Support My Blog

Monday, March 1, 2021

TEORI KEJADIAN CENDAWAN BUSUT

CENDAWAN BUSUT
 (Termitomyces sp.) merupakan spesis cendawan yang hanya boleh dijumpai secara liar dibeberapa lokasi khusus di negara kita. Penulis blog memang amat suka dengan hidangan 
dan sedap cendawan busut ini yang di masak sayur tumis atau lebih lazat lagi di buat sup cendawan busut. Isinya yang lembut dan aromanya yang wangi boleh menyebabkan cendawan busut ini menjadi hidangan istimewa pada musim cendawan ini di jumpai dari kawasan kebun. Pada masa ini setelah saya sudah agak pakar mengenai kulat, saya dapati cendawan busut ini terdapat lebih dari 60 spesis diseluruh dunia dimana hanya 18 spesis sahaja yang telah dibuat kajian dan pencirian oleh saintis. Cendawan busut adalah berkait rapat dengan anai-anai dimana ianya sering tumbuh dimana ada koloni anai-anai dan juga merupakan sumber makanan utama kepada koloni anai-anai. Persoalan sama ada percaya tidak kalau penulis blog tetap dakwa dimana makan cendawan busut adalah cendawan yang paling sedap yang pernah saya makan berbanding dengan masakan cendawan lain yang mudah didapati seperti cendawan tiram kelabu, cendawan kukur, cendawan shiitake dan cendawan volvariella. Dalam membuat beberapa rujukkan memang tidak banyak maklumat teknikal mengenai cendawan busut yang penulis blog jumpa sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa melayu. Ini kerana kehadiran cendawan busut selalu memang agak tidak menentu dan ia tidak boleh di komersilkan seperti beberapa spesis cendawan laian atau pun dalam perkataan lain  sahaja tumbuh meliar (wild fungi). Beberapa tinjauan yang penulis blog pernah lakukan didakwa dimana cendawan busut ini selalunya tumbuh dikawasan yang ada busut anai-anai (Termites). Inii bermakna cendawan ini agak sukar diramal bila dia mahu tumbuh dan dimana lokasii ia mahu tumbuh sekar dijanjikan. Kelangkaan (kesukaran) ini menyebabkan jenis cendawan ini ada yang memanggilnya sebagai 'Cendawan Tahun' kerana mungkin mereka hanya dapat kutip setahun sekali sahaja. Sesuai juga digelar sebagai cendawan yang bermusim (tidak menentu bila) maka memang sukar hendak mencarinya terutama pada musim kering dan panas. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology'' sata menulis lagi mengenai beberapa fakta tentang cendawan busut sekadar dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Pengalaman penulis blog semasa zaman kanak-kanak dan remaja (masa sebelum sekolah sehingga sekolan menengah) memang sering juga dijamu dengan masakan cendawan busut. Paling saya suka adalah cendawan busut tumis cili api dimakan dengan nasi panas. Kadang kali masakan sup cendawan busut juga enak apa lagi dimakan di pondok menjaga sawah padi yang sedang menguning dengan hembusan angin di Sawah Ring Muar, Johor waktu itu. Sup ini dimakan dengan nasi putih dengan ikan sepat kering atau masakan ayam kampong ungkep sungguh menyelerakan waktu itu dan segar dalam ingatan. Kini kalau hendak mendapatkan bekalan cendawan busut segar agak susah dan nasib baik kalau balik kampung atau membuat tinjauan di pasar tani ada mereka yang menjualnya. Ini kerana c
endawan busut atau turut dikenali nama lainnya sebagai cendawan tahun ini biasanya akan tumbuh dengan banyaknya selepas hujan lebat diikuti dengan petir. Perkara ini masih menjadi 'mitos' walau pun secara teknikal atau pun saintifiknya tiada kajian konkrit yang dibuat oleh saintis.  Ini kerana kejadian ini lazimnya lokasi tumbuhnya cendawan busut ini tidak akan memberi apa-apa tanda khusus sebelum kemunculannya dari permukaan tanah. Ada kala tahu-tahu pencari cendawan busut yang 'dapat bau' dan menjumpainya sudah luput tempoh (lazimnya sudah 3-4 hari) ia keluar dan tidak sesuai untuk dikutip atau dimakan lagi. Lazimnya kalau jumpa hari pertama sudah mula boleh kutip cendawan busut yang kudupnya agar besar. Terbaik selalunya dapat mengutip cendawan busut pada hari kedua selepas ia muncul dari tanah dengan saiz dan kesegarannya dan aromanya. Kutipan ini biasanya paling sesuai untuk dimakan atau untuk jualan setelah ianya dibersihkan dan digredkan. Harga jualan pula bergantung kepada kuantiti, kualiti dan lokasi iaitu pada purata sekitar RM20 sekilogram.

Pemerhatian umum dapati dimana lazimnya cendawan busut akan muncul pada awal pagi iaitu ia akan mengembang dimana  kemudian akan mati dalam tempoh satu ke dua hari sehingga hari ke 3 atau ke empat. Salah satu keunikan cendawan busut ini ialah ia mempunyai akar yang panjang yang di kenali sebagai pseudorhiza. Dalam membuat beberapa rujukan penulis blog jumpa gambar akan keadaan dimana sebenarnya terdapat akar seperti tali yang masuk kedalam tanah. Ditunjukkan foto dimana jika dibuat keratan rentas pada tanah dimana cendawan ini keluar maka ia akan dapat lihat akar ini berpunca dari bawah tanah iaitu berdekatan dengan sarang anai-anai (Sila anda lihat foto disebelah). Penulis blog amat teruja melihat foto ini yang memang tidak pernah dapat melihatnya sebelum ini. Kalau benar foto ini sebegiu rupa memang patutlah ia sukar tumbuh dalam keadaan biasa kerana ada faktur penentu lain yang masih belum dapat diperjelaskan dengan tepat dan konsisten. Ini menjadikan jenis cendawan busut atau cendawan tahun ini  diantara spesis cendawan liar yang paling sukar untuk dibiakkan. Beberapa testimoni melaporkan iaitu sebenarnya cendawan ini didakwa mungkin berinteraksi sangat baik dengan anai-anai untuk tumbuh seakan-akan proses simbiosis berlaku. Hipotesis dimana hanya kawasan berbusut yang ada anai-anai dan berlaku sinaran petir pada malam hari dan tanah yang lembab akan membolehkan cendawan busut tumbuh boleh di percayai. Dalam kes lain dan kadaan biasa dimana kehadiran serangga anai-anai amat ditajuti pemilik rumah (terutama ada kayu) kerana anai-anai yang membina sarangnya dibawah tanah atau dalam kayu menyebabkan kemusnahan harta benda manusia. Anda boleh membaca artikel mengenai anai-anai didalam beberapa artikel tulisan tulisan saya (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa artikel lain lagi. Sarangnya dibina dengan menggunakan bahan organik. Ciri ini berbeza dengan keperluan anai-anai disesuatu lokasi untuk membantu mengeluarkan cendawan busut tentunya. Anai-anai makan bahan dari tumbuhan yang mereput yang selalunya merupakan organik dari kayu, tanah, najis ternakan dan pelbagai lagi mungkin menadi medium khusus dan misteri untuk menjadikan cendawan busut mekar.

Penulis blog percaya kehadiran anai-anai dilokasi cendawan busut yang memakan selulos dari pelbagai fiber dari tumbuh-tumbuhan antara faktur penentu. Selulos ini dilaporkan amat kaya dengan sumber tenaga tetapi sukar dihadam. Dipercayai dimana cendawan busut akan membantu menguraikan selulos ini dan akhirnya ia akan menukarkannya ke dalam bentuk yang mudah diserap oleh anai-anai. Hipotesis ini penulis blog percaya diantara kemungkinan paling tepat mengenai perkara ini. Biasanya dilokasi cendawan busut banyak tumbuh selepas hujan kerana kehadiran air membantu proses pengakaran awal. Anai-anai ini dipercayai akan mula menanam cendawan ini dalam sarangnya yang dipanggil teras kulat (fungus comb atau fungus garden). Teras kulat ini dibina dari bahan buangan anai-anai yang terdiri dari bahan-bahan dari tumbuhan yang tidak dihadam sepenuhnya. Cendawan lain yang selalu ditanam pun menggunakan konsep sama dan ia akan tumbuh serta menguraikan selulos seperti cendawan tiram kelabu yang miselium putih memakan media habuk kayu getah dan campuran lainnya. Teori apabila musim hujan yang diikuti dengan petir dimana dalam keadaan kelembapan udara yang tinggi maka cendawan busut ini akan keluar dari bawah tanah. Dikatakan cendawan busut muncul dari tanah serentak dengan saat kerumunan (swarming) anai-anai. Anai-anai ini dipercayai kemudian akan berpindah dan mencari lokasi yang baru kerana ada cendawan tumbuh. Cuaca yang panas dan lembap adalah cuaca yang kondusif untuk mereka berpindah kesarang baru. Kemudian apabila cukup matang maka cendawan ini akan menyebarkan spora-sporanya ke udara untuk meneruskan generasinya yang akan datang. Kitaran dan proses seperti ini akan berlaku pada lokasi khusus dengan persekitaran kondusi =f sahaja untuk cendawan busut keluar. Dalam hal lain pemburu cendawan busut akan mengutip dan memberihkanny dan membuat grading sebelum menjualnya pada purata harga RM20 sekilogram. Bagaimana pun penulis blog ingin ingatkan agar JANGAN kutip cendawan yang rupanya seakan cendawan busut tetapi sebenarnya ia adalah cendawan beracun yang merbahaya dimakan. Perlu juga diperiksa jika kemungkinan cendawan busut itu baru disembur racun terutama racun rumpai oleh pemilik kebun. Apa pun pemburu cendawan busut lazimnya sudah mahir dengan ciri-ciri cendawan buaut yang sebenar dan selamat dimakan. Artikel ini diharap memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technlogy kali ini. Wasallam!.
CENDAWAN BUSUT... ADA FAKTA...
PERANAN ANAI-ANAI... ADA JUGA...
PETRI MALAM... ANTARA FAKTURNYA...
HARGA MAHAL... JARANG JUMPANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Rejab 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...