Support My Blog

Tuesday, February 2, 2021

TANAMAN SELASIH - APA PERLU TAHU

SELASIH
merupakan sejenis tumbuhan kumpulan herba yang juga dipanggil sebagai Tlasih, Basil atau Basilikum (Ocimum spp) dimana ia selalunya diambil bahagian daun, bunga dan bijinya sebagai rempah-rempah serta bahan untuk penyegar (tonikum). Penulis blog membuat beberapa rujukkan dimana terdapat sebanyak 35 spesis Selasih yang dikenalpasti akan tetapi yang paling biasa dijumpai di Malaysia dan kawasan tropika lain adalah seperti 
Ocimum americanum, Ocimum basilicum, Ocimum campechianum, Ocimum gratissimum,  Ocimum kilimandscharicum dan juga Ocimum tenuiflorum. Tumbuhan renek ini mudah ditanam dan dijaga dimana ia akan menghasilkan daun, bunga dan bijinya dalam masa singkat sahaja. Sebenarnya dari banyak spesis yang terdapat dinegara kita dilaporkan kebanyakan tumbuhan ini adalah berbau dengan mempunyai citarasa khas. Apa yang penulis blog buat ujian dimana tumbuhan ini kadang-kadang agak busuk (Langu), Bau Harum atau Bau Manis dimana ia juga tergantung kultivarnya. Dilaporkan ada beberapa di antaranya jika dimakan menyebabkan pemakannya akkan dapat rasa seperti mabuk. Walau pun kajian taksonomi mendapati ada beberapa jenis selasih yang mana ia  berasal dari Asia Tenggara seperti Kemangi akan tetapi dilaporkan sebahagian besar adalah dari India. Dalam pada itu dikalangan orang Eropah yang mengenali tumbuhan ini secara tradisionalnya mengenalinya sebagai Ocimum basilicum ("basil" atau "sweet basil") iaitu ia juga dikenali sebagai rempah yang diwariskan dari tradisi dari Yunani Kuno. Di India tanaman selasih yang paling dikenali merupakan jenis "tlasi" atau "tulasi" ("holy basil" dengan nama botaninya O. tenuiflorum syn. O. sanctum.  Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya menulis mengenai tanaman selasih untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.

Dalam pada di 
Indochina pula selasih ini juga dikenal sebagai bahan masakan kuliner yang penting sama seperti di negara Thailand. Kepentingan herba selasih juga disebut dan digunakan dalam masakan di Itali, India, Cina dan beberapa negara lain. Di Itali dilaporkan dimana mereka akan mengambil daun selasih yang dikeringkan dimana ia merupakan salah satu komponen sos pes khusus untuk makanan dinamakan Genoa. Penulis blog sejak dahulu memang kenal akan kegunaan biji selasih yang dimasukkan didalam minuman khususnya sirap selasih. Minuman sirap selasih ini paling sedap diminum dibulan Ramadan dan kalau hari tidak puasa diminum diwaktu tengahari dengan airbatu. Minuman yang menyegarkan ini memang ada dijual sebagai salah satu pilihan di Pasar Malam, Pasar Tanii dan juga di kompleks membelibelah. Mendapatkan biji selasih dari kedai runcit dan supermarket juga mudah dimana lazimnya ia dbungkus didalam botol kedap udara atau bungkusan plastik dengan harga yang berpatutan. Apa pun selasih yang mana ada memanggilnya sebagai 'Adas' memang berkhasiat dengan kandungan bahan Estragol yang dapat merangsang dan merawat kes kanser iaitu kajian pada tikus. Dalam pada itu dilaporkan keannya terhadap manusia masih belum dipastikan sehingga kini walau pun penyelidikkan ianya adalah amat positif.

Sebaiknya pembaca boleh mengenai akan m
orfologi tanaman selasih secara tepat. Tumbuhan selasih merupakan tumbuhan herba yang tumbuh menegak dimana ia juga mengeluarkan aroma yang sangat harum. Ia boleh tumbuh dengan ketinggian sekitar 0.6 -1.6 meter dengan mempynyai warna batang yang hijau atau coklat yag bentuknya agak bersegi empat. Susunan daun selaish adalah jenis tunggal bertentangan dengan mempunyai tangkai yang berukuran panjang 0.5 - 2 cm dan berbentuk bulat telur dimana dibahagian hujungnya. Bahagian pangkal daun adalah agak meruncing dengan bahagian permukaan daun agak halus dan bintil-bintik kelenjar. Daunnya juga ada tulang daun menyirip dengan di tepinya bergerigi, panjangnya 3.5 - 7.5 cm dengan ukuran lebarnya adalah sekitar 1.5 - 2.5 cm. Daunnya mempunyai warna hijau tua dan apabila berbunga dilihat dimana bunganya berwarna putih atau lembayung atau pelbagai warna warna lain. Dibahagian kelopak sisi luar ada yang berambut, bulat telur terbalik dengan tepi mengecil sepanjang tabung. Biji selasih adalah bertekstur keras, berwarna coklat tua dimana apabila dimasukkan dalam air akan mengembang dan lembut. 

Tumbuhan ini mudah tumbuh ditanah yang subur dan
 di tempat lembab dengan mana jika ada sedikit teduhan di tanah dataran rendah sampai ketinggian 450 meter. Tumbuhan ini dilaporkan ditanam secara kecil-kecilan atau secara komersil yang meluas bergantung kepada pasaran atau untuk kegunaan sendiri. Pengurusan bagi tanaman selasih mudah kerana tidak banyak perosak dan penyakit yang perlu dirawat. Penjagaan yang baik selalu membolehkan hasilnya dapat dituai dalam masa singkat sama ada dari bahagian daun, bunga atau pun bijinya. Dilaporkan kehebatan tanamaan selasih adalah kerana hasil kajian dan analisa makmal dilaporkan ia dilapor mengandungi bahan kimia berguna seperti bahagian daunnya yang ada komponen seperti Asid Kafeat, Asid kumarat, bahan Myresin, Rutin dan juga Kuersetin. Pada keseluruhan pokok herba ini juga ianya mengandungi minyak meruap yang terdiri daripada 1,8-Sineol, p-Cymene, Limonen, Linalool, Metilkaviol, Metil sinamat, Pinen, Safrol dan juga Alfa-Terpinen. Kajian juga nendapati dimana minyak selasih yang diekstrak sesuai digunakan sebagai bahan antibakteria yang sesuai untuk mengelakkan serangan dari Salmonella aureus, Salmonella enteritidis dan E. coli. Minyak ini juga ada kesan sebagai bahan Antifungi dimana dilapor merawat C. albicans, P. notatum dan Microsporeum gyseum. Unsur sepeti Kamfor, d-limonen, myresen dan timol mempunyai kesan sebagai bahan kawalan serangga perosak (repellent) dengan kemampuan dalam membunuh serangga sampai 90% pada konsentrasi 113 - 283 ppm.  Dalam kajian lain ia telah dikaitkan dengan bahan antikanser.  Pada bahagian daun
 Ocimum basillicum yang telah digunakan sebagai ubatan tradisional antikanser semulajadi secara tradisional. Kandungan Asid Fenolate yang tinggi didalam selasih dikaitkan dengan perkara ini. Apa pun penyelidikan saintifik perlu dijalankan berterusan mengenai perkara ini.

Dalam pada itu dilaporkan dimana biji selasih
 walaupun kecil tetapi mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan. Ada enam kebaikannya yang perlu kita ketahui dimana selalu kita minum dengan air. Antara kehebatan khasiatnya seperti sebagai ubat tahan sakit. Didakwa kita sudah boleh cuba meninggalkan pengambilan ubat tahan sakit dan gantikan dengan minuman biji selasih. Biji selasih mampu melegakan sakit kepala, migrain, tekanan dan ketegangan urat. Biji selasih juga didakwa merendahkan suhu badan kerana semasa suhu badan panas akibat cuaca terik di luar atau emasa kita mengalami demam panas jangan sesekali mengambil minuman ais. Ambil sahaja air kosong dicampur biji selasih dimana kesannya kita akan rasa perlahan-lahan ia mampu menyejukkan badan anda. Siapa sangka biji selasih sesuai dalam mengatasi masalah penghadamanSekiranya ada yang menghadapi masalah sembelit, kejang pada perut, kembung perut dan lain-lain masalah sistem penghadaman sebaiknya disyorkan untuk mengambil air kosong dengan campuran biji selasih dan ia boleh melegakan ketidakselesaan anda. Biji selasih juga didakwa mampu dalam merawat jangkitan kulitBagi para ibu yang berhadapan dengan anak yang mengalami masalah kulit seperti ekzema atau psoriasis maka sebaiknya boleh lakukan rawatan awal dengan kaedah menggunakan biji selasih. Caranya mudah iaitu cuma perlu hancurkan biji selasih dan campurkan bersama minyak kelapa dan ia kemudian disapukan di tempat yang bermasalah. Siapa sangka dimana biji selasih mampu untuk menyihatkan rambut dimana ia mempunyai sumber protein, vitamin K dan zat besi yang baik untuk rambut. Ia didakwa dapat membantu untuk menyihatkan rambut dari akar hingga hujung rambut. Akhir sekali biji selasih dilaporkan mampu membantu menrunkan berat badanBiji selasih kaya dengan fiber dan ia akan membuat anda rasa kenyang dan tidak lapar. Perkara ini baik untuk kita yang ingin mengawal nafsu makan atau lapar. Sebaiknya boleh menambah biji selasih didalam minuman tanpa gula anda dan biar membantu anda untuk kekal berdiet. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
POKOK SELASIH... MUDAH TANAMNYA...
SENANG DIJAGA... AMBIL HASILNYA...
DAUN DAN BIJI... BANYAK KHASIATNYA...
AMALKAN SELALU... SIHAT SEJAHTERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(22 RabiulAwal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...