SIAPA MEREKA YANG DILARANG MAKAN DURIAN?. Itu merupakan satu persoalan yang jarang kita tanya kepada mereka termasuk kalangan peminat 'Raja Segala buah' ini. Buah Durian (Durio zibethinus) merupakan sejenis buah yang enak dimakan dengan khasiatnya tersendiri. Buah durian berkualiti yang telah masak mengeluarkan aroma atau bau yang menyebabkan semua suka memakannya. Bagaimana pun sebelum penulis blog meneruskan siapa golongan yang 'dilarang makan' durian lebih baik kita lihat akan manafaat buah durian. Manfaat buah durian ternyata cukup penting bagi kesihatan manusia dimana isi buah durian yang bertekstur krim serta bau yang tajam memang buah ini banyak dinikmati di kawasan Asia. Durian memiliki banyak peminatnya akan tetapi tidak kurang juga ada orang menghindarinya mungkin disebabkan oleh baunya yang menyengat. Didakwa dimana antara manfaat buah durian dinilai dapat mencegah penyakit jantung, melawan infeksi dan menurunkan gula darah. Durian mengandungi nutrisi aromatik yang memberikan aroma yang kuat dan bila dimakan akan memberi kepuasan kepada penggemarnya. Durian adalah sumber energi yang baik dimana setiap 100 gram buah ini memberikan sekitar 21% dari keperluan karbohidrat harian. Durian merupakan sumber karbohidrat yang kaya mengembalikan kbanyak tenaga. Bahan karbohidrat bermanfaat untuk menyediakan energi untuk olahraga dan kegiatan sehari-hari. Durian sesuai untuk dimakan sebelum berolahraga dimana ia mampu memberikan pelepasan energi cepat untuk membuat menjadi kuat semasa berolahraga. Durian secara yang kaya dengan vitamin B6 penting untuk pengeluaran Serotonin dimana selalunya pada kadar serotonin yang rendah dapat memicu tekanan (depresi). Makan buah durian disyorkan untuk meningkatkan kadar serotonin agar dapat mengatasi depresi. Durian mengandungi bahan dikenali Triptofan dimana ketika triptofan memasuki otak itu akan ditukar menjadi serotonin dan kemudian ia akan merangsang kepada perasaan relaksasi dan kebahagiaan. Kelebihan serotonin kemudian melepaskan bahan Melatonin ke dalam aliran darah yang menyebabkan tubuh lebih rileks. Seterusnya buah durian kaya akan kalsium, kalium dan vitamin B. Kehadiran vitamin kalsium, kalium dan B dalam jumlah yang signifikan membuat buah ini bermanfaat untuk menjaga kesihatan gigi dan tulang. Kalsium sangat penting untuk perkembangan, pertumbuhan, dan pemeliharaan tulang. Orang-orang yang tidak makan kalsium yang cukup sebelum usia 20-25 selalu memiliki risiko yang jauh lebih tinggi terkena penyakit tulang rapuh atau osteoporosis pada kemudian hari. Manfaat buah durian selanjutnya adalah mencegah penuaan dini. Durian juga kaya akan vitamin C sebagai bahan antioksidan kuat yang membantu menjaga stres oksidatif yang ditimbulkan oleh radikal bebas. Semakin rendah tingkat stres oksidatif maka akan semakin lambat proses penuaan. Hanya dengan dua biji durian didakwa dimana buah ini sudah cukup mengandung lebih banyak vitamin C daripada kebanyakan buah tropika lain. Buah durian juga tinggi seratyang dapat menjauhkan sembelit dan meningkatkan kekuatan sistem pencernaan. Kehadiran Thiamin dan Niasin meningkatkan nafsu makan serta daya pencernaan. Durian memiliki indeks glikemik (GI) yang lebih rendah daripada banyak buah tropika lainnya. Ukuran ini adalaah semakin kecil angka indeks glikemik maka semakin sedikit dampak makanan pada gula darah. Durian juga mengandung manganese (Mn) yang cukup untuk membantu dalam pengaturan dan pemeliharaan kadar gula darah. Durian adalah sumber potasium yang baik yang diperlukan untuk menjaga kadar Natrium (Na) tubuh tetap utuh dimana jika makan buah ini secara teratur akan dapat atasi masalah hipertensi dan keadaan berkaitan. Durian merupakan sumber Kalium yang kaya dan karena kalium adalah bagian integral dari keseimbangan garam dan cairan di seluruh sel tubuh kadar kalium juga menentukan tekanan darah. Durian juga mengandung sejumlah mineral yang berbeza termasuk Asid folate tahap tinggi dan ini merupakan komponen penting dalam pengeluaran sel darah merah. Kekurangan folate dapat menurunkan jumlah sel darah merah yang dihasilkan. Durian adalah sumber folate yang baik bersama dengan tembaga (Cu) dan besi (Fe). Pesakit anemia dapat memanfaatkan kekuatan buah ini untuk mengatasi masaalah kesihatannya. Kandungan serat dalam durian mengurangkan jumlah kolesterol dalam darah dengan membuang kolesterol LDL (kolesterol jahat) dari tubuh. Kehadiran organosulfur ini akan membantunya untuk mengatur enzim inflamasi. Durian juga berpotensi menjauhkan penyakit kardiovaskular seperti jantung. Beberapa unsur zat dalam durian dapat membantu mengurangi kadar kolesterol dan risiko aterosklerosis. Durian mengandungi Asid Amino Esensial Triptofan dimana ia kemudian ditukar menjadi melatonin iaitu sejenis hormon yang mengawal kitaran waktu tidur. Dalam satu kajian dari jurnal peer-review Medicine didapati bahan triptofan berpotensi membantu dalam mengurangkan gangguan tidur jangka pendek. Buah durian sangat membantu sistem kekebalan tubuh sebab kandungan vitamin C yang tinggi. Dalam sistem kekebalan bagi melindungi tubuh dari pengaruh berbahaya dari lingkungan biasanya Vitamin C sangat baik untuk mampu melawan penyakit seperti flu, merangsang penyembuhan luka, dan meningkatkan aliran darah. Kulit durian juga mengandung senyawa yang memiliki sifat antibakteri dan anti-ragi. Ada juga kajian menemui dimana buah durian mengandungi kadar estrogen yang tinggi dimana kadar estrogen sangat penting bagi kesuburan wanita. Durian juga dapat meningkatkan libido dan stamina seksual. Begitu banyak kehebatan dan manafaat buah durian seperti penulis blog senaraikan akan tetapi ia juga memberikan kesan negatif. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agriculture Technology'' saya terpanggil untuk menulis mengenai siapa yang dilarang makan buah durian atau beringat smasa memakannya agar dijadikan panduan kepada semua pembaca semua.
Apa pun dalam kalangan masyarakat kita memang ada dua jenis makanan yang boleh menyatukan dan boleh 'memecah-belahkan' masyarakat. Makanan yang pertama ialah Kambing dan kedua adalah Durian. Meskipun ia mitos dan merupakan percakapan secara seloroh akan tetapi memang bagi penulis blog ianya kadang-kadang ia ada benarnya. Ini kerana apabila bercakap tentang muism buah durian dimana raja buah itu seumpama seperti ada 'kuasa sakti'. Orang yang sedang dibelenggu sakit misalnya akan menikmatiya dan adakalanya tidak mengendahkan penyakitnya semata-mata mahu menikmati kepuasan seulas durian. Perkara ini memang selalu terjadi terutama ramai dikalangan peminat buah durian. Apa lagi jika seseorang itu telah mempunyai masaalah penyakit tiga serangkai iaitu Kencing Manis, Darah Tinggi dan Kolesterol TInggi. Terdapat juga kes-kes dilaporkan peminat buah durian untuk membuat rawatan di klinik swasta malahan ada yang terus masuk wad dihospital akibat makan buah durian yang tidak terkawal. Apa pun musim buah durian tepap datang setiap tahun untuk buahnya dikutip, diedarkan dijual dan dibeli oleh masyarakat tempatan sebagai sumber makanan yang diminati ramai. Kadang kala ada masa harga durian yang melambung tinggi sehingga mencecah lebih dari RM70 sekilogram bagi beberapa varieti buah durian premium seperti durian Musang King, Durian Black Thorn, Durian Raja Udang dan beberapa lagi. Malaysa dan Thailand merupakan antara beberapa negara didunia yang mampu mengeluarkan durian berkualiti untuk pasaran domestik dan eksport. Dalam satu laporan media dimana ada beberapa tahap persepsi tentang raja buah itu. Pertama beliau nyatakan dimana buah tempatan ini sudah pastinya ia mempunyai pelbagai kebaikan kesihatan seperti saya tuliskan diatas. Buah durian yang mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti kalsium, magnesium, kalium dan zat besi memang enak dimakan. Antara kebaikan yang dihasilkan oleh buah durian ialah ia kaya dengan antioksidan yang mampu membantu menghalang penyakit kanser. Penggemar buah durian juga akan mendapat manfaat melalui rumusan asid amino jenis tryptophan yang akan menghasilkan serotonin dan melatonin yang membantu mengawal emosi. Kemudian beliau sahkan dimana ia mampu mengurangkan stres, insomnia dan depresi bahkan unsur trytophan durian membantu seseorang tidur dengan lebih lena.
Bagaimana pun dinyatakan dimana ada implikasi lain jika makan durinan jika tidak diketahui. Sebaiknya semua orang makan durian dengan kadar sederhana sahaja dan elakkan makan buah durian dengan berlebihan sama ada buah percuma atau harga murah. In ikerana buah durian diketahui mempunyai kalori yang tinggi apabila dinikmati dalam kuantiti yang banyak. Jika hanya dua ulas buah durian dilaporkan dimana ia sudah memberikan 60 kalori dalam 15 gram karbohidrat. Bayangkan jika diambil satu biji buah yang mempunyai berulas-ulas durian maka ia sudah melebihi kalori harian. Ini antara penyebab durian sering dikatakan boleh menyebabkan kegemukan dan meningkatkan kolesterol walau pun ia sebenarnya tidak begitu kerana kolesterol hanya terdapat pada haiwan sahaja. Apa pun keadaan itu boleh berlaku jika pengambilan diet harian sudah tinggi kandungan lemak dan kolesterol yang dimakan sebelum makan durian. Apa pun jika hanya makan sekadar satu hingga dua ulas maka lazimnya ia langsung tidak akan meningkatkan paras kolesterol. Kandungan karbohidrat yang tinggi dalam buah durian juga mampu menyebabkan kenaikan aras gula dalam darah sekiranya dimakan berlebihan. Bagi pesakit diabetes perlu berhati-hati dengan pengambilan buah ini. Sebarang kemungkinan boleh berlaku andai gula dalam darah tidak terkawal. Selalu dikaitkan dimana apabila makan buah durian menyebabkan panas badan sebenarnya ia berlaku jika buah itu dimakan dalam jumlah yang banyak. Bagi wanita sedang mengandung kajian mendapati buah durian mengandungi tinggi gula dan potassium. Jika hanya makan beberapa ulas sahaja tidak akan memberi sebarang perubahan drastik dalam badan. Ia juga tidak akan memberi kesan secara langsung seperti pesakit mengalami lumpuh, sawan, menggigil atau sebagainya. tetapi perlu ingat bagi individu yang mempunyai beberapa masalah kesihatan seperti kencing manis, penyakit buah pinggang dan sebagainya. Gula yang tinggi terdapat pada buah durian boleh menyebabkan paras gula dalam darah pesakit kencing manis meningkat mendadak. Masaalah hyperkalemia (akibat terlebih potasium) biasanya boleh juga berlaku kepada pesakit buah pinggang yang berada pada tahap akhir (menyebabkan masalah cardiac arrest). Ada juga desakit boleh meninggal dunia akibat masalah jantung yang terhenti!. Bagi individu normal dan tiada masalah kenaikan gula dalam badan atau dehidrasi selepas makan durian. Disebabkan kenaikan itu dapat dikawal segera dengan menukarkan glukos tadi kepada glikogen untuk disimpan. Namun pengambilan air kosong masih digalakkan selepas makan durian untuk mengurangkan risiko dehidrasi walaupun individu yang sihat. Ramai juga mengatakan ibu hamil tidak boleh makan durian bimbang boleh menyebabkan keguguran dan sebagainya. Buat masa ini, tiada kajian saintifik yang mengaitkannya dengan masalah kepada ibu mengandung. Buah durian merupakan buah yang berkhasiat. Namun semua benda di dunia ini ada kesan sampingannya dan untuk selamat ambil dalam kuantiti berpada-pada seperti disarankan beberapa doktor perubatan.
Mengenai implikasi makan ubat selepas nikmati durian sering diperkatakan juga. Ubat tidak boleh diambil apabila makan durian kerana dipercayai boleh membahayakan kesihatan seperti mana mitos dan beberapa kenyataan yang sering dilaung-laungkan oleh sesetengah individu. Adakah perkara ini benar boleh berlaku?. Menurut Pegawai Farmasi, Hospital Universiti Sains Malaysia, Khairul Bariah Johan nyatakan dimana tiada kajian jelas mengenai hal yang terbabit. Sehingga kini tiada aktiviti penyelidikan khusus untuk membuktikan bahawa durian boleh membahayakan mereka yang mengambil ubat darah tinggi atau kencing manis. Bagaimana pun bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi serta penyakit yang berkaitan perlu mengehadkan pengambilan buah durian disebabkan jika kandungan potassium dan gulanya yang tinggi. Kandungan potassium dalam buah durian menyebabkan seseorang yang mempunyai penyakit darah tinggi dimana dia misalnya perlu mengawal pengambilan durian. Ekoran paras potasium yang tinggi boleh mempengaruhi tekanan darah dan kadar juga denyutan jantung. Ia secara tidak langsung boleh akibatkan atau menyebabkan kesan ubat kencing manis atau darah tinggi terganggu. Terdapat satu kajian tempatan yang telah dijalankan ke atas haiwan tikus berkaitan bagaimana durian mempengaruhi suhu badan dan interaksi durian dengan ubat paracetamol. Hasil kajian tersebut menemukan bahawa kadar peningkatan suhu badan tikus dengan pengambilan durian adalah tidak ketara. Dalam pada itu kes interaksi buah durian dengan paracetamol menunjukkan penurunan suhu badan tikus yang ketara, yang mana itu mungkin boleh dikaitkan dengan kesan toksik antara dua campuran ini. Bagaimanapun sehingga kinnii cara atau mekanisme kesan toksik itu masih belum diketahui.
Dalam laporan lain dipetik dari media KOMPAS di indonesia dimana Dr Dian Permatasari ada mengatakan iaiitu selain kaya vitamin, serat, dan mineral yang baik untuk tubuh, buah durian juga memiliki kandungan kalori dan bahan karbohidrat yang lebih tinggi dibanding buah lain. Menurutnyaa makanan atau buah yang selalu mengandung kalori tinggi dapat menyebabkan obesiti (kegemukan). Obesiti adalah menjadi faktor kepada risiko penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetes. Untuk itu ada beberapa orang yang dianjurkan mengambil atau makan durian atau diberi had batasan semasa makan buah durian. Dinyatakan agar dihentikan mitos berhenti dan menyalahkan durian didakwa menjadi penyebab kematian mendadak, Ini juag dikaitkan dimana orang yang obesiti dikhuatiri jika terlalu banyak makan durian boleh akan menambah berat badannya. Ini disebebkan durian memiliki kandungan kalori dan bahan karbohidrat yang tinggi dimana mereka perli menjadi lebih berhati-hati terutama penderita diabetes dan mereka obesiti. Kompas.com nyatakan dimana rang yang obesiti sebaiknya cuba mengelakkan makan lebih lagi kerana iai akan menyebabkan kenaikan berat badannya. Bagi penderita diabetes diingatkan elakkan dari memakan durian kerana kandungan gulanya tidak mudah terkawal. Buah durian justru dapat meningkatkan kadar gula dalam darah dan akhirnya menyebabkan gejala yang tidak diinginkan seperti akan pening kepala. Ada beberapa orang yang memiliki masaalah gastrik (maag) lebih baik memakan durian dalam kuantiti yang wajar sahaja atau makan sikit. Bagaimana pun banyak dilaporkan mereka yang ada massalah gastri elakkan makan durian kerana menyebabkan makanan ini bergas untuk dihindari. Bagi ibu hamil memeng tidak dilarang makan durian asalkan jangan berlebihan. Sementara untuk semua orang yang tidak termasuk tiga kelompok di atas sebaiknya amalkan memakan durian selagi masih dalam tahap wajar dan sesuai kuantitinya. Dsyorkan untuk makan tiga sampai empat ulas sahaja dalam sehari memadai. biji per hari.
Laporan lain menyatakan dimana ada beberapa kandungan di dalam durian yang membuat beberapa orang dengan masalah kesihatan tertentu tidak sesuai disarankan mengambilnya. Lazimnya golongan ini yang tidak boleh makan durian adalah orang dengan masaalah kesihatan seperti diabetes, orang hipertrigliserida dan mereka yang ada gastrik. Orang dengan diabetes dilarang makan durian kerana ada kandungan gula di buah ini yang begitu tinggi. Seperti diketahui dimana penderita diabetes harus mengambil kuantiti gula kedalam tubuh. Orang dengan diabetes tidak boleh mengambil buah bermusim ini kerana kandungan tinggi gula. Antaramya adalah seperti buah rambutan, duku, mata kucing dan buah durian. Apabila berlaku seseorang dengan diabetes makan durian, meski hanya satu biji kemudian kadar gula darahnya akan langsung melonjak tidak terkawal. Bagi orang dengan kadar trigleserida tinggi juga tidak boleh makan durian. Apa itu trigliserida?. Sebenarnya dalam suatu bentuk total kolesterol iaitu selain LDL dan HDL sebenarnya terdapat kadar yang dinamakan trigliserida. Trigliserida merupakan satu bentuk utama dari bahan lemak. Disebebkan oleh kerana buah durian ini gulanya tinggi akhirnya kelak akan menjadi trigliserida. Dilaporkan dimana ada larangan untuk makan durian pada orang dengan ada masaalah gastrik serius kerana adanya kandungan uunsur alkohol dalam buah durian dilaporkan. Alkohol itu sendiri akan membuat terjadinya penumpukan purin dalam tubuh. Bagaimana pun mereka yang sudah faham akan tahap kesihatannya dan selalu membuat pemeriksaan doktor secara berkala boleh makan budh durian dengan kadar sesuai. Apabila dijemput rakan atau pekebun durian makan durian percuma pun perlu berhati-hati walau pun sedap memakannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MASAALAH KESIHATAN... KENA JAGA...
MAKAN SEDIKIT... SEKADAR UJIRASA...
BACA ARTIKEL... DAPAT MEMEHAMINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronmist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 JamadilAkhir 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.