FAKTA TENTANG BAWANG PUTIH (Alium sativum Linn) penting untuk kita ketahui kerana keujudannya sangat signifikan dengan kehidupan orang Malaysia yang mesti ada stok bawang putih dirumah. Bawang Putih ini di panggil juga Garlic (Inggeris) daripada keluarga Aliaceae (Grup Bawang) ditanam diseluruh dunia terutama dikawasan sesuai. Dalam bahasa lain ia dipanggil Suan (China), Ail (Perancis), Ajo (Sepanyol), Agilo (Itali) dan Knoblauch (German). Bawang putih berbbeza dengan Bawang Merah (Alium cepa Linn) kerana warnanya yang putih dan bawang merah adalah berwarna kemerahan. Malaysia tidak menanam bawang putih secara komersil berdasarkan laporan Jabatan Pertanian Malaysia memang tiada tanaman bawang putih dan bawang merah dilakukan. Bawang ada dinyatakan didalam Al-quran iaitu Surah Al-Baqarah 2:61. Dalam hadis Ma'dan bin Abu Thalhah, bahawa Umar bin Al-khatab berkata yang ertinya: "Wahai manusia, sesungguhnya kamu memakan dua jenis pokok ini dimana aku berpendapat ia adalah pokok yang busuk, iaitu Bawang Merah dan Bawang Putih. Sesungguhnya aku telah melihat apabila Nabi Saw mendapat baunya daripada seorang lelaki, Baginda akan memerintahkan agar ia dikeluarkan ke kawasan lapang. Maka sesiapa yang memakannya hendaklah menghilangkan kedua-duanya (bau busuknya) dengan cara memasaknya". Sebenarnya dalam Islam bawang adalah Makanan yang Makruh dimakan. Walau pun ia makanan berkhasiat akan tetapi sesiapa memakannya tidak menyakiti orang disekitarnya dengan menghilangkan baunya. Pengeluaran bawang putih dunia adalah sebanyak 26.6 juta metrik tan pada tahun 2016 (Sumber: FAOSTAT) dimana negara China merupakan pengeluar utama dunia sebanyak 21.2 juta metrik tan (79.7%). Lain-nain negara yang ada mengeluarkan bawang putih adalah India (1.4 juta mt), Bangladesh (380,000 kg), EU (300,000 kg), Mesir (280,,000 kg), Korea Selatan (280,000) dan Rusia (260,000 kg). Malaysia memang banyak import bawang putih daripada China dan juga dari India. Artikel malam iani dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa fakta mengenai bawang putih yang perlu anda ketahui sebagai bahan rujukkan anda.
Bawang Putih digunakan dalam bentuk segar sama ada untuk masakan dan perubatan dimana ia jugaada yang dikeringkan dan juga diproses dalam bentuk serbuk . Penyimpanan yang sempurna membolehkan bawang putih tahan lama sehinga beberapa bulan. Di Malaysia semua bangsa menggunakan bawang putih dalam masakan harian terutamanya masyarakat cina dan menjadi satu kemestian. Banyak produk perubatan bawang putih dijual di kedai farmasi dan oleh syarikat jualan multilevel (MLM). Antaranya seperti Garlic Capsule, Garlic Health Pawder, Garlic Juice, Mixed Garlic with Fruits dan sebagainya. Harga produk makanan kesihatan bawang putih juga agak tinggi. Semasa di Korea saya perhatikan cara menanam bawang putih juga agak mudah. Ianya ditanam sepanjang tahun sama ada musim bunga, musim panas , musim luruh dan juga musim sejuk (Sila lihat foto disebelah). Benih tanaman dari bulb yang telah dipilih dan dimasukkan 2-3 inci didalam tanah atas batas dengan jarak tanaman 0.30 meter x 0.40 meter. Tidak banyak serangan serangga perosak dan penyakit tanaman bawang putih kecuali serangan cacing nematod dan penyakit akar putih (White root disease). Serangga lain ialah Kutu Thrip dan hamana. Kawalan menggunakan white oil. Tanaman bawang gputih memerlukan baja organik yang tinggi dan jarang-jarang digunakan racun kimia di Korea.Boleh kata tanaman bawang putih macam tanaman organik juga.
Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Ia telah digunakan semenjak awal tahun 510 sebelum masihi di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia. Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori tenaga, Kabohiderat (33 gm), Gula 1 gm), serat (2.1 gm), Lemak (0.5 gm), Protin (6.39 gm), Beta Karotin ( 5 microgram), Thiamine (Vitamin B1 - 0.2 microgram), Riboflavin (Vitamin B2 - 0.11 micrograms), Niacin (Vit B2 - 0.7 mucrogram), Asid Panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), Folate 3 microgram), Vitamin C (31.2 mg), Kalsium (181 mg), Besi (1.7 mg), maagnesium (25 mg), Posforan (153 mg), kalium (401 mg), Sodium (17 mg) dan Zink (1.16 mg). kandungan zat lain ialah seperti manganese (1.672 mg) dan Salenium (14 micrograms). Kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia dan digunakan didalan kaedah perubatan tradisional dan perubatan moden.
Beberapa fakta penting mengenai bawang putih seperti ia mengandungi dua mineral pelindung iaitu Selenium dan Gelanium yang baik untuk kesihatan, Bawang putih juga didakwa dapat mengurangkan tekanan darah kerana kehadiran bahan fitokimia dikenali sebagai methyl-trisulfat yang berfungsi mengembangkan pembuluh darah. Bawang putih mempunyai ciri-ciri antibakteria, antivirus, antibarah dan mencegah sakit jantung. Bawang putih juga menipiskan platlet darah dengan menghalang proses pengumpulan darah dan mengelakan serangan jantung. Kandungan bahan Alicin dalam bawang putih menghalang berlaku tumor kerana ia mencegah sel tumor. Bawang putih akan bertindak sebagai Antiseptik, Diuretik, Insectisid, pencuci organ didalam tubuh dan menjadi perangsang tonik untuk jantung. Diguna sebagai ubat tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis dan mampu merangsang pengeluaran peluh. Bawang putih mampu mengeluarkan angin daripada dalam perut serta menyingkirkan cacing dalam perut dan usus. Dikalangan masyarakat Cina mereka menggunakan bawang putih sebagai bahan masakan utama dalam setiap hidangan. Kalau kita pergi ke restoren Cina Halal atau Makan Seafood akan disediakan hirisan bawang putih, kicap dan cili sebagai makanan mesti ada.
Dalam perubatan tradisional kiya bawang putih memang ada digunakan untuk merawat usus keras dengan membakar 3 ulas bawang putih dan makan dua kali sehari. Bagi elakan kanser boleh diambil 5 ulans bawang putih dibuang kulitnya dan direndam dalam air panas selama 10 minit dan dimakan 2 kali sehari. Memang menjadi amalan bagi sesetengah pengamal perubatan untuk mebgambil 7 ulas bawang putih dan direbus dimana setenah sejuk ditapis airnya dan diminum selalu (Sila anda lihat foto disebelah). Bawang putih juga boleh digunakan untuk erawat muka berbintik hitam dengan mengupas bawang tersebut, ditumbuk dan dicampur dengan minyak badam kemudian disapu pada bahagian kulit yang hitam dibiarkan seketika dan dicuci bersih kemudiannya. Mereka yang ingin awet muda amalkan makan bawang putih segar. Masaalah kecacingan mudah dihapuskan dengan selalu makan bawang putih. Lemah daya ingatan, radang otak dan radang saraf serta meassalah cirit birit juga boleh dirawat dengan makan bawang putih. Bagaimana pun seperti hadis diatas sekali apabila memakan bawang putih maka mulut berbau dan jauhkan diri daripada bercakap umum. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAWANG PUTIH... PUTIH WARNANYA...
MALAYSIA MENGIMPORT...BANYAK JUGA...
BANYAK KHASIAT... KESIHATAN DI JAGA...
BACA ARTIKEL... MENDAPAT INFONYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(36 Safar 1441H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.