Support My Blog

Friday, April 15, 2022

SEKTOR PERTANIAN - APA KATA MENTERI

APA KATA MENTERI PERTANIAN
mengenai bagaimana untuk meningkatkan usaha transformasi sektor pertanian di Malaysia. Penulis blog yang beberapa kali pernah bersemuka dengan YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee iaitu Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Salah satu kenyataan menteri MAFI ada disiarkan dalam media tempatan pada Mei 2020 yang penulis blog dapati wajar dijadikan satu rujukkan. Dalam portal bharian.com yang dirujuk menunjukkan dimana beliau telah membuat tinjauan di projek pertanian moden seperti pertanian menengak (vertikal farming) yang dakwanya antara kaedah digunakan banyak negara bagi mengatasi masalah kekurangan tanah untuk bercucuk tanam (Sila lihat foto disebelah). Beliau yang telah menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang besar dan penting memang ianya menuntut tanggungjawab hebat serta amanah cukup besar. Penulis blog sepanjang bertugas di sektor ini memang banyak menteri pertanian yang dilantik untuk menjalankan tanggungjawabnya. Ada yang memberikan impak dalam kementerian ini seperti YB Sanusi Junid, YB Anwar Ibrahim (Bekas TPM), YB Muhyiddin (Bekas PM), YB Ismail Sabri (Kini PM), YB Sabery Cheek, YB Salahuddin Ayub dan banyak lagi yang tersenarai. Banyak dasar dan strategi dibuat didalam mempastikan sektor pertanian megara terus berfungsi dengan signifikan didalam menjamin kedaulatan dan keselamatan makanan negara. Terkini pada 2020 walaupun nama kementerian diubah YB Ronald Kiandee berpendapat dimana ia tidak lari daripada perjuangan asal untuk menerajui transformasi pertanian supaya menjadi sektor moden dan kompetitif sehingga memberi pulangan lumayan kepada pengusaha tanaman, ternakan dan perikanan. Kerajaan melihat keperluan untuk menerajui industri makanan secara keseluruhan. Maksudnya, bukan sahaja konteks pengeluaran atau pembekal makanan, tetapi keseluruhan rantaian nilai makanan. Sudah tentu ini perlu dilakukan melalui pendekatan baharu dan luar kebiasaan bagi memastikan kementerian ini dapat menghadapi cabaran sekuriti makanan termasuk kesan serius dihadapi semasa pendemik wabak COVID-19 melanda dan pasca pandemik. Pada penulis blog cabaran dalam sektor ini akan lebih hebat dimasa sekarang dan akan datang dengan peperangan Rusia-Ukraine, pemanasan global, kos bahan input pertanian (purata meningkat 57%) dan juga kecukupan bekalan makanan dunia. Artikel subuh Khamis ini selepas bersahur 12 Ramadan 1443H apa salahnya saya menulis semula sedutan beberapa media tempatan dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai transformasi sektor pertanian Malaysia dari kaca menteri untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.
 
Menteri MAFI menyatakan dimana dia amat yakin melalui barisan tenaga kerja berpengalaman di MAFI (dulu MOA) yang memiliki kepakaran dalam semua bidang masing-masing maka tanggungjawab besar ini akan dapat digalas dengan baik. Apabila b
ercakap soal sekuriti makanan negara adalahmenjadi cabaran besar buat kementerian untuk mencapai sasaran tahap sara diri (SSL) 75 peratus. Ketika ini tahap pengeluaran padi dan beras sebagai makan ruji negara hanya mampu memenuhi 70 peratus keperluan manakala baki diimport dari pelbagai sumber termasuk daripada negara-negara seperti dari India (beras premium Basmati), Thailand (Beras wangi -Jasmine Rice), Vietnam dan dari beberapa lagi. Banyak isu perlu dilihat termasuk kekurangan tanah pertanian, pengurusan tanah pertanian, kualiti benih dan baja, serangan penyakit, kekurangan sumber air, umur majoriti pesawah, isu dalam pelaksanaan subsidi dan insentif kerajaan, masalah kekurangan data serta isu lain pada peringkat rantaian pengeluaran. Ia juga menyebabkan kos pengeluaran padi tinggi di Malaysia. Kini sudah sampai masanya pengeluaran makanan dibangunkan sebagai sektor moden, berdaya saing dan komersial. Namun terdapat juga  persoalan di mana kedudukan Malaysia ketika ini?, Apa pun jika dilihat dimana kedudukan Global Food Security Index (GFSI) negara meningkat daripada 40 pada 2018 kepada 28 daripada 113 negara pada 2019 iaitu dengan skor 73.8 iaitu pada tahap 'pencapaian baik'. Malaysia dilaporkan berada lebih ke hadapan berbanding Korea Selatan (29) dan China (35). Kedudukan pada 2019 juga bertambah baik dari segi kemampuan makanan (daripada 36 kepada 28) dan keberadaan makanan (daripada 38 kepada 42).  Bagaimana pun kedudukan keselamatan makanan dan kualiti menurun daripada tangga 38 kepada 42. Walaupun kedudukan ini boleh dilihat agak selesa, ada ruang perlu ditambah baik. Ketika ini Dasar Agromakanan Negara (2011-2020) pada peringkat akhir pelaksanaan, begitu juga denan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11). Berdasarkan prestasi semasa dilaporkan sektor agromakanan mencapai pertumbuhan 3.1 peratus berbanding sasaran 5.4 peratus ditetapkan.

Kini Dasar Agromakanan Negara 2.0 (2021-2030) serta RMKe-12 (2021-2025) sedang dirangka dan pasti tumpuan khusus akan turut diberi kepada usaha transformasi sektor ini melalui Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0). Sasarannya untuk memberi suntikan lebih moden. 
Teknologi seperti penggunaan dron, sistem pertanian pintar, kecerdasan buatan (AI) dan data raya dengan dibantu peningkatan penggunaan mekanisasi, benih bermutu yang rintang penyakit serta berdaya tahan tinggi daripada kesan perubahan iklim serta amalan agronomik mapan, akan dapat mengubah landskap sektor agromakanan negara dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang. Penulis b;og me;ohat bagaimana drone sudah agak meluas digunakan untuk aktiviti penyemburan bahan kimia di sawah padi, ladang nanas dan sebagainya (Sila lihat foto disebelah). Ia selaras dengan dasar MAFI membangunkan teknologi tersebut d Malaysia dimasa sekarang dan akan datang. Kementerian sentiasa memberi galakan kepada kumpulan sasar untuk mengusahakan aktiviti pertanian secara moden dengan aplikasi teknologi moden dan inovasi. Inisiatif ini dapat dilihat ketika pembentangan Bajet atau Belanjawan 2020 apabila RM43 juta diperuntukkan ke arah pembangunan Industri Pertanian 4.0 bagi tujuan untuk membangunkan baka berkualiti dan berproduktiviti tinggi, seterusnya memacu ekonomi negara melalui sektor agromakanan.

Melihat kembali cabaran dihadapi seperti berlakunya pertambahan penduduk yang dianggarkan meningkat pada kadar 1.1 peratus setahun memerlukan usaha penghasilan bahan makanan setimpal. Isi ini turut memberi kesan kenaikan import bahan makanan seperti sering selalu ada dinyatakan di Malaysia. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai import makanan untuk dibaca selengkapnya dengan pautan berikut (Sila klik disini). Dalam tulisan saya yang merujuk kepada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyatakan dimana 
pada suku pertama (ST1) 2020, imbangan dagangan Malaysia mencatatkan lebihan dengan nilai RM37.0 bilion iaitu kadar peningkatan sebanyak 0.1 peratus berbanding suku yang sama tahun lepas. Jumlah dagangan pada ST1 2020 menunjukkan momentum positif pada kadar 1.2 peratus kepada RM440.4 bilion yang disumbangkan oleh peningkatan eksport dan import pada suku semasa, yang naik masing-masing sebanyak 1.1 peratus dan 1.3 peratus. Namun berikutan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kadar pertumbuhan eksport Malaysia berdasarkan jangkaan pihak BNM akan jatuh sebanyak 13.6 peratus. Antara cabaran lain perdagangan Malaysia adalah kebergantungan import kepada penghasilan produk eksport negara yang seterusnya memberi kesan kepada nilai ditambah sektor luaran di Malaysia. Sebahagian besar daripada industri berorientasikan eksport di Malaysia merekodkan kebergantungan yang tinggi terhadap input perantaraan yang diimport. Pada masa sama guna tanah pertanian untuk sektor agromakanan juga terhad kepada kurang 10 peratus daripada 8 juta hektar tanah pertanian negara, yang sebahagian besarnya membabitkan kelapa sawit dan getah. Aspek guna tenaga serta produktiviti mengundang cabaran. Puncanya status petani yang sudah berumur dengan kekurangan pelapis atau pengganti serta masih mengamalkan kaedah pertanian konvensional atau kurang penggunaan mekanisasi dan automasi selari tuntutan IR4.0.

Mengenai p
ersepsi dalam kalangan belia bahawa bidang pertanian tidak memberi jaminan kehidupan berkualiti serta ianya dikelaskan sebagai 3D (sukar, berbahaya, kotor) juga membelenggu. Bagaimana pun perkara ini tidak begitu seperti kenyataan usahawan muda nanas dan agrotourism En Hardy di Sg Merab, Selangor yang gigih dan berjaya disektor pertanian (Sila lihat foto disebelah). Dia kini menjayakan kebun nanas seluas lebih 15 ekar dan memasarkannya dalam pelbagai produk asas nanas dan kawasan sesuai untuk dikunjungi bersebelahan dengan Putrajaya. Ini menyebabkan sektor pertanian terus bergantung kepada buruh asing. Lebih teruk ia mencetus polemik industri dari segi kos, sama ada untuk melabur dalam bidang teknologi yang mahal atau mendapatkan buruh asing yang jauh lebih murah. Buat masa ini dilaporkan hampir 37 peratus pekerja dalam industri ini tenaga kerja asing. Itu salah satu sebab sepanjang pandemik covid19 ada gangguan pengeluaran disektor pengeluaran makanan kerana berlaku kekurangan pekerja asing yang serius. Menteri juga ada menyatakan dimana cabaran pelaksanaan sistem subsidi tidak lestari juga antara perlu diberi perhatian. Sejumlah RM1.9 bilion setahun diperuntukkan kerajaan, namun terdapat keperluan segera untuk memperbaiki sistem pemberian subsidi sedia ada bagi mencapai hasrat kerajaan yang sebenar. Pada peringkat kementerianMAFI akan terus untuk menggiatkan usaha meningkatkan tahap pengeluaran makanan negara dengan menangani cabaran dihadapi dan memperkukuh rantaian bekalan makanan. Apa yang pasti dimana teknologi adalah strategi utama bagi mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing serta meningkatkan minat belia untuk menyertai sektor ini sebagai usahawan. Paling penting, industri ini mesti diremajakan dengan penyertaan lebih ramai belia. Kini dengan penggunaan teknologi digital menerusi pertanian pintar, kecekapan serta produktiviti sektor ini juga dapat dipertingkatkan. Wala pun ada persepsi negatif pertanian adalah pekerjaan 3D boleh dihapuskan dan nilai pendapatan petani moden pasti lebih tinggi. Dalam mengadaptasi ledakan IR4.0 pihak kementerian akan meneroka dan membangun sistem pertanian moden berlandaskan teknologi. Perkara ini akan dilaksanakan melalui projek di bawah RMKe-12 bagi mempersiapkan negara ke arah pembangunan sektor pertanian lebih maju, moden dan mampan selaras Agenda Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030). Kerajaan juga prihatin menyokong petani, nelayan dan penternak, terutama yang menceburi bidang keusahawanan dengan menyediakan dana bersesuaian. Sejak 2019 sebanyak RM86 juta disediakan dan jumlah ini ditambah kepada RM105 juta atau meningkat 22 peratus 2020. Apa yang penting dimana semua perlu segera melaksanakan transformasi bidang pertanian dan industri makanan supaya sektor agromakanan menjadi lebih moden, dinamik dan kompetitif. MAFI perlu bekerja seperti satu pasukan bola sepak di mana setiap pemain ada peranan masing-masing. Adalah diharapkan pertanian akan dipertingkatkan daya saing industri supaya mampu berdepan segala cabaran baharu baik pada peringkat domestik mahupun antarabangsa. Semuga tulisan ini dalam blog anim agro technology menjadi bahan rujukkan berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!...
SEKTOR PERTANIAN... PENTING DIA...
MENTERI FAHAM... DASAR YANG ADA...
KEDAULATAN MAKANAN... SASARNYA...
PERTANIAN MAJU... RAKYAT BAHAGIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...