Support My Blog

Sunday, August 7, 2022

KELADI - KAJIAN KANJI BOLEH DIMAKAN

TANAMAN KELADI
(Colocasia esculenta dan Xanthosoma spp.) merupakan salah satu jenis tanaman ubian yang kaya dengan bahan makronutrien dimana ia sesuai untuk dijadikan sumber makanan alternatif mengandungi tinggi karbohidrat selain beras dan gandum. Hasilan Keladi biasanya boleh direbus, digoreng atau boleh juga dihidangkan sebagai pencuci mulut dan yang penulis blog paling suka adalah snek kerepek keladi. Dalam bulan ramadan selalunya keladi dijadikan 'pengat keladi' yang enak disantap semasa berbuka dan ia mudah disediakan. Bagaimana pun penulis blog pernah merujuk beberapa laporan dimana penggunaan ubi keladi boleh dipelbagaikan dengan penghasilan produk seperti filem boleh dimakan. Filem boleh dimakan yang dibuat dengan berasaskan karbohidrat seperti kanji telah banyak dikaji secara intensif dibeberapa negara didunia. Biasanya penulis blog dapati dimana produk kanji merupakan matrik biopolimer yang berpotensi dalam penghasilan bahan sebagai untuk pembungkus terbiodegradasi seperti filem yang mana ia selamat dan boleh dimakan. Hasilan Kanji mempunyai ciri-ciri termoplastik selain mempunyai sifat-sifat yang lain seperti boleh diperbaharui (renewable) serta ia tidak toksik dan memang mudah terbiodegradasi. Beberapa hasil kajian termasuk yang telah dilaporkan oleh MARDI berjaya dalam usaha membangunkan filem yang boleh dimakan daripada sumber pertanian terpilih iaitu keladi. Mungkin pambaca blog ini ada mendengar atau membaca laporan dimana berlaku keadaan p
encemaran sisa plastik dimana ia bukanlah satu masalah yang baru diperkatakan oleh masyarakat dunia. Dalam beberapa dokumentari sudah diketahui bahawa plastik banyak memberi keburukan kepada manusia, alam sekitar mahupun ekosistem lautan. Sehingga ke hari ini pun bahan plastik masih lagi digunakan dalam kehidupan seharian kita di Malaysia sebagai bahan pembungkus makanan iaitu sejak diperkenalkan pada tahun 1950-an lagi. Malaysia dianggarkan menghasilkan hampir 1 juta tan sisa plastik yang tidak dikitar semula atau dilupuskan tanpa mengikut prosedur pelupusan sisa pepejal yang betul pada tahun 2010. Merujuk kepada satu laporan dalam Jurnal Science Advances dimana ada sebanyak 8.3 bilion tan produk plastik telah dihasilkan sehingga ke hari ini di mana sebanyak 6.3 bilion tan adalah menjadi sisa. Dalam pada itu laporan tersebut dakwa dimana hanya 9% daripada sisa plastik dikitar semula dan selebihnya berada di persekitaran sama ada di laut ataupun di tapak-tapak pelupusan. Artikel subuh ini dari tingkat 12, Hotel Thistle, Johor Bahru menghadap Selat Johor dan Singapura dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis semula laporan kajian mengenai produk filem dari tanaman keladi untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Biasanya dalam industri penghasilan plastik sekitar dilaporkann sebanyak 40% plastik yang dihasilkan adalah jenis plastik sekali guna seperti penyedut minuman, botol air mineral, pembungkus makanan dan sebagainya. Selalu juga dilihat banyak timbunan sampah yang ada bahan buangan plastik dimana-mana (Sil alihat foto disebelah). Terdapat juga pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi menangani masalah penggunaan plastik terutamanya plastik sekali guna yang semakin serius masaalah perlupusannya. Pernah juga dijalankan banyak kali Kempen Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna seperti pelan yang dirancang sehingga 2030 dengan slogan 'Ke Arah Masa Hadapan Yang Lestari'. Pelan ini bertujuan untuk menyeru lebih ramai masyarakat Malaysia supaya mmampu mengikuti ke arah sifar penggunaan plastik sekali guna agar alam sekitar lebih bersih dan sihat menjelang 2030. Penulis blog juga terpaksa membayar 20 sen satu beg plastik kecil jika membeli barang di kedai sekitar kedai di Putrajaya tetapi kini apabila pergi berbelanja saya sudah membawa beg sendiri fari rumah.  Pembaca blog juga mungkin dengar dimana kerajaan Malaysia juga telah mengambil inisiatif dengan mengenakan caj kepada mana-mana pelanggan yang menggunakan beg plastik daripada pasar raya dan kedai serbaneka untuk mengisi barangan keperluan yang dibeli. Ianya bertujuan untuk dapat menggalakkan pengguna menggunakan beg kitar semula yang lebih mesra alam. Walau bagaimanapun tahap kesedaran masyarakat Malaysia terhadap isu plastik sekali guna amatlah rendah berbanding negara maju seperti di Eropah, Jepun, Korea, Singapura dan sebagainya yang pernah penulis blog kunjungi. Penggunaan plastik telah pun menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Justeru itu dilihat  bahan alternatif iaitu daripada sumber yang boleh diperbaharui, mesra alam dan selamat amat diperlukan dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna yang ,eluas dipasaran. Dalam pada itu bahan alternatif ini bukanlah untuk menggantikan plastik sepenuhnya akan tetapi mungkin ianya juga berpotensi untuk menggantikan bahan pembungkus plastik dalam beberapa aplikasi. Bahan alternatif yang dimaksudkan ialah 'Filem boleh dimakan'. 
Filem yang boleh dimakan merupakan satu lapisan filem nipis yang dihasilkan daripada sumber-sumber yang boleh diperbaharui seperti bahan karbohidrat, protein dan lipid. Filem boleh dimakan yang dihasilkan boleh digunakan sebagai bahan pembungkus primer untuk produk-produk makanan. Istilah 'filem boleh dimakan' penulis blog faham ia juga merupakan filem yang dihasilkan boleh dimakan bersama-sama dengan produk makanan yang dibungkus. Penghasilan filem boleh dimakan daripada sumber karbohidrat seperti kanji keladi adalah antara aplikasi kanji keladi sebagai bahan jadi pembungkus produk makanan selain sebagai sumber bagi makanan tambahan. Bahan pembungkus daripada kanji hasil umbisi keladi dapat menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar dengan mengurangkan kaedah penggunaan plastik yang tidak boleh terbiodegradasi dan seterusnya dapat meningkatkan industri makanan bio- ekonomi.

Merujuk kepada hasil laporan penyelidikan MARDI dimana ada beberapa jenis keladi dipilih untuk dilihat sebagai asas membuat filem. 
Sebanyak 10 varieti keladi yang biasa ditanam oleh petani dan masyarakat di Semenanjung Malaysia telah dipilih dalam kajian ini. Kesemua keladi telah diperolehi daripada stesyen pertanian dan pasar tempatan. Keladi-keladi tersebut dikelaskan dalam famili Aracea seperti jenis Keladi Hitam (Colocasia esculenta), Keladi Mawar (Colocasia esculenta), Keladi Minyak (Colocasia esculenta), Keladi Musang (Xanthosoma violaceum), Keladi Putih (Colocasia esculenta), Keladi Telur (Xanthosoma sagittifolium), Keladi Udang (Colocasia esculenta) dan Keladi Bentan (Colocasia esculenta). Kajian mengenai kandungan kanji dan amilosa dalam keladi tersebut dijalankan secara saintifik. Ini kerana jumlah kandungan kanji dan kandungan amilosa memainkan peranan yang penting dalam penghasilan filem boleh dimakan. Kesemua varieti keladi terpilih ini diproses menjadi tepung untuk analisis penentuan kanji dan amilosa. Didapati keladi Mawar, Musang dan Udang mengandungi kandungan kanji yang paling tinggi iaitu nilainya melebihi 20% berbanding dengan keladi-keladi yang lain. Walau bagaimanapun didapati dimana ketiga-tiga keladi tersebut mengandungi kandungan amilosa yang berbeza-beza kadarnya. Bagi Keladi Mawar, Musang dan Udang didapati mengandungi kandungan amilosa masing-masing dengan nilai 47%, 30% dan 26%. Begitu juga dengan keladi Hitam, keladi Minyak dan keladi Putih yang didapati mengandungi kanji antara 18 - 20% tetapi mengandungi kandungan amilosa melebihi 30%. Kajian mendapati dimana Keladi telur merupakan antara keladi yang mempunyai kandungan kanji yang rendah iaitu 17% tetapi keladi Telur mempunyai kandungan amilosa yang paling tinggi berbanding dengan keladikeladi yang lain iaitu 58%. Data ini menunjukkan setiap jenis keladi mengandungi kandungan kanji dan amilosa yang berbeza disebabkan oleh varieti yang berlainan. Oleh yang demikian, hanya varieti keladi yang mengandungi kanji melebihi 20% dan amilosa melebihi 30% dipilih untuk ianya diproses dalam penghasilan filem boleh dimakan. Ini adalah kerana amilosa merupakan komponen dalam kanji yang mempunyai keupayaan untuk membentuk filem dimana ia seterusnya dapat menghasilkan filem yang berkualiti. Tepung ubi keladi disediakan dengan cara menghiris nipis ubi keladi yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian kepingan ubikeladi tersebut perlu dikeringkan di dalam alat pengering makmal pada suhu 50 °Celcius semalaman sebelum dikisar halus menggunakan alat pengisar. Kandungan kanji dan amilosa ditentukan berdasarkan kepada kaedah analisis kimia dan kaedah enzim. 

Seterusnya analisa mendapati dimana 
tepung ubi keladi Mawar dan keladi Musang mengandungi kandungan kanji (23 - 24%) dan kandungan amilosa (30 - 47%) iaitu nilai yang yang tertinggi berbanding dengan keladi-keladi dari jenis yang lain. Dilaporkan ubi keladi Mawar dan Musang akhirnya dipilih untuk penghasilan filem boleh dimakan. Proses pembangunan filem boleh dimakan dilakukan dalam dua peringkat iaitu bermula dengan mengekstrak kanji daripada ubi keladi dan diikuti dengan pembentukan filem boleh dimakan (Sila lihat foto disebelah). Ubi keladi Mawar dan keladi Musang yang telah dibasuh, dipotong dadu dan direndam dalam larutan 0.02% natrium metabisulfit selama 15 minit bagi mengelakkan proses pengoksidaan berlaku. Kemudian ia dikisar dan seterusnya ditapis menggunakan alat pengisar no pengasing. Kemudian hasil tapisan dicampurkan dengan air yang ditapis dan ia seterusnya disimpan di dalam bilik sejuk pada suhu 8 °Celcius sehingga air rendaman menjadi jernih (air rendaman perlu ditukar dari semasa ke semasa). Kemudian kanji (dalam bentuk slurry) dikeringkan dalam alat pengering pada suhu 50 °Celcius sebelum dikisar halus dan disimpan di dalam bekas kedap udara. Penghasilan filem boleh dimakan secara kaedah tuangan (solvent casting). Kanji keladi dipanaskan bersama-sama dengan air suling di atas plat pemanas pada suhu 85 °Celcius selama 30 minit. Kemudian gliserol sebagai bahan pemplastik (plasticizer) ditambah ke dalam larutan kanji dan dikacau sekali lagi selama 10 minit sebelum larutan filem ditapis menggunakan kain muslin. Larutan filem dituang di atas acuan (24 cm x 24 cm) dan dikeringkan menggunakan alat pengering makmal pada suhu 45 °C selama 20 jam (kandungan lembapan filem yang disasar ialah 24 - 26%). Proses penghasilan filem boleh dimakan daripada kanji keladi. Dilaporkan diantara ciri filem boleh dimakan daripada keladi Mawar dan Musang  dimana filem keladi Mawar mempunyi ketebalan (0.004 mm) dan Keladi Musang mempunyai 0.047 mm (p >0.05). Kandungan lembapan (%) filem Mawar dan Musang juga tidak mempunyai perbezaan yang bererti dengan nilai masing-masing 25% dan 26%. Filem Mawar didapati lebih larut (28%) berbanding dengan filem Musang (14%) sahaja disebabkan oleh kandungan amilosa yang lebih tinggi. Kajian mendapati dimana kedua-dua filem Mawar dan Musang juga menunjukkan sifat boleh lentur yang baik sebagai bahan pembungkus sebelum diaplikasikan sebagai bahan pembungkus sesuatu makanan. Secara umumnya boleh dikatakan kanji keladi merupakan diantara bahan yang berpotensi dalam penghasilan filem boleh dimakan. Ini adalah disebabkan oleh kandungan kanji dan amilosa yang tinggi bagi beberapa varieti keladi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan filem boleh dimakan. Pembangunan filem boleh dimakan adalah salah satu cara dalam usaha untuk mempelbagaikan penggunaan keladi. Teknologi filem boleh dimakan ini boleh memberi manfaat kepada pengeluar bahan pembungkus makanan dan usahawan industri kecil dan sederhana yang mengusahakan produk makanan.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
UMBISI KELADI... IA TINGGI KANJINYA...
DIREBUS DIGORENG...KEREPEK ENAKNYA...
DIJADIKAN FILEM... KAJIAN BUKTIKANNYA...
PEMBUNGKUS MAKANAN.... HEBAT DIANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1205, Hotel Thistle,
Jalan Sungai Chat, Johor BAhru,
Johor, Malaysia.
(22 Syaaban 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...