Support My Blog

Wednesday, March 31, 2021

MISAI KUCING - PENILAIAN KUALITI

HERBA MISAI KUCING (Orthosipon stamineus) merupakan salah satu daripada 16 tanaman herba yang digalakkan didalam program NKEA iaitu dibawah EPP1 oleh kerajaan dalam RMK ke 10. Penanaman misai kucing ini telah menjadi komersil dahulu tetapi kini ianya dilaporkan semakin kurang ditanam didalam RMK ke 11 sekarang disebabkan banyak faktor. Atara sebab adalah ketidaktentuan harga pasaran yang diterima penanam sehinggakan mereka tidak mahu mengusahakan lagi. Inii kerana harga bergantung kepada kualiti OER (oil extraction rate) yang terkandung didalam herba tersebut sukar dekawal dengan amalan agronomi yang tepat. Kajian bagaimana pun terus dijalankan bagi membuat penilaian mikrobiologi terhadap kualiti lepas tuai misai kucing. Daripada pengalaman penulis blog yang pernah terlibat dalam program tersebut dahulu dan berdasarkan pada piawaian, kualiti lepas tuai misai kucing didapati dalam keadaan baik pada semua tahap kematangan. Beberapa fakta dan data teknikal ini penting dari sudut keselamatan dan kualiti makanan bagi menembusi pasaran herba dalam dunia antarabangsa. Mengimbas kembali juga dilaporkan matlamat EPP 1 adalah untuk menghasilkan produk bernilai tinggi sebanyak RM2.2 bilion daripada lima herba utama termasuk herba Misai kucing. Matlamat utama adalah untuk memastikan kualiti dan aspek keselamatan terjamin semasa proses pengendalian lepas tuai. Fokus kemudian diberikan kepada kualiti mikrobiologi berdasarkan tahap kematangan yang berbeza tumbuhan misai kucing (Sila lihat foto diatas). Penilaian ini penting ke arah pembangunan bagi tujuan menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi misai kucing kepada golongan sasar bagi memacu industri herba ke tahap yang lebih tinggi. Tahap umur kematangan berbeza mempengaruhi kualiti misai kucing. Artikel malam Sabtu ini sambil menonton movie Cina di TV3 bertajuk 'Saving Genaral Yang' dalam blog "Anim agro Technology" saya menulis mengenai laporan kajian penilaian kualiti herba misai kucing untuk dijadikan bahan rujukkan semua. 

Pada penulis blog mengetahui dimana  tanaman herba misai kucing telah lama ditanam secara meluas di seluruh Asia Tenggara, India dan tropikal Australia. Sejak 1886 lagi bahagian daun kering misai kucing yang dieksport ke Eropah mula mendapat tempat sebagai minuman untuk kesihatan. Namun begitu terdapat juga beberapa faktor yang perlu diberi tumpuan terutama aspek kualiti produk diantaranya faktor umur kematangan yang akan memberikan kualiti yang berlainan. Ini adalah kerana faktor persekitaran seperti keadaan tanah, iklim, suhu, taburan hujan dan kelembapan sangat signifikan dengan kualiti misai kucing yang diperoleh. Kajian ini telah menggunakan sampel tanaman misai kucing ditanam di tanah gambut di MARDI Pontian. Misai kucing dituai pada umur kematangan berbeza dan diuji melalui analisis mikrobiologi bagi menguji kehadiran pencemaran seperti mikroorganisma. Kaedah rujukan saintis mendapati dimana Standard antarabangsa iaitu oleh European Herbal Infusion Association (EHIA) dan instutusi tempatan iaitu Malaysian Monograph (MM) telah digunakan bagi tujuan penilaian pencemaran mikroorganisma. Dokumentasi input data kualiti ini diharap mampu memberi faedah sosial, teknikal dan ekonomi kepada negara tentang indsutri ini.

Laporan mendapati dengan sebanyak 24 sampel (replikat) telah dikumpulkan secara rawak daripada plot misai kucing untuk analisa mikrobiologi. Sampel ini terdiri daripada bahagian daun dan batang misai kucing yang telah dituai pada umur tuaian secara berperingkat bermula minggu ke-8, 10, 12 dan 14 selepas ditanam di ladang. Kemudian semua sampel dikeringkan menggunakan oven pada suhu 50 °C sehingga kandungan air kurang 10% bagi mengelak pertumbuhan kulat. Seterusnya, sampel kajian diuji secepat mungkin di makmal bagi analisis mikrobiologi. Sampel diuji dengan analisis mikrobiologi seperti kiraan jumlah bakteria, kiraan jumlah yis dan kulat, kiraan koliform, Escherichia coli, Staphylococcus aureus dan termasuk ujian Salmonella mengikut kaedah modifikasi daripada Wallas dan Thomas yang dijalankan di dalam kabinet biohazard. Bagi tujuan penyediaan sampel homogen, sebanyak 10 g sampel misai kucing ditimbang secara aseptik dan dicairkan dengan 90 ml larutan Ringers lalu diemparkan selama dua minit. Pencairan bersiri 101 - 105 telah dilakukan. Bagi kiraan jumlah bakteria, sebanyak 1 ml daripada setiap pencairan dipindahkan ke dalam piring petri sebelum dicurahkan dengan Plate Count Agar (PCA) yang cair (suhu agar ditetapkan pada suhu 50 °C) dan agar dibiarkan keras pada suhu bilik. Kesemua piring petri dieram di dalam inkubator pada suhu 37 °C selama 48 jam ± 2 jam. Bagi kiraan jumlah yis dan kulat dan kiraan Staphylococcus aureus, sebanyak 0.1 ml daripada setiap pencairan dipindahkan ke dalam piring petri yang telah dituang agar keras (solidified). Bagi kiraan jumlah yis dan kulat, agar yang digunakan ialah Malt Extract Agar (MEA) yang telah ditambah dengan 10% asid tartarik, manakala bagi kiraan Staphylococcus aureus, agar yang digunakan ialah Baird Parker Agar (BPA) yang telah ditambah dengan Egg Yolk Tellurite Emulsion. Kemudian, sampel diratakan di atas agar keras dengan menggunakan hockey stick yang telah disteril. Kesemua piring petri dieram di dalam inkubator masing-masing pada suhu 32 °C dan 37 °C bagi kiraan jumlah yis dan kulat dan kiraan patogen iaitu Staphylococcus aureus masing-masing selama 72 jam ± 2 jam dan 48 jam ± 2 jam. Bagi kiraan koliform dan Escherichia coli (Gambar 3), sebanyak 1 ml daripada setiap pencairan dipindahkan ke dalam 3M Petrifilm. Larutan ini diratakan melalui plastik yang steril lalu dieram di dalam inkubator pada suhu 37 °C selama 24 - 48 jam ± 2 jam.

Seterusnya bagi ujian Salmonella pula sebanyak 25 g sampel telah ditimbang secara aseptik dan diperkayakan dalam 225 ml Buffered Peptone Water (BPW) yang disteril, lalu diemparkan selama dua minit. Campuran sampel dieram pada suhu 37 °C selama 24 jam ± 2 jam. Sebanyak 1 ml dan 0.1 ml daripada sampel yang telah diperkaya kemudiannya dipindahkan ke 9 ml kaldu Selenite Cystine (SC) dan 9.9 ml kaldu Rappaport-Vassiliadis (RV), lalu dieram masing-masing pada suhu 37 °C dan 42 °C, selama 24 jam ± 2 jam. Selepas pengeraman, satu gelung daripada kaldu SC dan RV dicoret pada medium Xylose Lysine Desoxycholate (XLD), Xylose Lysine Tergitol-4 (XLT-4) dan Rambach (RB) lalu dieram pada suhu 37 °C selama 24 - 48 jam ± 2 jam. Isolat koloni yang menunjukkan reaksi tipikal mengikut arahan pengilang dianggap presumptive Salmonella dan ditulenkan dengan coretan pada medium Nutrient Agar (NA). Koloni yang telah dipencilkan akan melalui pewarnaan Gram dan diuji melalui ujian biokimia berikut; catalase, cytochrome oxidase, triple sugar iron, lysine iron, urease, indole dan motility test. Dalam kajian ini, penilaian mikrobiologi bagi tahap kematangan berbeza terhadap misai kucing dari plot MARDI Pontian, telah dilaksanakan dan dibandingkan berdasarkan piawaian kualiti. Jadual 1 menunjukkan data lengkap hasil penilaian mikrobiologi bagi kesemua sampel misai kucing pada umur tuaian dan bahagian tumbuhan yang berbeza. Bagi kiraan jumlah bakteria, EHIA menetapkan bahawa pencemaran bakteria mestilah lebih kecil atau sama dengan 108 cfu/g manakala MM menetapkan pencemaran bakteria mestilah lebih kecil daripada 105 cfu/g. Dalam kajian ini, kesemua sampel menunjukkan bacaan yang rendah bagi kesemua umur tuaian dan bahagian tumbuhan berdasarkan EHIA dan MM (Jadual 2). Bagi kiraan jumlah yis dan kulat, EHIA menetapkan bahawa pencemaran yis dan kulat mestilah lebih kecil atau sama dengan 106 cfu/g manakala MM menetapkan pencemaran yis dan kulat mestilah lebih kecil daripada 104 cfu/g. Secara keseluruhannya, kajian mendapati pencemaran yis dan kulat bagi sampel herba berada pada tahap yang baik iaitu lebih kecil daripada 104 cfu/g bagi kesemua sampel. Walaupun tiada kriteria ditetapkan EHIA bagi kiraan koliform, kajian mendapati nilai koliform berada pada julat 103 - 5 cfu/g bagi O. stamineus. Adalah normal bagi sampel bahan mentah terdedah kepada sedikit pencemaran atas faktor persekitaran. Artikel ini adalah berasaskan kepada laporan dari Buletin Teknologi MARDI, Bil.14(2018): 39 - 44 untuk ditulis semula. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANAMAN MISAI KUCING... APA DIA...
SEJENIS HERBA... RUMPUT RUPANYA...
ANALISA MIKRBIOLOGI...SUDAH ADA ...
DIJADIKAN RUJUKAN... UNTUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 Muharam 1442H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...