Support My Blog

Saturday, April 20, 2019

ROSYAM NOOR - IKON PERTANIAN

SEKTOR PERTANIAN merupakan salah satu sektor yang penting di negara kita selain daripada sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan. Kini sektor pertanian telah mula di ceburi oleh ramai pihak seperti dikalangan profesional, jurutera, artis, bankers, pesara malahan golongan muda yang meminati sektor ini secara komersial atau hobi. Pada penulis blog setiap individu mempunyai impian hidup baik yang berusia mahupun golongan belia dimana semuanya mengimpikan untuk melakar kejayaan terutama bagi mengubah nasib diri dan keluarga. Di sebalik kejayaan sebagai pelakon, pengarah, pengacara dan kesibukan menguruskan syarikat produksi sendiri iaitu Suhan Movies And Trading Sdn. Bhd., Dato Rosyam Nor juga dikenali sebagai seorang usahawan yang berjaya dalam bidang pertanian. Penulis blog yang mengenali beliau semasa bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang sering berhubung dengan beliau kerana beliau sebenarnya adalah salah seorang peserta ikon didalam Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Lanchang, Temerloh, Pahang sejak 10 tahun lalu. Dalam pada itu apabila ada juga kebanyakan artis dan rakan seperjuangan lain sedang cuba membangunkan jenama sendiri menerusi perniagaan seperti kecantikan, fesyen mahupun produk makanan kini pelakon berusia 51 tahun ini memilih untuk menceburi sektor pertanian sebagai fokus utamanya. Memilih untuk melangkah daripada bidang glamor ke dunia pertanian, anak seni kelahiran Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur itu menyifatkan pertanian juga merupakan salah satu minatnya sejak dari kecil lagi. Dakwa beliau kepada penulis blog dimana dia suka bertani kerana sudah didedahkan dan dibesarkan dengan pertanian walaupun secara kecil-kecilan oleh kedua-dua ibu bapanya suatu ketika dahulu. Beliau kini memilih untuk terlibat dalam pertanian kerana memikirkan masa depan sebagai seorang artis yang ada pasang surutnya. Dakwanya sektor pertanian ini dapat menjadi salah satu sumber rezeki untuk dia dan keluarga untuk jangkamasa panjang. Artikel maalam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai Dato Rosyam Noor sebagai ikon dalam sektor pertanian yang boleh dijadikan contoh.


Penulis blog berbual dengan beliau semasa lawatan rasmi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato Salahuddin Ayub  ke Ladang Beliau di TKPM Lanchang baru-baru ini (Sila lihat foto disebelah)Berkongsi kisah dengan lebih lanjut mengenai pembabitannya dalam dunia pertanian, Dato Rosyam nyatakan dimana dia mula terlibat dalam sektor pertanian sejak 2009 akan tetapi usahanya itu dipandang sepi banyak pihak menyebabkannya hampir berputus asa. Pernah pada tahun 2016 beliau menyatakan hendak meninggalkan ladangnya seluas 175 ekar di TKPM ini kerana telah beliau telah melabur jutaan ringgit tetapi pulangannya lambat selepas beberapa tahun bertani. Bagaimana pun asset yang ada  diladangnya itu sebenarnya tidak ternilai pada beliau setelah diberikan sokongan moral. Sehingga kini diatas berkat kesabaran dan sokongan penuh daripada keluarga serta bantuan rakan-rakan maka Rosyam berjaya bangkit dan akhirnya membuktikan usaha serta kesungguhannya sehingga berjaya seperti hari ini. Kini dia sudah mempunyai ladang seluas 70 hektar (175 ekar) dengan tanaman nangka madu J33 atau lebih dikenali sebagai Terkam Yellow dan tanaman durian belanda. Terbaharu dia sudah mula untuk membuat tanaman gantian iaitu durian musang king (D197), menternak ikan (Tilapia, Empurau) dan juga menghasilkan produk berasaskan tanaman durian belanda. Sehingga hari ini beliau sudah ada 6,000 pokok nangka J33 dan 10,800 pokok durian belanda yang matang dan memang berbuah di ladangnya. Dalam dia mengimbau kembali saat dirinya menceburkan diri secara serius dalam bidang pertanian dakwanya beliau pernah gagal beberapa kali sebelum berjaya seperti hari ini. Katanya dia telah mengusahakan pelbagai jenis tanaman seperti jati mas dan beberapa jenis herba serta kolam ikan di sebuah ladang yang terletak di Melaka namun usaha awal itu gagal. Kemudian dia cuba lagi untuk kali kedua dengan menternak kambing, tetapi apakan daya, percubaan kedua itu juga menemui kegagalan.


Walaupun kegagalan itu sangat perit namun dia juga memberikan satu pengalaman dan pengajaran yang cukup berharga buat ikon pertanian itu. Kini dengan semangat yang ada ditambah bantuan rakan-rakan maka dia cuba bangkit kembali dan dengan menggunakan modal sendiri yang mana mencecah jutaan ringgit untuk dia  terus melakukan percubaan menanam nangka J33. Nasib kini menyebelahinya kali ini apabila ia berjaya dan nangka J33 juga merupakan antara varieti yang paling mendapat permintaan tinggi dalam pasaran. Beliau seterusnya cuba memperbesar lagi tanaman dengan menanam durian belanda pada empat tahun lalu sebanyak 3,000 pokok akan tetapi sebanyak 2,800 pokok mati dan tinggal hanya 200 batang. Beliau beberapa kali telefon penulis blog untuk mendapatkan khidmat nasehat teknikal. Tetapi pengalaman telah banyak mengajar dan dia kini menanam semula sehingga kini sudah ada lebih 10,000 pokok durian belanda dalam ladangnya. Selain buah durian belanda segar, hasil proses buah durian belanda dan teh daun durian belanda telah menjadikan sektor pertanian yang diceburi ini mula membuahkan hasil. Dia mengakui bahawa hasil dari bidang pertanian ini sedikit sebanyak membantu dalam beliau untuk mengembangkan perniagaannya yang lain. Hasilnya begitu lumayan dan saya amat berpuas hati dapat berbakti kepada tanah. Dia sebagai anak seni yang mempunyai peminat sendiri dan sudah pasti tanggungjawab besar mesti turut digalasnya. Adalah sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang yang dikenali dan mempunyai penyokong tersendiri untuk memainkan peranan yang besar dalam membantu membangunkan ekonomi khususnya bumiputera. Dalam pada itu melalui perkongsian bersama Agropreneur Muda dia juga  berharap lebih ramai golongan muda mentransformasikan diri menjadi peladang moden dan menanam visi untuk merubah amalan pertanian pada hari ini kepada pertanian moden. Sekiranya bidang ini diterokai golongan muda masa kini dengan acuan yang luar dari kebiasaan amalan pertanian sedia ada maka bidang pertanian mampu menjadi bidang yang menarik.


Di Malaysia dakwanya ada pelbagai program yang dianjurkan oleh kerajaan selain dari bantuan kewangan dan perkhidmatan yang diberikan maka ianya memudahkan lagi pengeluaran pertanian. Inisiatif sumber kekayaan baharu melalui pelaksanaan program pembangunan industri tenusu, durian, jagung bijian dan industri kelapa membolehkan masyarakat peladang, penternak dan nelayan melangkah lebih jauh dan mampu mencapai apa yang diimpikan setiap hari. Kerajaan telah komited dalam memperuntukkan bajet tahunan berjuta unatuk pelbagai ruang dan peluang boleh diterokai dengan mewujudkan sumber kekayaan baharu yang memberi manfaat besar bukan sahaja kepada sosioekonomi peladang, penternak dan nelayan tetapi juga menjana pertumbuhan ekonomi negara. Bagi merancakkan lagi masyarakat peladang, penternak dan nelayan dalam melangkah lebih berani dalam sektor agromakanan maka kisah hebat daripada personaliti yang memberi inspirasi untuk golongan muda untuk lebih berjaya dalam bidang pertanian diharapkan dapat dicontohi sebaiknya. Melalui sesi perkongsian ini maka ia mampu untuk mengajak lebih ramai golongan muda mengusahakan bidang pertanian. Selain itu buah nangka dari ladang beliau kini dituai empat kali setahun dan hasil yang diperoleh adalah dalam jumlah anggaran 50 tan bagi setiap musim. Dalam usaha menghasilkan teh durian belanda produk jenama beliau iaitu ''Adra'' sudah berada dipasaran (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya pertanian merupakan satu bidang yang banyak memerlukan kesabaran kerana perlu mengambil masa yang lama untuk mendapatkan hasilnya. Durian belanda mempunyai banyak khasiat khususnya untuk tujuan kesihatan. Justeru sebagai memanfaatkan khasiat buah durian belanda dia juga telah mengeluarkan produk berasaskan ekstrak durian belanda dan juga teh durian belanda yang dihasilkan daripada daun tanaman itu. “Produk ini telah melalui proses penyelidikan dan pembangunan (RnD) bersama agensi-agensi tertentu dan salah satunya adalah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Kini produk teh durian belanda juga akan dipasarkan ke luar negara dan diharapkan dapat diterima dalam pasaran global. Dia juga turut merancang untuk menjadikan ladang ini sebagai satu 
kawasan baru agro pelancongan kerana masa kini sektor itu telah menjadi satu konsep pelancongan yang semakin berkembang pesat di negara 
ini. Kini sebagai individu yang bergiat aktif dalam pertanian dia berazam untuk merancang untuk memodenkan lagi sektor ini dengan melakukan pelbagai transformasi dalam semua aspek. Semuga beliau akan terus berjaya dimasa akan datang dalam sektor pertanian.  Diharap artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!
ASAL ARTIS.... BERTANI MINATNYA...
TANAMAN UTAMA... POKOK NANGKA...
DURIAN BELANDA... DIPROSES JUGA...
IKON PERTANIAN... SEMUGA BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1104, Suite Room,
Grand Riverview Hotel,
Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia.
(13 Syaaban 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...