DURIAN BUKIT JANA, TAIPING merupakan satu produk durian didakwa tebaik di Taiping, Perak oleh pengusahanya. Penulis blog telah membuat tinjauan teknologi ke banjaran Bukit Titiwangsa dimana penanaman durian premium telah dilakukan oleh En Ong Han Kee dan En Quah Bee Kiat yang juga ahli Projek Kelompok Buah-buahan Kg Sg. Relong atau PB Buah Bukit Jana, Taiping, Perak. Turut hadir dalam tinjauan ini adalah En Shafie iaitu Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Perak, Pn Zurina Pegawai Pertanian Daerah dan En Mior KU BPIT Negeri Perak serta Agen Pengembangan Tanaman Kawasan (APT) dan lain-lainnya. Kelompok buah-buahan ini merupakan salah satu kelompok buah-buahan dengan perkhidmatan pengembangan yang diberikan oleh Pejabat Pertanian Daerah Larut Matang dan Selama. Durian Taiping didakwa antara durian premium yang terbaik sebagaimana yang didakwa oleh pekebun dari kawasan ini kerana di Taiping mereka menerima hujan yang banyak dan tanah dikawasan tepi gunung ini adalah jenis tanah yang subur dengan amalan agronomi yang baik. Durian merupakan tanaman buah utama di Perak dengan jumlah keluasan 4,592 hektar dengan pengeluaran sebanyak 33,987 mt pada tahun 2018. Di Daerah Selama dan Larut Matang (Taiping) terdapat seluas 2,330 hektar tanaman durian dengan jumlah pegeluaran tertinggi iaitu sebayak 18,968 mt atau 55.9% dari penghasilan durian seluruh Negeri Perak. Kawasan dilereng bukit dan gunung disekitar daerah ini membolehkan petani tempatan (kebanyakan kaum Cina) mengusahakan tanaman durian disini sejak berpuloh tahun dahulu. Sepanjang perjalanan dilihat beberapa jenis buah-buahan lain ditanam iaitu seperti Buah Nangka, Cempedak, Jambu Batu dan juga durian belanda. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technolgy" saya berkongsi info mengenai tinjauan penulis blog ke projek Tanaman Durian di Projek Berkelpmpok Kg. Jana, Taiping untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.
Lokasi pertama adalah Kebun En Ong Han Kee seluas 14.2 hektar yang dimajukan pada tahun 2017 (pokok sudah beumur 11 tahun). Tanaman utama beliau adalah Durian dari pelbagai jenis pada 2007 akan tetapi kini hampir kesemua pokok durian dikebun ini sudah di tukar kepada varieti durian premium utama seperti Musang King (D197) sebanyak 760 pokok dan Durian D200 (Ochee) sebanyak 242 pokok. Apa pun pekebun menanam beberapa varieti lain untuk tujuan pasaran dan pendebungaan seperi D24 (Bukit Merah), D160, D123, D175 dan D159. Terdapat juga beanyak pokok durian kampong yang masih ada dan baru ditanam untuk tujuan dijadikan pokok induk kelak bagi program cantuman dewasa. Pokok durian kampong ini didakwa terbaik untuk dijadikan pokok induk kerana ia mempunyai tahap kerintangan tinggi dalam serangan penyakit tanaman durian. Terdapat banyak kaedah bagi Encik Ong Han Kee untuk membuat cantuman dewasa dikebunnya dan kepada ahli kelomppok yang lain. Apa pun kaedah paling popular digunakan adalah dengan menebang pokok durian sedia ada di atas dahan pertama yang ada pada pokok asal. Ini kerana teknik menebang rendah (tanpa dahan pertama) menyebabkan pokok gagal untuk dijalankan cantuman dewasa. Ke wujudan dahan pertama ini membolehan cantuman dewasa ini lebih berjaya menukar varieti durian premium yang dikehendakki. Beliau nyatakan dahulu mereka menebang sehingga 1-2 meter tinggi batang pokok durian dan membuat cantuman dewasa pada tunas yang keluar ditunggul tersebut akan tetapi akhirya tunggul mati dan cantuman dewasa gagal. Bila penulis blog lihat sekeliling kebun baru dapat lihat dimana cantuman dewasa ini pada paras ketingggian berbeza sehingga ada yang mencecah 10 meter baru dilakukan cantuman dewasa. Dahan yang tertinggal akan pastikan pokok tidak mati untuk dilakukan canuman dewasa ini.
Mengenai Amalan Agronomi, Petani H.K. Ong telah mempastikan bahawa beliau kurang menggunakan bahan kimia sebalikya kearah perladangan organik. Ladang beliau telah menerima persijilam MyGAP sejak beberapa tahun dulu dan kini mengekalkan persijilan tersebut. Antara baja yang dibunakan seperi baja organik dan baja chitosan base fertilizer yang sesuai untuk tanaman durian. Racun rumpai memang tidak digunakan langsung akan tetapi kawalan rumpai menggunakan mesin rumput sahaja. Penulis blog jelaskan bagaimana pentingnya proses pendebungaan durian dimana semestinya perlu ada campuran beberapa varieti untuk tujuan pendebungaan. Ada beberapa buah sarang kelult diletakkan dikawasan dusun durian ini bagi membantu pendebungaan durian dakwanya. Koloni Trigona itama ini diletakkan dikawasan ponduk rumah dan dijaga baik. Selain itu petani ini ada membuat semaian nurseri benih durian cantum untuk dijual kepada pembeli yang ingin mendapatkan baih dueian premiu. Benih durian Musang King djual pada harga RM17 - RM18 sepokok. Jabatan Pertanian telah membantu petani ini dibawah Program Kluster Durian pada tahun 2018 dengan bantuan input pertanian sebagai satu kaedah meningkatkan pengeluaran buah dari kawasan ini. Rekod menunjukkan En Ong berjaya meningkatkan hasil Durian Premium sebanyak 1,040 kg pada tahun 2018 brnilai RM31,200. Hasil durian kampung pula telah juga meningkat kepada 2,950 kg bernilai RM29,500 pada tahun yang sama. Jumlah penjualan durian beliau adalah sebanyak RM60,700 dimana purata harga durin terpilih sekitar RM30/kg dan Durian Kampong sekitar RM10/kg.
Lokasi kedua awatan penulis blog adalah kekebun En Quah Bee Keat yang kini diuruskan anaknya yang juga seorang Jurutera dalam O&G sebelumnya. Kebun bapa beliau seluas 3.7 hekyar telah ditanam denga durian varieti D197 Musang King sebanyak 125 pokok dan durian D200 sebanyak 75 pokok. Hampir 75% pokok durian dikebunnya telah ditukar dengan varieti durian premium dan masih ada baki pokok durian kampung yang masih beliau kekalkan untuk buah dan juga sumber untuk pendebungaan. Kebun ini juga dibuka pada ahun 2007 dengan menanam pelbagai durian kebanyakannya dari jenis durian kampong. Jabatan Pertanian memberi banuan input durian dibawah projek Kluster durian seperti bahan input dan sebagainya. Rekod menunjukkan penghasilan buah durian beliau ada 2018 sebanyak 2,800 metrik tan iaitu 1,500 kg dari darian prenium dan 1,300 kg adalah dari jenis durian kampong. Jumlah pendapatan petani ini pada 2018 juga sebanyak RM58,000 dimana durian premium dijual dengan harga RM30/kg dan durian kampong dijual dengan harga RM10/kg. Hasil durian ini dipasarkan sekitar Taiping dan paling jauh dihantar ke Pulau Pinang dan Alor Setar. Quah mendakwa kejadian serangan penyait kanker Durian di kawasan ini adalah semasa musim kering panjang. Penulis blog juga ada mencadangan agar beliau menggunakan 'gel pertanian' di atas pokok durian yang baru ditanam disini. Ini kerana dikebun ini tiada dipasang dengan sprinkler atau titis dapat dilihat. Penulis blog juga syorkan agar ditanam pokok benih bari dibawah pokok Musang King dewasa yang mana batangnya telah diserang dengan kanker untuk gantikan pokok induk tersebut. Kedua-dua petani penanam durian ini menjenput penulis blog datang lagi pada buln Ogos atau julai kelak untuk menikmati buah durian dari kebunnya. Semuga tulisan ini memberi info terbaik kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN DURIAN... DI BUKIT TINGGINYA...
TUKAR VARIETI...CANTUMAN DEWASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 729, Novotel Hotel,
Taiping, Perak,
Malaysia.
(22 Rejab 1440H).

NAMA DAERAH... LARUT MATANG SELAMA...
MUDAH DIPANGGIL... TAIPING SAHAJA...TANAMAN DURIAN... DI BUKIT TINGGINYA...
TUKAR VARIETI...CANTUMAN DEWASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 729, Novotel Hotel,
Taiping, Perak,
Malaysia.
(22 Rejab 1440H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.