PENYAKIT MOKO PISANG atau lebih dkenali sebagai Penyakit Layu Bakteria Tanaman Pisang atau 'Blood disease' ialah penyakit pisang yang disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dikenali dengan jenis Ralstonia syzygii subsp. Celebesensis. Bakteria ini dilaporkan terdapat pada tanah dan ia boleh hidup pada perumah daripada 2 hingga 3 tahun. Bakteria ini ialah bakteria gram-negatif dan ianya tumbuh secara aerobik (memerlukan udara) dan tidak menghasilkan spora. Menurut kajian oleh Stevenson (2001), pertumbuhan bakteria dalam kultur Broth ini dapat dihalang oleh larutan garam (NaCl) berkepekatan melebihi 2%. Bakteria ini bukan hanya akan menyerang pokok pisang akan tetapi memang ia juga menyerang pokok lain seperti tanaman tomato, ubi kentang, terung dan tembakau. Bakteria ini biasanya terdapat di kawasan tropika, subtropika dan beberapa kawasan beriklim sederhana didunia. Inovasi MARDI menyatakan antara kaedah penyelesaian berkesan adalah dengan Teknologi Rintangan Sistemik Teraruh (ISR). Ia merupakan teknologi kawalan penyekit darah pisang (blood disease) dengan pengaruhan kerintangan terhadap perosak yang mesra alam. Produk yang diberi nama GLADIATOR1.0 merupakan satu inokulan bakteria bermanafaat yang mengaruh kerintangan sistemik terhadap perosak penyakit darah pisang (Sila lihat foto disebelah). Produk ini merupakan inokulan bakteria baccilus spp tempatan diformulasi dalam benteruk cecarir (liquid) dan digunakan secara semburan pada akar pokok pisang. Selain daripada ianya produk mesra alam, Gladiator 1.0 ini juga berkesan menyawal pemyakit sehingga 92% sesuai dengan teknologi hijau dan sesuai untuk pengeluaran pisang konvensional dan pisang organik. Ia juga menggalakkan pertumbuhan vegetatif, mempercepaatkan pengeluaran jantung dan tandan pisang serta mampu memberikan hasil yang lebih tinggi. Penulis blog harap lebih ramai petani penanam pisang dapat menggunakan produk inovasi ini bagi mengatasi masaalah serangan penyakit tersebut dan mampu meningkatkan pendapatan hasil pisang.
Produk TrichoSHIELD adalah produk biofungiside berasaskan Trichoderma strain tempatan khusus untuk kawalan penyakit antraknos pada tanaman cili organik dan konvensional yang diformulasi dalam bentuk serbuk talkum. Apa pun teknologi ini diaplikasi secara semburan foliar yang dapat mengurangkan jangkitan penyakit antraknos di ladang hingga 88 peratus dan membantu meningkatkan hasil cili hingga 54 peratus. Teknologi yang dihasilkan MARDI itu bukan sahaja mesra alam akan tetapi turut meningkatkan keselamatan dan kualiti produk pertanian serta agromakanan untuk kesejahteraan rakyat. Saya ada menulis mengenai teknologi ini dalam blog ini dengan boleh diakses melalui pautan berikut (Sila klik disini). Dijenamakan sebagai “TrichoSHIELD” dimana produk ini merupakan produk inokulan mikrob yang mesra alam dan selamat untuk petani menggunakan bagi jangka masa panjang serta boleh dijadikan sebagai alternatif kepada racun kimia. Ia telah didaftarkan bawah kategori rahsia dagangan bagi penjanaan harta intelek MARDI pada tahun 2019 (nombor rujukan: TS 2019/32/078). Penulis blog hanya pernah mendengar produk ini semasa melawat satu projek tanaman cili yang dikelolakan oleh pihak MARDI. Produk biopestisida yang berasaskan mikroorganisma Trichoderma yang berpotensi untuk mengawal serangan penyakit antraknos ini telah dibangunkan untuk digunakan petani bagi meningkatkan lagi kualiti hasil cili. Di laporkan sehingga artikel asas ditulis dimana di pasaran Malaysia, masih belum ada produk berasaskan Trichoderma khas untuk mengawal penyakit antraknos cili. Kebanyakan produk Trichoderma adalah untuk mengawal patogen yang berasal dari tanah seperti Fusarium sp., Rhizoctonia solani dan Sclerotium rolfsii. Trichoderma secara umumnya bersifat mikoparasit serta menghasilkan antibiotik dan toksin antikulat untuk merencatkan keadaan pertumbuhan sesuatu patogen. Kajian di makmal berjaya membuktikan dimana Trichoderma asperellum berjaya merencatkan pertumbuhan Colletotrichum sehingga 100%.
Hasil kajian mendapati dan mencadangkan bahawa TrichoSHIELD boleh dijadikan sebagai alternatif kepada azoxystrobin untuk kawalan antraknos pada cili. Selain itu, didapati pengurangan insiden penyakit antraknos pada cili oleh TrichoSHIELD adalah sehingga 70% berbanding dengan pokok yang tidak dirawat menggunakan TrichoSHIELD. Hasil cili pada pokok yang dirawat dengan menggunakan azoxystrobin adalah sedikit tinggi iaitu 1,573 g/pokok berbanding dengan pokok yang dirawat dengan menggunakan TrichoSHIELD (1,386 g/pokok). Selain penyakit antraknos, azoxystrobin juga boleh mengawal penyakit lain seperti kulapuk berdebu yang disebabkan oleh kulat patogen Leveillula taurica pada cili. Penyakit powdery mildew menyebabkan kehilangan hasil sehingga 30% disebabkan oleh defoliasi dan pengurangan dalam fotosintesis pada daun dan seterusnya mengurangkan saiz dan bilangan buah cili. Ini mencadangkan kemampuan untuk mengawal lebih daripada satu jenis penyakit oleh bahan aktif azoxystrobin menyumbang kepada hasil cili yang lebih banyak. Kajian pembandingan antara penggunaan bahan biofungisid TrichoSHIELD dan racun kimia azoxystrobin menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada insiden penyakit dan keterukan penyakit antraknos pada cili berserta hasil yang kompetitif. Ini menunjukkan dimana TrichoSHIELD berpotensi sebagai produk alternatif yang mesra alam dan dapat mengurangkan penggunaan racun kimia. Produk ini dapat menambah nilai biopestisida sedia ada dan boleh digunakan oleh petani khususnya bagi petani yang menjalankan pertanian secara organik untuk mengawal penyakit antraknos pada cili.
Mengenai Buku Manual Teknologi Pengeluaran Cili Secara Organik dimaklumkan dimana buku itersebut kan menjadi rujukan utama dalam mengeluarkan cili secara organik iaitu meliputi kaedah-kaedah daripada pengurusan pengeluaran anak benih hingga ke pengendalian lepas tuai. Semuga tulisan ini menjelaskan lagi kepada pembaca blog anim agro technology mengenai laporan media mengenai teknologi tersebut yang tidak dijelaskan seperti dalam tulisan blog pada kali ini. Wasallam!!...
MENTERI LANCAR... PETANI GUNA...
SAYA TULIS... MENJELASKANNYA...
AGAR DIFAHAMI... OLEH SEMUANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Rejab 1442H).
Bersamaan 19 Febuari 2021.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.