mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, April 13, 2019

STATUS INDUSTRI PADI - KAJIAN KRI

TANAMAN PADI (Oryza sativa) merupakan satu industri pertanian penting di Malaysia selepas industri Kelapa Sawit dan Getah dari segi keluasan dan produktiviti. Bagaimana pun tanaman padi di beberapa kawasan jelapang padi di negara kita dimana ia memerlukan kos yang tinggi setiap tahun didalam usaha mempastikan keselamatan makanan ruji penduduk negara ini akan terus dijamin. Keluasan tanaman padi pada tahun 2018 mengikut Buku Stastistik Jabatan Pertanian Malaysia adalah seluas 689,810 hektar daripada seluas 300,446 hektar kawasan parsel padi. Daripada keluasan parsel padi 300,446 hektar seluas 210,708 hektar (70.1%) adalah didalam kawasan jelapang padi dan seluas 89738 hektar adalah sawah padi di Luar Kawasan Jelapang. Data CCS Kebangsaan (Crop Cutting Survey) atau produktiviti tanaman padi di Malaysia adalah sebanyak 4,443 kg sehektar setahun. Malaysia mampu menghasilkan sebanyak 3,064,822 metrik tan padi pada tahun 2018 dan apabila padi ini diproses menjadi beras ia menghasilkan sebanyak 1,975,770 metrik tan beras. Terdapat beberapa varieti padi yang popular ditanam di Seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung Malaysia antara varieti padi yang popular adalah seperti MR220CL2 (44.6%), MR297 (31.6%), MR219 (8.2%), MR263 (4.8%), MR 284 (4.8%). Lain-lain varieti yang popular ditanam untuk musim utama 2018 ini adalah seperti MR220, MR269, MRQ76, MR211 dan MR220CL1. Tanaman padi merupakan antara tanaman penting di negara kita yang mendapat suntikan kewangan tinggi setiap tahun sebagai insentif kepada pesawah untuk menghasilkan makanan utama di kalangan rakyat tempatan. Pelbagai bantuan seperti insentif diberikan oleh kerajaan melalui pelbagai Jabatan dan Agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan pelbagai jenis insentif.  Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technoogy" mengenai sebuah laporan media dilakukan oleh pihak Khazana Research Instutute (KRI) mengenai beberapa perkara tentang inndustri padi.


Dalam laporan akhbar Berita Harian pada 11 April 2019 bertajuk ''Industri padi Malaysia lemah'' oleh wartawan Nurhayati Abllah menarik untuk dikongsikan. Berita dari Kuala Lumpur ini menyatakan dimana industri padi di Malaysia lemah disebabkan wujud tumpuan terhadap segmen tertentu iaitu dakwaan satu kajian menurut Institut Penyelidikan Khazanah (KRI). Dari laporan tersebut didapati menerusi laporan kajian ‘Status Padi dan Beras di Malaysia’ KRI ada satu kepercayaan dan pengukuhan keseluruhan rantaian bekalan perlu dipupuk bagi melindungi kepentingan kepada 200,000 pesawah dan seramai 31 juta pengguna di negara ini. Penyelidik Bersekutu KRI dan ketua penyelidik laporan berkenaan, Dr Sarena Che Omar dilapor berkata amalan pengurusan ladang berdasarkan hasil ‘menang-menang’ antara pihak petani dan pengilang, serta teknologi yang membolehkan ketelusan data, boleh juga membantu memperkukuhkan industri padi negara (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya penggunaan model pertanian kontrak dan teknologi ‘Blockchain’ boleh diperluaskan dalam usaha dalam mencapai sasaran untuk mengukuhkan lagi industri,” katanya pada pelancaran penerbitan terkini KRI, ‘Status Padi dan Beras di Malaysia’ dan sesi perbincangan mengenai isu ‘Situasi Makanan Malaysia’, di Kuala Lumpur hari ini. Laporan yang dibuat bertujuan mengkaji cabaran yang dihadapi dalam industri padi dan beras iaitu merentasi keseluruhan rantaian bekalan. Isu utama yang mana ia diketengahkan termasuk konsep jaminan makanan, varieti padi, memupuk kepercayaan antara pengilang dan pesawah serta pola pemakanan nasiHadir sama ialah Pengerusi KRI, Dr Nungsari Ahmad Radhi; Ahli Ekonomi Kanan, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FOA), Dr David Dawe; Penasihat Penyelidikan Kanan KRI, Dr Jomo Kwame Sundaram dan Felo Pelawat Kanan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Datin Paduka Dr Fatimah Mohamed. Mereka diberikan taklimat mengenai datan kajisn KRI.


Dr Sarena berkata dimana hasil kajian turut mendapati Malaysia masih lagi agak ketinggalan dalam penghasilan varieti padi baharu berbanding negara pengeluar beras lain sehingga ianya membataskan keupayaan pesawah untuk memilih varieti paling sesuai mengikut ekosistem ladang mereka. Kini dakwanya penghasilan bagi satu varieti padi baharu akan mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun. Oleh itu tahap kebergantungan pengeluarannya tidak seharusnya terletak pada Institusi Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI). Justeru itu dakwanya penyertaan oleh pembiak baka daripada sektor swasta dan universiti perlu digalakkan bagi membantu mempercepatkan proses dalam pengeluaran varieti baharu. Kini didakwanya sudah tiba masanya sasaran dasar berkaitan pertanian dan makanan diperluaskan merangkumi faktor kualiti makanan seperti pertanian lestari, keselamatan makanan dan nutrisi dalam pengeluaran padi serta makanan lain. Beliau juga ada berkata dimana kajian juga mendapati golongan miskin, penduduk bandar dan bukan warganegara adalah pengguna paling terdedah kepada perubahan bekalan dan harga beras. Dalam pada itu dasar yang lebih inklusif harus mengambil kepentingan bagi dua kategori pengguna iaitu pengguna dapat dikesan dan pengguna tidak dapat dikesan seperti pekerja asing tanpa dokumen.


Dalam laporan Malay Mail pula perkara sama dibincangkan bertajuk ''Rice industry in dire straits despite billions in federal aid, says KRI study'' yang diterbitkan sehari lebih awal. Reporter  Syed Jaymal Zahid mention the Lead author and Research Associate at Khazanah Research Institute Dr Sarena Che Omar, April 10, 2019.  The country’s rice industry remains severely deficient despite having received billions worth of federal subsidies, incentives and other forms of assistance, said a new study on food security by Khazanah Research Institute (KRI) released today. The think tank in its ‘Status of Paddy and Rice Industry’ report found the rice trade is beset with structural weaknesses, even if production has increased over the last 30 years to allow Malaysia to meet its safe self-sufficiency target (SSL) of 60 to 70 per cent. If left unaddressed, KRI said any supply shock risk hurting the most vulnerable groups such as the poor, rural residents or migrant workers, the most dependent on rice as a food source. Households in the below 40 per cent group, rural areas and non-citizens spend a higher proportion of their monthly FnB expenditure on rice, compared to their respective counterparts,” it said in a fact sheet. “For some consumers such as undocumented workers, their average consumption is invisible and are therefore easily left behind making these communities more vulnerable.” The study identified four key weaknesses that needed urgent remedies.  At the policy level, it found the government’s definition of food security too narrow and heavily-production driven with rice SSL used as a proxy for food security.


KRI said this definition only covers availability and exclude nutritional importance of other food, which pushes farmers to focus only on meeting production targets, neglect quality and resort to unsustainable methods like the overuse of dangerous but cheap pesticides. Dr Sarena Che Omar, lead author of the report, said the government must expand and incorporate food quality factors in a broader definition of food security. We need to emphasise on nutritional values... it’s important because we need to design the right policies,” she said during her presentation of the report here. Malaysia ranks among nations with the highest obesity rate, according to the World Health Organisation in 2018. Poor policies are also behind what KRI called a “midstream squeeze”, in which rice millers are forced to buy low quality grains at a premium and sold at a controlled price despite a steadily increasing production cost. The think tank said protectionist policies aimed at safeguarding farmers and consumers neglect the difficulties faced by midstream players. Dealt with a thin profit margin, the study said most millers either diversify or resort to “malpractices”, which deepens the distrust between them and farmers that KRI said worsened after the government standardised the RM1,200 Guaranteed Minimum Price per tonne nationwide. There are also numerous cases where millers were forced to close shop. “This is what we call a midstream squeeze: they are forced to buy low quality grains from farmers and then they have to sell it at a controlled price,” Serena said, adding that millers need urgent federal support. “In Kelantan, only one miller is still operating while the rest couldn’t operate anymore.” Malaysia is predicted to remain a net rice importer for the next 20 years despite decades of production-oriented policies, KRI noted. Some economists have called on the government to return its focus on agriculture for food security reasons. Consumption goods imports totalled RM2 billion last year, down from RM6.5 billion the year before with food and beverages posting a RM440 million drop or 44 per cent year-on-year, official data showed.
Laporan media diatas perlu dilihat semula dan juga dibuat kajian semula akan dakwaan yang dibuat. Sebaiknya perlu dibincangkan isu-isu tersebut secara profesional oleh pihak berwajib demi kebaikan rakyat Malaysia. Wasallam!!!...
LAPORAN MEDIA... KRI HASILKANNYA...
BANTUAN BANYAK... KESANNYA MANA...
TANAMAN PADI... TINGGI RISIKONYA...
MAKANAN RUJI... PENDUDUK MALAYSIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Syaaban 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...