Support My Blog

Saturday, August 13, 2022

PISANG AWAK - CIRI TEKNIKAL

PISANG AWAK (Musa sp.) merupakan salah satu varieti pisang yang di tanam di Malaysia untuk tujuan dimakan segar dan di proses menjadi makanan berasaskan pisang yang lain. Tanaman pisang di Malaysia merupakan salah satu jenis tanaman buah-buahan yang popular untuk pasaran domestik dan eksport. Penulis blog mendapati dimana seluas 26,213 hektar pisang ditanam menghasilkan sebanyak 318,518 metrik tan pada tahun 2021 (Sumber: Booklet Ststistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Apa pun dilaporkan kawasan utama penanaman pisang di Malaysia adalah di Johor seluas 7,544 hektar menghasilkan sebanyak 108,810 mt diikuti dengan Sabah (3,879 ha) dan Pahang (3,457 ha). Pada penulis blog yang telah menulis beratus artikel mengenai pisang mendapati anggapan bahawa pisang awak adalah spesis [isang yang agak kurang popular berbanding dengan pisng lain. Pisang Awak telah berjaya dididaftarkan dalam Senarai Vareti Tanaman dengan di Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 2013 dengan kod MP1 (Penulis blog terlibat langsung dalam proses pendaftaran pisang ini dahulu). Pisang Awak merupakan jenis pisang yang selalunya ada biji berwarna hitam ditengahnya. Biji pisang ini agak keras dan kita akan terganggu ketika makan pisang ini apabila tergigit biji. Pisang ini bersaiz kecil dan mempunyai kulit hijau ketika muda dan akan menjadi kuning kehijauan dengan ada tompok kelabu apabila masak. Pisang awak ini mempunyai rasa kelat (Orang Jawa Muar kata 'seppet') dan kurang sesuai untuk dimakan segar terutama yang belum cukup masak. Pisang ini lazimnya digoreng sebelum dimakan atau dijual digerai tepi jalan. Agak pelik juga orang Johor kalau makan pisang goreng yang mana paling enak ia mesti di cicah dengan sambal kicap. Pisang ini dipercayai mendapat nama disebabkan oleh keujudan biji hitam didalamnya, maka pemilik pokok pisang kata disebabkan biji itu dia kata 'Awak' yang punya!. Kisah lain yangsaya dengar adalah dari cerita asal penulis blog perolehi dari perkampongan Orang Asli Kg Peta di Mersing, Johor yang mengatakan pisang jenis ini sering ada haiwan jenis 'Biawak' dikawasan pokoknya lalu dinamakan ia sebagai 'Pisang Awak'. Artikel pada petang Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sediakan maklumat teknikal mengenai pencirian pisang awak hasil penelitian bersama Jabatan Pertanian Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


(1) Bentuk Pokok
Bentuk pokok pisang awak sama dengan jenis pokok pisang lain iaitu ia tumbuh menegak. Apa pun ia selalunya tumbuh didalam rumpun yang lebih dari satu atau dua pokok dikawasannya. Mempunyai struktur batang yang kukuh dimana varieti pisang ini adalah yang difahamkan paling tahan dari serangan perosak dan penyakit. Penanaman pisang awak secara komersil agak jarang dilaporkan sebaliknya ia lebih banyak tumbnuh liar dan ditanam secara kecil-kecilan sahaja untuk dijadikan pisang goreng. Petani agak kusrang suka menanam pisang awak.

(2) Susunan Pelepah Daun
Pokok pisang awak mempunyan ciri penyusunan pelepah daun yang agak kusang padat atau sederhana padat. Bagaimana pun disebabkan pokok pisang awak selalunya merimbun dari beberapa pokok dalam satu lokasi ia akan dilihat sekan-akan mempunyai susunan pelepah daun yang padat.


(3) Antosianin pada batang pokok
Pokok pisang awak dilihat mempunyai antosianin yang lemah teruama pada bahagian batangnya. Antosianin agak coklat kemerahan ini berada dibatang pokok yang asasnya banyak berwarna hijau. Ia dilihat berbentuk garian daari atas kebawah dengan kelebaran yang tidak menentu.


(4) Bentuk Bahagian Pangkal Daun
Pisang awak mempunyai daun yang agak tebal serta berkilat dimana jika dilihat pada bentuk pada bahagian pangkal daunnya adalah kedua-duanya membulat pada kiri dan kanannya. Ciiri ini dilaporkan merupakan satu ciri unik kepada pokok pisang awak. Daun pisang awak sesuai diambil untuk dijadikan pelbagai guna termasuk bahan pembungkus makanan (nasi lemak) atau kuih mueh dan sebagainya.


(5) Bentuk tandan dan buah Pisang Awak
Bentuk tandan pisang awak adalah seakan 'selinder' dimana sifat buahnya adalah bersaiz sederhana yang mana jika diteliti susunannya adalah 'menaik keatas'. Analisa menunjukkan dimana anggaran berat tandan pisang awak diantara 18 - 22 kilogram dengan mempunyai sekitar 10 - 12 sisir. Selain itu apabila di periksa bilang buah (jejarinya) ia mempunyai sekitar 10 - 16 buah.


(6) Bentuk Jejari Pisang Awak
Pisang awak yang masih muda akan berwarna hijau dan menjadi kekuningan apabila ia masak.  Apabila diukur akan saiz buahnya biasanya panjang jejarinya diantara 10 - 15 cm dengan ukuran garispusat 3 - 5 cm. Pokok pisang awak yang berbuah matang akan dipotong tandannya dimana kemudian pisang awak ini akan disimpan beberapa hari sebelum ianya dijadikan makanan seperti pisang goreng atau dijadikan kuih seperti kuih nagasari.



(7) Bentuk Hujung Buah
Bentuk hujung pisang awak dilihat mempunyai leher seakan berbentu botol tetapi ukurannya agak pendek sedikit berbanding dengan beberapa jenis pisang lain. 



(8) Biji Pisang Pisang Awak
Pisang awak ciri paling unik adalah ia mempunyai biji yang berwarna hitam yang meniadi kelainan dari pisang lain. Ia boleh dilihat dengan jelas jika buah ini dipotong dimana bijinya agak keras juga apabila digigit. Selain dari rasanya yang agak kelat dan manis dimana kehadiran biji ini memang tidak disenangi oleh ramai peminat dan pemakan pisang segar.

(9) Anak benih Pisang Awak
Anakbenih pisang awak ini lazimya diperolehi daripada pokok induk yang diambil suurnya. Bagaimana pun sulut yang diambil ini perlu dirawat dahulu sebelum ditanam untuk mempastikan akan kesuburannya dan bebas penyakit. Pada masa ini ada anak benih pisang awak yang dibuat dengan teknologi kultur tisu. Bagaimana pun azimnya petani yang ingin menanam dengan skala luas perlu membuat tempahan awal kerana jarang disediakan anakbenih TC tersedia untuk ditanam.

(10) Ciri warna daun anakbenih
Daun anakbenih pisang awal selalunya berbentuk Eliptik Sempit dimana mempunyai kedua bahagian hujung yang tirus. Daunnya juga mempunyai warna hijau seragam dan tiada antosianin yang kelihatan. Semuga tulisan dalam artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Maklumat teknikal ini juga merujuk kepada pencirian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Wasallam!!!...
PISANG AWAK....ADA BERBIJI ISINYA...
KURANG POPULAR... KELAT RASANYA...
HARGA MURAH... DIGORENG SAHAJA...
LAPORAN TEKNIKAL...SAYA SEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(7 Muharam 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...