Support My Blog

Saturday, February 13, 2021

LABAH-LABAH DAN KEPENTINGANNYA

L
ABAH-LABAH (Spider) merupakan sejenis haiwan jenis invertebrat pemangsa atau serangga yang menghasilkan sutera dan mempunyai dua tagma, lapan kaki, mulut tidak boleh mengunyah dan tidak bersayap. Labah-labah telah dikelaskan dalam order Araneae dengan mempunyai 3 sub-order iaitu dikenali dengan Araneomorphae, Mesothelae dan Mygalomorphae. Kumpulan serangga ini juga ada kala jengking, tungau, sengkenit dan falangid. Kebanyakan labah-labah memburu dengan membina sarang labah-labah untuk memerangkap serangga. Sarang atau jejaring ini diperbuat daripada sutera labah-labah iaitu merupakan seutas benang protein yang halus dan kukuh dan lekelit. Ia dihasilkan oleh labah-labah daripada spineret yang pada kebiasaannya terdapat pada hujung abdomen labah-labah dewasa. Apa pun jika ingin membandingkan dari segi berat, sutera labah-labah adalah lima kali (5X) lebih kuat berbanding besi keluli. Saintis mendapati kesemua labah-labah menghasilkan sutera walau pun tidak kesemua menggunakannya sebagai anyaman untuk jadi perangkap yang rapi. Benang sutera sering digunakan bagi memanjat, membentuk alas dinding licin bagi sarang dalam tanah, membina kantung telur, membalut mangsa, menyimpan sementara sperma dan banyak lagi kegunaan yang lain. Kesemua kecuali satu genus labah-labah dilaporkan mempunyai keupayaan bagi mencucuk bisa atau venom untuk membunuh mangsa dan untuk mempertahankan diri mereka. Apa pun hanya sedikit spesis labah-labah yang akan menyebabkan ancaman bahaya kepada manusia yang perlukan rawatan serius. Kebanyakan jenis labah-labah liar hanya mampu memberi gigitan yang menyebabkan rasa tidak selesa untuk beberapa ketika tetapi tidak menyebabkan kesan jangka panjang kepada manusia. Dalam pertanian apa yang penulis blog belajar dan membuat tinjauan teknologi adalah 'serangga pemangsa' yang memakan serangga lain termasuk serangga peroak tanaman. Artikel malam Ahad ini sambil meninton Bulletin Utama TV3 mengenai masaalah banjir, covid-19 dan pergolakan politik tanahair saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai peranan dan kepentingan labah-labah dalam sektor pertanian untuk bahan rujukkan anda semua.

Labah-labah merupakan salah satu kumpulan serangga dalam Artropoda pemangsa dominan atau sebagai musuh semulajadi. Ia memainkan peranan yang 
penting dalam ekosistem pertanian khususnya dalam pertanaman padi sawah.
Hasil kajian dibeberapa sawah padi dilakukan bertujuan untuk mengetahui jenis dan populasi labah-labah khususnya labah-labah yang ada membuat jaring yang ada di sawah padi sawah. Apa pun hasil kajian dilaporkan dimana labah-labah ada membuat sarang atau jaring (web) di dalam celah antara rumpun padi, diatas batas atau permatang dan kawasan taliair yang sesuai. Salah satu kajian di Kawasan Projek Barat Laut Selangor iaitu sawah padi selama 3 bulan dengan data dikutip setiap 2 minggu mendapati dimana  terkumpul sebanyak 224 ekor sarang labah-labah daripada 13 sepesis dikenalpasti. Apa pun kajian perlu di teruskan untuk beberapa musim lagi sehingga lebih mantap temuannya. Antara famili labah-labah yang ditemui disawah padi adalah famili Tetragnathidae, Araneidae, Theriidae, Mitidae dan Salticidae. Faktur cuaca dan umur padi mempengaruhi jenis labah-lanah yang terdapat di lokasi yang berlainan. Tanaman padi (Oryza sativa L.) adalah tanaman  bijirin yang penting untuk menghasilkan padi dan akhirnya beras sebelum dijadikan nasi. Nasi merupakan makanan asasi di Malaysia dan beberapa negara lain didunia. Padi sawah memerlukn air yang banyak untuk hidup dengan akan berhasil sekitar 3 bulan semusim. Penjagaan tanaman padi seperti pembajaan, kawalan rumpai dan serangan perosak dan penyakit akan menentukan kualiti dan kuantiti hasil yang akan dituai. Serangan serangga perosk sebagai contoh boleh mengurangkan hasil padi sehingga 40 - 45% jika tidak dikawal dengan baik dan sistematik. Seranan bena perang, bena hijau, kesing, pianggang, Ulat Layar, Ulat Gulung Daun, kutu beruang dan beberapa lagi akan menyerang secara berperingkat dari mula awal penanaman sehingga waktu hendak menuai.
 
P
eranan labah-labah di dalam melakukan kawalan secara biologi dilaporkan memang masih kurang dibuat penyelidikan. Ini kerana kebanyakan pesawah akan membeli racun kimia didalam membasmi serangga perosak yang menyerang tanaman padi di Malaysia kerana ia dilaporkan berkesan, senang disembur dan kos yang mampu. Kaedah kawalan secara biologi masih kurang diamalkan kecuali mereka yang melaksanakan tanaman padi organik dibeberapa lokasi. Labah-labah adalah serangga pemangsa dengan membuat jaring (web) yang merentanh diantara tanaman dan serangga yang melekat akan dijadikan makanan labah-labah. Apa pun labah-labah marfologinya tidak seperti serangga lain kerana ia hanya mempunyai dua segmen tubuh iaitu bahagian kepala dan toraks yang menyatu (ia juga disebut sebagai  sepalotoraks) dan untuk bahagian abdomen disebut sebagai opistosoma, Tubuh bahagian luar akan mengeras atau disebut exsoskeleton yang mana kandungan utamanya adalah chitin. Pada bahagian sepalotoraks terdapat sepasang organ iaitu pedipalpus (sering hanya disebut palpus). Pedipalpus pada jantan labah-labah dewasa di hujungnya membesar dan akan berfungsi sebagai alat untuk mengawan. Selain itu pada sepalotorak terdapat empat pasang tungkai dan terdapat  sepasang Chelicerae yang terdapat claw (fang) seperti rahang bertaring. Setiap kaki laba-laba terdapat 4 segmen yang terdiri dari koksa, trokanter, femur, patella, tibia, metatarsus dan tarsus. Labah-labah penenun dengan membuat jaring (web) dari sutra berbentuk bulatan di antara tanaman padi, ranting pokok, celah batu, sudut bangunan, permukaan tanah, lubang dan sebagainya untuk memerangkap serangga lian yang akan dijadikan makanannya.

Penulis blog merujuk kepada artikel Berita Harian bertjuk '
Bendung serangan makhluk perosak' dimana dilaporkan dimana amalan kejuruteraan ekologi adalah satu alternatif yang boleh diguna pakai dalam menguruskan serangga perosak secara mesra alam di kawasan pertanian seperti sawah padi. apap pun konsep ini membabitkan amalan kultura seperti pengurusan vegetasi secara manipulasi habitat yang berfungsi menggalakkan aktiviti kawalan serangga perosak secara biologi. Menerusi amalan ini, aktiviti spesies musuh semula jadi dapat ditingkatkan dengan menyediakan sumber seperti makanan alternatif apabila mangsa atau perumah tiada. Penanaman spesies tumbuhan berbunga yang kaya nektar turut berfungsi sebagai tempat berlindung dan membiak untuk pelbagai spesies musuh semula jadi terdiri daripada serangga pemangsa dan parasitoid. Amalan ini sudah lama diperkenalkan di China dan negara ASEAN seperti Myanmar, Vietnam, Thailand serta Indonesia. Ia terbukti dapat meningkatkan kepelbagaian artropod di kawasan sawah padi terutama spesies musuh semula jadi yang secara tidak langsung menyumbang dalam kaedah mengurangkan kadar serangan serangga perosak seperti benah perang, ulat gulung daun dan ulat pengorek batang. Di samping itu, kadar penggunaan racun serangga kimia juga menurun dan kelestarian ekosistem sawah padi dapat dipelihara dan dipulihara. Justeru, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor dengan kerjasama MARDI dan Jabatan Pertanian menjalankan projek kejuruteraan ekologi dalam meningkatkan kepelbagaian artropod dalam ekosistem padi. Kajian ini membabitkan kawasan sawah seluas dua hektar untuk membandingkan populasi artoropod antara plot kejuruteraan ekologi dan plot amalan biasa petani yang melaksanakan semburan racun serangga dilakukan. Plot kejuruteraan ekologi sudah ditanam dengan beberapa spesies tumbuhan Turnera atau nama tempatannya bunga pukul delapan di sekeliling batas petak berkenaan. Antara spesies pokok bunga yang ditanam ialah Turnera subulata (bunga berwarna putih) dan T. trioniflora (bunga berwarna kuning). Pensampelan serangga dibuat menerusi beberapa kaedah seperti pengecaman visual, penggunaan jaring sapuan, perangkap lekat dan perangkap bekas. 

Hasil pemerhatian menunjukkan plot kejuruteraan ekologi boleh menampung lebih banyak artropod berdasarkan bilangan dan kepelbagaian spesies serta pengiraan indeks berbanding plot amalan biasa petani. Saintis ini ditemui di kawasan sawah sekitar Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor oleh wartawan BH. Dakwa mereka 
prinsip dalam kejuruteraan ekologi adalah sebahagian daripada komponen pengurusan perosak bersepadu (IPM) iaitu penggunaan agen kawalan biologi yang mesra alam. Ia memperkenalkan elemen seperti rekaan landskap dengan penggunaan tanaman berbunga yang kaya nektar sebagai perumah kepada serangga bermanfaat dalam ekosistem padi. Penanaman pokok bunga Turnera mampu menyediakan habitat alternatif kepada spesies musuh semula jadi untuk membiak seterusnya secara tidak langsung dapat mengawal serangga perosak yang ada dalam sawah di persekitaran. Pengurusan perosak menerusi kaedah kejuruteraan ekologi ini mempunyai potensi besar untuk diamalkan di sawah di Malaysia. Kajian lebih menyeluruh perlu dijalankan pada masa hadapan untuk mengukuhkan bukti dan meyakinkan pesawah padi bahawa kaedah ini mampu mengurangkan masalah serangan perosak. Ia juga sekali gus bermanfaat dari segi kelestarian alam sekitar dan kesihatan manusia. Peningkatan hasil padi menerusi kaedah kejuruteraan ekologi dapat meningkatkan pengeluaran hasil padi yang berkualiti dan selamat dimakan. Ia juga dijangka dapat meningkatkan keuntungan petani menerusi peningkatan hasil dan pengurangan kos pengeluaran termasuk mengurangkan penggunaan racun perosak yang tidak terkawal. Dakwa seorang pesawah terlibat iaiitu Mohd Yatim Basri berusia 64 tahun berkata, sejak IADA dan MARDI memperkenalkan kaedah kejuruteraan ekologi ini maka hasil pengeluaran padinya semakin meningkat. Kaedah tanaman bunga ini untuk menarik perhatian serangga bermanfaat yang umum seperti lebah, labah-labah dan kumbang kura-kura (Sila lihat foto disebelah)Sementara tanaman pokok ini juga boleh menarik perhatian serangga musuh khusus kepada perosak padi seperti benah perang. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
LABAH-LABAH... IANYA SERANNGA...
ANYAM JARING... PERANGKAPNYA....
DIBALUT.. DIJADIKAN MAKANANNYA... 
SEKTOR PERTANIAN.. IA BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 JamadilAwal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...