Support My Blog

Tuesday, March 2, 2021

BUAH KIWANO - BUAH YANG UNIK

BUAH KIWANO
(Cucumis metuliferus) merupakan sejenis buah yang dikategorikan sebagai buah yang unik dan jarang dikenali dinegara kita. Buah Kiwano merupakan sejenis buah kategori melon yang mempunyai duri pada kulit luar pada buah telah masak daripada keluarga Cucurbitaceae iaitu sama dengan tanaman tembikai, timun dan sebagainya (Sila lihat foto diatas). Buah ini mempunyai nama lain iaitu Horned melon, Kiwano, African horned cucumber, Melon, Jelly melon, Hedged gourd dan juga Melano. Tumbuhan ini adalah berasal atau natif dari Kawasan Sahara di Afrika tetapi kini telah dikomersilkan dibeberapa negara seperti USA, Italy, Portugal, Jerman, Chlie, Auatralia dan New Zealands. Bagaimanakah buah yang berasal dari kawasan iklim panas tropika dari Sahara kini telah menjadi tanaman penting iaitu dikawasan subtropika?. Inilah yang dikatakan melalui aktiviti penyelidikan biakbaka berterusan (plant breeding) maka tidak mustahil tumbuhan berasal tropika menjadi hebat diusahakan di negara maju. Kita di Malaysia pun amat jarang dapat melihat atau pun menanam pokok Kiwano ini yang dipercayai amat berkhasiat dan mempunyai pelbagai kebaikan serta mempunyai nilai ekonomi yang agak tinggi. Buah kiwano yang masak berduri dengan warna buah oren kehijauan dimana isinya seperti jelly yang kehijauan. Buh ini mengandungi vitamin C yang sangat tinggi. Rasa buah ini sangat enak seperti rasa pada buah Delima (Punica grantum) dan buah Markisa (Passiflora endulis). Ada juga dakwa rasa buah ini kombinasi diantara Timun (Cucumis stivus), Pisang (Musa spp) dan Lime (Citrus spp). Bagi penduduk di padang Pasir Kalahari di gurun Sahara buah ini merupakan sumber air dalam makanan mereka. Sementara itu di negara Zimbabwe, buah ini dipanggil sebagai 'Gaka' atau 'Gakachika' yang dijadikan makanan sebagai salad atau sebagai penghias makanan yang dihidangkan. Buah Kiwano boleh dimakan pada semua peringkat umur. Bagaimana pun uniknya bijinya akan terkeluar dan buah pecah secara paksa apabila cukup matang. Artikel subuh ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai sejenis buah unik yang dinamakan 'Buah Kiwano' untuk bacaan dan rujukkan anda pembaca blog semua.

Buah Kiwano merupakan sejenis buah yang dilaporkan b
erasal dari Gurun Kalahari di Benua Afrika dan kini terdapat juga di California, Australia dan New Zealand. Apa yang agak sedikit menghairankan kenapa buah berduri ini tidak diberi nama 'timun landak' atau 'timun bom' sebagaimana bentuknya yang berduri dan pelik dan ramai di Malaysia yang masih belum menjumpainya. Bagaimanapun, buah ini tidak juga secara biologi dikaitkan kepada 'burung kiwi' sebagaimana namanya dimana ia sebenarnya lebih rapat dalam makanan berkhasiat dan syarat-syarat evolusi kepada timun dan zucchini. Buah ini yang seakan buah tembikai bertanduk adalah Cucumis metuliferus. Tumbuhan ini sebagaimana keluarga Cucurbitaceae atau timun yang lain adalah jenis menjalar. Di Bahagian Utara negara Zimbabwe buah ini dinamakan 'gaka' atau 'gakachika'. Timun Afrika atau Kiwano diberikan namanya kerana ia sangat sesuai dengan namanya sebagai 'timun bertanduk' atau 'tembikai bertanduk' kerana keadaannya yang dipenuhi duri pada bahagian kulit buah ini. Terdapat sekumpulan pelajar dari Sweden yang menggelarkan buah ini seperti buah durian atau kemudian mereka memanggilnya sebagai 'Alien fruit' apabila pertama kali melihat buah itu. Kalau mereka melihat buah Kiwano ini pasti buah ini juga bakal mendapat gelaran lain iaitu sebagai Alien cocumber.

Bagaimana pun buah b
uah kiwano berduri tapi boleh dimakan mentah macam kita memakan timun biasa. ini juga adalah kerana duri buah kiwano sebenarnya tidak keras. Buah Kiwano berwarna hijau gelap dan berubah kuning oren apabila telah cukup matang. Buah ini rasanya campuran timun, buah kiwi dan pisang dengan perasa sedikit manis dan masin. Memandangkan bahawa buah ini mengandungi lebih daripada 80% air dimana ia juga boleh berfungsi sebagai bekalan air. Bagi mereka yang berhasrat untuk mengurangkan berat badan dicadangkan mengambil buah ini kerana seseorang tidak akan merasa ketidakselesaan dan keperitan akibat kelaparan. Ini adalah disebabkan oleh kadar kepekatan nutrien yang tinggi dan kaya dengan zat makanan, disamping kalori dan lemak yang rendah. Buah kiwano berduri tapi boleh dimakan mentah macam timun. Beberapa faedah kesihatan paling menarik kiwano termasuk berfungsi untuk meningkatkan lagi akan keupayaan kognitif, menghalang beberapa jenis penyakit kronik, bantuan dalam kehilangan berat, melindungi kulit, menggalakkan proses  metabolisme, meningkatkan kesihatan mata, mengukuhkan tulang, mengoptimumkan penghadaman, dan menyegerakan penyembuhan luka.

Pokok Kiwano sama dengan pokok timun dan tembikai adalah jenis yang menjalar. Tanaman ini dibiakkan melalui biji benih yang ada dalam buah yang matang. Biji ini akan bercambah pada suhu 25 - 32 celcius tetapi akan lambat bercambah pada suhu yang sejuk sekitar 12 celcius atau terlalu panas melebihi 35 celcius. Sebaiknya dengan teknologi sedia ada biji kiwano ini disemai didalam dulang semaian yang diisikan dengan media seperti cocopeat. Apabila anakbenih mempunyai dua helai daun ia sudah bersedia untuk diubah kekebun. Sama dengan cara menana tembikai atau melon sebaiknya ia ditanam diatas tanah yang mempunyai saliran baik atau dipasang para yang sesuai. Kawasan lubang penanaman sebaiknya diberikan baja organik yang cukup serta ada sistem pengairan yang semprna. Dinegara subtropika dengan 4 musim penanaman sebaiknya dijalankan pada musim Bunga (Spring) untuk dapatkan pertumbuhan dan jadual penuaian terbaik. Pokok ii menyamai dengan jenis cucurbit yang lain akan berbunga selepas dua bulan ditanam dan akan menuai hasil selepas 3 - 3.5 bulan dengan penjagaan yang baik. Jika menggunakan sistem tanaman berpara lazimnya ia memudahkan kerja-kerja pengurusan seperti kawalan penyakit, membaja, menyembur racun dan menuai hasil tanaman. Bagaimana ditempat asal di Afrika ia ditanam diatas tanah biasa tetapi di negara maju mereka menanam buah Kiwano dengan sistem fertigasi didalam rumah hijau (greenhouse) dengan lebih komersil dan lebih produktif sertana berkualiti. 
Buah Kiwano yang masak mempunyai duri dan berwarna oren kehijauan. Buah akan matang dan sesuai dipetik selepas 30 - 40 hari daripada peringkat awal pembentukan buah (fruit set). Kehebatan buah kiwano adalah kerana ia tahan lama (long shelf life) sehingga berbulan-bulan dalam suhu biasa dlm kotak (Sila lihat foto disebelah). Jika buah kiwano disimpan dalam suhu sejuk sekitar 20 celcius ia mampu tahan sehingga lebih 3 bulan lamanya. Proses kematangan buah dari warna hijau diperingkat muda, menjadi kekuningan apabila hampir matang dan menjadi oren apabila masak ranum. Bagaimana pun penanam komersil akan memetik buah kiwano semas ia masih kekuningan dan disimpan untuk jangkamasa lama. Bagi tujuan menjadikan warna oren seragam mada ia dirawat dengan 160 ppm Ethylene selama 24 jam lamanya. Pada masa buah masak lazimnya ia mencapai tahap kandungan gula yang optima untuk dimakan. Kaedah pasaran domestik dan eksport berbeza mengikut negara pengeluar dan juga pengimport. Sehingga kini belum ada sistem pasaran bagi buah kiwano antarabangsa yang ujud. Buah Kiwano ini juga diproses untuk dijadikan pelbagai produk makanan dan kosmetik. Semuga rencana ini memberikan info berguna kepad semua pembaca anim agro tehnology. Wasllam!!!...
BUAH KIWANO... UNIK BENTUKNYA...
KULIT BERDURI... KUNING MASAKNYA...
UJIRASA MANIS... LEMAK RASANYA....
DAPAT MEMBELI... KENNA CARI DIMANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya.
WP Putrajaya
Malaysia.
(23 JamadlAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...