Support My Blog

Saturday, April 23, 2022

PEMBANGUNAN INDUSTRI KELAPA - JABATAN PERTANIAN

PEMBANGUNAN INDUSTRI KELAPA
di Malaysia bagi sektor pekebun kecil diterajui oleh Jabatan Pertanian. Tanaman Kelapa (Cocos nucifera) merupakan sejenis tanaman yang keempat terpenting di negara kita selepas tanaman Kelapa Sawit (Elaeis guineensis), Getah (Hevea brazilliensis) dan Padi (Oryza sativa). Pada penulis blog yang banyak menulis artikel mengenai tanaman kelapa mendapati tanaman ini menjadi penting apabila negara perlu mengimport jutaan biji kelapa tua dari negara jiran untuk membolehkan permintaan kelapa tempatan dipenuhi. Industri kelapa masih merupakan industri penting kepada negara kerana ia juga menyumbang kepada sosioekonomi negara khususnya dalam pembasmian kemiskinan dikalangan pekebun kecil kelapa. Disamping itu industri kelapa penting untuk memenuhi keperluan industri kelapa segar dan pemprosesan prodik asas kelapa negara disamping berkeupayaan menjana sumber pertumbuhan baru saperti industri terkini seperti pengeluaran produk minyak kelapa dara atau Virgin Coconut Oil (VCO). Penulis blog dapati dimana pada tahun 2021, Malaysia mempunyai kira-kira 84,228 hektar kelapa melibatkan 80,000 keluarga tani yang menghasilkan lebih kurang 566,595 metrik tan biji berdasarkan kepada hasil purata kelapa sebanyak 3,500 biji/hektar/tahun (Sumber: Booklet Statistik Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Sebahagian besar dari varieti yang ditanam sedia ada adalah dari jenis tradisional seperti Malayan Tall (80%), manakala bakinya adalah dari jenis hibrid komersil seperti MATAG (15%), pandan (4%) dan MAWA (1%). Dilaporkan dimana data semasa menunjukkan dimana sekitar 61% dari keluasan kelapa Malaysia terletak di Semenanjung Malaysia. Kawasan utama tanaman kelapa adalah Hilir Perak, Sabak Bernam, Samarahan, Batu Pahat sementara di Sabah banyak kelapa dikawasan Kudat dan Tawau. Industri penanaman kelapa semakin merosot sepanjang tahun disebabkan oleh banyak faktor terutama penggantian tanaman kelapa dengan tanaman kelapa sawit. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan strategi pembangunan industri kelapa di Malaysia yang pernahm sedang dan akan dilaksanakan terutama untuk sektor pekebun kecil bagi rujukkan pembaca blog semua.

Industri kelapa telah dijadikan satu sektor penting selepas berlaku kekurangan bekalan kela tempatan semenjak lebih 20 tahun berlalu. Malaysia kini terpaksa mengimport jutaan biji kelapa terutama dari negara Indonesia bagi menampung kekurangan bekalan tempatan untuk kilang dan dimusim perayaan. Hanya mereka yang mempunyai permit import (AP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAF) boleh membawa masuk kelapa. Kebanyakan kelapa ini dibawa masuk ke Malaysia melalui pelabuhan Batu Pahat, Johor dan bakinya melalui beberapa pintu masuk lain (Sila lihat foto disebelah). DI Malaysia industri tanaman kelapa memang terus dicabar keberadaannya dimana dia
ntara cabaran utama yang dihadapi oleh industri kelapa negara pada masa kini ialah sepert penghasilan kelapa yang rendah disebabkan pokok-pokok yang telah tua (Senile tree). Kebanyakan pokok kela ini ditanam pada tahun 1970'an sehingga 1980'an melalui Program Rancangan Pemulihan Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) yang mana program ini diberhentikan pada tahun 1983. Dilaporkan dahulu juga dimana hasil dari pendapatan pekebun kecil kelapa kurang RM 500/bulan (purata RM 419/bulan) dimana kadar ini didakwa berada dibawah paras kemiskinan di Semenanjung Malaysia masa itu sekitar RM661/bulan (laporan pada tahun 2004). Ini menyebabkan ramai pekebun kecil menebang kelapa dan menggantikannya dengan kelapa sawit dari masa tersebut.  Dilaporkan juga jumlah pengeluaran kelapa negara masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan kelapa segar dan industri pemprosesan negara. 

Bagaimana pun penulis blog yang pernah terlibat terus dengan pembangunan industri kelapa di Malaysia semasa bertugas di Jabatan Pertanian mendapati dimana industri kelapa masih memain peranan penting dalam perdagangan negara. Salah satu kilang terbesar memproses kelapa di Malaysia adalah Linaco Sdn Bhd di Batu Pahat yang memproses lebih 20 juta biji kelapa setahun. Antara produk utama syarikat ini adalah santan kelapa (ienama popular dan minuman Vita Coco untuk pasaran domestik dan eksport. Penulis blog beberapa kali membuat pemeriksaan semasa proses pembaharuan AP dikilang ini dahulu 
(Sila lihat foto disebelah). Malaysia merupakan salah satu negara pengeksport produk berasaskan kelapa yang hebat didunia dengan nilai lebih RM600 juta setahun, Negara lain yang banyak eksport produk asas kelapa adalah Indonesia, Filipina dan Indiaa juga beberapa negara lain. Sebahagian besar daripada eksport terdiri daripada minyak kelapa dan produk-produk kelapa seperti karbon teraktif, kelapa parut kering dan santan/serbuk santan manakala import utama terdiri daripada minyak kelapa, karbon teraktif, kopra dan kelapa segar. Sebehagian besar kelapa yang diproses ini adalah kelapa import dan hanya sekitar kurang 20% merupakan bekalan kelapa tempatan. Apa jadi sekiranya negara jiran Indonesia menghentikan eksport kelapa ke Malaysia pada masa akan datang?. Strategi betul perlu dilakukan demi mempastikan penghasilan kelapa tempatan terjamin.  

Merujuk kepada maklumat dari Jabatan Pertanian dimana antara o
bjektif projek Pembangunan Industri Kelapa ini ialah untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil kelapa kepada RM 1,000/bulan, meningkatkan hasil kelapa kepada 22,000 biji/ha/tahun melalui penanaman semula dengan jenis hibrid dan pandan. Objektif lain juga termasuk untuk meningkatkan hasil kelapa dikawasan sedia ada dari 3,500 biji/ha/tahun kepada 7,000 biji/ha/tahun melalui aktiviti pemulihan. Dihatrap projek ini akan meningkatkan pengeluaran dan bekalan benih kelapa hibrid (MATAG) dan kelapa pandan untuk idedarkan kepada petani. Ia juga dilaporkan akan dapat memenuhi keperluan kelapa segar dan industri serta mengujudkan peluang aktiviti perniagaan sepanjang rantaian nilai. Penulis blog diberitahu dimana berdasarkan cabaran-cabaran yang dihadapi maka usaha untuk memulihkan industri kelapa negara perlu diteruskan dengan strategi meningkatkan produktiviti supaya pendapatan pekebun kecil turut meningkat dan bekalan kelapa negara bertambah bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan dan eksport. Kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah membangunkan industri kelapa semenjak RMK ke 10 dan disambung sehingga RMK ke12.  Dilaporkan dimana projek ini akan dilaksanakan melalui 2 subprojek utama iaitu pendekatan Projek Pemulihan Tanaman Kelapa dan Projek Tanaman Baru Kelapa. Projek pemulihan ini bertujuan untuk memulihkan kawasan-kawasan kelapa sedia ada yang masih produktif supaya hasil dapat ditingkatkan dari 3,500 biji/ha/tahun kepada produktiviti sehingga 7,000 biji/ha/tahun. Bantuan pada kadar RM5,500/ha untuk tempoh selama tiga (3) tahun bagi tujuan membiayai kemudahan input untuk tanaman kelapa dan tanaman integrasi, pembaikan saliran, penjarangan dan sulaman pokok-pokok tua. Pecahan peruntukan mengikut tahun adalah seperti dimana pada tahun pertama diberikan bantuan pada kadar RM 2,500/ha untuk pembaikan infrastruktur termasuk kerja penyelenggaraan sistem perparitan/pagar serta bantuan input-input pertanian serta sulaman/integrasi dgn tanaman lain. Kemudian pada tahun ke 2 pula diberikan bantuan pada kadar RM 1,500/ha untuk input pertanian (baja, racun serangga , racun rumpai dan peralatan) serta input integrasi. Akhirnya pada tahun ke 3 diberikan bantuan pada kadar RM 1,500/ha untuk input pertanian (baja, racun serangga, racun rumpai dan peralatan) serta input integrasi. 

Seterusnya Projek tanaman baru kelapa atau dipanggil juga sebagai projek Promosi Teknologi Kelapa. Ia bertujuan untuk menilai teknologi-teknologi terbaru berkaitan tanaman kelapa yang akan dilaksanakan di ladang petani yang terpilih supaya ia menjadi petak contoh kepada petani-petani sekitar. Kadar bantuan tidak melebihi RM 20,000/ha akan disediakan bagi membiayai kerja-kerja pembersihan kawasan, pembinaan parit, bekalan input dan bahan-bahan tanaman serta kos tenaga. Jenis bantuan diberikan selama 4 tahun dimana pada tahun pertama diberikan bantuan pada kadar RM 12,300/ha untuk membiayai aktiviti penebangan atau pembersihan kawasan, membina sistem perparitan, menambak tanah antara dua parit(cambering), pagar, jalan ladang, input tanaman(cambering), pagar, jalan ladang, input tanaman kelapa/perusahaan integrasi. Bantuan ini juga termasuk kos tenaga dimana anggaran kos infra sekitar RM 7,000/ha, benih dan input dan kos tenaga sekitar RM5,300/ha. Pada tahun ke 2 pula diberikan bantuan pada kadar RM 2,800/ha untuk benih (sulaman), baja, racun serangga , racun rumpai dan kos tenaga. Sementara itu dilaporkan pada tahun ke 3 diberikan bantuan pada kadar RM 2,600/ha untuk baja racun serangga , racun rumpai dan kos tenaga. Akhirnya pada tahun ke 4 diberikan bantuan pada kadar RM 2,300/ha untuk input baja, racun serangga , racun rumpai dan kos tenaga. Tanaman kelapa dijangka mula berbuah selepas 3.5 tahun dikebun jika dijaga dengan baik. Sesiapa yang ingin memajukan tanaman kelapa sebaiknya bertanya kepada pejabat pertanian yang berdekatan intuk mendapatkan maklumat lanjut dan info terkini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
SUDAH MINAT....MENANAM KELAPA...
JABATAN PERTANIAN... PERGI TANYA...
BANTUAN...POHON ISI BORANGNYA...
TANAM KELAPA... ADA POTENSINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...