Support My Blog

Thursday, August 18, 2022

KELEDEK - APA CERITANYA?

TANAMAN KELEDEK
(Impomea batatas) merupakan sejenis tanaman umbisi dari keluarga Convoculaceae yang mana ia dipercayai berasal dari Bahagian Tropika Benua Amerika. Penanaman keledek di Malaysia dijalankan secara komersial terutama dikawasan penanaman semula getah dan kelapa sawit sebagai tanaman kontan. Penulis blog merujuk kepada laporan di Jabatan Pertanian merekodkan seluas 3,410 hektar ditanam pada 2021 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 58,714 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Mkanan, Jabatan Pertanian Mlaysia). Bagaimana pun jumlah keluasan ini meningkat daripada tahun 2009 yang mana ia ditaam seluas cuma 1,320 hektar dengan penghasilan sebanyak 18,810 mt sahaja. Penulis yang memang sudah berpengalaman memberikan khidmat pengembangan mengenai penanaman keledek yang sering membuat tinjauan teknologi ke kawasan tanaman keledek seluruh behara dapati tanaman ini masih tetap popular. Keledek merupakan sejenis tanaman umbisi yang menjalar diatas tanah dan mempunyai batang yang lembut. Daunnya berwarna hijau gelap dan bentuk tiga segi. Bunganya berwarna putih kemerahan daan mempunyai akar serabut uang membentuk umbisi keledek. Buah keledek didalam tanah mempunyai pelbagai saiz dan warna bergantung kepada varieti. Di Malaysia terdapat beberapa jenis keledek yang disyorkan untuk di tanam mengikut keperluan pasaran dan minat petani. Antara varieti tersebut ialau Keledek Bukit Naga, Keledek Gendut (MSP 34), Keledek Vitato ,Keledek Cina Tempatan dan beberapa jenis lagi. Tanaman Keledek perlukan kawasan yang panas dan cahaya matahari berterusan 3 bulan yang mencukupi. Tanah perlu lembab dan sesuai dikawasan tanah loam berpasir yang mengandungi bahan organik yang tinggi. Tanah gambut dan tanah bekas lombong juga sesuai untuk penanaman keledek dengan pengkayaan tanah tersebut. Pastikan kawasan ada mempunyai sistem saliran yang baik. Keledek sesuai ditanam diatas batas untuk tujuan pengurusan tanaman dan pungutan hasil. Artikel pada kedinginan subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan info mengenai beberapa kisah dan cerita tanaman keledek untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Dalam portal berita hmetro.com kisah menarik bertajuk '
Tanaman keledek menguntungkan' dimana jenis tanah berpasir didapati juga sesuai untuk tanaman ubikeledek. Bagaimana pun dilaporkan ketika penanaman jagung kurang memberikan pulangan lebih memberangsangkan kini aktiviti penanaman pelbagai jenis ubi keledek pula diusahakan. Itu yang dikongsi Mohd Wahid (27 tahun) berkenaan kisah kegigihan ibu saudaranya mengusahakan tanaman keledik secara komersil. Penanaman ubi keledek dengan teknik yang betul mampu memberi pulangan tiga hingga empat kali ganda berbanding kos mengusahakan tanaman semusim. Kini selepas bersara iaitu ibu saudaranya yang mengusahakan pelbagai tanaman dan menternak kambing dalam ladang di Batu Gajah, Perak. Sebelum dilaporkan sebelum tanam ubi keledek dimana dia usahakan ladang jagung tetapi dakwanya agak tidak begitu menguntungkan. Mereka kemudian telah beralih kepada ubi keledek atas nasihat seorang kenalan yang juga pembekal baja dan racun tanaman. Tanaman ubi berkenaan sebagai ganti kerana harganya lebih stabil selain kos tidak terlalu tinggi. Mereka kemudia memulakan terlebih dahulu dengan satu lot iaitu kira-kira 0.135 hektar. Selepas lihat hasil tanaman ubi keledek makin memberangsangkan, kami kembangkan kepada plot lain. Tanaman kemudian dilakukan secara berperingkat supaya dapat keluarkan hasil dan jana pendapatan konsisten setiap bulan. Tanaman ini perlukan kerja mengangkat batang keatas batas selain kerja merumput bagi memastikan ubi keledek membesar dengan baik pada batas tanah. Secara kasar keuntungan penanaman ubi keledek dengan jumlah kos menanam pada 0.404 hektar adalah kira-kira RM4,000. Ketika mula menanam, kami beli dahulu benih daripada pembekal iaitu keratan batang pucuk keledek. Tanaman keledek juga memerlukan racun perosak dan baja supaya tumbuh dengan baik. Anggaran kos ialah RM4,000 dan bahagian paling banyak menelan belanja ialah baja iaitu kira-kira RM2,000. Biasanya pengeluaran bagi 0.404 hektar di ladang ini berjaya hasilkan sekitar 8 - 9 metrik tan ubi keledek sebulan. Pada kadar harga pasaran semasa pula dilaporkan dimana ubi keledek yang dibeli secara borong antara RM1.80 - RM2.20 sekilogram. Paling tinggi hasil jualan ubi keledek dari ladang ini ialah RM19,000 apabila ubi keledek terjual semuanya kategori gred A. Dalam penjualan ubi keledek, gred terbahagi kepada A, B dan C. Ia dibezakan mengikut kerosakan ubi keledek menerusi bilangan lubang dihasilkan serangga pengorek. Tekstur tanah juga memainkan peranan penting dalam penanaman. Ladang berkenaan berkeluasan kira-kira 4.86 hektar itu adalah tanah berpasir. Tanah berkenaan antara terbaik bagi tanaman ubi keledek. Apa pun didalam penanaman ubi keledek, tempoh matang adalah kira-kira 4 - 4.5 bulan selain turut mengambil kira tekstur pada kulit atau permukaan ubi sama ada masih berkedut atau licin. Kalau berkedut lagi ketika masuk empat bulan, ia belum cukup matang dan perlukan seminggu dua lagi sebelum dituai. Kebetulan ladang ini adalah sebahagian daripada kawasan lombong dimana teksturnya berpasir dan bagi tanah berpasir, tanaman seperti keledek amat sesuai sekali. Tanaman ubi keledek tidak boleh ada takungan air kerana 'ibu' akan lembik dan mudah rosak. Dakwanya pernah juga ada penanam ubi keledek menanam keledek pada tanah gambut menyebabkan permukaan ubi seperti 'bermisai' disebabkan akar halus tumbuh pada kulit dan tidak licin seperti keledek yang ditanam pada tanah berpasir. Dalam kaedah penanaman, selain ubi keledek memerlukan siraman air mencukupi, rutin baja setiap 15 hari sekali amat penting memastikan hasil iaitu saiz ubi keledek memuaskan. Dalam semusim biasanya baja diberikan sebanyak lapan kali dan bulan pertama biasanya baja daun, bagi bulan berikutnya ialah baja buah. Racun pula penting kerana ancaman perosak seperti ulat pengorek dan tikus boleh mempengaruhi kualiti jualan gred ubi. Kalau terdapat tiga lubang saja, ubi keledek boleh jatuh kepada gred C atau 'direject', tetapi hasilnya masih boleh dijual untuk makanan ternakan seperti penternak landak raya atau mereka yang memiliki taman haiwan. Kini selain ubi keledek, daunnya juga boleh dijual untuk dijadikan makanan ternakan haiwan seperti dalam ladangnya apabila turut diberi kepada kambing dan arnab peliharaan. Ubi keledek memang menguntungkan, tetapi ia ada tempoh atau had tanaman. Macam dalam ladang ini sudah masuk tiga tahun mengusahakan tanaman ubi keledek, perlu beralih kepada tanaman lain bagi pulihkan kembali kesuburan tanah dan mencegah ancaman perosak. Selan itu mereka mungkin akan usahakan projek sayur-sayuran termasuk kacang tanah dan kacang botol yang boleh mendatangkan keuntungan seperti keledek.

Portal sama paparkan kisah mengenai 'Kelebihan keledek ungu' hasil daripada pengenalan sebanyak 3 varieti ubi keledek ungu telah dilancarkan di negeri Kelantan bagi meningkatkan lagi tahap produktiviti tanaman ubi keledek di Malaysia. Dilaporkan bagaimana keledek yang diberi nama Keledek Anggun 1, 2 dan 3 oleh pihak Kementerian ertania didakwa mempunyai kelebihan dari segi pengeluaran hasil lebih tinggi. Di Malaysia dilaporkan jumlah nilai pengeluaran ubi keledek jauh lebih rendah dan dimana ia dianggarkan sebanyak 43,211.8 metrik tan setahun dengan keluasan bertanam hanya 2,799,85 hektar pada 2018. Jadi dengan adanya keledek varietii baru ini diharap hasil pengeluaran keledek negara akan bertambah. Dilaoprkan jga ia juga dapat memberi akses kepada ramai pengusaha dan petani berikutan varieti ubi ini yang mampu meningkatkan pendapatan mereka. Penyelidikan terhadap varieti itu mula dilakukan sejak 2008 menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) dimana pihak MARDI dipertanggung jawabkan untuk membangunkan varieti ubi keledek bernutrisi tinggi serta selamat dimakan. Keledek baharu ini mempunyai kandungan anti-oksida, antosianin dan mudah hidup walaupun tahap kesuburan tanah rendah dan lebih toleran terhadap kemarau serta penyakit. Pelancaan keledk ungu ini ilakukan di  Pusat Penyelidikan Ubi Keledek Ungu di MARDI Bachok, Kelantan.   

Menarik dalam portal sinaharian.com dengan cerita menarik bertajuk 'Banyak khasiatnya patutlah ubi keledek ungu termasuk Makanan Super Food’ sesuai ditulis semula. Biasanya ubi keledek ungu akan digunakan dalam masakan sebagai hidangan petang dalam bentuk gorengan atau kuih seperti lepat dan kuih talam. Khasiat ubi keledek ungu jarang diketengahkan sedangkan ia mempunyai pelbagai khasiat seperti vitamin B, C dan E, zat mineral, beta karotin, protein dan kanji. Kandungan anthocyanin dalam ubi keledek mempunyai kelebihan termasuk melindungi berlaku kerosakan DNA, membantu mengurangkan perkembangan sel kanser, menstabilkan penyakit kencing manis serta meningkatkan daya ingatan. Diantara khasiat ubi keledek ungu adalah seperti ia menjadi bahan anti-oksidan yang tinggi selain ia juga anti radang, ia bagus untuk otak dan usus. Apa pun saiz keledek yang sederhana besar membekalkan 400 peratus vitamin A. Vitamin A perlu untuk kulit dan mata. Pada zaman ’smart phone’ ini penting ambil vitamin A supaya mata tajam menikam walau dalam kelam. Pandangan tidak suram. Didalam kajian Journal Food Functional 2015 didakwa keledek ungu turunkan uric asid sebanyak 30 peratus dengan bahan anti oksidanya dikenali sebagai 'anthocyanins'. Bahan serat atau fiber yang tinggi ia tinggikan rasa kenyang. Laporan tentang ubi ini turunkan berat badan ada di Journal Nutritional Research 2011 dimana berat turun seawal minggu ke empat pengambilan. Keledek mengandungi Vitamin B6 yang mana ia membantu mengurangkan larutan kimia homosisteina di dalam badan. Homosisteina dikaitkan dengan penyakit degeneratif termasuk serangan jantung. Keledek juga ada  vitamin C di dalam yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi, penghadaman dan pembentukan sel darah. Ia juga baik untuk menyembuhkan selesema dan virus influenza. Vitamin C juga mempercepatkan penyembuhan luka dan menghasilkan kolagen yang membantu mengekalkan keanjalan kulit bak remaja. Ubi Keledek mengandungi besi (iron) yangmana mungkin masih ramai orang tidak menyedari bahawa manusia memerlukan galian besi yang membantu dan untuk memberikan tenaga yang mengcukupi serta memainkan peranan yang penting didalam badan manusia seperti pengeluaran sel darah merah dan putih, ketahanan terhadap tekanan, fungsi imun dan metabolisme protein. Ubi keledek merupakan sumber magnesium. Magnesium penting untuk kesihatan arteri darah, tulang, jantung, otot, dan fungsi saraf. Mineral Potassium yang diketahui ada di dalam pisang juga turut ada di dalam ubi keledek. Potassium mengawal degupan jantung dan signal saraf. Ia juga melegakan pengecutan otot, mengurangkan bengkak, dan melindungi serta mengawal aktiviti buah pinggang. Rasa ubi keledek yang semulajadi manis tidak bermakna ia tidak baik untuk kesihatan. Ia dilepaskan dengan perlahan ke dalam darah untuk memastikan keseimbangan sumber tenaga. Bahan dikenali sebagai 'Karotenoid' yang berwarna oren pada ubi keledek menunjukkan yang ia tinggi karotenoid seperti beta karoten dan sejenisnya. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan menggalakkan ketahanan kita kepada penyakit. Ia merupakan anti oksidan kuat yang mencegah kanser dan melindungi diri daripada tanda-tanda penuaan. Dalam pada iitu penulis blog syorkan agar pembaca bolehlah cuba masak ubi keledek ungu dengan kreativiti masing masing agar menjalani hidup akan lebih sihat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMA KELEDEK... POPULAR DI MALAYSIA...
MUDAH DI TANAM... DIMANA-MANA SAHAJA...
KELEDEK UNGU... VSRIETI BARU SUDAH ADA...
BANYAK KHASIAT... BERPATUTAN HARGANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taan Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(25 Zulhijjah 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...