Wednesday, March 17, 2021

TANAM LETUP-LETUP DALAM POT

MENANAM POKOK LETUP-LETUP
(Physalis angulate syn Physalis peruviana L) merupakan satu usaha yang boleh ianya dilakukan sendiri oleh para pembaca blog. Pokok letup-letup atau juga dikenali sebagai 'Ciplukan' ini adalah sejenis pokok renek yang mana memang menghasilkan buah kecil yang mana apabila ia masak tertutup oleh perbesaran kelopak bunga. Kalangan peminat pokok letup-letup ini biasanya akan menanam pokok ini sebagai sejenis tanaman hiasan tetapi memberikan hasil yang banyak manafaatnya. Tanaman yang kaya khasiat bagi kesihatan ini mungkin masih sangat jarang dijumpai di Malaysia atau didalam pasaran akan tetapi bagi penulis blog memang pernah sering menikmatinya semasa kecil dahulu di kampong di Muar, Johor. Memang kini sudah kurang generasi millenial mengenali buah letup-letup ini kerana ia semakin sukar dijumpai. Bagaimana kini sudah ada orang tertentu yang menanamnya sendiri untuk pelbagai tujuan termasuk kegunaan sendiri atau mungkin ada juga yang mengkomersilkannya. Kehebatn khasiat buah ini telah menjadikan ia semakin diburu oleh pihak tertentu untuk mendapatkan khasiatnya. Didakwa dimana tanaman yang dapat di manfaatkan mulai dari daun, batang sehingga bahagian buahnya kerana dilaporkan sebagai makanan yang sejak dahulu dipercayai baik untuk kesihatan malahan sebagai Ubat Tradisional. Kepada mereka yang mempunyai pokok letup-letup ini dan dijaga secara organik dan berhasil baik dipercayai mampu untuk menjana pendapatan yang lumayan juga. Jadi penulis blog berpendapat usahawan boleh merebut peluang bisnis dalam penanaman buah ciplukan ini yang mana ia masih dipercayai masih sangat terbuka luas. Buah letup-letup ini didakwa termasuk dalam keluarga tanaman Solanaceae termasuk sama dengan tanaman terong, cili, tomato dan beberapa lagi.  Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis bagaimana untuk menanam pokok buah letup-letup dalam pot sama ada dalam pasu, polibeg atau bekas lain untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.

Bagaimana pun sebaiknya mereka yang ada minat untuk menanam pokok letup-letup perlu mendapatkan info mengenai tanaman yang dikelaskan sebagai pokok liar (wild plants) ini. Peyediaan biji benih buah letup-letup perlu teliti agar ia bercmambah baik dan sesuai ditanam. Sebaiknya bijibenih ii diambil daripada buah letup-letup yang telah cukup masak ranum dan bebas dari sebarang perosak atau penyakit. Pastikan mengambil buah daripada pokok yang sihat sahaja dan banyak hasil buahnya serta kelihatan subur. Kumpulkan semua buah yang sudah masak ranum ini dan dipicit kuat sehingga keluar semua biji didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Pishkan semua biji daripada isi daging buah dan di bersihkan sebelum dijemur dibawah panas matahari selama 1 - 2 jam. Pilih hanya benih yang elok seperti besar, padat dan buang bijii yang kecil dan ringan atau off-shape. Hanya benih yang dipilih sesuai untuk disemai bagi menyediakan anakbenih yang sesuai. Sebaiknya menggunakan dulang semaian (nursery tray) dengan diisikan media semaian terdiri dari tanah gembur yang telah diayak duau atau menggunakan cocopeat atau produk peatmoss. Setiap lubang semaian akan didikan sebiji benih ditengah-tengahnya. Dulang semaian ini kemudian disusun dengan teratur dibawah teduhan. Penyiraman dulang semaian dilakukan mengikut kesesuaian dan elakkan dari terlalu basah sehingga bertakung air. Jika menggunakan bekas semaian dalam polibeg kecil boleh diisikan sebanyak 2-3 biji benih kedalamnya dan kemudian ia ditutup semula.

Biasanya s
etelah sekitar 1 minggu dalam dulang semaian maka biji benih tersebut akan bertunas. Lakukan perawatan berupa penyiraman secara rutin setiap hari dengan kadar secukupnya dan tempatkan pada tempat terbuka atau terkena sinar matahari secara langsung secara berperingkat. Kemudian apabila anakbenih letup-letup ini sudah tumbuh setinggi 10 - 5 cm diperiksa akan tahap kesuburannya dan lazimnya ia sudah sedia unruk benih tersebut dipindahkan ke tempat tanam sebenarnya. Pada masa sama sebaiknya dilakukan proses penyediaan pot dan media tanaman. Sebaiknya disediakan pot seperti pasu, polibeg atau bekas terpakai berukuran sesuai yang berukuran besar atau disesuaikan dengan ukuran benih pokok yang akan ditanam. Selain pasu atau polibag sesuai juga untuk  menggunakan kawasan tanaman dari papan yang dikepong dan diisikan dengan media tanaman. Sebaiknya gunakan jenis media tanaman sesuai yang berupa campuran tanah yang mengandungi banyak bahan humus yang telah diayak dan kemudian dicampurkan dengan pasir, serbuk gergaji dan sekam padi. Bagaimana pun campuran cocopeat dengan beberapa media lain juga sesuai digunakan dan praktikal. Apa yang penting setiap pot yang digunakan mempunyai lubang untuk menyalirkan air keluar daripada dalam pot. Pokok letup-letup sangat memerlukan air sepanjang kehidupannya akan tetapi pastikan air tidak tergenang yag akan membunuhnya. Kalau ada modal boleh pasangkan sistem pengaliran jenis automatik dengan ada dipasang 'timer' dan sistem pengairan titis disambung dengan rumah.

Penanaman anakbenih letup-letup perlu dilakukan dengan teliti dan berhati-hati. Cara menanam dengan memasukkan dulu setengah media 
media tanaman ke pot lebih dulu dan kemudian pula dimasukkan anakbenih dari semaian dalam masa singkat. Sebaiknya dilepaskan terlebih dahulu polibag anakbenih dalam semaian secara hati-hati agar media semai dan sistem perakarannya tidak rosak. Kemudian masukkan semula media tanamnya sehingga pot penuh dan pastikan menyiram secukupnya saja. Pastikan sentiasa waspada dengan aktiviti pengairan dengan agar tidak berlaku kegagalan atau penyiram yang berlebihan. Penyiraman tersebut dilakukan secukupnya saja dan jangan terlalu sering melakukan penyiraman dan sentiasa memeriksa keadaan pokok dahulu.  Terdapat beberapa kes dimana ada yang menyiram berlebihan diana menjadikan akar pokok letup-letup ini jadi busuk dan akhirnya pokok layu dan mati. Pokok dalam pasu perlu dibaja dengan menggunakan baja sesuai agar pokok dapat tumbuh subur. Pembajaan dengan baja NPK15:15:15 untuk peringkat vegetatif dan baja NPK 12:12:17:2 untuk pembungaan dan penghasilan buah serta jangan lupa baja organik. Biasanya tidak banyak serangga perosak dan penyakit yang menyerang pokok jika dijaga dengan baik. Penuaian pokok letup-letup akan dilakukan apabila buahnya sudah matang. Lazimnya antara ciri-ciri buah yang matang dengan dilihat iaitu buah sudah berwarna kuning kecoklatan. Penuaian buah letup-letup boleh dilakukan dengan interval 5 - 10 hari sekali dimana pokok yang subur mampu menghasilkan sebanyak purata 300 buah banyaknya. Buah yang dituai boleh digredkan mengikut kualiti sama ada digunakan sendiri atau boleh dijual atau boleh diproses menjadi produk lain. Harga buah letup-letup pernah dilaporkan mencecah RM3,000 sekilogram! (Sila baca artikel saya sebelum ini - Sila klik disini). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
POKOK LETUP-LETUP... APA DIA...
DALAM POT... SENANG TANAMNYA...
BENIH DISEDIA... GUNAKAN MEDIA...
SUDAH BERBUAH... KUTIP HASILNYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Syaaban 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.