Bagaimana pun sebaiknya mereka yang ada minat untuk menanam pokok letup-letup perlu mendapatkan info mengenai tanaman yang dikelaskan sebagai pokok liar (wild plants) ini. Peyediaan biji benih buah letup-letup perlu teliti agar ia bercmambah baik dan sesuai ditanam. Sebaiknya bijibenih ii diambil daripada buah letup-letup yang telah cukup masak ranum dan bebas dari sebarang perosak atau penyakit. Pastikan mengambil buah daripada pokok yang sihat sahaja dan banyak hasil buahnya serta kelihatan subur. Kumpulkan semua buah yang sudah masak ranum ini dan dipicit kuat sehingga keluar semua biji didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Pishkan semua biji daripada isi daging buah dan di bersihkan sebelum dijemur dibawah panas matahari selama 1 - 2 jam. Pilih hanya benih yang elok seperti besar, padat dan buang bijii yang kecil dan ringan atau off-shape. Hanya benih yang dipilih sesuai untuk disemai bagi menyediakan anakbenih yang sesuai. Sebaiknya menggunakan dulang semaian (nursery tray) dengan diisikan media semaian terdiri dari tanah gembur yang telah diayak duau atau menggunakan cocopeat atau produk peatmoss. Setiap lubang semaian akan didikan sebiji benih ditengah-tengahnya. Dulang semaian ini kemudian disusun dengan teratur dibawah teduhan. Penyiraman dulang semaian dilakukan mengikut kesesuaian dan elakkan dari terlalu basah sehingga bertakung air. Jika menggunakan bekas semaian dalam polibeg kecil boleh diisikan sebanyak 2-3 biji benih kedalamnya dan kemudian ia ditutup semula.
Biasanya setelah sekitar 1 minggu dalam dulang semaian maka biji benih tersebut akan bertunas. Lakukan perawatan berupa penyiraman secara rutin setiap hari dengan kadar secukupnya dan tempatkan pada tempat terbuka atau terkena sinar matahari secara langsung secara berperingkat. Kemudian apabila anakbenih letup-letup ini sudah tumbuh setinggi 10 - 5 cm diperiksa akan tahap kesuburannya dan lazimnya ia sudah sedia unruk benih tersebut dipindahkan ke tempat tanam sebenarnya. Pada masa sama sebaiknya dilakukan proses penyediaan pot dan media tanaman. Sebaiknya disediakan pot seperti pasu, polibeg atau bekas terpakai berukuran sesuai yang berukuran besar atau disesuaikan dengan ukuran benih pokok yang akan ditanam. Selain pasu atau polibag sesuai juga untuk menggunakan kawasan tanaman dari papan yang dikepong dan diisikan dengan media tanaman. Sebaiknya gunakan jenis media tanaman sesuai yang berupa campuran tanah yang mengandungi banyak bahan humus yang telah diayak dan kemudian dicampurkan dengan pasir, serbuk gergaji dan sekam padi. Bagaimana pun campuran cocopeat dengan beberapa media lain juga sesuai digunakan dan praktikal. Apa yang penting setiap pot yang digunakan mempunyai lubang untuk menyalirkan air keluar daripada dalam pot. Pokok letup-letup sangat memerlukan air sepanjang kehidupannya akan tetapi pastikan air tidak tergenang yag akan membunuhnya. Kalau ada modal boleh pasangkan sistem pengaliran jenis automatik dengan ada dipasang 'timer' dan sistem pengairan titis disambung dengan rumah.
Penanaman anakbenih letup-letup perlu dilakukan dengan teliti dan berhati-hati. Cara menanam dengan memasukkan dulu setengah media media tanaman ke pot lebih dulu dan kemudian pula dimasukkan anakbenih dari semaian dalam masa singkat. Sebaiknya dilepaskan terlebih dahulu polibag anakbenih dalam semaian secara hati-hati agar media semai dan sistem perakarannya tidak rosak. Kemudian masukkan semula media tanamnya sehingga pot penuh dan pastikan menyiram secukupnya saja. Pastikan sentiasa waspada dengan aktiviti pengairan dengan agar tidak berlaku kegagalan atau penyiram yang berlebihan. Penyiraman tersebut dilakukan secukupnya saja dan jangan terlalu sering melakukan penyiraman dan sentiasa memeriksa keadaan pokok dahulu. Terdapat beberapa kes dimana ada yang menyiram berlebihan diana menjadikan akar pokok letup-letup ini jadi busuk dan akhirnya pokok layu dan mati. Pokok dalam pasu perlu dibaja dengan menggunakan baja sesuai agar pokok dapat tumbuh subur. Pembajaan dengan baja NPK15:15:15 untuk peringkat vegetatif dan baja NPK 12:12:17:2 untuk pembungaan dan penghasilan buah serta jangan lupa baja organik. Biasanya tidak banyak serangga perosak dan penyakit yang menyerang pokok jika dijaga dengan baik. Penuaian pokok letup-letup akan dilakukan apabila buahnya sudah matang. Lazimnya antara ciri-ciri buah yang matang dengan dilihat iaitu buah sudah berwarna kuning kecoklatan. Penuaian buah letup-letup boleh dilakukan dengan interval 5 - 10 hari sekali dimana pokok yang subur mampu menghasilkan sebanyak purata 300 buah banyaknya. Buah yang dituai boleh digredkan mengikut kualiti sama ada digunakan sendiri atau boleh dijual atau boleh diproses menjadi produk lain. Harga buah letup-letup pernah dilaporkan mencecah RM3,000 sekilogram! (Sila baca artikel saya sebelum ini - Sila klik disini). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
DALAM POT... SENANG TANAMNYA...
BENIH DISEDIA... GUNAKAN MEDIA...
SUDAH BERBUAH... KUTIP HASILNYA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Syaaban 1442H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.