Support My Blog

Tuesday, March 16, 2021

MARDI LANCAR KELEDEK LEMBAYUNG

MARDI
telah memperkenalkan sejenis ubi keledek varieti baru di Malaysia yang dinamakan Keledek Lembayung pada 12 Mac 2021 di Bachok, Kelantan. Beberapa media cetak dan media eletronik telah membuat laporan semasa majlis pelancaran varieti keledek baru 'Lembayung' yang dijangka mampu mengeluarkan hasil lebih dari 25 tan sehektar berbanding 20 tan sehektar pada musim biasa. Pelancaran keledek baru ini dilakukan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah menyatakan dimana varieti tersebut sekali gus dapat meningkatkan pendapatan petani yang dijangka mampu memperolehi sekitar RM50,000 bagi satu hektar tanaman ini semusim dengan anggaran harga jualan ladang keledek sekitar RM2 sekilogram. Lebih ramai petani boleh melipatgandakan pendapatan melalui penanaman dua atau tiga kali setahun keledek dengan setiap musim perlukan selama 3 bulan lebih sedikit untuk dituai. Disebabkan oleh tempoh matang Keledek Lembayung lebih cepat iaitu antara 91 - 105 hari selain mempunyai keistimewaan boleh dimakan segar malah turut sesuai diproses menjadi tepung dan pes maka potensi amat baik untuk menghasilkan produk makanan berasaskan keledek. Produk pemprosesan dari keledek yang sesuai seperti produk kerepek, roti dan minuman komposit pracampuran. Pengenalan varieti baru keledek ini diyakini boleh membantu meningkatkan pendapatan petani dan pengusaha ubi keledek di seluruh negara khususnya di Kelantan, Perak dan Johor. Kementeria Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)  juga turut menyasarkan 3,600 hektar keluasan tanaman varieti keledek Lembayung iyu di seluruh negara dimana daripada jumlah itu, lebih 500 hektar tanaman melibatkan kawasan di Kelantan untuk tahun 2021. Hasil daripada aktiviti penyelidikan terutama segmen biakbaka perlu diperkukuhkan di Malaysia bagi menjamin akan ada varieti tanaman makanan baru yang mampu menjamin kecukupan dan keselamatan dasar makanan negara. Persoalan penulis blog adalah sejauh mana kecapaian petani mendapatkan bekalan benih keledek varieti Lembayung yang baru sahaja dilancarkan ini. Ini kerana masih sukar bagi sesetengah petani untuk mereka mendapatkan benih keledek Vitato yang dilancarkan lebih 10 tahun dulu di tempat sama. Artkel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kutip beberapa laporan akhbar tempatan mengenai pelancaran varieti keledek baru oleh MARDI sebagai bahan bacaan pembaca semua.

Bernama melaporkan dengan tajuk 'MARDI perkenalkan varieti keledek Lembayung' di Kelantan. 
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menghasilkan varieti baharu ubi Lembayung yang mengambil masa singkat untuk mengeluarkan hasil. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, ubi tersebut memerlukan masa antara 91 sehingga 105 hari berbanding tanaman ubi keledek biasa selama 120 hari. Menurutnya ini sekali gus akan memberi pulangan lumayan kepada petani atau ramai pengusaha kerana mampu mengeluarkan hasil antara 25 tan sehingga 30 tan sehektar. Kitaran tempoh penanaman lebih singkat membolehkan petani dapat menanamnya sebanyak tiga kali setahun dan secara tidak langsung memberi pendapatan yang tinggi. Varieti baharu ini dijangka mampu mengeluarkan hasil lebih 25 tan berbanding 20 tan pada musim biasa katanya kepada pemberita pada Khamis. Che Abdullah (kanan) menanam ibu Lembayung bersama Mohd Huzaimy menggunakan jentera di sini pada Khamis. Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Pusat Kecemerlangan Penyelidikan (COE) Ubi-ubian MARDI Bachok dan Pelancaran Varieti Ubi Keledek Baharu di sini. Hadir sama, Ketua Pengarah MARDI, Dr Mohamad Roff Mohd Noor, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, Datuk Kamarudin Md Nor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Irama, Mohd Huzaimy Che Husin. Che Abdullah berkata, tanaman ubi berkenaan akan diusahakan oleh 3,600 petani di negara ini yang turut melibatkan ini lebih 500 peserta di Kelantan.  Katanya, ubi keledek itu mempunyai kandungan antosianin tinggi iaitu pigmen ungu pada kulit serta isi ubi yang juga satu bahan antioksida dan sesuai untuk penjagaan kesihatan. "Ubi ini juga sesuai diproses untuk menghasilkan tepung.

Portal Berita KosmoOnline pula telah menyatakan di Bachok, Kelantan dimana I
nstitut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Telong telah dinaik taraf sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Ubi-Ubian Mardi (Coe) dalam usaha untuk tujuan membangunkan sektor pertanian industri hiliran berasaskan keledek. Timbalan Menteri Pertanian dan Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dakwa penarafan baharu yang bermula hari ini merupakan penghargaan kepada pakar dan penyelidik yang berjaya merealisasikan Mardi sebagai gedung ilmu kepada petani. Setakat ini Mardi Telong di sini berjaya mengumpulkan sebanyak 40 jenis ubi keledek dari dalam dan luar negara. Diantara komponen varieti keledek yang juga merupakan bahan utama penyelidikan bagi melihat potensi selain dijadikan induk bagi kajian program pembakaan. Selain kajian tanaman, Mardi Telong juga dilihat berjaya menghasilkan penyelidikan bagi penghasilan produk hiliran dalam membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sekali gus mampu melahirkan usahawan baharu. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Coe, Pelancaran Varieti Baharu, Produk Hiliran dan Manual Teknologi Ubi Keledek hari ini.  Mardi Telong turut memperkenalkan ubi keledek jenis baharu yang dikenali sebagai keledek lembayung. Pusat ini khusus mengusahakan penyelidikan berasaskan ubi-ubian bagi membantu didalam peningkatan pengeluaran, ekonomi petani, strategi baharu mempromosikan makanan berkhasiat yang memberi manfaat kesihatan sejak empat tahun lalu. Sehubungan penghasilan baka baharu ubi jenis lembayung yang lebih berkhasiat untuk diproses menjadi tepung dan pasta bakal menjana kepada pendapatan petani. Ubi baka baharu ini berupaya menjadi bahan utama bagi penghasilan kek cawan dan aiskrim. Baka ini boleh diusahakan sebagai anak benih yang memuatkan 30,000 anak benih untuk satu hektar. Setakat ini dilaporkan lebih 3,000 petani di Kelantan, Perak dan Johor mula mengusahakan baka keledek itu.

Portal berita Utusan Online pula dipetik melaporkan artikel berjudul '
Pusat penyelidikan tanaman ubi di MARDI Telong' dimana Timbalan Menteri Che Abdullah Mat Nawi bersama menanam benih keledek Lambayung di Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Ubi-ubian MARDI di Bachok (Sila lihat foto disebelah).  MARDI) Telong di sini berjaya setelah dinaik taraf sebagai Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Ubi-Ubian (COE) MARDI sebagai usaha membangunkan sektor pertanian industri hiliran berasaskan keledek. Penarafan baharu yang bermula hari ini adalah satu penghargaan kepada pakar dan penyelidik biakbaka tanaman yang merealisasikan MARDI sebagai gedung ilmu kepada petani. Dilaporkan dimana setakat ini, MARDI Telong berjaya mengumpulkan sebanyak 40 jenis ubi keledek dari dalam dan luar negara. Komponen varieti keledek adalah bahan utama penyelidikan bagi melihat potensi selain dijadikan induk bagi program pembakaan. Selain kajian tanaman, MARDI Telong juga dilihat berjaya menghasilkan penyelidikan bagi tujuan penghasilan produk hiliran dalam membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sekali gus mampu melahirkan usahawan baharu. MARDI turut memperkenalkan ubi keledek jenis baharu yang dikenali sebagai keledek lembayung dari satu pusat penyelidikan umbisi iaitu MARDI Telong dalam mereka mengusahakan penyelidikan berasaskan ubi-ubian bagi membantu peningkatan pengeluaran dan ekonomi petani menerusi strategi baharu mempromosikan tanama makanan berkhasiat sejak empat tahun lalu. Keledek baka baharu ini berupaya menjadi bahan utama bagi penghasilan kek cawan dan aiskrim. Baka ini boleh diusahakan sebagai anak benih yang memuatkan 30,000 anak benih untuk satu hektar. Sehingga kini dilaporkan terdapat lebih 3,000 petani terutama dari Kelantan, Perak dan Johor mula mengusahakan baka keledek itu. Kepada pembaca blog dan petani yang membaca artikel ini dan berminat untuk menanam keledek varieti baru Keledek Lembayung boleh behubung denga pihak MARDI. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
KELEDEK BARU... LEMBAYUNG NAMANYA...
DI MARDI TELUNG... KAJIAN DILAKSANA...
RM50,000 SEHAKTAR... HASIL JUALANNYA...
INGIN BENIHNYA... PERGI MARDI TANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Preint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 Syaaban 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...