Support My Blog

Wednesday, April 10, 2019

ELAK GUNA BENIH PADI TIDAK SAH

ELAKKAN DARI MENGGUNAKAN BENIH PADI TIDAK SAH merupakan satu kaedah atau langkah kemungkinan menanggug kerugian dikalangan pesawah padi di Malaysia. Kenyataan ini diberikan oleh pihak kerajaan melalui Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani semasa Majlis Kempen Penggunaan Benih Padi Sah di Pusat Pertanian Sungai Burong, Tanjung Karang, Selangor. Menteri beri amaran terakhir kepada semua pihak sama ada pembekal atau pesawah yang masih menggunakan benih padi tidak sah atau diketakan juga sebaga 'benih padi haram' dalam majlis tersebut. Dalam masa sama dimaklumkan dimana pihak  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga tidak menafikan wujud aktiviti pembekalan benih padi tidak sah dalam kalangan syarikat swasta dilantik kerajaan demi mengaut keuntungan mudah. Media difahamkan dimana ada pihak terlibat akan menggunakan pek guni kerajaan yang sah dengan memasukkan benih ‘haram’ bagi menggaburi perbuatan mereka sebelum ia dijual kepada pesawah. Mereka berbuat demikian memandangkan harga benih tidak sah lebih murah sekali gus membolehkan pihak kelompok terbabit mengaut keuntungan lebih dengan cara menjual pada harga sedia ada meskipun kerajaan sudah memberi separuh subsidi bagi setiap guni benih yang dijual kepada petani. Kerajaan melalui kempen ini melaungkan amaran keras me­negaskan akan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi me­neliti dan menyiasat berhubung perkara tersebut. Dakwanya walau pun ada kes akan tetapi Menteri Pertanian tidak mahu menuduh dimana kini akan ada siasatan adil dan bebas. Menteri juga berkata akan teliti laporan dan kena adil sert amasih beri peluang mereka perjelaskan isu berbangkit. Perkara ini dinyatakan beliau semasa sidang media selepas belliau juga merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Penggunaan Benih Padi Sah Peringkat Kebangsaan di Pusat Pertanian Sungai Burong. Artkel subuh ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya juga paparkan semuala laporan media yang menyatakan kempen penggunaan padi sah merupakan satu perkara penting untuk di fahami semua pesawah. 

Pihak kerajaan kini telah memberi ama­ran terakhir kepada syarikat terbabit supaya menghentikan aktiviti menjual benih padi tidah sah ini dimana berkemungkinan akan mengembalikan semula kerja pembekalan benih padi kepada Jabatan Pertanian sepenuhnya. Sebenarnya Jabatan Pertanian menjalankan pengeluaran dan pengedaran benih padi sah semenjak dahulu sebelum ianya diswastakan kepada beberapa syarikat pengeluar benih padi sah sekitar 2010. Menteri juga menegaskan dimana dia kini telah pun memberikan amaran terakhir kepada pengeluar swasta yang ada dan tidak mahu berlaku zalim serta masih berikan masa kepada mereka sebelum memuktamadkan keputusan ini. Dakwanya kerjaaan tidak mahu ada peni­puan dan juga penyalahgunaan ke­rana kita tidak boleh kompromi dengan soal mutu dan kualiti kerana ia beri kesan langsung kepada petani. Menteri juga menyatakan dimana bila ditanya sama ada wujud pihak luar yang turut terlibat membekalkan benih tidak sah, Salahuddin membe­ritahu, memang wujud golo­ngan terbabit yang mengambil kesempatan dan licik memanipulasi keadaan. Dakwanya lagi dimana ada juga kalangan pembekal ini pandai manipulasi dengan membuat kempen palsu dengan mendakwa negara kekurangan benih dan sebagainya. Jika mereka ini menekan butang pa­nik dan ada keadaan dimana kemudian ada pesawah yang tidak mendapat informasi tepat akan membelinya. Sekaran ini dimaklumkan kepada media dimana buat masa ini terdapat sembilan (9) syarikat yang dilantik bagi membekalkan benih padi sah kepada pesawah seluruh negara. Mereka ini ada kontrak tiga tahun dimana pembekalan benih padi oleh pihak swasta telah diambil alih daripada Jabatan Pertanian sejak 2010. Sebenanya isu benih padi tidak sah memberi pelbagai kesan buruk termasuk menjejaskan pengeluaran, tumbuh besaran padi, padi angin selain berisiko tinggi berpenyakit.

Dalam media lain bertajuk ''Syarikat konsesi pembekal diberi amaran akhir, pastikan kualiti benih padi'' mengenai isu sama dilaporkan di Tanjung Karang, Selangor dimana syarikat konsesi pembekal benih padi diberikan amaran terakhir supaya memastikan benih padi dibekalkan kepada pesawah Mereka juga mesti mematuhi sistem piawaian benih padi sah yang ditetapkan Jabatan Pertanian. Perkara ino adalah kerana terdapat pembekal daripada sembilan syarikat dilantik tidak mematuhi piawaian benih padi sah yang mengakibatkan pesawah menanggung kerugian disebabkan hasil padi rendah dan tidak berkualiti. Kerajaan masih memberi lagi peluang kepada sektor swasta tetapi bila peluang mereka tidak akan berkompromi tentang kualiti dan menghasilkan antaranya benih padi sah yang luarnya sahaja sah tetapi dalamnya haram. Mentei nyatakan dimana kerajaan adalah tidak akan zalim serta akan beri masa untuk mereka membaiki keadaan tetapi ini adalah amaran terakhir supaya mereka juga bertanggungjawab untuk memastikan tidak berlaku penipuan, penyalahgunaan semata-mata untuk keuntungan peribadi dan sesetengah pihak yang akhirnya mengorbankan pesawah dan petani kita. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Penggunaan Benih Padi Sah Peringkat Kebangsaan di Pusat Pertanian Sungai Burong dimana majlis itu turut dihadiri oleh wakil syarikat konsesi pembekal padi yang dilantik ketika Kerajaan Barisan Nasional (BN) mula menswastakan pembekalan benih padi pada 2010. Kementeriannya akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat sebarang salah laku dalam pengurusan pembekalan benih padi sah. Oleh itu siasatan akan dijalankan secepat mungkin sebelum beliau mengeluarkan keputusan muktamad bagi mengakhiri isu ini. Menteri nyatakan dimana pada tahun depan dia tidak mahu agi melancarkan lagi kempen seperti ini kerana kerajaan akan noktahkan masalah ini bagi membela nasib petani dan pesawah.

Laporan lain menyebut ''Benih padi tidak sah punca penyakit BPB, pesawah berisiko hilang 70% hasil'' amat menaik untuk dikupas. Berita dari Tanjung Karang ini menyatakan dimana isu Penyakit Hawar Bulir Bakteria (BPB) yang dihebahkan menjadi ancaman kepada industri padi negara berisiko menyebabkan hasil pesawah menurun sehingga 70 peratus. Kenyataan ini dikeluarkan oleh EXCO Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani iaitu Ir Izham Hashim yang berkata dimana penyakit yang berasal negara luar ini dipercayai dibawa benih padi tidak sah. Dakwanya lagi jka kita lihat kepada sejarah kewujudan penyakit BPB ini, ia hanya ada di negara lain di Utara, Selatan dan Amerika Tengah (Gulf of Mexico, Dominican Republic, Venezuela, Ecuador, Brazil, Panama, Colombia, Nicaragua dan Costa Rica), Afrika (negeri Selatan Afrika dan Tanzania) dan Asia (Jepun, Korea, Vietnam, Filipina, India, Sri Lanka dan China) dan baru-baru ini sahaja ia wujud di negara kita. Jadi pesawah perlu kenal pasti apakah punca penyakit ini boleh ada di negara kita khususnya di Selangor dan saya difahamkan punca utamanya adalah daripada benih padi yang tidah sah di mana telah dibawa masuk ke negara ini tanpa melalui prosedur standard yang telah ditetapkan. Beliau kini ingin menekankan bahawa penggunaan benih padi sah amat penting kerana ketulenan varieti terjamin, diperakui oleh Jabatan Pertanian, menjamin hasil yang berkualiti serta mempunyai daya ketahanan terhadap serangan penyakit. Dikatakan mengikut daripada laporan Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian sebelum ini mengesahkan bahawa kawasan tanaman padi di Negeri Selangor yang membabitkan Kuala Selangor dan Sabak Bernam telah dijangkiti penyakit ini. Kesannya selain penurunan hasil, ianya juga menyebabkan lot padi di sawah terbabit tidak boleh dijadikan benih padi. Semua warga tani terutamanya pesawah di Selangor agar saling bersama-sama berusaha dan bekerjasama dalam membanteras isu penggunaan benih padi yang tidak sah dengan tidak menyokong dalam membeli dan menggunakan benih padi selain daripada yang diakui oleh Jabatan Pertanian kerana dengan tindakan tuan yang kurang bertanggungjawab inilah yang memberi kesan negatif terhadap industri padi negara. Beliau sempat mendengar sendiri keluhan dan pendapat golongan pesawah di kampung terbabit. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM PADI... DISELURUH NEGARA...
BENIH PADI SAH... IA PENTING DIGUNA...
ELAKKAN BENIH HARAM... IA MERBAHAYA...
PELBAGAI RISIKO... KURANGKAN HASILNYA...

By,
M Anem,Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
30 Rejab 1440H).


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...