Support My Blog

Sunday, March 14, 2021

TANAM KELEDEK DALAM KARUNG

TEKNOLOGI MENANAM KELEDEK DALAM KARUNG kini semakin viral dikalangan petani dan mereka yang ada hobi dalam bidang tanaman. Tanaman Keledek (Impomea batatas) merupakan sejenis tanaman umbisi yang mudah diusahakan dan lazimya ia akan ditanam di atas batas dalam kebun dan boleh dituai seawal 3 bulan lebih sahaja. Di Malaysia tanaman keledek ini diusahakan untuk penghasilan ubi keledek selain daripada ada yang ditanam khusus untuk pengeluaran pucuk daunnya bagi dijadikan sayuran. Keledek selalunya dijadikan pelbagai jenis makanan yang dikatakan mengandungi tinggi bahan karbohiderat, mineral, vitamin, tenaga dan sebagainya. Ia dimakan sama ada direbus, digoreng, dijadikan kerepek, tepong, kuih mmuih (keria dan koci) serta inti karipap yang enak. Terdapat banyak varieti keledek yang ditanam di Malaysia dimana diantara varieti yang popular adalah seperti Keledek Gendut, Keledek Bukit Naga, Keledek Banting, Keledek Vitato, Keledek Kuala Bikam, Keledek Ungu dan banyak lagi seperti artikel saya dalam pautan berikut (Sila klik disini)Keluasan tanaman keledek di Malaysia yang dilaporkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia pada 2018 adalah seluas 2,890 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 45,369 metrik tan. Negeri Perak sahaja ada menanam seluas 1,115 hektar (37.5% daripada jumlah keluasan negara) diikuti dengan Negeri Kelantan (393 ha) dan juga Negeri Selangor (359 ha) dimana mereka menanam beberapa varieti yang berlainan (Sumber: Laporan Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian 2019). Kawasan tanah lombong di Perak menjadi tumpuan bagi aktiviti penanaman keledek kerana ia peroi dan memudahkan penjagaan dan penuaian hasil. Salah satu projek penanaman keledek yang ada penulis blog membuat tinjauan do Gopeng, Perak boleh anda baca dengan pautan berikut (Sila klik disini). Lazimnya keledek akan ditanam diatas tanah lapang yang mendapat sinaran penuh cahaya matahari dengan ada dibina batas. Teknik ini telah dilakukan sejak lama secara komersil dengan matrik penanaman dan penuaian yang diaturkan mengikut keperluan pasaran. Bagaimana pun dilaporkan kini penanaman keledek didalam karung atau atau bekas dengan lebih mudah dan praktikal serta sudah viral dalam youtube. Artikel malam  Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis teknologi menanam keledek dalam karung sebagai satu panduan untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Menanam keledek kini boleh dilakukan dengan pelbagai cara sama ada secara kovensional diatas batas dikebun atau didalam bekas atau karung. Semakin ramai kalangan orang yang mula menanam keledek semasa Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) akibat pandemik covid19 berlangsung sebab mereka ada masa duduk rumah dan beraktiviti. Menanam keledek dalam karung diantara yang dilakukan kerana ia mudah dan berhasil dalam masa 3 bulan lebih sahaja. Sama ada ia ditanam untuk kegunaan sendiri atau diproses menjadi produk lain ada yang mampu menjualnya kepada jiran rumah. Penghuni kawasan bandar yang ada ruang sedikit sudah boleh digunakan bagi menanam keledek dalam karung. Kaedah ini dilaporkan memang sangat efektif asalkan ada sinaran matahari, bahan untuk bercucuk tanam, sedikit ilmu pengetahuan dan juga ada masa menyiram dan menjaganya. Ini kerana tanaman keledek dalam karung kurang memerlukan air tetapi masih perlu disiram selalu terutama pada musim panas. Penulis blog dapati hasil pengalamanan sendiri berjaya mendapatkan ubi keledek dan sering mengambil daunnya untuk dijadikan sayuran. Keledek adalah salah satu jenis ubisi yang mengandungi banyak khasiat dimana ia juga membekalkan banyak tenaga, mencegah diabetis, m
engatasi peradangan, mampu untuk meningkatkan ketahanan tubuhbadan, menambah kesuburan wanita, sesuai diambil oleh wanita hamil, memperlancar proses pencernaan serta didakwa amat bagus untuk untuk kesehatan mata.

Jika ada 
ruang kosong di sekitar rumah atau kebun makan ia sesuai untuk dijalankan penanaman yang berfadah seperti menanam keledek, nenas dalam polibeg atau herba atau sayuran. manfaat semisal ubi jalar ini. Mula sekali perlu disediakan media tanahnya terlebih dahulu dimana media tanah yang baik untuk menanam keledek adalah tanahnya gembur dan semestinya mengandungi cukup unsur baja organik dan nsur nitrogen (N) yang minima dan tanah tidak mudah padat. Tanah yang paling baiks ialah tanah berdebu campuran pasir dengan tahi kambiing atau baja organik lain. Tanah ini mudah digemburkan dan tidak mudah menjadi padat kembali jika disiram. Namun demikian jika hanya ada tanah berliat (clay loam) maka boleh dihancurkan dahulu dan kemudian dengan sekam atau sisa serbuk gergaji serta dan bahan kompos lainnya. Cara ini akan mencegah tanah lekas jadi padat semasa disiram berkali-kali. Tanah campuran peroi ini dimasukkan kedalam karung sehingga 80% penoh dengan boleh didirikan. Ada juga yang suka mengikat diatasnya (poncot) untuk karung tersebut dibaringkan. Perlu dingat semasa proses pembajaan awal elakkan daripada memberi unsur nitrogen dalam tanah berlebihan menyebabkan keledek banyak daun (gila daun) sehingga umbisinya tidak ada. Bagaimana pun jika dirasakan media tanahnya tidak terlalu gersang maka sebaiknya cukup menggemburkannya saja tanpa diberi baja tambahan. Cuba elakkan dari memberikan baja kimia yang banyak unsur Nitrojen seperti Urea, Bana Campuran NPK dan sebagainya. Baja organik pula perlu diberikan sebelum menanam dan semasa pembentukkan umbisi.

Tanah yang sudah dimasukkan kedalam karung perlu dibuat beberapa lubang dengan kayu atau besi yang bertujuan untuk mengalirkan air keluar dari karung dan tidak tergenang. Biasanya karung yang diisi tanah beratnya sekitar 10 - 15 kilogram yang mana masih boleh diangkat atau dialihkan ke tapak lokasi penanaman terutama jika ada banjir melanda. Pemberian baja organik penting dijadualkan agar umbisi akan membesar serta manis. Baja yang akan diberikan untuk pembesaran umbi ini haruslah dari jenis yang mudah diserap seperti Baja Bokashi. Benih keledek dipilih dari varieti yang diminati untuk dimakan sendiri atau baik dalam pasaran. Kalau mahu memang boleh mencucuknan beberapa varieti keledek dalam satu karung dan akan mendapat pelbagai jenis semasa dituai kelak. Potong atau ambil pucuknya dari pokok keledek induk yang sihat dan matang sepanjang 15 cm. Jumlah benih disesuai dengan lubang tanaman keliling karung (termasuk diatasnya yang terbuka) dan dibuang 2-3 helai daun dibatangnya untuk ditanam (Sila lihat foto disebelah). Penting dipastikan batang benih tidak patah semasa menanamnya dan masa menanam sebaiknya waktu petang. Selepas menanam sebaiknya disiram setiap hari sehingga benih keluar daun baru. Kemudian karung yang sudah bertanam ini disusun dengan jarak 0.5 - 1.0 meter bergantung kepada kesesuaian, ruangan dan juga sinaran matahari. Penyiraman perlu sampai bahagian bawah karung dan diperiksa jika ada air yang keluar dari lubang dibawahnya. Elakkan dari terlalu banyak air dalam karung menyebabkan terlalu lembab dan perkar ini akan menyebabkan kepada serangan kulat pada akar keledek. Semasa membuat pemeriksaan dan menyiram jika ada kelihatan rumput yang tumbuh perlu dicabut dan buang walau pun memang sangat sedikit. 

Proses untuk memberi baja bagi tujuan pembesaran umbisi keledek mesti dilakukan apabila tanaman berumur 1.5 bulan setelah ditanam. Pada masa itulah diberikan baja untuk tumbesaran yang akan memastikan nutrisi dari baja akan diserap dan disimpan oleh tanaman dalam umbinya. Berbeza dengan cara menanam kangkung atau cara menanam sawi hijau perlu diingatkan untuk tidak memberikan baja yang tinggi Nitrogen. Unsur N ini akan menyuburkan daunnya dan ini menjadikan keledek tidak fokus untuk membesarkan umbinya. Selain itu kandungan nitrogen tinggi juga akan mengurangkan masaalah tahap kemanisan ubi jalar tersebut. Cara pemberian baja dengan menggali lubang disekeliling tepi karung sedalam 10-15 cm. Kemudian diisikan lubang tersebut dengan baja dan ia kemudian perlu ditutup lubangnya selepas siram dengan air. Baja akan diserap oleh akar keledek dan menjadikan umbisi membesar. Tanaman keledek tergolong tumbuhan yang tahan terhadap penyakit dan serangga perosak. Tanaman ini tidak akan langsung mati seandainya diserang hama atau penyakit. Namun demikian adanya serangan hama dan penyakit pada tanaman ubi dapat menurunkan hasilnya. Hama dan penyait pada keledek seperti Cendawan (menimbulkan scab / kudis), ulat yang mememakan umbi dan akan menjadikannya busuk), Cengkerik (memakan umbi dan membuatnya busuk). Bagi tujuan kawalan boleh dibuat semburan racun organik atau kaedah manual lain yang sesuai.  

Hasil penelitian biasanya ubi keledek dalam karung boleh dituai dalam masa 3.5 - 4.5 bulan untuk kualiti hasil terbaik. Mengutip hasil keledek dalam karung paling ideal semasa berumur 4 bulan bagi mndapatkan saiz dan kemanisan optima. Semua daun dibuang dahulu dan dibersihkan hanya tinggal karung yang ada ubi keledek didalamnya. Belah karung dengan pisau dan keluarkan isis keledek dan dikumpulkan. Sebaiknya semasa membuka karung diatas plastik atau lantai kerana tanah yang masih ada akan digunakan semula sebagai media tanaman berikutnya setelah ditambahbaik kualiti tanahnya. Untuk makan sendiri boleh terus dibasuh dan dimasak. Bagaimana pun untuk disimpan lama atau untuk dijual sebaiknya ubi keledek ini JANGAN DIBASUH dan disimpan pada tempat berteduh, bersih dan kering. Penyimpanan dengan cara betul menyebabkan keledek ini tidak akan tumbuh tunas sebaliknya jika diletakkan dikawasan basah atau berair membolehkan ia tumbuh tunas. Keledek yang diproses dahulu menjadi pelbagai produk berasaskan keledek akan mendap harga lebih baik dipasaran. Memang penanam keledek ada peluang untuk menjadi usahawan Industri Asas Tani dengan cara memproses keledek kepada makanan siap atau sepata siap. Antara produk kuih berasaskan keledek seperti Inti Karipap, Inti Pizza, Keledek Tepong dan sebagainya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anin agro technology kali ini. Wasallam!...
TANAM KELEDEK... AMAT MUDAHNYA...
DALAM KARUNG... SEKELILING ADA... 
4 BULAN LAMA... DITUAI HASILNYA...
SUDAH MEMBACA... MARI TANAMNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist, 
Precint 11, Putrajaya, 
WP Putrajaya, 
Malaysia.
(30 Rejab 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...