Support My Blog

Friday, April 8, 2022

KUEH TEPONG GOMAK - ENAKNYA!

KUEH TEPONG GOMAK
atau juga dikenali dengan nama lain sebagai 'Kuih tepung gomok' atau juga digelar sebagai 'Buah gomok/gomak' atau 'Kuih Buah Beluru' merupakan sejenis kuih yang popular di Malaysia terutama dikawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya seperti Kelantan dan Terengganu. Pada penulis bIog yang juga minat mendapatkan makanan ini dimana ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut dan berbentuk bulat getel dengan inti kelapa manis. Harga yang ditawarkan juga murah akan tetapi disebabkan ia mengenyangkan maka berbaloi dapat makan kuih ini. Selalunya apa yang dilihat adalah dimana di bahagian luar tepung gomok dilumur dengan tepung pulut atau pun dengan tepung kacang hijau untuk mengelakkannya daripada melekat sesama sendiri. Kuih tepung gomak ini popular kini sudah popular di seluruh Malaysia dan ada terdapat dijual secara meluas secara harian di kantin, pasar malam, pasar tani, pasaraya dan juga ada dihidangkan dibeberapa hotel terpilih. Pada penulis blog selain dari rasanya yang amat lazat didapati kueh ini mudah dihasilkan dan harganya juga adalah berpatutan. Penulis blog masih kurang jelas bagaimana nama 'Tepung Gomak' ini diberikan akan tetapi ia mungkin dikaitkan dengan bentuk kuih yang bulat gemuk. Bagaimana pun dalam filem P. Ramlee ada beberapa kisah bagaimana perkataan 'tepong gomak' digunakpakai dan kelakar. Bagaimana pun dikalangan orang Kelantan dimana perkataan 'Buoh Gomok' adalah nama yang diberikan kepada bentuknya yang bulat gemuk bersalut debu tepung gandum putih berintikan kelapa. Kueh tepung gomak ini adalah popular dan mudah dibeli diseluruh Malaysia dimana kalau hendak sangat pun pembaca blog tidak perlu menempah lebih awal. Kuih tepung gomak ini dikategorikan sebagak makanan snek atau kuih tradisional walau pun penulis blog dapati ia kurang diminati dikalangan golongan muda sebagi makanan harian kerana ia merupakan sejenis kuih yang manis. Perlu dijelaskan dimana penggunaan tepung pulut yang bagi menyalut bahagian luarnya juga selalu akan melekit pada jari orang yang memakannya dan ada inti manis didalamnya (Sila lihat foto diatas). Kueh ini bagaimana pun mudah lerai dengan salutan tepong tersebut dimana ada kes yang menyebabkan seseorang itu terpaksa berhati-hati ketika memakannya dan perlu membasuh tangan selepas memakannya. Artikel pagi Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan kisah mengenai kueh tepong gomak untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Te
rdapat banyak resepi menyediakan makanan kueh tepong gomak boleh dicari di internet. Pada penulis blog asas pembuatannya adalah sama cuma teknik 'finishing' dan kepakaran disesuaikan dengan citarasa akan menentukan hasil akhir kueh tepong gomak. Kepada semua pembaca yang teringin hendak makan kuih tepung gomak ini kalau hendak membuatnya sendiri pun boleh. Dapatkan bahan untuk menyalut kuih ini atau dipanggil sebagai 'abuk-abuk' iaitu sekitar 500g kacang hijau. Cara penyediaan dengan membasuh dan toskan kacang hijau dan kemudian ia digoreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat. Seterusnya ia perlu dikisar kacang tadi dengan menggunakan pengisar kering. Kisar sekejap sahaja untuk membuang kulitnya dahulu. Langkan selanjutnya adlan menampi untuk membuang kulit kacang hijau yang masih tertanggal. Kemudian barulah kisar kacang tersebut sehingga hancur dan menjadi tepung. Ayak kacang supaya mendapat tepung yang halus. Lakukan mengisar kacang sehingga semuanya habis. Akhirnya ia disimpan didalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih. Kedua adalah dengan menyedian bahan inti kueh tepong gomak iaitu terdiri daripada 1 biji kelapa parut, 200g (2ketul) gula melaka atau gula merah, 1/2 cawan gula pasir secukup rasa, 1 sudu besar tepung gandum, Secubit garam, 1 helai daun pandan dan air. Sebaiknya cara penyediaan dengan memasak gula melaka, gula pasir, sedikit garam dan daun pandan bersama air sehingga gula hancur dan kemudian diangkat dan tapiskan. Masukkan kelapa, tepung gandum ke dalam air gula tadi. Kacau sehingga inti masak dan sebati dian diangkat dan ia peru di sejukkan terlebih dahulu. Bagaimana pun untuk memudahkan kerja seterusnya boleh dibentul bulat akan inti terlebih dahulu dan ketepikan. Ketiga adalah menyediakan bahan untuk membuat kueh tepung gomak terdiri daripada 500g tepung pulut, sedikit garam dan air secukupnya, Cara-cara membuatnya dengan membancuh atau gaulkan tepung pulut dengan air yang telah dicampur sedikit garam (sesedap rasa) sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati atau sudah kental. Buat sama macam bancuhan kuih buah melaka dan kemudian diambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan. Pastikan untuk memasukkan inti kelapa dan bulatkan serta leperkan semula. Kemudian di masakkan air dan apabila sudah mendidih maka dimasukkan kueh dan masak sehingga kuih timbul (naik ke atas) dan barulan boleh diangkat. Akhir sekali adlah menggaulkan dengan tepung kacang hijau tadi sehingga menyaluti kueh tadi dan bolehlah dihidangkan.

Kisah kueh tepong gomak ini ada disiarkan dalam beberapa portal berita termasuk mstar.com bertajuk ' Kueh Gomak Yang Lembut dan Enak' untuk dikongsikan. Kueh yang d
iperbuat daripada tepung pulut dan bulat bentuknya, ia mempunyai inti kelapa manis serta dilumur dengan tepung pulut atau tepung kacang hijau bagi mengelakkan daripada melekat. Pertama adalah pembuatan doh yang perlu direbus terlebih dahulu sebelum disalutkan dengan tepung kacang hijau. Bahan-bahannya terdiri dari bahan doh iaitu 2 cawan tepung pulut, 1 sudu makan tepung gandum dan 1 cawan santan. Cara-caranya dimulakan iaitu dengan menyatukan tepung pulut dan tepung gandum. Kemudian dimasukkan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh dan pastikan doh tidak terlalu lembik atau keras. Kedua bagi bahan membuat inti diperlukan 3 cawan kelapa parut, 1 cawan gula merah, 1/2 cawan gula pasir, 1/2 cawan air, 1 sudu makan tepung gandum dibancuh dengan sedikit air serta 2 helai daun pandan disimpul.  Bagi mendapatkan kueh tepong gomak dimana proses pembuatan adalah cukup mudah akan tetapi hasilnya sangat lazat. Cara-cara buat inti  adalah dengan memasak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut. Kemudian tapiskan dan dimasukkan kelapa parut dalam larutan gula dan masak sehingga ia hampir kering. Sesudah itu masukkan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau semua bahan-bahan itu dengan api perlahan sehingga inti lembap. Biarkan ia sejuk. Ketiga adalan bagi menyediakan bahan salut kueh tepong gomak. Ia perlu bahan iaitu tepung kacang hijau secukupnya. Cara-cara membuatnya adalah dengan membentukkan doh menjadi bulat dan masukkan inti kelapa di dalamnya sebelum ianya direbus di dalam air mendidih. Perlu dipastikan doh yang direbus terapung sebelum diangkat menandakan ia telah masak. Kemudian dianglat dan ditoskan sebelum ianya digolekkan atau salut doh itu dengan tepung kacang hijau. Susun diatas bekas dan siap untuk dihidangkan.

Peminat filem P. Ramlee tentunya sudah berkali-kali menonton filem 'Seniman Bujang Lapok' dimana perkataan 'Tepong Gomak' menjadi lelucon yang menyebabkan ramai ketawa. Putihnya muka macam tepung gomak didalam babak dimana Azis Satar mengenakan bedak tersebut dimukanya. Antara dailog popular adalah "Hey Raja Kapor, Kenapa mukamu macam tepong gomak?". Ahmad Nisfu bertanya " Aik.... itu bedak ke kapor?' dan dijawab oleh Aziz "Bedak tuan...". Mereka semua sebenarnya membuat persediaan untuk shooting menjadi pelakon dimana semua aksinya memang cukup kreatif. Dan dailog yang paling win didalam filem tersebut pastinya adalah "Walau pun rupamu tidak ku kenal, namun lubang hidungmu tetap jadi pujaan hatiku...".  Dalam membuat rujukan kepada sumber berlainan ada dipersoalkan sama ada betul ke sejak azali lagi warna tepung itu putih?. Persoalan tahukah pembaca dimana bahan pemutih digunakan untuk memutihkan tepung gandum yang anda makan ada pihak mengatakan ianya selamat digunakan dengan kadar tertentu. Ada juga pendapat pihak lain yang mengatakan ianya merbahaya dan boleh menyebabkan kes penyakit kronik. Digalakan dikalangan pengguna perlu cari kepastian maklumat sebenar sebelum membuat pilihan yang bijak bagi menjamin kesihatan diri dan keluarga. Dilaporkan dimana tepung adalah komponen asas dalam semua penaik di seluruh dunia akan tetapi apa sebenarnya tepung dan mengapa terdapat begitu banyak jenis dan apakah perbezaan besar antara gandum utuh dan tepung putih. Adalah penting untuk memperhatikan tepung yang kita beli. Melihat dari bungkusan tepong secara automatik dilihat bahawa warna, berbeza, tekstur dan pembungkusannya di pasar raya ada yang sering melihat bahawa ada jenis tepung gandum lebih mahal dari jenama lain. Umum ada yang tahu bahawa tepung terdiri dari biji-bijian gandum dimana ia mempunyai tiga bahagian untuk diproses iaitu dedak yang dibungkus dengan serat, endosperma atau bahagian terbesar biji dan terdiri daripada kebanyakan pati, dan kuman dan embrio iaitu biji kaya nutrien. Tepung gandum putih dan gandum yang lain baik disediakan dari bijirin gandum secara berbeza. Tepung putih adalah perkara yang sering diambil terlebih dahulu di pasar raya dan terdapat dalam banyak roti dan roti biasa. Ia dianggap memang sedap tetapi sayangnya tepung putih hanya terdiri daripada bahagian gandum endosperma dan ia menghapuskan banyak nutrien bijirin . Ini kerana mesin penggilingan gandum gandum sekarang ini cepat, sukar dan dibina untuk pengeluaran besar-besaran juga membolehkan tepung putih dijual dengan harga murah. Tepung putih pula selalunya dilunturkan dengan ejen pemutihan yang bersifat kimia bertujuan agar kelihatan bersih dan suci. Ketiadaan kuman juga meningkatkan jangka hayat tepung yang diproses menyebabkannya lebih kerap dijumpai. Tepung gandum utuh merangkumi dedak, endosperma, dan kuman bijirin gandum yang memberikan warna yang sedikit lebih gelap dan selalu menjadikannya lebih berkhasiat. Ia sering digiling batu untuk melindungi dedak dan kuman, dan kehadiran kuman juga mengurangkan jangka hayat, sebab itulah ia lebih sukar dicari. Dimanakah kedudukan 'tepong gomak' didalam artikel kali ini boleh pembaca fikirkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
KUEH TEPONG GOMAK... APA DIA...
MUDAH DIBUAT... ADA 3 PROSESNYA...
BERKHASIAT ... TRADISIONAL DIA...
FILEM P. RAMLEE... ADA KISAHNYA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1238, Le Meridien Hotel,
Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Konabalu,
Sabah, Malaysia.
(5 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...