Support My Blog

Wednesday, August 31, 2022

TEKNIK CANTUMAN BENIH DAN KISAHNYA (Pt. 1)

CANTUMAN BENIH TANAMAN
adalah satu daripada proses pembiakan tampang (vegetative propogation) bagi tumbuh-tumbuhan yang sesuai untuk dibiakan dengan cara mengambil sebahagian tunas dari pokok induk yang digabung dengan pokok anak benih penanti (Sila lihat foto diatas). Pembiakan ini dijalankan bagi mendapatkan anakbenih tanaman yang menyerupai ciri-ciri pokok induk yang baik seperti tahan penyakit, hasil yang tinggi, mudah diurskan dan sebagainya. Teknologi cantuman merupakan teknik pembiakan paling luas diamalkan oleh nurseri terutama untuk tanaman buah-buahan. Biasanya teknik cantuman adalah mudah, ringkas dan ianya mempunyai peratus kejayaan yang tinggi membolehkan ia menjadi pilihan kepada pembiakbaka tanaman yang mana ia memerlukan kepakaran khusus. Walau pun nampak mudah akan tetapi jik atiada pengalaman dan pengetahuan selalunya peratus kejayaan didalam membuat cabtuman kurang berjaya. Ada beberapa tanaman tertentu memberikan teknik cantuman sebagai kaedah paling baik untuk mendapatkan sumber anakbenih baru sama kualiti dengan pokok induknya. Bagi tumbuh-tumbuhan yang membiak melalui biji, terdapat kelemahan yang telah dikenalpasti. Diantara nya ialah buah terhasil menerusi proses pendebungan yang tidak lengkap. Di Malaysia diantara anakbenih yang selalu dilakukan cantuman adalah seperti durian, rambutan, belimbing, mangga, bunga kertad dan beberapa tanaman hiasan lain. Perkara ini berlaku apabila pendebungaannya berlaku dihasilkan oleh debunga jantan dari pokok yang sama jenis tetapi bukan dari pokoknya sendiri. Biji dan seterusnya anak pokok yang terhasil dari kaedah ini tidak mempunyai sifat-sifat induknya yang asal. Selain dari itu pembiakan biji juga didapati tempoh matangnya (berbuah) adalah lebih panjang. Bagi mendapatkan benih yang baik dan mengikut kualiti pokok bakanya, teknik atau kaedah pembiakan tampang diamalkan. Artikel kali ini penulis ingin berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah menarik tentang cantuman iaitu berdasarkan dari laporan media tempatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca semua.

Kisah bagaimana 'Idea, Langkah Buat Duit Dengan Jual Benih Pokok Dan Buah' dalam portal 
sinarharian.com sesuai dijadikan bahan bacaan. Pandemik Covid-19 yang tidak ketinggalan melanda Malaysia nampaknya telah banyak mengubah lanskap kehidupan bagi masyarakat termasuklah di negara ini. Barangkali disebabkan pelbagai kekangan dari pelbagai sudut, ramai individu dan banyak pihak kini beralih arah memandang kepada potensi sektor pertanian untuk berkembang. Perasan akibat kesan virus jahat itu yang memberi impak besar terhadap banyak sektor pekerjaan dimana ada ramai yang sudah mula mengusahakan tanah terbiar dan bercucuk tanam. Dilaporkan dimana bila ramai yang bercucuk tanam maka permintaan terhadap benih buah-buahan akan terus meningkat dimana timbul pula situasi permintaan akan melebihi pengeluaran. Antara aktiviti yang diambil apabila peluang berniaga menjual benih pokok dengan langkah bertani seperti belajar dahulu asas cantuman dimana disarankan agar belajar dahulu asas  membuat cantuman. Sesuai dimulakan dari rumah dan bila menjadi boleh jual benih dengan kawan-kawan. Langkah seterusnya adalah cara dan pendekatan mengembangkan nurseri. Menurut pengalaman Encik Sifudurian dimana apabila mula dikenali ramai bolehlah kembangkan nurseri di tapak yang lebih besar kerana dakwanya benih cantum sendiri boleh untung 100 peratus (Sila lihat foto disebelah)Margin keuntungan benih pokok import dikatakan tidak banyak dan sebaiknya dipilih benih yang banyak permintaan dan repeat order tinggi. Disyorkan juga agar membina struktur pelindung cahaya. Gunakan jaring hitam 50 peratus atau 70 peratus untuk membina pelindung cahaya bagi mengelakkan tanah dan pokok kering cepat. Penggunaan batang besi paip lebih sesuai berbanding batang buluh supaya tahan lebih lama. Usahawan muda sebaiknya berkawan dengan beberapa penjual benih untuk memudahkan dalam mendapat 'lubang penjualan' benih dengan harga lebih murah. Penjual benih juga sebaiknya ada sifat jujur dan tidak menipu serta amat mengenali akan pencirian benih tanaman yang hendak dicantum dan dijual. Pilih varieti yang ada pasaran baik seperti benih durian Musang King yang mana ia biasanya boleh dijual sekitar RM38 sepokok dimana jika mampu menjual sebanyak 1,000 anakpokok secara kasarnya memberikan pulangan RM38,000.

Berita lain melaporkan dari Serdang, Selangor dimana 'Jabatan Pertanian sasar 50 peratus pokok Musang King menjelang 2022' adalah langkah bijak. Dilaporkan Jabatan Pertanian Malaysia menyasarkan kira-kira 50 peratus pokok durian Musang King di seluruh negara menjelang tahun 2022 bagi menampung permintaan tinggi terhadap raja buah itu. Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia nyatakan sehingga kini terdapat sekitar 569,000 pokok durian Musang King atau kira-kira 36 peratus daripada 1.576 juta pokok durian di seluruh negara. Jabatan menyasarkan negara memiliki kira-kira 50 peratus pokok durian Musang King dalam tempoh terdekat kerana permintaan terhadap durian jenis ini amat tinggi. Pelbagai usaha akan dilakukan bagi menambah bilangan pokok durian berkenaan antaranya, membuat cantuman dewasa (cantuman tunas) dengan pokok durian sub standard (kampung) dan melalui penanaman baharu. Sasaran itu bagi menggalakkan petani menanam lebih banyak pokok durian Musang King yang terkenal dengan kualitinya berbanding jenis kampung.
Dilaporkan harga bagi durian jenis Musang King amat tinggi dan sebab itu kita mahu supaya petani menanamnya, sekali gus membantu meningkatkan pendapatan golongan berkenaan. Mana-mana petani yang mahu menukarkan pokok mereka daripada durian sub standard kepada Musang King, boleh dapatkan nasihat serta bantuan daripada Pejabat Pertanian terdekat. Jabatan Pertanian juga sasarkan Malaysia dikenali dengan identiti sebagai pengeluar durian Musang King tersohor di dunia menerusi usaha yang dilakukannya.

Kisah mengenai '20 ikuti kursus mengenai pembiakan tanaman buah-buahan' telah dilakukan di Universiti Pertanian Malaysia Kampus Bintulu melibatkan seramai 
20 peserta dari Bintulu, Bekenu, Miri, Belaga, Kapit dan Sibu. Mereka diajar dalam Kursus Asas Pembiakan Tanaman Buah-Buahan masing-masingnya untuk Teori dan Amali di Dewan Taklimat Bangunan Pentadbiran dan Ruang Legar Akademik Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dekat Bintulu. Latihan ini juga untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan cara-cara penanaman, penyelenggaraan pokok, pemilihan kawasan dan jenis tanah yang sesuai untuk tanaman buah-buahan. Peserta dapat mempelajari teknik untuk membiak tanaman buah-buahan menggunakan biji benih dan cara vegetatif (tampang) termasuk mempelajari cara-cara penyediaan pokok penanti dan pemilihan mata tunas yang sesuai untuk digunakan. Peserta juga mempelajari cara-cara pengecaman klon pokok durian seperti Musang King dan Black Thorn. Melalui kursus itu akan menggalak penyebaran ilmu dalam bidang pertanian kepada masyarakat luar. Kerja dalam membiakan tumbuhan termasuk buah-buahan yang melibatkan persenyawaan antara gamet jantan dan gamet betina untuk membentuk zigot. Biasanya pembiakan ini menggunakan biji benih yang terbentuk apabila tumbuhan mencapai peringkat dewasa. Manakala pembiakan tanpa melibatkan penggabungan gamet merupakan cara pembiakan yang paling kerap digunakan kerana dapat mengeluarkan baka tulen, cepat dan mudah dikerjakan dan terdapat banyak bahan pembiakan. Pembiakan aseks termasuklah pembiakan vegetative (tampang) yang menggunakan bahagian tumbuhan tertentu seperti keratan batang, daun, akar, tut, cantuman, bahagian khas dan pembiakan mikro (tisu kultur). Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini mempu memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TEKNIK CANTUMAN... PENTING DIKATAHUI...
PEMBIAKAN TANAMAN... INDUK DI IKUTI...
PERLU KEMAHIRAN... BARULAH MENJADI...
BENIH DIJAMIN... TANAMAN BERKUALITI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 JamadilAkhir 1443H)
Selamat Hari Merdeka ke 65
pada 31 Ogos 2022

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...