Support My Blog

Friday, April 12, 2019

KELAPA PANDAN - TEKNOLOGI GEL

TANAMAN KELAPA PANDAN (CN6) di kawasan tanah Bris yang kering dan marginal di Kg Padang Matsirat Langkawi terbukti berjaya dilakukan dengan menggunakan Teknologi Plant Gel. Penulis blog kembali melihat penanaman pokok kelapa pandan ini selepas 3.4 tahun menanamnya baru-baru ini selepas menghadiri kursus khas dengan pihak KWAP di Langkawi. Mempunyai sedikit masa lapang terus ke Pusat Agrotourism ini sekitar 20 minit daripada hotel untuk melihat sendiri bagaimana pertumbuhan tanaman kelapa pandan ini yang di jaga baik oleh Pejabat Pertanian Langkawi seluas 15 ekar. Tanah milik Jabatan Pertanian ini berseblahan dengan Pejabat FAMA Daerah Langkawi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi amat strategik untuk ditanam dengan pelbagai tanaman lasak seperti kelapa bagi tujuan pengeluaran kelapa (khususnya kelapa pandan) dan beberapa jenis sayuran dan herba. Sebanyak 1,000 anak benih kelapa pandan daihantar daripada Pusat Pertanian Teluk Baru, Bagan Datoh, Perak untuk ditanam pada awal tahun 2016. Benih kelapa pandan daripada pusat ini tekah diuji dengan CMDV di MARDI Serdang sebagai antara pusat benih kelapa pandan yang paling baik dari segi ketulinannya dan aroma pandan paling baik. CMDV membuat kajian ini drngan kerjasama Jabatan Pertanian Putrajaya untuk membuat 'finger printing DNA' beberapa pusat pengeluar benih kelapa pandan diseluruh negara dan benih dari pusat ini adalah terbaik hasil kajian tersebut. Kawasan tanah disini adalah kawasan yang mempunyai tanah bris yang kurang bahan organik, kering dan kemarau panjang dalam bulan Januari - Mac setiap tahun yang menyebabkan ia perlukan teknologi khusus. Penulis blog melakukan aplikasi untuk menggunakan teknologi plant gel bagi membolehkan anakbenih pokok kelapa terus hidup terutama peringkat awal penanaman. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai aplikasi penanaman kelapa dikawasan tanah bris menggunakan plant gel dan bahan organik lain sehingga berjaya.

Bahan Plant Gel Tanaman lazimnya dijual dikedai pertanian atau bertanya kepada agen pengedar bahan input pertanian. Terdapat banyak jenama, kualiti, sai gel dan juga perbandingan harga ketara dikalangan produk gel dipasaran. Terdapat jenis gel berbentuk hablur halus di bungkus dalam baldi, tin dan yang besar 25 kg dibungkus dalam beg (seperti beg baja). Lazimnya gel ini berwarna putih dengan harga yang berbeza kerana kualiti atau negara yang membuatnya (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya gel daripada Eropah dan Australia agak mahal tetapi ia lazimnya tahan lama dan mempunyai kadar serapan air yang cepat. Terdapat juga gel yang berherga sederhana dan ada juga gel yang murah dipasaran. Kepada anda yang mempunyai anak kecil (Baby) lazimnya akan membeli Lampin-Pakai-Buang. Sebenarnya lampin ini diisikan dengan gel penyerap air tetapi dari jenis yang sesuai untuk tujuan tersebut. Selepas basah digunakan maka lampin ini akan dibuang dan akan mudah untuk mereput (Biodegradible). Gel untuk tanaman sebaiknya adalah dari jenis yang cepat menyerap dan mampu melepaskan air, tahan lama dalam tanah dan harga berpatutan dengan kualiti. Pengalaman penulis mendapati produk jenama BASF seberat 25 kg dijual runcit RM1,200 - RM 1,250 dengan bungkusan kemas. Ada juga produk yang dijual dalam baldi dengan harga seitar RM 50 - RM 100.00 bergantung kepada kualiti dan kuantiti dibeli. Bagi tanaman kelapa pandan di Padang Matsirat ini plant gel yang digunakan adalah jenis EXCEL PLANT GEL yang sesuai untuk  peringkat awal penanaman. Pemasangan sistem pengairan kemudian memberikan kejayaan kadar pertumbuhan tanaman kelapa disini.

Plant Gel Tanaman untuk pokok disini yang halus lebih cepat menyerap air dalam masa 5-7 minit sahaja berbanding dengan saiz hablur lebih besar yang saya bawa mengembil masa 25 - 40 minit. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing bergantung kepada tujuan dan juga penggunaan dan juga jenis tanaman serta jenis tanah. Lazimnya keperluan gel pertanian adalah diantara 10 - 20 kg seekar atau dalam bahasa lain sekitar 25 - 50 kh sehektar bergantung kepada banyak faktor. Ini bermakna untuk satu ekar tanaman saka seperti kelapa satu bag gel BASF seberat 25 kg sudah cukup (pengalaman saya ia berlebih) untuk keluasan satu hektar dengan kos sebanyak RM1,250 dan jika ada 170 pokok kelapa Matag maka sepokok jatuh kepada hanya RM6.25 sahaja. Kalau untuk tanaman kelapa pandan ia mempunyai kepadatan 272 pokok sehektar bermakna kos setiap pokok cuma RM4.55 sahaja. Teknologi penanaman dan pertumbuhan benih kelapa pada tahun pertama penanaman amat perlukan keadaan sesuai seperti air dan baja selain daripada kawalan musuh tanaman. Anakbenih kelapa pandan daripada Pusat Pertanian Teluk Baru dimasukkan kedalam lubang penanaman sedalam 2 kaki yang mana lubang ini diisikan dengan plant gel warna putih yang telah dikembangkan dalam tong air. Lubang tersebut juga perlu dimasukkan CIRP, baja organik dan plant gel tanaman dan benih ditanas diatasnya dan dikambus semula. Kayu sokong dipacak untuk elakkan ianya tumbang.

Pusat Pelancongan Padang Mat Sirat ini juga ada menyediakan kawasan untuk penanaman sayuran. Terdapat 3 peserta yang menanam pelbagai jenis sayuran, ulaman dan serai sebagai hobi dan komersil. Seorang petani yang sedang menanam serai dan bayam berada dikawasan lokasi ini semasa lawatan penulis blog. Beliau nyatakan cuaca masa ini sangat panas dan kering semenjak Januari sehingga April yang mana keadaan ini menyebabkan beliau perlu datang setiap hari untuk menyiram secara manual. Ada kolam disediakan akan tetapi paras air kurang semanjak akhir Mac dan beliau menyiram dengan pam air disediakan. Setakat ini hanya tanaman serai yang masih bertahan dengan cuaca panas dan kering dilokasi sedangkan hanya kawasan yang diairkan dengan air paip sahaja boleh bertanam sayur daun. Teknologi penanaman kelapa dengan menggunakan plant gel di stesyen ini didapati berjaya menumbuhkan pokok kelapa sejak peringkat awal penanaman dan sudah mula berbunga setelah pokok kelapa pandan berumur 3.5 tahun. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM KELAPA.... BRIS TANAHNYA...
KELAPA PANDAN... 800 POKOKNYA...
GUNAKAN PLANT GEL... CARANYA...
3 TAHUN LEBIH...SUDAH BERBUNGA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat AgroTourism Padang Matsirat,
Langkawi, Kedah,
Malaysia.
(30 Rejab 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...