Support My Blog

Saturday, April 30, 2022

MASAKAN LEMAK PEDAS SALAI - FAKTA DI MEDIA

MASAKAN LEMAK PEDAS SALAI
merupakan salah satu jenis kuliner yang sangat popular di Malaysia. Makanan ini yang asalnya popular di kalangan masyarakat di Negeri Sembilan itu kini sudah boleh didapati dibanyak restoren di Malaysia. Ia menggunakan beberapa bahan asas untuk disalai sama ada ikan atau daging yang diamalkan sejak zaman dahulu lagi malahan teknik penyediaan makanan tersebut dilakukan sejak prasejarah. Tujuan kita menyalai daging atau ikan ini adalah untuk mengawet makanan yang kaya protein ini daripada ia cepat rosak atau untuk tujuan penyimpanan dalam masa yang lama. Penulis blog dapati terdapat dua mekanisma untuk pengawetan cara ini iaitu dengan cara penyahhidratan dan sifat-sifat antibakteria asap yang diserap. Pada zaman sekarang, rasa makanan salai yang dipertingkat menjadikannya hidangan dalam kebanyakan budaya. Kita tahu di Negeri Sembilan dengan masyarakat Minang merupakan satu-satunya kelompok yang sangat suka akan masak lemak cili api (Masak Lomak). Masakan mereka menggunakan bahan utama daripada daging yang di salai seperti ikan, ayam, itek dan daging lembu sebelum dimasak lomak yang pedas tersebut. Kini produk tersebut telah pun dikomersilkan oleh penduduk tempatan terutama di Bandar Kuala Pilah dimana anda boleh lihat terdapat banyak gerai ditepi jalan yang menjual produk daging salai. Kerajaan Negeri Sembilan sering mempromosikan produk daging salai ini dengan terancang sehingga manjadi ikon makanan satu Malaysia yang semakin diminati oleh masyarakat Malaysia.  Artikel malam Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai makanan lemak pedas salai yang dipetik daripada beberapa media tempatan untuk dikongsikan dengan pembaca semua. 

Dalam portalberita bminggu@bh.com yang bertajuk '
Salai masak 'lomak' memikat selera' wajar dikongsikan. Kesedapan makanan ini didakwa sehingga ianya mennjilat jari ketika BH membuat review makanan ini di Restoran Sey Salai Masak Lomak yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Keharuman bau salai masih melekat pada jari meskipun perut sudah mula lapar kembali. Rasanya pedas disulami rasa masam daging salai sungguh mengasyikkan. Mengetengahkan masakan tradisional Negeri Sembilan sebagai menu utama pengusaha dikenali Muhammad Fadhli dakwa uniknya di restorennya semua sajian dimasak lemak bersama makanan yang sudah disalai. Nama sajian unik pasti menarik minat penggemar makanan terutamanya makanan lauk minang mencuba menikmati hidangan di sini. Penggemar masak lemak wajib datang dan cuba sendiri masakan di sini kerana rasa kepedasan dan kelikatan kuah lemak memang resipi asli Negeri Sembilan. Apa yang unik mengenai menu di sini semuanya disalai secara tradisional. Mereka kini hanya menggunakan kayu api dan tempurung untuk mengekalkan aroma asap salai pada makanan. Tugas menyalai mengambil masa sekitar empat hingga lima jam, kami memulakan tugas seawal 6 pagi untuk menyediakan setiap lauk yang disalai. Sajian disini menjadi bertambah lazat dengan menggunakan buah mangga muda sebagai elemen menambah rasa masam dalam sajian. Sayuran lain yang turut dicampur termasuk nangka muda dimana pada setiap menu mempunyai tahap kepedasan yang berbeza. Contoh itik salai dimasak dengan nangka dan daging ini dimasak bersama mangga muda. Jadi setiap rasa masak lemak berbeza setiap satunya. Mereka juga dilaporkan menyediakan kuah berasingan untuk setiap bahan. Kuah masak lemak untuk daging perlu ada rasa dagingnya dan begitu juga bahan lain. Penyediaan makanan bermusim antaranya siput sedut, ikan masin kurau dan cendawan kukur. Walaupun makanan ini susah didapati, kami tetap memenuhi permintaan pelanggan. Beliau juga cuba mengubah resipi itu dan melakukan percubaan dengan menggabungkan makanan dan buah untuk menyedapkan masakan. Antara menu yang menarik ialah nasi bajet iaitu dengan harga RM5 satu set dan pelanggan boleh menikmati nasi putih, ayam cincang, kuah masak lemak dan sambal belacan.

Portal berita hmetro.com pula paparkan kisah bertajuk 'Masak lemak cili api eksotik' di Alor Gajah yang dilaporkan mendapat kunjungan pelanggan tempatan. Hidangan telur sotong dan ikan serta siput sedut masak lemak cili api yang dicampur keladi sudah cukup untuk menjadikan gerai Mohd Farhan Azwan Mohd Azlan di Masjid Tanah di Melaka sentiasa ramai dikunjungi pelanggan. Setiap petang, gerai Mohd Farhan Azwan (29 tahun) yang terletak di bazar Ramadan Masjid Tanah itu tidak pernah lekang daripada pelanggan terutama mereka yang menggemari masakan Negeri Sembilan. Apa pun dengan mengadunkan siput sedut, telur sotong dan telur ikan, dia mahu pelanggan menikmati keenakan ketiga-tiga jenis makanan berkenaan dalam satu hidangan. Dia yang sudah berniaga selama 22 tahun di bazar itu berkata, tidak ramai pelanggan tahu keenakan ketiga-tiga menu terbabit kerana kurangnya peniaga mampu menyediakan masak lemak cili api. Dia menggunakan resipi nenek moyang yang mahir dalam masakan cili api untuk membuktikan kepada pelanggan telur sotong, telur ikan dan siput sedut dimana ia sememangnya cukup enak untuk dinikmati. Sayur keladi bukan setakat menjadi pelengkap masakan, malah menambah kelazatan dimana dia dan abangnya yang juga dibantu lima anak saudara untuk melayani pelanggan yang hadir ke gerai mereka untuk mendapatkan pelbagai juadah. Kini selain ketiga-tiga jenis masakan itu, mereka juga menyediakan 43 jenis masakan lain, termasuk rendang daging daun maman. Daun maman rasanya masam akan tetapi ia menambah kelazatan rendang daging dan digemari mereka yang sudah berusia. Dia belum bercadang untuk menambah menu juadah kerana yang sedia ada sudah memenuhi tuntutan selera pengunjung.


Akbar sama juga laporkan kisah 'Tujuh hingga 10 jam 'perasap' produk salai' wajar dijadikan kisah menarik. Berita dari Port Dickson, Negeri Sembilan yang sudah terkenal dengan sejenis makanan tradisinya iaitu menu 'masak lemak cili api' yang pasti menjadi pilihan ramai pengunjung luar ke negeri beradat ini. Apa pun kebanyakan pengunjung akan bertanya lokasi mendapatkan makanan tradisi ini terutama untuk produk salai seperti ayam, itik, ikan keli, puyuh dan daging salai. Menurut pengusaha produk salai dikenali Mohd Syafiq Akmal Samsudin (28 tahun) idea mengusahakan produk salai tercetus ketika tinggal bersama keluarga angkat di Seri Menanti, Kuala Pilah. Ketika itu ada pelawat dari Kedah berminat dengan daging salai yang dijual di tepi jalan di Kuala Pilah dan mereka bertanya, adakah produk ini sempat dibawa balik ke negeri mereka kerana ia tidak dibungkus dengan plastik kedap udara (vacum bag). Dari situ timbul idea untuk mengusahakan produk berasaskan salai secara komersial dan tahan lama serta boleh dibawa balik untuk dirasai dari penggemar seluruh Malaysia, itu sudah memadai. Dia yang bersama beberapa rakannya berkongsi modal mengusahakan produk berasaskan salai untuk pasaran di dalam negara. Dakwanya produk salai Alam Warisan kini dalam usaha mengukuhkan lagi jenama dan mempelbagaikan produk selepas menembusi pasaran beberapa negeri antaranya Melaka, Johor Baharu, Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang. Diberitahu dimana buat masa ini terdapat empat produk salai dihasilkan iaitu daging salai, itik salai, ayam kampung salai dan daging salai serunding. Produk paling mendapat permintaan ialah daging salai apabila 4,000 bungkus terjual setiap bulan dan sentiasa meningkat setiap bulan. Mereka kini dalam proses mengeluarkan produk baru iaitu ikan keli dan puyuh salai kerana ada permintaan daripada pelanggan, namun masih dalam peringkat percubaan yang premisnya terletak di Bandar Springhill, PD. Semua produk keluarannya boleh didapati di stokis dan 40 ejen berdaftar yang terdapat di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak. Produk salai keluaran syarikatnya 100 peratus diusahakan Bumiputera dan dihasilkan dengan pembakaran asap 100 peratus dengan cara menggunakan kayu pokok rambutan selama tujuh sehingga 10 jam. Walaupun mereka menggunakan mesin 'smoker daddy's backyard', tapi ia masih tidak lari daripada konsep tradisi dan penggunaan kayu api sangat diberi perhatian bagi mendapatkan aroma yang wangi serta bau asap tidak terlalu kuat. Produk salai kami tidak mengandungi perisa atau pewarna tambahan melainkan hanya diletakkan garam dan kunyit iaitu antara kaedah perapan untuk membuatkan produk lebih tahan lama dan wangi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MASAKAN SALAI... PEDAS RASANYA...
WARNA KUNING... DIMAKAN ENAKNYA...
DAGING ITEK... IKAN SALAI PUN ADA...
MAKANAN TRADISI...RAMAI YANG SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...