Pokok Durian (Durio zibethinus Murr) di Malaysia yang matang biasanya sudah menumbuh dengan tinggi. Apa lagi kalau pokok tersebut daripada varieti durian kampong yang umurnya mencecah hingga ratusan tahun tentuya ada yang mencecah lebih 100 kaki tingginya. Bagi pengusaha tanaan durian komersil memang biasa mereka mempunyai pokok durian dengan ketinggian sekitar 30 - 50 kaki tinggunya dimana diahagian bawahnya adalah biasanya dijaga baik dan bersih (Sila lihat foto disebelah). Buah durian di Malaysia lazimnya akan gugur dengan bermula daripada Daerah Pontian di Johor naik ke atas sehingga ke Utara dan berakhir selalunya dikawasan Raub, Pahang. Buah durian adalah jenis buah bermusim dimana ia akan mula gugur daripada bulan Julai - September sepanjang tahun digelar sebagai 'Musim Durian Gugur'. Jika cuaca berubah diantara siang dan malam maka lazimnya buah durian akan gugur dengan lebih banyak atau pun berlaku ribut dimalam hari makan buah juga akan banyak gugur. Buah yang gugur ini perlu dikutip mengikut jenis dan dikumpulkan sebelum ianya digredkan mengikut varieti, saiz, kualiti, kerosakkan dan sebagainya. Bagaimana pun jika banyak buah yang pecah akibat kesan jatuh ia tentuya akan mengurangkan kualiti buah sebab ia akan mudah turun kualitinya.
Pemasangan jaring atau pukat dibawah pokok durian dilakukan sebaik sahaja buah akan mula gugur (Seawal beberapa hari sebelum buah pertama gugur). Bergantung kepada saiz kebun dan keadaan terrain dusun durian, cara pemasanganya berbeza begitu juga dengan jenis jaring atau pukat yang digunakan. Biasanya pukat ikan ini adalah berwarna hijau yang dibuat dari tali nylon dengan ukuran 4 inci x 4 inci boleh dan sesuai digunakan. Kalau belum ada jaring maka perlu beli baru dari kedai dan kalau jaring lama masih elok berfungsi boleh digunakan semula. Kebanyakan pemilik dusun akan memasang jaring atau pukat ini setinggi 1 - 1.5 meter dari paras tanah dengan cara menggantung pada batang pokok atau kayu sokongan. Pastikan ia diikat dengan kuat sebab jika jumlah buah yang gugur terlalu banyak maka ia akan terlucut dari ikatan atau kayu sokong menjadi patah. Pengalaman penulis yang ada banyak kali kedusun durian ini mendapati ada pemilik dusun yang memasang jaring ini setinggi 10 - 15 kaki dari paras tanah agar buahnya terselamat. Pemasangan jaring yang tinggi ini menyebabkan buah berada tinggi dah tidak dapat dilihat pencuri (jika ada) atau dirosakkan oleh haiwan lain. Buah yang gugur ini akan jatuh diatas jaring dan kemudian bergolek sebelum ia berhenti (Sila lihat foto disebelah). Kulit buah masih elok dan tidak pecah jika ia betul-betul tidak bertinduh atau jaring masih berfungsi.
Ada pula dikalangan pemilik dusun yang tidak mampu untuk pasang jaring ini akan tetapi membiarkan rumput dan semak samun tidak dibuang dakwanya untuk memberikan 'cushion' apabila buah durian gugur. Memang agak betuk juga idea ini seperi yang diamalkan secara tradisi dikawasan kampong untuk durian kampong. Bagaimana pun pekebun tersebut perlu membuat ''carian'' dicelah-celah semak unuk mencri buah durian yang gugur tersebut. Kalau buah durian tersebut silap jatuh terkena kayu atau akar kayu atau batu tidak mustahil ia akan pecah dan masuk angin. Memang kebun durian dikawasan tebung curam dan banyak batu disyorkan memadang jaring kerana banyak kes durian yang gugur sukar divari dicelah-celah batu dan semak serta kawasan curam yang ada. Penggunaan jaring dibawah pokok durian merupakan satu amalan penting didalam menentukan buah durian yang gugur lebih baik berbanding dengan kuaiti buah durian yang jatuh ketanah.
Seelah musim durin gugur tamat sebaiknya dibuka seula jaring atau pukat tersebut. Ia kemudian perlu dibersihkan daripada kekotoran ranting dan daun yang terkumpul. Kemudian ia perlu digulong atau dilipat dengan lok dan dijemur (jika berkeadaan basah). Jaring kering yang telah digulong dan dilipa ini perlu disimpan ditempat selamat. Ada kes dimana sang Tikus akan makan jaring yang didimpan didalam tong. Pada kebanyakan pemilik ddun durin mereka juga akan memasang lampu perngkap kupu-kupu dn serangga penorek buah diwaktu malam. Lampu ini akn menarik serangga ini dan mendektinya sebelum ianya jatuh kebwah dimana ada takungan air yang diiisi dengan sabun menyebabkan serngga perosk ini mati. Kaedan malan kultura ini mampu mengurngkan kadar serangan ulat buah durian yang menjatuhkan kkualiti danharga durian. Kadang kala kerosakan buah durian yang jatuh diatas jaring ii tidak dapat dilihat dengan mata kasar dimana isinya sudah ada ulat. Ada kebaikannya peda pengguna yang makan durian di gerai dimana meminta penjual memotong atau membuka buah durian bagi mendpatkan kualiti isi durian yang baik. Apa pun ada pendapat lain dimana jika dalam pangsa buah durian itu ada ulat bermakna tiada kesan sisabaki racun makhluk perosak dan ia paling selamat dimakan. Teknologi emasangan pukat atau jaring dibawah pokok durian kini menjadi satu amalan kepada penanam duian komersil akan tetapi tidak raai petani kecil yang memasangnya. Semuga artikel petang ini memberi info bergina keppada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PASANG JARING... RENTANG DIBAWAHNYA...
BUAH DURIAN GUGUR... ADA PENAMPANNYA...BUAH TIDAK PECAH... IA LEBIH TAHAN LAMA...
AMALAN BAIK... PEKEBUN DURIAN BUANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 729, Novotel Taiping,
Taiping, Pera,
Malaysia.
(25 Rejab 1440).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.