Support My Blog

Wednesday, April 20, 2022

KISAH BENIH KELAPA SG GULANG-GULANG

BENIH  KELAPA VARIETI SUNGAI GULANG-GULANG yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia semasa penulis blog bertugas dahulu bernombor CN16 ada banyak kisahnya didalam lamanweb dan nmedia lain. Taip sahaja kelapa SGG pastinya akan keluar iklan antaranya daripada Shopee, Lazada dan beberapa pengusaha nurseri mengenai tawaran bekalan benih kelapa SGG ini dengan pelbagai julat harga dan keterangannya. Penulis blog percaya ada kalangan petani dan individu yang bercadang atau telah membelinya secara on-line memandangkan iklan ini terus dipaparkan (Sila lihat foto diatas dan dibawah). Salah satu artikel yang akan anda jumpa adalah tulisan saya diposting pada 15/11/2014 bertajuk 'Kelapa - Varieti SGG (CN16)' yang mendapat lebih dari 19.8K buka dan membacanya. Artikel teknikal mengenai penjelasan varieti ini boleh diakses dengan pautan berikut (Sila klik disini). Kepada mereka yang belum membacanya maka boleh membuat kunjungan kepada lnik tersebut bagi memahaminya. Ini kerana ia ditulis semasa kelapa tersebut baru sahaja siap didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia. Semakin hari semakin ramai kalangan petani dan individu yang bertanya kepada penulis blog dan juga staff di Jabatan Pertanian Malaysia diseluruh negara bagaimana untuk mendapatkan benih tersebut. Ada kalangan yang bertanya mana lebih baik diantara enanam kelapa SGG berbanding dengan kelapa MATAG, Kelapa Tacunan, Kelapa pandan atau kelapa Malayan Tall. Pada penulis blog faktor terpenting didalam menanam apa juga varieti kelapa adalah ketulenan sumber benihnya. Ini kerana ada benih kelapa yang MESTI ditentusahkan sumbernya kerana pokok kelapa secara semulajadi melalukan pendebungaan terbuka. Ini menjadikan buah kelapa yang dihasilkan pelu di tentukan kaedah pengeluarannya secara terkawal bagi menentukan ketulenan benih yang dihasilkan. Antaranya adalah seperti kaedah pengasingan (isolation) ladang benih kelapa atau kaedah melalui prosedur pendebungaan terkawal (control pollination procedure). Hanya benih yang berkualiti dan dijamin ketulenannya akan memberikan pokok yang dikehendakki mengikut spesifikasi sebenar. Artikel pagi Jumaat ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa kisah mengenai benih kelapa SGG untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Dalam artikel tulisan saya diperjelaskan dimana Kelapa Varieti Sungai Gulang-gulang dengan nombor daftar CN16 dalam 'National Variety Listing' Jabatan Pertanian telah pun didaftarkan pada Julai 2013. Tanaman Kelapa (Cocos nucifera Linn.) merupakan tanaman penting di Malaysia dengan keluasan 96,500 hektar direkodkan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2014. Terkini terdapat seluas 84,228 hektar tanaman kelapa pada tahun 2021 dengan penghasilan sebanyak 566,696 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Pemerhatian penulis blog mendapati hampir 55% varieti kelapa yang ditanam adalah dari jenis Malayan Tall (CN1) diikuti dengan Kelapa matag (CN13, CN15, CN15) sekitar 15% dan sekitar 8% adalah kelapa varieti Pandan (CN6). Kelapa Matag kini telah mencecah keluasan sekitar 12,500 hektar diseluruh negara dengan kawasan utama berada di Johor, Perak dan Selangor mendominasi kelapa hibrid matag ini. Kini Kelapa Varieti Sungai Gulang-gulang (SGG) yang telah pun didaftarkan oleh Arwah Ismail bin Tahir iaitu petani dari kawasan kampongnya di Lot 160, Batu 5 1/2, Kg. Sg Gulang-gulang, Tanjong Karang, Selangor mulai dikenali ramai apabila selesai pendaftarannya. Pokok kelapa ini dipercayai wujud apabila berlaku mutasi atau pembiakan silang daripada jenis kelapa renek (dipercayai dari pokok induk Malayan Brown Dwarf - MBD) dengan beberapa pokok kelapa lain dipersekitarannya. Bagaimana pun ia masih tetap kategori kelapa renek dengan pokoknya yang sudah berbuah awal seperti yang penulis lawat di Stesyen Pertanian Sekendi, Sabak Bernam, Selangor dimana pokok induk di Sungai Gulang-gulang ditanam untuk penyelidikan (Sila lihat foto disebelah). Melihat saiz buah besar pada pokok berumur 3.5 tahun ini, saya rasa amat gembira untuk membuat penelitian ketika membuat penilaian teknikal pada pokok kelapa CN16 ini.

Menarik 
kerana ada banyak Facebook yang mengiklan juga benih kelapa SGG dengan pelbagai tawaran dan harga berserrta gambarnya. Penulis blog tertarik satu FB dengan nama https://www.facebook. com/ SGGCN16/posts/ 594458841105525/ yang banyak kisah mengenai kelapa SGG pastinya ada dialamnya. Postingnya yang terbaru adalah kenyataan dan perbincangan pada 18/2/2022 dimana -SGG hijau??. SGG didaftarkan di bawah kod varieti CN16 dengan warna oren. Jadi, tak ada SGG hijau!. Kalau jadi hijau, ada banyak sebab. Kalau ada SGG hijau.. Kod varieti dia apa? Siapa yg daftarkan? Kalau bukan ISMAIL BIN TAHIR yg daftarkan..jangan guna nama SGG. Wah memang menarik posting ini. Ada juga beberapa respon yang dikongsikan dalam FB tersebut seperti dibawah:-
  • Solihan Zahan
    Ni tn. Kelapa apa ni ye?
    1
    • Like
    • Reply
    • 1y
    • Author
      Kelapa SGG CN16
      Solihan Zahan minta maaf byk2 tuan. Sy tak kenal sgt jenis2 kelapa lain

      • Like
      • Reply
      • 1y
  • Han Too
    Pelepah sgg ni semasa peringkat semaian atau dlm usia setahun warna apa ya.? Oren atau hijau.? Atau spt gambar ni.👇
  • Paktam Perak
    Jenoh cari data SGG hijau tapi tak jumpa.. 😊😁😃
    klu sesiapa jumpa share ye.. 🤗

    • Like
    • Reply
    • 1y
    • Author
      Kelapa SGG CN16
      Paktam Perak mohon share jugak kalo ada yg jumpa..jenuh duk mikir dr mana datangnya 'sgg hijau' ni huhu
Nampaknya memang kelapa SGG ini sudah mendapat tempatnya yang tersendiri dikalangan petani. Bagaimana pun banyak perkara perlu diperjelaskan mengenai ciri-ciri kelapa SGG ini yang boleh didapati daripada Jabatan Pertanian Malaysia.

Penulis blog belum pernah membeli sebarang benih tanaman kecuali bijibenih (seeds) melalui on-line. Bagaimanakah agaknya benih kepada Matag dan kelapa SGG yang dibeili secara online ini agaknya seperti pokok yang sudah besar?. DI Shopee ada beberapa tawaran benih SGG dengan tanda harga diletakkn pada RM27 sepokok, harga RM35.00 sepokok dan harga RM15.00 sepokok (Sila lihat foto paling bawah sekali). Penulis blog tidak dapat menilai bagaimana rupa anakbenih kelapa SGG tersebut berdasarkan kepada foto yang disertakan kerana fotny ada yang menunjukkan pokok SGG berbuah dan ada yang tujukkan benih kelapa. Dalam Lazada pula ada beberapa iklan mengenai tawaran benih kelapa SGG dengan harga RM25.00 sepokok (Sila lihat foto disebelah). Ada 3 foto pada iklan di Lazada iaitu benih dan pokok serta buahnya. Bagaimana pun pada penulis blog sebaiknya pergi ke nurseri yang didaftarkan dengan Jabatan Pertanian dibawah Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) untuk mendapatkan sebarang benih tanaman terutamanya tanaman kekal seperti durian, kelapa dan sebagainya, Ini kerana Jabatan Pertanian Malaysia ada memeriksa benih-benih tanaman didalam nurseri yang sesuai dijual mengikuti prosedur pengesahan bahan tanaman. Elakkan membeli sembarangan seperti benih kelapa SGG ini kerana apabipa berbuah kelak baru tahu sama ada benih yang dibeli adalah tulen atau sebaliknya. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
KELAPA SGG... SG. GULANG2 ASALNYA....
RAMAI BERMINAT...UNTUK TANAMNYA...
BENIH DITAWARKAN... DI MANA-MANA...
PEMBACA SEMUA... PERLU WASPADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Jamadilakhir 1443H).
Posted from:
Taman Cendana, Melaka pada 13.4.22

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...