Support My Blog

Thursday, April 21, 2022

PISAU TOREH GETAH DAN KISAHNYA

PISAU TOREH GETAH
merupakan satu alat khas yang mana diperbuat daripada bahan logam atau metal yang digunakan untuk menoreh pokok getah. Pisau Toreh Getah merupakan alat terpenting kepada semua penoreh getah didunia termasuk di Malaysia dengan pelbagai rekabentuk, saiz, ukuran, sama ada ia jenis tradisional dan jenis termoden. Kulit pokok getah yang matang (Hevea brazilliensis) akan mengeluarkan susu getah (Latex) apabila kulitnya diguris melalui teknik torehan yang betul pada lapisan kulit nya (Cambium layer). Kemahiran menoreh sejak kecil lagi memberikan kualiti torehan yang sederhana baik pada lapisan kulit. Walau pun kini telah ada inovasi alatan menoreh elektronik tetapi teknik menoreh getah kaedah menoreh menggunakan pisau toreh masih lagi unggul dengan meluas dijalankan dikawasan estet getah dan oleh pekebun-pekebun kecil getah. Jenis pisau toreh dan tahap kemahiran menoreh adalah dua perkara yang penting didalam industri getah negara. Kedua-dua faktur tersebut digabungkan dengan faktur kesuburan pokok getah, suhu dan 'waktu' masa menoreh serta ketajaman pisau toreh merupakan penentu pengeluaran susu getah daripada batang pokok yang ditoreh. Pisau Toreh yang sangat tajam dan kaedah torehan akan menghasilkan susu getah yang lebih banyak berbanding dengan pisau toreh yang tumpul. Pisau toreh logam perlu diasah dengan 'batu asah' setiap kali sebelum menoreh getah unntuk mempastikan ketajamannya. Pada saya pisau toreh 'tolak' adalah paling saya gemari kerana ia mudah mengikut bentuk lenturan kulit pokok. Cara mengasah mata pisau juga ada tekniknya iaitu dengan menggunakan batu asah kasar dan diakhiri dengan jenis batu asah halus untuk melicin dan menajamkan mata pisau. Batu asah ini lama kelamaan akan menjadi lekuk mengikut bentuk mata pisau toreh. Pengalaman saya juga mendapati jika pisau toreh tidak diasah, susu getah yang keluar hanya separuh sahaja daripada kebiasaannya. Ini disebabkan pisau toreh yang sangat tumpul akan menutup liang saluran latek pada kulit pokok getah. Artikel petang ini dari Bandaraya Melaka saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah menarik berkait dengan pisau toreh untuk dijadikan bahan bacaan semua.

Beberapa portal media tempatan termasuk bharian.com paparkan kisah '
Inovasi pisau toreh lanjutkan usia pokok getah' pada tahun 2016. Berita dari Putrajaya paparkan dimana empat orang pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berjaya mencipta mesin menoreh getah automatik dinamakan 'MeMGA' yang berpotensi memudahkan kerja penoreh (Sila lihat foto disebelah).  Inovasi itu dihasilkan sekumpulan pelajar Jurusan Kejuruteraan UniKL Cawangan Kulim, Kedah, terdiri daripada Rahmattullah Suleiman, Muhammad Termizi Muhamad dan Ahmad Salihin Baseri, masing-masing 24 tahun, bersama Atiqurahman Amran, 23 sambil dibantu pensyarah iaitu Mohd Riduan Ibrahim. MeMGA adalah alat menoreh kulit pokok getah berkonsepkan putaran mata pisau seperti berus gigi bermotor, yang mampu mempercepatkan kerja tanpa menyebabkan kecacatan pada teras pohon terbabit. Inovasi itu bermula daripada idea membantu penoreh getah meningkatkan hasil susu kerana golongan berkenaan sering berhadapan kekurangan hasil apabila kulit pokok rosak ketika menoreh menggunakan pisau torehan biasa. Selain mesin ini  menjimatkan masa, MeMGA juga dapat mengurangkan penggunaan tenaga ketika menoreh getah terutama kepada golongan yang lebih berusia. Inovasi Mesin menoreh getah automatik (MeMGA) memudah dan mempercepatkan proses torehan. Inovasi kumpulan itu mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Juara Nasional dalam Pertandingan Memasyarakatkan Inovasi Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2016 (MyInovasi) yang dianjurkan Kementerian Pendidikan Tinggi yang menerima hadiah dalam bentuk geran bernilai RM50,000. Mereka mengambil masa hampir lapan bulan bagi menyiapkan inovasi terbabit dengan menjadikan konsep berus gigi elektronik sebagai inspirasi menghasilkan peralatan berkenaan. Penggunaan MeMGA mampu menghasilkan longkang torehan yang baik untuk mengalirkan susu getah dan masa sama tidak merosakkan teras pokok. Jika menggunakan pisau toreh biasa, penoreh akan menggunakan tekanan sedalam dua milimeter (mm) berbanding dengan MeMGA yang hanya menggesel sedalam 0.5 mm. Penggunaan MeMGA ini dapat menggandakan empat kali torehan berbanding pisau biasa, sekali gus ianya akan memanjangkan jangka hayat pengeluaran susu getah pada setiap pokok. Alat ini sangat mudah digunakan kerana konsep asalnya adalah sebuah alat penebuk lubang elektronik yang menggunakan kuasa bateri cas semula. Inovasi ini turut dilengkapi dengan lampu suluh yang dipasang berdekatan mata pisau, yang memudahkan kerja torehan dijalankan pada awal pagi. MeMGA diyakini berkesan dan mampu untuk dikomersialkan kerana kos penghasilan sangat rendah iatu kira-kira RM300 seunit.

Portal berita sinarharian.com bertajuk 'Teknik torehan betul, tingkat hasil getah' wajar dikongsikan dalam artikel kali ini. Kisah dari Melaka menyatakan dimana hasil getah mampu dipertingkatkan sekiranya pekebun dan penoreh di negara ini menggunakan teknik torehan yang betul. Menurut Setiausaha Agung Lembaga Penyelidikan Dan Pembangunan Getah menyatakan bagaimanapun penggunaan teknik yang betul kurang diberikan perhatian oleh golongan terbabit sedangkan ia dapat menghasilkan getah yang berkualiti dan tidak mustahil harga hasil tanaman tersebut meningkat. Kini pihak LGM tidak pernah meminggirkan golongan penoreh getah memandangkan 95 peratus hasil pengeluaran getah dunia adalah dari pekebun kecil dan dari masa ke semasa mereka perlu didedahkan dengan kursus-kursus mahupun teknik penting itu secara berperingkat. Penorehan itu aktiviti penting dimana jika cara penorehan tidak betul atau tidak mengikut seperti yang disyorkan ianya akan menjejaskan jumlah hasil pengeluaran getah. Dipercayai ada sesetengah pengusaha ladang getah mengupah penoreh (ada yang warga asing) namun tidak pula mengambil tahu dan peka dengan teknik torehan yang mereka dilakukan. Didakwa diaman di Thailand, kebanyakan penoreh getah di sana mengasah pisau selama tiga hari sebelum mula menoreh tetapi berbeza di Malaysia dimana penoreh hanya mengasah sebelum meroneh atau ramai yang tidak mengasah pisaunya dengan baik. Apa pun sebenarnya di Malaysia ada latihan (torehan) namun ramai pekebun kecil getah tempatan yang tidak tahu dan LGM akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Perkara ini diberitahu 
kepada pemberita selepas majlis perasmian MRB-IRRDB International Workshop on Soil Fertility, Good Agricultural Practices (GAP) and Productivity di Hotel Mahkota, Banda Hilir, Melaka. Kerajaan berhasrat untuk memaksimumkan penggunaan bahan mentah tersebut dalam projek-projek mega seperti Kereta Api Pantai Timur (ECRL) menerusi kepelbagaian produk termasuk peralatan keselamatan pekerja dan sebagainya. Cara ini akan dapat meningkatkan jumlah permintaan penggunaan getah di negara ini walaupun Malaysia merupakan antara negara pengeluar sarung tangan getah terbesar. Malaysia kini tidak seharusnya fokus untuk ‘supply site’ bagi pengeluaran sahaja, namun perlu juga usaha meningkatkan permintaan dan penggunaan getah dalam negara.

Kepada penoreh getah sama ada sebagai pekebun kecil dikebun sendiri atau mengambil upah atau pun pekerja ladang getah aktiviti mengasah pisau toreh merupakan satu perkara yang sangat kritikal. Kemahiran mengasah dengan teknik yang betul dan peralatan gigunakan akan menentukan ketajaman pusai toreh dimana ianya adalah sangat berkait dengan susu getah (lateks) yang akan dihasilkan dari setiap pokok getah. Penulis blog yang merupakan anak kepada penoreh getah memang tidak asing dengan cara bagaimana untuk mengasah pisau toreh yang betul dahulu. Akibat sudah lama tidak tinggal dikampong untuk menoreh getah maka kini kemahiran mengasah pisau toreh ini sudah 'hilang'. Adalah amat penting untuk mengetahui akan kepentingan mengasah pisau toreh sebelum menoreh kerana ia seakan 'penentu susu getah yang akan keluar'. Cara mengasah mata pisau toren sama ada jenis pisau toreh 'sodok' atau 'pisau toreh tarik' sebenarnya mempunyai konsep yang serupa. Perlu dikatahui dimana mengasah pisau toreh ini ada tekniknya tersendiri  iaitu mula-mula mesti diasah dengan menggunakan Batu Asah Kasar dan diakhiri dengan jenis Batu Asah Halus untuk melicin dan menajamkan mata pisau. Harga batu asah ini diantara RM7.00 - RM13.00 satu unit bergantung kepada jenama dan saiznya. Zaman saya kecil dahulu (1970'an) harga batu asah kurang dari RM2.00 sebiji. Kini peralatan untuk menoreh getahseperti pisau toren dan batu asah sudah boleh dibeli melalui on-line seperti di Lazada dan Shopee (Sila lihat foto paling bawah) di Malaysia. Jenis Batu Asah Kasar mempunyai permukaan batu asah yang kasar dan yang halus memang sangat halus permukaannya. Apa pun memang ramai penoreg tahu jika pisau toreh tidak diasah dengan cukup tajam maka susu getah yang keluar mungkin hanya separuh sahaja daripada kebiasaannya. Perkara ini disahkan oleh saintis dan penyelidik kerana ia berkait dengan selalu ia disebabkan pisau toreh yang tumpul akan menutup liang saluran latek pada pokok getah. Susu getah yang sepetutnya dapat keluar dari torehan akan terhenti dengan cepat jika pisau toreh digunakan tumpul. Sebaiknya mengasah pisau dilakukan 3 hari sebelum digunakan dan perlulah ada stock pisau toreh dengan bilangan mencukupi untuk tempoh menoreh tersebut. Rata-rata pekebun kecil getah di Malaysia hanya mempunya satu unit atau dua sahaja pisau toreh digunakan. Mereka akan ganti apabila 'sudah habis' mata pisau tersebut.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
PISAU TOREH... SERING DIGUNA...
ADA JENIS TOLAK... TAREK JUGA...
PERLU DIASAH... TAJAM SENTIASA...
ALAT EKETRIK... INOVASI DAH ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana off Jalan Isa=tana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(16 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...