Support My Blog

Monday, August 29, 2022

INDUSTRI BROMELIAD DAN PENJAGAANNYA (Part 1)

INDUSTRI BROMELIADS
memang agak kurang popular di Malaysia walaupun industri florikultur di Malaysia dilaporkan menjana pendapatan sebanyak RM449 juta (USD2003.5 million) pada tahun 2020. Industri florikutur ini disumbangkan daripada jenis tanaman hiasan seperti Bunga Ros, Orkid, Carnation, Chrysanthemum, Cut Leaves, Bunga Kering flowers dan bunga-bungaan lain-lain kategori. Dari beberapa sumber dilaporkan industri bromeliads di Malaysia bernilai RM70 juta setahun yang kebanyakannya adalah untuk pasaran eksport. Pada penulis blog mendapati dimana tumbuhan dari keliarga Bromeliaceae (keluarga Nanas) mempunya potensi besar untuk dikembangkan dalam negara. Bunga bromeliad yang sesuai dijadikan tanaman hiasan terutama untuk penjagaan dalam rumah perlu digalakkan proses pengeluarannya dan promosi. Ada genus menyatukan lebih daripada 60 spesies tumbuhan bromeliads dimana sebilangan besar bromeliads adalah sangat popular dalam industri ini. Tumbuhan bromelia ini dilaporkan banyak yang berasal dari kawasan tropika dan subtropik Amerika Latin. Hasil rujukan penulis blog dapati info asal usul nama 'bromelia' yanh mana ia didakwa berasal dari nama seorang doktor dari Sweden dan ahli botani iaitu Olaf Bromelius. Marfologi tumbuhan bromeliads pula lazimnya mempunyai batang yang pendek dengan daun berwarna hijau pucat yang pekat dari struktur berkulit membentuk seakan 'corong'. Di bahagian atas pula berlaku proses perbungaan unim berwarna terang sama ada warna merah terang atau kuning tua serta beberapa kombinasi warna. Keunikan kombinasi warna ini biasanya menjadikan tumbuhan bromeliads merupakan sejenis tanaman hiasan menarik dan berbentuk yang pelik. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai industri bromeliads dan cara-cara penjagaannya untuk dijadikan bahan rujukan semua.
  

Tumbuhan bromeliads sesuai diletakkan dihalaman rumah, dalam nurseri, diatas rak atau di atas meja studi dan yang paling popular masa kini adalah diletakkan di jendela atau tingkap rumah. Perkara ini dilakukan disebebkan tanaman bromelidas ini memang memerlukan cahaya matahari yang banyak. Bagaimana pun didapati bagi sesetengah spesis bromeliads ia perlu dikaji keperluan cahaya mataharinya kerana ada spesis yag perlukan banyak cahaya matahari sedangkan ada juga spesis yang akan menyebabkan daunnya terbakar. Jika daunnya rosak terbakar maka kesannya adalah tanaman itu mula menjadii layu dan tidak sihat dan boleh menyebabkan kematian. Bunga bromeliads memang tidak bertolak ansur dengan udara yang tertutup atau terhalang kerana ia perlukan keadaan sistem pengudaraan biasa. Oleh itu disyorkan agar semasa memilih lokasi meletakkan pasu bromeliads ditingkap rumah sebaiknya diletkkan pada tingkat pada arah timur. Ini membolehkan ia mendapat cahaya pagi yang banyak untuk membolehkan ia tumbuh dengan baik. Bagaimana pun dikalangan mereka yang tinggal di negara iklim temperate perlu dijaga agar pokok bromeliads ini tidak terkena kipas angin dan penghawa dingin atau tingkap terbuka di musim sejuk. Kemudahan untuk memberikan cahaya buatan perlu dilakukan terutama di musim dingin yang agak panjang berlaku agar pokok bromeliads hidup dengan baik. Beberapa laporan kajian menyatakan suhu optimum pada musim panas yang sesuai untuk bromeliad adalah 20 - 25 darjah Celcius sahaja. Pada musim sejuk pula perlu diawasi kerana asasnya tumbuhan bromeliads akan bertahan pada suhu sekeliling diantara 15 -18 darjah Celcius. Tumbuhan bromeliad adalah jenis termofilik dimana pada suhu sekeliling jatuh kepada 12 darjah Celcius menganggu pertumbuhannya. Di Malaysia pula lazimnya ia sesuai ditanam sepanjang tahun terutama dari spesis tropika dan perkara suhu tidak menjadi masaalah.

Penjagaan tanaman bromeliads merupakan satu aktiviti yang perlu diamalkan dan dicari info penting mengenainya. Bagaimana pun antara syarat penting untuk menjaga bunga ini adalah memastikan penyiraman mesti dapat dijalankan secara berkala. Memang sangat perlu peminat mempastikan kadar kelembapan sentiasa sesuai dan aktiviti untuk melembapkan tanah dilakukan dengan kerap terutama ketika musim panas (Sila lihat foto disebelah). Pada bulan-bulan panas, penyiraman disediakan hampir setiap hari. Sebaiknya penyiram dilakukan berhati-hati seperti dengan menuangkan air ke bahagian atas bromeliads bercorong yang dibentuk oleh susumam daunnya. Sekiranya sukar untuk melakukannya makan baja foliar cecair tersebut boleh dituangkan ke dalam tanah pasu. Pastikan sentiasa memeriksa dimana baja cecair tidak boleh dibiarkan bertakung di permukaan campuran tanah dalam pasu. Bagaimana pun diingatkan dimana pastikan mesti selalu ada air di dalamtanah pada pasu tersebut dan susun jadual penyiraman mengikut musim hujan atau musim panas. Disyorkan dalam keadaan biasa penyiraman dilakukan dengan kekerapan minima sekitar sekali sahaja seminggu. Penyiraman dengan betul mengikut jadual akan menghasilkan perumbuhan bromeliads yang sihat. Apa pun tanaman bromeliad memang sesuai dengan kadar kelembapan udara 70% dengan memeriksa kadar tahap kelembapan iaitu dengan menggunakan alat sesuai atau terkini gunakan aplikasi yang ada didalam Handphone sahaja. Dikawasan nurseri swasta mereka yang cukup modal akan menyiram dengan 'misting spray' sahaja menggunakan sistem yang sesuai. Dirumah pula boleh menggunakan botol semburan yang sesuai untuk menyembur halus tanaman bromeliads mengikut kesesuaian masa. Pastikan meniram dengan air paip yang telah dinyah klorin lebih dahulu. Kalau boleh bagi mendapatkan pertumbuah terbaik disyorkan untuk mengelap daun bromeliads denga kain lembap.

Penanaman bromeliads dengan menggunakan media tanah seuai dilakukan pada spesis yang tertentu. Dalam beberapa keadaan dilaporkan ada spesis b
romeliads suka jenis tanah agak berasid. Penanaman didalam pasu pula sebaiknya tidak digalakkan menggunakan tanah kebun untuk proses penyediaan bahan substrat. Pilihan terbaik ialah campuran tanah yang ada dijual di nurseri (3:2:1) dibeli untuk tujuan menanam bunga orkid dan lain-lain media pasu dimana lazimnya komponen pasir dan bahan organik ditambahkan. Jika ingin membuat tanah sendiri perlu disesuaikan dengan komponen memasukkan humus, tanah liat, arang atau pun sphagnum dan kemudian ianya dikeringkan dengan baik. Bagi pengurusan pembajaan disyorkan untuk menggunakan baka cecair (Foliar fertilizer) bagi tujuan memberi makan bromeliads untuk pembungaan. Perlu juga diingatkan untuk membezakan antara pemberian bagi baja daun dan baja akar. Dalam usaha memberikan baja daun sebaiknya baja cecair pekat untuk tanaman berbunga dibancuh dengan air dan komposisi yang dihasilkan dimasukkan ke dalam botol penyembur dan disembur kepada makhota (crown) sehingga basah. Untuk baja akar pula dilakukan dengan menyiram permukaan tanah  dengan komposisi baja foliar yang pekat. Teknologi yang diamalkan adalah dimana untuk tanaman bromeliads yang mana di puncak berbunga sebaiknya kekerapan memberi baja adalah 2 kali sebulan. Bagaimana pun dinegara temperate dilaporkan pada musim sejuk maka prosedur ini dikurangkan menjadi hanya sekali dalam 1-2 bulan sahaja. Sebagai perinatan dimana sebaiknya setelah membeli atau menanam bromeliads maka perlu dielakkan 'gegaran' semasa proses memindah, mengalih atau membawa tanaman tersebut. Begitu juga semasa memindahkan bromeliads yang telah membesar didalam pasu yang kecil. Mula-mula disediakan pasu yang lebih besar dan diisikan dengan media tanah sesuai sehingga penoh. Buat lubang penanaman ditengahnya dan tuang dengan air secukupnya (jangan terlalu banyak). Masukkan pokok bromeliads bersama akarnya dan dipadatkan pada bahagan perdu sehingga stabil dan letakkan dilokasi sesuai. Artikel ini dibahagikan kepada 2 segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BROMELIADS... MUDAH TANAMNYA...
BENIH DIBELI... DALAM PASU ADA...
PERLU DISIRAM... DAN JUGA DIBAJA...
AMALAN AGRONOMI... INFO DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(11 Jamadilawal 144H).
Posted from:
Langit Rimba Eco Resort,
Pantai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...