Support My Blog

Sunday, March 17, 2019

BUAH GAC DI SUNRISE FARM, LABIS

BUAH GAC (Momordica cochinchinensis) merupakan sejenis buah yang ada di tanam di Dusun Sunrise, Labis, Segamat, Johor untuk dijadikan salah satu daripada tarikan pelancong di premis agrotourism ini. Penulis blog yang telah berkunjung di tempat tanaman ini mendapati memang pokok dan buah gac ini menarik perhatian pelancong disini. Ini kerana buah gac amat jarang dijumpai di Malaysia dan buah ini juga unik kerana mempunyai warna buah menarik seperti lampu 'taffic light' iaitu Warna Hijau, Warna Kuning dan Warna Merah. Buah gac ini dipercayai berasal daripada Vietnam dan dizaman penjajah Portugis dan kini ianya telah di komersilkan di Australia dan New Zealand. Penulis kali pertama makan buah gac ini apabila melawat dusun Sunrise Farm di Bukit Mambai, Labis, Segamat, Johor semasa membuat tinjauan teknologi disana. Penulis blog pun kali pertama dapat memegang, mengupas dan merasa sendiri minuman jus buah gac yang enak. Buah Gac ini mempunyai nama lain seperti dipanggil Buah Tempurang atau Buah Pupia atau Fak Khao (Thailand) atau Qua' Gac (Vietnam) atau Gac Fruit (Inggeris) merupakan sejenis buah yang jarang kita jumpa. Buah ini juga dipanggil sebagai Red Melon, Baby Jackfruit, Spinny bitter gourd dan juga buah Cochinchin dalam bahasa Inggeris. Ia juga adalah sejenis tumbuhan buah dari kumpulan Labu iaitu dari keluarga Cucurbitaceae yang memang amat kurang dikenali di negara kita. Buah yang unik ini saya ada terbaca dalam Majalah 'Travel 3Sixty' dalam cabin Flight Air Asia Bulan Febuari 2018 semalam semasa menaiki pesawat tersebut. Buah yang berasal dari Asia Tenggara ini agak unik bentuknya pada saya dan kurang dikenali dikalangan penumpang pesawat mahu pun kalangan masyarakat negara kita juga. Tumbuhan ini masih berkerabat atau menyerupai dengan tanaman Peria (Momordica charantia). Walau pun begitu buahnya amat cantik dan unik menyebabkan ianya ada ditanam untuk dijadikan hiasan dan juga kegunaan perubatan tradisional agaknya dibeberapa negara jiran. Dalam padi itu penulis blog mengetahui dimana. Nama lain buha in di Indonesia seperti Pekurebu atau Teruah atau Torobuk (di kawasan Sulawesi). Tumbuhan ini adalah dari jenis menjalar dan memanjang dimana dijumpai dalam hutan dikawasan dataran rendah sehingga mencaai ketinggian lebih dari 1,000 dari paras laut secara semulajadi. Ia tumbuh dikawasan diantara IndoChina sehingga ke kawasan di Australia (Bahagian timur laut). Dalam beberapa pembacaan penulis dapat maklum dimana buahnya dijadikan sebagai makanan istimewa dinegara Vietnam pada musim perayaan. dan lazimnya hanya tersedia pada musim tertentu. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis buah yang agak jarang kita jumpa di Dusun Sunrise Labis, Segamat yang penulis blog sempat buat tinjauan.


Bentuk buah adalah agak membulat atau sedikit lonjong seperti saiz bola tenis dan berwarna hijau ketika muda bertukar kekuningan apabila hampir matang dan seterusnya warna kemerahan apabila masak bergantung kepada varieti (Sila lihat foto disebelah). Apa yang menarik ialah dia keluar dari rimbunan pokok yang menjalar dengan daun yang berwarna hijau. Diteliti lagi dimana pada kulit luarnya akan dilihat atau mempunyai kulit yang bergerigi iaitu seperti buah durian atau peria namun berwarna merah cerah. Walau pun penulis blog belum merasa buah ini tetapi didakwa isi memang rasanya agak pahit. Bagaimana pun buah Gac ini didapati sejenis buah memang kaya sebagai sumber vitamin A yang sangat baik dan khususnya adalah khasiat pada bahagian bijinya. Warna cerah merah kuat ini atau orange ini dipercayai kerana kehebatan dan kekayaannya dengan bahan iaitu Lycopene dan Beta-Carotene. Saiz buah sekitar 10 cm panjang dan 13 cm garispusat berbentuk lonjong dengan warna oren terang pada kebanyakan varieti. Semasa buah ini masih muda jika dimakan ia seakan rasa buah timun (Cucumis sativus) dan rasa lembut ini masih boleh dimakan. Buah masak juga mempunyai banyak biji kecil berwarna hitan atau coklat gelap dalam karung berwarna merah (red sac membranes). Biji ini boleh digunakan sebahai benih untuk tanaman.


Pemilik dusun iaitu Ah Soon menyatakan memang ramai pengunjung di kebun buah gac ini akan berada lama lihat buah tersebut. Selain daripada pokok ditanam menjadi terowong panjang lebih 300 meter ia juga redup dan sejuk berada dibawahnya. Pokok yang berusia 6 tahun ini mempunyai batang yang cukup besar sekitar 30cm garispusat dengan disokong oleh struktur besi yang tahan. Apa yang lebih menarik lagi dimana di ternak kelulut spesis Trigona itama sebanyak 5 log dibawahnya untuk menmbantu proses pendebungaan. Ah Soon membuka salah satu daripada kotak super kelulut tersebut dan diberi ujirasa madu kelulut hasil nektar buah gac (Sila lihat foto disebelah). Rasa madunya adalah manis dan masam sedikit akan tetapi kehebatannya adalah aromanya yang agak berlainan daripada madu kelulut buah-buahan lain. Bagaimana pun tidak banyak madu kelulut yang dihasilkan daripada pokok gac ini berbanding dengan madu kelulut yang dihasilkan daripada plot kawasan tanaman jambu air. Terdapat seluas 20 ekat tanaman jambu air varieti E6 (Bukit Asahan) yang ditanam di dusun Sunrise ini dan dikomersilkan.


Penelitian penulis mendapati ia adalah jenisDioceous Plant dimana bunga jantan dan bunga betia keluar berlainan. Ada petani yang membuat cantuman batang pada pokok jantan dengan vein betina untuk menghasilkan bunga dn buah yang banyak. Bunganya keluar dengan sepal bunga berwarna putih dengan beberapa kelopak (Sila lihat foto disebelah). Saiz bunga sekitar 5-10 cm panjang dengan kelopak berkeduk coraknya. Bunga ini akan didebungakan oleh agen pendebunga seperti semut, angin dan serangga lain sehingga bunga tersebut akan menghasilkan putik buah. Tanaman ini akan berbunga 2-3 bulan selepas ditanam. Daunnya adalah jenis berbentuk Trifoliate dengan tangkai yang panjang keluar daripada node batang. Pokok yang mudah merambat pada kayu sokong ini akan melilit sehingga dewasa. Penanaman lazimnya menggunakan keratan batang yang berakar sebagai bahan tanaman. Penggunaan biji benih kurang sesuai kerana peratus percambahan rendah akibat masaalah dormancy dan cuaca serta kematangan biji. Keratan ditanam pada tanah dan ia perlu dijaga dengan menyiram air dan memberikan baja. Pada peringkat vegetatif sebaiknya diberikan baja NPK 15:15:15 dan baja organik dengan kuantiti sama seperti membaja pokok timun. Bergantung kepada penjagaan lazimnya tumbuhan ini boleh hidup sehingga setahun. Sama seperti pokok timun, ada beberapa jenis penyakit yang ada menyerang daun seperti Bintik Daun Cercospora, Downy Mildew dan juga karat daun.  Kawalan dengan semburan bahan kimia dan amalan kultura.


Secara tradisinya buah gac dimakan sebagai buah-buahan manakala daunnya dimasak untuk hidangan di Vietnam. Buah gac juga digunakan untuk perubatan dimana didakwa bahagian membrane biji benih dikatakan dapat membantu dalam melegakan dan menyejukan mata dan juga untuk tujuan menggalakkan kesihatan penglihatan. Begitu juga dimana dalam perubatan tradisional Cina biji benih buah gac atau yang dikenali dalam bahasa Mandarin sebagai mù Bie zǐ yang membawa maksud 'kayu penyu benih', digunakan untuk pelbagai tujuan dalaman dan luaran. Buah gac mampu mencapai µg 380/gram lycopene jika dibandingkan dengan buah tomato yang hanya mengandung µg 31/gram lycopene. Kandungan beta-karoten dan lycopene memberikan warna oren, jingga dan merah pada buah atau sayur. Pengambilan buah atau sayur yang mengandungi lycopene mampu memperbaiki kerosakan pembuluh darah, menekan pembentukan kolestrol, ketumpatan rendah (LDL – low density lipoprotein) dan mengurangkan risiko serangan jantung. Sekumpulan penyelidik dari Universiti Cambridge England yang diketuai oleh Parag Gajendragadkar, mengukur tekanan darah, kelajuan aliran darah, kadar kalestrol baik atau high density lipoprotein (HDL) dan low density lipoprotein (LDL) menggunakan pelbagai parameter. Hasilnya pengambilan lycopene terbukti meningkat keanjalan saluran darah pesakit dan mengurangi serangan jantung sehingga 53%. Oleh kerana kandungan yang tinggi beta-karotena dan lycopene, ekstrak gac mampu mendapat pasaran yang baik sebagai makanan tambahan dalam bentuk kapsul lembut atau jus minuman (Sila lihat foto disebelah). Memang lawatan penulis blig ke dudun Sunrise ini memberi inspirasi untuk meulis artikel mengenai buah gac untuk anda rujuk. Semuga mendapat info berguan dari blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH GAC ... JARANG SEKALI DIJUMPA...
DUSUN SUNRISE DI LABIS... IA BERADA...
SELALU BERBUAH...PELANCONG SUKA...
ENAK DIMAKAN... JUS DIMINUM MERASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 718, Hotel Views,
Jalan Sia Her Yam,
Segamat, Johor,
Malaysia.
(10 Rejab 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...