Support My Blog

Friday, February 5, 2021

GEOTEXTILE - APA KEGUNAANNYA

GEOTEXTILE
merupakan sejenis produk asas polimer yang popular dikalangan sektor kejuruteraan dan kini telah pun dikembangkan dalam sektor pertannian. Penulis blog dapati kini semakin ramai sektor pertanian komersil di Malaysia yang telah menggunakan geotextile untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil ladang. Kini terdapat dua jenis geotextile yang biasa dijual iaitu Geotextile Woven (Di anyam) dan juga Geotextile Non-Woven (Tidak dianyam). Kebanyakan produk yang ada dijual di Malaysia adalah diimport daripada China dan beberapa produk tempatan. Geotextile Non Woven adalah merupakan suatu bahan yang sangat berguna bagi dunia industri di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Ini kerana bahan geotextile kini sudah menjadi suatu keperluan bagi sektor pembinaan infrastruktur. Penulis blog mendapati dimana didalam industri perlombongan merupakan sektor yang paling sering menggunakan Geotextile sebagai bahan penahan hakisan. Industri perlombongan juga menggunakan Geotextile untuk memberikan permukaan jalan yang lebih kuat dan stabil bagi laluan lori dengan jumllah jutaan tan bahan asas batuan atau tanah yang di angkut oleh jentera berat. Ini yang menjadikan sektor perlombongan adalah pengguna terbesar didalam menggunakan Geotextile. Dalam pembinaan jalanraya geotextile juga merupakan pelapik penting sebelum batu gravel atau batu crusheran dituang diatasnya. Ketahanan bahan ini sehingga puluhan tahun membolehkan bahan ini terus penting. Bagaimana pula dengan sektor pertanian?. Kini dilaporkan dimana geotextile pun berguna untuk industri pertanian. Bahan ini berguna dalam berbagai keperluan pertanian sepertii digunakan sebagai pelapis proses membuat kompos di ladang kelapa sawit dan taman vertikal. Ia telah dilakukan pada skala yang kecil dimana geotextile Non Woven juga sesuai untuk digunakan secara vertikal iaitu untuk taman vertikal atau biasa dikenal sebagai 'pagar hidup' atau 'tembok hijau'. Teknologi ini disebabkan taman vertikal dapat ujudkan persekitaran lebih tenang dan selesa walau pun ruang yang ada terbatas.
Pengertian geotextile woven adalah salah satu jenis geotextile yang dianyam iaitu dibuat dari bahan asas Polypropilene untuk mudah menggunakannya, Geotextile Woven seperti karung beras tapi bukan yang terbuat dari bahan guni tetapi berwarna hitam dibuat dari bahan sintetik. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya paparkan satu artikel mengenai produk geotextile dan kepentingannya dalam sektoe pertanian untuk bahan rujukan semua pembaca.

Geotextile Woven memiliki fungsi sebagai bahan penstabil tanah bawah terutama pada permukaan tanah yang lembut dan mudah dihakis. Tanah yang mudah terhakis dan bercerun perlu ditutup dengan geotextile woven produk ini mempunyai kadar ketegangan (tension strength) yang kuat dan lebih tinggi dibandingkan dengan Geotextile Non-Woven sekitar 2 kali ganda untuk jumlah gramasi (Unit berat Gram/meter) atau berat per m2 yang sama. Berlainan dengan geotextile Woven yang mana dilaporkan mempunyai 'membrane effect' yang mengandakan 'tension strength' sehingga tidak menurunkan terjadinya penurunan tanah setempat (differensial settlement) akibat tanah dasar yang lembut akibat air hujan. Ada dakwaan dimana pemasangan geotextile didalam membina lebuhraya, jalan raya, landasan lapangan kapalterbang dan bangunan telah lama digunakan dalam sektor pembinaan. Teknologi ini memang dilaksanakan diseluruh dunia dimana pembinaan infrastruktur dilaksanakan diatas tanah. Fungsinya yang mampu menstabilkan infrastruktur yang dibina diatas tanah yang kurang kukuh semestinya menggunakan produk geotextile. Bagaimana pun terdapat banyak prodau seakan sama dengan geotextile dari segi fungsinya dipasaran dunia.

Penulis blog diberitahu dimana ada banyak orang yang tidak menyedari dimana Geotextile kain yang memiliki berbagai guna dalam mencegah hakisan dimana ia banyak digunakan di kawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highand, Kundasang dan Lojing. Jika anda melalui kawasan kebun sayur atau kawasan perumahan akan di Cameroon Highland dapat melihat dimana geotextile ini dipasang (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun bahan geotextile yang digunakan, rekabentuk pemasangan serta tujuan pemasangan ini bergantung kepada jenis projek pertanian yang diamalkan atau bangunan yang hendak dibina. Teres yang dibina pada tanah yang darjah kecuramannya melebihi 20 darjah keatas dikawasan tanah tinggi akan dibina teres untuk penanaman. Tanah di Cameroon Highland dari segi pengkelasan terjatuh dalam kategori tanah humil (banyak bahan organik) dan peroi serta mudah dihakis. Pemasangan bahan g
eotekstil kain yang biasanya terbuat dari plastik atau pun kini telah ada pilihan lain seperti kain biodegradable dapat dipasaran. Pembeli perlu mempastikan kualiti atau material yang digunakan dalam geotextile sama ada dari jenis  Tenun Halus (woven) atau Non -woven. Keduanya dibezakan oleh jenis mesin yang menenun pada kain dengan jarum. Idea pembuatan kain geotekstil adalah bagi tujuan membiarkan gerakan air melalui lubang tenunan tetapi partikel lebih besar seperti pasir dan batu tidak dpat melepasinya.

Kain Geotextile ditenum bagi membantu untuk agar tidak berlaku pergerakan tanah semasa proses hakisan akan berlaku. Kain geotekstil dipasang bertujuan untuk menahan tanah yang gembur kekal dikawasan tanaman tetapi air hujan masih boleh mengalir tanpa airnya tidak membawa tanah. Bahan ini juga mampu untuk membolehkan proses pengaliran jika berlaku kelebihan air. Tujuan utama dalam menggunakan 
kain geotekstil adalah untuk menghindari hakisan tanah (Soil eroison). Dalam perkara lain penulis blog dapati dimana kain geotekstil membantu dalam menjaga bumi dari kerosak alam semlajadi seperti hakisan pantai, hakisan sungai atau asalkan di mana ada pasir atau tanah. Selalunya geotekstil juga berguna didalam mengelakan pencemaran persekitaran seperti mengelakkan pencemaran dengan menghentikan tanah dan batuan dari memasuki saluran pembuangan, saliran air dan sebagainya. Geotekstil juga dapat digunakan bagi  membantu dengan memungkinkan angin dan air untuk ianya melaluinya akan tetapi mengawal hakisan dari terjadi. Walau pun lazimnya hanya projek besar dan mega yang mengupah kontrektor untuk memasang bagi projak infra besar akan tetapi sebenarnya ia juga digunakan oleh usahawan atau pun kontrektor kecil-kecilan. Dilaporkan ada produk geotekstil yang jauh heavyduty dibuat bagi menahan bahan kimia, radiasi UV, kulat dan juga serangga atau haiwan yang mana ia boleh merosakannya. Memang perkara ini diambil kira semasa proses pemasangan bahan ini sama ada geotekstil dipasang dikawasan terbuka atau ditimbus selepas pembinaan siap sepenuhnya dan tidak boleh dilihat lagi. Semuga artikel subuuh ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!...
PRODUK GEOTEXTILE... APA BENDA...
BANYAK DI GUNA... UNTUK JALANRAYA...
MENAHAN HAKISAN... PERTANIAN JUGA...
MEMBACA ARTIKEL... INFONYA DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1923, Hotel Double Tree,
Jalan Ngee Heng, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(27 JamadilAwal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...