada tapak semaian lagi. Jangkitan virus yang kelihatan tidak serius di tapak semaian, akan menyebabkan daun menjadi keretot yang serius di peringkat ladang yang pasti akan menjejaskan hasil dengan ketara. Pencegahan jangkitan virus boleh dilakukan dengan mengawal agen pembawa patogen seperti kutu daun atau benah putih. Biasanya kutu daun atau benah putih tidak berumah pada tanaman hempedu bumi, sebaliknya pada pokok lain seperti pokok kapal terbang dan inai air yang tumbuh di persekitaran kawasan tanaman. Sehubungan dengan itu, pemusnahan perumah di persekitaran kawasan menanam dapat menghindari -nasalah ini. Penggunaan hasilan hempedu bumi untuk kegunaan perubatan tradisional memerlukan produk yang bebas daripada raclm kimia. Oleh yang demikian, penggunaan racun kimia untuk mengawal perosak dan penyakit mesti dielakkan. Pilihan seperti minyak putih, minyak neem dan air bersabun boleh digunakan untuk mengawal serangan perosak dan jangkitan penyakit pada tanaman hempedu bumi. Salah satu perosak yang biasa menyerang anak semaian di peringkat menabur atau mencedung secara makan pucuk muda hempedu bumi ialah siput babi. Perosak ini boleh dikawal dengan menabur garam atau racun siput seperti rnetaldehyde di sekeliling kawasan semaian. Artikel ini bersambung Part 1 dan Part 3. Wasallam!..

HEMPEDU BUMI...SEJENIS HERBA...
MUDAH DITANAM... PILIH BENIHNYA...
HASIL DITUAL... KEKILANG PROSESNYA...
PRODUK DIJUAL... PELBAGAI JENAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 405, Hotel Pinetree,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(20 Ramadan 1436H)