Support My Blog

Friday, August 12, 2022

PISANG LANG - CIRI TEKNIKAL

PISANG LANG (Musa sp.) merupakan salah satu varieti pisang yang di tanam di Malaysia untuk tujuan dimkan segar dan di proses menjadi makanan berasaskan pisang yang lain. Tanaman pisang di Malaysia merupakan salah satu jenis tanaman buah-buahan yang popular untuk pasaran domestik dan eksport. Penulis blog mendapati seluas 26,213 hektar pisang ditanam menghasilkan sebanyak 318,518 metrik tan pada tahun 2021 (Sumber: Booklet Ststistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Apa pun dilaporkan kawasan utama penanaman pisang di Malaysia adalah di Johor seluas 7,544 hektar menghasilkan sebanyak 108,810 mt diikuti dengan Sabah (3,879 ha) dan Pahang (3,457 ha). Pada penulis blog yang telah menulis beratus artikel mengenai pisang mendapati anggapan bahawa pisang Lang yang hampir menyamai bentuk pisang tanduk tetapi saiznya adalah kecil sebenarnya kurang tepat. Penulis blog dapati kedua varieti pisang Lang dan Pisang Tanduk adalah berlainan. Pisang ini telah dididaftarkan dalam Senarai Vareti Tanaman dengan abatab Pertanian Malaysia iaitu pada tahun 2013 dengan kod MP12 (Penulis blog yang memproses pendaftaran ini dahulu). Penulis dapati ukurlilit buah pisang lang diantara 20 - 30 cm dibahagian tengah dengan bahagian hujung yang lebih tirus berbanding dengan pisang tanduk (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya pisang lang mempunyai jejari yang banyak iaitu diantara 5 - 15 biji satu tandan. Walau pun ia mempunyai warna hijau terang semasa muda tetapi kemudian pisang lang yang masak akan bertukar warna kulitnya kepada kuning terang. Isi pisang lang adalah lebih halus dan kurang aroma berbanding dengan pisang lang. Ia lembut sedikit dan mempunyai rasa manis apabila cukup masak. Pisang Lang sama selalunya amat sesuai untuk digoreng atau dibuat kerepek pisang. Pada penulis blog apabila makan pisang lang yang di goreng sama juga dengan pisang tanduk goreng asalkan keduanya dihidangkan dengan sambal kicap memang lazat. Harga pisang lang diladang lazimnya agak rendah sedikit berbanding dengan harga pisang tanduk. Bagaimana pun bagi pembeli digerai tepi jalan atau dipasar besar mungkin mereka tidak begitu kenal akan kelainan diantara pisang lang dan pisang tanduk jika mereka akan membeli pada harga yang sama. Artikel malam ini sambil menonton perlawanan separuh akhir Piala FA diantara JDT dengan Pulau Pinang di Unifi (JDT menang 6-1) saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai pencirian teknila bagi Pisang Lang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua. Artikel ini ditulis dengan merujuk dan berasaskan laporan teknikal serta penelitian bersama dengan Jabatan Pertanian Malaysia.


(1) Bentuk Pokok

Pokok Pisang Lang akan tumbuh menegak dimana batangnya dilihat agak kecil berbanding pisang lain. Ia tumbuh sekitar 2-3 meter dmana mempunyai banyak anak sulur dibawahnya apabila pokok dewasa. Penanaman yang jarang selalunya akan menyebabkan daunnya pecah keran atiupan angin dan boleh mengurangkan akan kualiti hasil. Penanaman komersil selalunya hanya membolehkan sebatang pokok pisang lang serumpun. Hasil penelitian penulis blog ada masaalah patah tengkok (neck rot) pernah dilaporkan berlaku jika amalan agronomi yang dijalankan tidak diikuti dengan betul.


(2) Susunan Pelepah Daun

Pokok pisang lang memang agak berlainan dengan varieti pisang lain dimana penelitian yang dijalankan mendapati pada bahagian atas dimana susunan pelepah daun adalah kurang padant (jarang). Lazimnya jumlah pelepah daun yang ada cuma diantara 4 - 7 pelepah sahaja dan saiznya pun agak kecil berbanding dengan pisang nipah. Daun pisang lang dilihat agak jarang diambil untuk dijadikan pembungkus makanan atau pun kegunaan lain kerana jumlahnya yang sedikit.


(3) Antosianin pada petiol daun
Ciri ini diperiksa pada pokok pisang lang dimana terdapat anthosianin dilihat pada petiol daun dengan jelas. Anthosianin ini biasanya berwarna coklat kemerahan terutama pada bahagian tepi petiol daun. Ciri ini boleh dijadikan salah satu kaedah didalam menentukan varieti pisang lang yang dilakukan penelitian di Perak, Johor dan Selangor semenjak tahun 2013 lagi.


(4) Warna antosianin pada batang
Pisang Lang selalunya dilihat mempunyai kandungan antosianin yang Sederhana pada batangnya apabila dikupas kulit luarnya. Antosianin ini selalunya dilihat daripada coklat kemerahan sehingga agak gelap dimana kedudukannya tidak sekata. Ada yang bercorak khusus dan ada yang agak tidak menentu.
 

(5) Bentuk Bahagian Pangkal Daun
Ciri ini dilihat berlainan diantara varieti pisang yang dijadikan sebagai salah satu daripada penelitian teknikal. Pisang lang lazimnya mempunyai bentuk bahagian pada pangkal daun sebagai kedua sisi Membulat dan Simiteri sama ada ia dibahagian kiri atau kanannya. 


(6) Sifat Buah Pisang Lang
Pisang Lang agak berlainan dengan pisang lain kerana ia adalah lebih besar (lebih kecil dari pisang tanduk). Tandannya hanya keluar satu unit sahaja setiap pokok yang matag. Uniknya dimana bentuk tandan pisang lang memang tidak menentu keadaannya. Berat bagi setandan pisang lang diantara 7 - 14 kilogram dimana setiap tandan mempunyai 2-3 sisir atau pun sebanyak 7 - 10 biji buah sahaja. Berat setiap biji buah adalah sekitar 300 - 400 gram. Purata panjang buah pisang lang diantara 25 - 35 cm dengan purata ukuran garispuat sekitar 6 - 7 cm. Biasanya benuk buah adalah dalam keadaan besar dan agak melengkung.


(7) Bentuk Apeks (Hujung) Buah
Bentuk hujung buah pisang boleh dibezakan diantara varieti pisang. Penulis blog melihat dimana bentuk apeks buah pisang lang adalah mempunyai leher berbentuk botol. Bentuk ini juga adalah agak unik bagi pisang ini jika hendak dibandingkan dengan pisang jenis lain.


(8) Kehadiran Permatang
Buah pisang agak unik kerana apabila buah tersebut di potong rentas boleh di lihat kehadiran permatang. Permatang adalah berupa tanda seperti keadaan permatang pada sawah padi untuk membezakan petak sawah. Terdapat 3 keadaan kehadian permatang iaitu tiada permatang, kehadiran sederhana dan kehadiran kuat. Pisang Lang dilihat mempunyai kehadiran permatang yang sederhana.

(9) Benih Pisang Lang
Abakbenih pisang lang boleh diperolehi daripada sulutr dari pokok indok yang terpilih atau daripada benih kultur tisu (TC). Pembuangan sulur benih pisang lang dari pokok induk adalah satu proses yang perlu dilakukan bagi mempastikan pokok induk subur dan berbuah berkualiti. Sulur yang dibuang ini jika menepati pencirian keperluan anakbenih pisang lang boleh dijadikan bahan tanaman. Bagaimana pun lebih ramai petani yang sika mendapatkan anakbenih pisang lang dari pembekal benih kultur tisu yang dikomersilkan. Ia selalunya akan lebih seragam pertumbuhannya apabila ditanam dengan serentak dan bekalan boleh didapati dengan kuantiti yang banyak.

(10) Ciri Khas Daun Benih Pisang Lang
Paling unik dimana anakbenih pisang lang (terutama dari benih kultur tisu -TC) dilihat mempunyai ciri khas unik. Apa yng dimaksudkan adalah terdapat corak antosianin berwarna agak gelap atau kehitaman. Kedudukan antosianin ini tidak menentu kedudukannya sama ada dipangkal daun, dibahagian tengah atau dibahagian hujung daun atau berselerak. Ciri ini selalunya dijadikan satu ciri khas pada abakbenih pisang lang. Bagaimana pun warna ini akan hilang dalam masa seminggu selepas ditanam dikebun.  Semuga tulisan dalam artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Maklumat teknikal ini juga merujuk kepada pencirian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Wasallam!!!...
PISANG LANG.... BESAR BUAHNYA...
DI NEGERI JOHOR... LUAS KEBUNNYA...
HARGA MAHAL... ENAK RASANYA...
LAPORAN TEKNIKAL... SUDAH ADA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(7 Muharam 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...