Support My Blog

Monday, February 15, 2021

POTENSI KETAM LEMBUT - ADA BUKTI

TERNAKAN KETAM KULIT LEMBUT
(Soft skin crab) kini sudah terbukti mampu memberikan pulangan baik kepada beberapa pengusahanya. Ketam lembut merupakan satu produk yang jarang kita dapat nikmati kecuali mereka yang ada akses untuk mendapatkannya. Hanya mereka yang tahu dimana dan bila untuk membeli ketam kulit lembut sahaja yang akan menikmati keenakkan resepi ketam kulit lembut yang digoreng dengan tepong. Penulis pernah menikmati projek menternak ketam lembut di Kuching, Sarawak, Di Johor dan di Sabah serta terkini di Pahang. Projek ketam kulit lembut yang saya pernah tinjau kini semakin dikomersilkan dan mampu berikan pendapatan baik. Sebenarnya jika diilihat pada bentuk fizikal ketam nipah yang bercengkerang memang agak sukar untuk mempercayai bahawa kulit ketam nipah dapat dilembutkan melalui beberapa inovasi dan teknologi yang betul. Namun pada hakikatnya penternakan ketam lembut ini bukanlah suatu perkara mudah tetapi tidak mustahil untuk dikomersilkan. Ada beberapa teknologi yang perlu dipelajari dan habitat sesuai didalam menghasilkan ketam lembut untuk pasaran. Antara teknik yang digunakan adalah dengan memotong sebahagian organ ketam itu untuk membolehkannya melalui proses bersalin kulit. Bagaimana pun didalam keadaan biasa ia mudah diserang pemangsa lain dan perlukan rawatan khusus untuk mendapatkannya. Kini teknologi ini boleh dipelajari daripada Jabatan Perikanan dan beberapa syarikat swasta untuk teknologi membuat ketam lembut sehingga aspek pemasarannya.
 Artikel subuh Rabu ini  saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi penternakan ketam lembut yang boleh memberikan pendapatan baik kepada pengusahanya untuk dijadikan bahan rujukan anda semua. 

Di Sandakan, Sabah t
tik peluh seorang bapa tiga anak berjaga malam untuk menternak ketam lembut kira-kira enam tahun lalu berbaloi apabila meraih purata pendapatan sehingga RM7,000 sebulan daripada hasil ternakan itu. Beliau ini adalah Suhaili Abdurahman berumur 39 tahun telah menggunakan modal asal hanya RM700 menternak ketam lembut sejak tahun 2013 dengan permulaan enam sangkar di perairan Kampung Bambangan (Sila lihat foto disebelah). Asalnya idea untuk menternak ketam itu timbul selepas sering melihat sangkar ketam berkenaan yang dibina rakannya di kawasan perairan Pulau Timbang dan terus dia mencari maklumat menerusi internet. Anda boleh baca tulisan saya mengenai ternakan ketam lembut pada tahun 2015 dengan pautan berikut (Sila klik disini) dan beberapa artikel lain. Kini usahawan yang sebelum ini cuma nelayan biasa dan pernah kerja menjadi pemandu lori sudah boleh berbangga apabila berjaya dalam memperluaskan perusahaan sehingga mempunyai 35 petak bagi menternak dan menghasilkan antara 200 kilogram (kg) hingga 500 kg ketam lembut sebulan. Beliau menggunakan kaedah membiarkan ketam bebas dalam bakul tanpa bekalan oksigen dimana ketam lembut daripada ketam bakau atau nipah melalui proses panjang antara 17 - 29 hari untuk ianya menanggalkan cengkerang dan menjadi lembut selain perlu penjagaan rapi. Memberitahu risiko paling tinggi dihadapi penternak ketam lembut adalah pada musim 'el-nino' iaitu antara Julai hingga September yang mendedahkan banyak ketam kepada kematian susulan cuaca panas di permukaan laut. Lazimnya selepas saja cengkerang tertanggal maka ketam perlu dikutip dalam tempoh dua jam sebelum berlaku cengkerang baru menjadi keras. Ia juga perlu dijaga baik elakkan ketam ini terdedah kepada risiko dimakan oleh ketam lain dan ikan. Biasanya proses ini berlaku pada waktu malam atau awal pagi yang mana cuaca sejuk.

Amalan menjaga sangkar yang perlu sentiasa dibersihkan dari tumbuhan atau banyak lumut mesti dilakukan kerana ia akan  ia melambatkan proses bersalin kulit jika tidak dibuang. Juga diperiksa adalah jika ada sampah dimana ia perlu sentiasa dibersihkan agar tidak akan menghalang oksigen masuk dalam sangkar (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan Suhaili bergiat menternak ketam lembut secara komersil seawal tahun 2017 dengan dapat bantuan daripada Jabatan Perikanan menerusi program Penternak Ladang Akuakultur Contoh (PLAC) yang menyediakan alatan bantuan enjin sangkut, bot, pondok terapung, kayu dan kursus teknikal. Ketam lembut yang diternaknya ketika ini cuma untuk pasaran di sekitar daerah Sandakan dengan tumpuan pasaran di restoran makanan laut. Beliau juga mendapat dokongan dari keluarga dan rakan-rakan sekampong sehingga mampu memperoleh kejayaan seperti sekarang. Selain ketam lembut kini dia turut menternak pelbagai jenis ikan termasuk jenahak, kerapu, putih, udang lipan, kupang, selain mula melakukan kaedah menggemukkan ketam di bawah bimbingan Jabatan Perikanan. Walau ada beberapa cara membuat ketam kulit lembut akan tetapi dia masih dalam teruskan percubaan baru yang lebih efektif. dan saya belum berani menerangkan bagaimana kaedah ini boleh berkesan. Sebenarnya 
Kampung Bambangan jarak kira-kira 30 kilometer (km) dari Sandakan perkampungan nelayan biasa tetapi kini ia semakin dikenali kerana aktiviti ekonomi penternakan ketam lembut yang diusahakan penduduk setempat. Terkini sudah ada lima penduduk di kampung itu mengusahakan ketam lembut dalam sangkar sejak tiga tahun lalu, sekali gus menjadikan kampung pesisir pantai terbabit antara pengeluar ketam lembut utama di daerah ini.

Antara perkara dilakukan adalah Ketam 
perlu dimasukkan dalam bakul pada sangkar selama 20 hari sebelum proses pertukaran kulit cengkerang (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya seorang penternak ketam lembut akan mendapat hasil jualan ketam lembut diantara RM5,000 - RM7,000 sebulan atau mungkin boleh lebih tinggi bergantung kepada kepada jumlah benih ketam yang ada. Antara masalah dihadapi penternak sekarang adalah kesukaran mendapatkan benih ketam nipah kerana bukan musimnya. Biasanya ketam akan banyak antara Oktober hingga April setiap tahun. Apa pun di Kampung Bambangan dengan mempunyai kira-kira 400 penduduk yang sebahagian besar adalah nelayan atau mengusahakan penternakan ikan dan ketam dalam sangkar atau ada yang bekerja sebagai pekerja ladang sawit. Pernah berlaku bencana ribut yang boleh menyebabkan keseluruhan sangkar rosak. Paling mencabar adalah penternak juga perlu berjaga sepanjang malam khususnya selepas 20 hari ketam diternak untuk proses persalinan kulit cengkerang yang mana biasanya berlangsung antara jam 6 petang hingga 1 pagi. Apa pun sepanjang tempoh 20 hari itu juga penternak ketam lembut juga perlu memastikan ikan baja yang memang menjadi makanan ketam mencukupi kerana ketam jenis hidupan yang agresif. Selalunya jika ketam tidak cukup makanan maka mereka boleh memakan kawan sendiri. Ketika ini ketam lembut dijual kira-kira RM30 sekilogram dan apabila dimasak harganya boleh mencecah antara RM70 - RM80 sekilogram. memang permintaan untuk ketal lembut terus meningkat saban tahun. Semakin ramai yang meminati dan menikmati ketam lembut goreng di restoren makanan laut. Secara mumnya ketam lembut diternak melalui proses pemotongan organ iaitu kaki dan sepit bagi mempercepatkan proses persalinan kulit. Ia akan mengambil masa 5-20 hari untuk bersalin kulit. Pada keadaan suhu air dan tahap kematangan maka ketam antara faktor proses bersalin kulit. Perlu diketahui dimana masa dan proses ketam bersalin kulit biasanya waktu malam. Selepas tiga hingga empat jam bersalin kulit maka cengkerang akan mengeras semula.

Penulis blog sebelum makan ketam lembut terpaksa mengupas cangkeras keras ketam untuk memakannya. Ada sesekali mulut menjadi luka akibat ingin menikmati makanan ketam. Ada kala ketika makan ketam kenikmatan m
erasai hidangan ketam sedikit terbantut sekiranya terpaksa berhempas pulas mengupas cengkerang bagi tujuan mendapatkan isi yang putih kemerahan di dalamnya. Jika tidak kena pada cara barangkali jari akan terluka disebabkan kulit ketam yang agak tajam mengakibatkan punca ramai yang ragu-ragu menjadikan ketam dalam senarai utama pilihan di restoran makanan laut. Di Kuala Gula, Kurau, Perak sudah  dikenali sebagai destinasi utama bagi penggemar ketam lembut iaitu ketam yang bersalin kulit dan belum sempat untuknya mengeras dan dihidangkan kepada pelaggan makanan laut. Dilaporkan antara keunikan pada ketam lembut ialah keseluruhannya boleh dimakan tanpa perlu dikupas, semestinya memberikan lebih kepuasan dari segi kuantiti isi selain sesuai dijadikan menu ketam goreng tepung.  Seorang daripada pengusaha ketam lembut di Kuala Gula dikenali Helmi Sham apabila berlaku musim lambakan hasil ketam menjadikan ia penyebab utama kepada terciptanya inovasi penghasilan ketam lembut. Akibatnya nelayan mendapat hasil sedikit dari tangkapan ketam nipah yang terlalu banyak sehinggakan tidak laku di pasaran. Mereka terpaksa berusaha memikirkan alternatif lain untuk mendapatkan keuntungan, dan dengan itu maka mencipta inovasi ketam lembut. Tetapi kini jumlah ketam sudah sedikit dan jika ada akan dikumpul di dalam sangkar untuk dijadikan sebagai ketam lembut yang lebih mahal dipasaran.

Biasanya antara soalan yang sering ditanyakan kepada pengusaha ketam lembut tentunya berkaitan harga yang dikatakan mahal sehingga boleh mencecah puluhan ringgit sekilogram. Pengguna perlu faham semakin sukar mendapatkan ketam lembut kerana ia tidak boleh didapati secara semulajadi kerana dan perlu menjalani proses rumit serta ia memakan masa sehingga kira-kira sebulan. Penternak ketam lembut Kuala Gula ini akan men
dapatkan benih ketam dari nelayan untuk dikumpulkan dan proses memotong kaki-kaki ketam bermula. Biasanya hanya dua kaki dibiarkan untuk membolehkan ia mencari makanan dalam sangkar. Walaupun pada pandangan mata kasar nampak menyakitkan akan tetapi cara potongan yang betul dengan menggunakan ‘playar’ tidak akan menyebabkan ia menderita kesakitan. Kalau salah buat potongan dari tempat kaki ini dipotong maka ketam akan sakit dan mengeluarkan lendir kemudian mati. Teknik betul dalam proses ini dilakukan dengan berhati-hati supaya ia boleh salin baju (bersalin kulit) dengan sempurna. Ketam yang sudah dibuang kakinya akan dibiarkan selama sebulan untuk ianya bersalin kulit dan ini bermakna semua bahagian cengkerang termasuk mata ketam akan menjalani proses pertumbuhan semula. Apabila genap sebulan maka ketam ini sedia untuk bersalin kulit dimana keadaan kulit sangat lembut dan sedia untuk dijual. Kadar permintaan yang tinggi dari pelanggan sehinggakan ada yang datang jauh dari luar negeri Perak. Ada yang akan datang ke restoran terapung berdekatan sungai di samping melihat sendiri proses penghasilan ketam lembut (Sila lihat foto disebelah). Teknik yang dilakukan di kampung ini berbeza dengan teknik yang dilakukan di Thailand kerana di negara Gajah Puteh itu mengguna ubat khas sebab itu dalam masa beberapa jam saja boleh lembut. Dari segi kehebatan dilaporkan ada dakwaan pelanggan yang lumpuh sebelah tangan datang ke Kuala Gula dan makan ketam lembut yang mentah dimana selepas diulang makan iaitun sebanyak tiga kali dilaporkan dimana tangannya sudah sembuh. Semuga tlulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KETAM LEMBUT.. KETAM ISTIMEWA...
TEKNIK KHAS...SEMASA MENYEDIA...
HARGA MAHAL... SUSAH CARINYA...
ENAK DIMAKAN... UJIRASA SEMULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 JamadilAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...