Support My Blog

Monday, March 22, 2021

PENYIMPANAN BUAH NANAS

BUAH NANAS
(Ananas comosus) merupakan sejenis buah tropika yang kini di dimakan segar atau dikalengkan serta ada yang dieksport dari Malaysia. Kini beberapa nanas premium seperti nanas MD2 dan Josapine telah dieksport kebeberapa negara didalam mempastikan industri nanas negara terus berkembang. Buah nanas merupakan sejenis buah yag tidak tahan lama disimpan apa lagi beberapa varieti tradisional yang jangkahayat ketahanan hanya 2-3 hari sahaja selepas dituai. Pasaran eksport nanas Malaysia ke China telah menjadikan buah tropika ini mempunyai potensi besar untuk diperluaskan tanamannya di Malaysia bagi memenuhi keperluan pasaran China yang besar. Protokol untuk mengeksport nanas segar ke China telah dipersetujui oleh kedua negara sekitar tahun 2018 dengan penghantaran pertama eksport nanas MD2 segar telah dijalankan pada Oktober 2018 dari Batu Pahat, Johor (Sila lihat foto diatas). Dari segi teknikal walaupun pulpa nanas memang dilihat seakan ia dilindungi oleh kulit yang padat akan tetapi buah eksotik ini dilaporkan tidak tertakluk kepada penyimpanan untuk jangkamasa panjang. Jika buah-buahan seperti nanas hendak dihantar kelokasi jauh dan ambil mmasa lama maka ia masih perlu disimpan dalam suhu sejuk agar terus segar semasa dijual dipasaran mereka. Teknologi sebelum proses penyimpanan dan kualiti nanas terbaik telah dilaporkan mampu menjadikan buah nanas akan tahan lebih lama didalam kontena simpanan. Ada beberapa peraturan perundangan dan peraturan teknikal yang mesti dibuat pada buah nanas untuk pasaran eksport dan juga bagi pasaran domestik. Memang p
enting untuk mengikuti beberapa peraturan semasa peneksportan dipatuhi. Cara menyimpan nanas di rumah memang mudah kerana kuantiti sedikit, masa penyimpanan yang singkat dan ada kaedah untuk cepatkan proses pematangannya. Buah nanas adalah yang terbaik disimpan di bawah syarat-syarat tertentu iaitu pada kadar kelembapan tidak boleh melebihi 85% dan suhu boleh sekitar +8 darjah Celcius. Hayat maksima kebanyakan varieti nanas premium yang mematuhi saranan penyimpanan seperti ini adalah sehingga 2 minggu. Bagaimana pun sekiranya disimpan pada kadar suhu lebih tinggi maka buah akan masak lebih cepat iaitu jangka hayat nanas akan dikurangkan. Buah yang terlalu banyak didimpan tidak akan menjadi lebih manis atau lebih enak akan tetapi sebaliknya ada kalanya buah ini akan menjadi tidak enak atau tidak sesuai untuk digunakan. Apa yang penulis blog pernah kaji dimana pada suhu simpanan sekitar di bawah +8 darjah buahnya akan reput. kan kelihatan ada tompokan coklat di permukaan buah dimana ini menunjukkan permulaan kerosakan. Sekiranya kelembapan terlalu tinggi pula buahnya boleh menjadi terlalu lembut dimana rasanya akan rosak. Artikel malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis menganai beberapa teknologi penyimpanan buah nanas untuk pasaran domestik dan eksport sebagai bahan rujukkan anda semua.

Buah nanas selalunya mempunyai tiga (3) pilihan 
untuk tujuan penyimpanan dirumah. Pilihan tersebut adalah dengan menyimpan didalam peti sejuk, di dalam almari atau di atas meja (pada suhu bilik) serta dibekukan dalam freezer. Apa pun dilaporkan dimana beberapa kaedah betul cara menyimpan dalam peti sejuk perlu diikuti. Biasanya ramai yang memilih tempat dibahagian sayuran dan pintu yang boleh diletakkan buah nanas dimana keadaan dalam lingkungan minima 7 - 8 darjah Celcius keatas (Sila lihat foto disebelah). Cara ini selalu dilakukan sebagai kaedah terbaik untuk menyimpan nanas dengan kuantiti sedikit dirumah bagi kegunaan sendiri. Pada keadaan sedemikian dimana di dalam peti sejuk buah nanas boleh tahan 12 - 14 hari dimana kemudian masih boleh digunakan walau pun kesegarannya berkurang. Bagi tujuan penyimpanan buah nanas sebaiknya sebelum menyimpan buah ke petak buah dalam peti sejuk adalah disyorkan untuk mebalutnya ke dalam beg kertas. Kajian mendapati kadar kerosakan bbuah nanas serta buah-buahan atau sayuran yang dibalur dengan kertas atau mungkin sesetengah pembungkus lain yang dibenarkan lebih tahan lama. Ia juga dilaporkan mengurangkan berlaku kesan jangkitan daripada sayur atau buah lain yang sudah mereput dari menjangkiti buah nanas yang disimpan. Sebagaimana pentingnya buah yang disimpan sebaiknya pilih buah yang masih belum masak ranum untuk disimpan kerana jangkahayatnya pendek. Beli buah nanas yang masih masak sepenohnya seperti pada indeks kematangan 2. Buah ini boleh diletakkan pada suhu bilik dahulu sebelum ianya dimasukkan kedalam peti sejuk untuk simpanan selama 12-14 hari lagi.

Teknik simpanan buah nanas pada suhu bilik sebagai p
ilihan kedua semasa cuba menyimpan dirumah iaitu pada suhu bilik dimana ini membolehkan lama menyimpan buah segar selama 2 - 3 hari. Amalkan agar tidak boleh meletakkan buah dalam bekas, beg atau kotak sempit kerana ianya akan memendekkan jangka hayat nanas. Tanpa oksigen selalunya banyak produk buah boleh rosak dan layu. Sebaiknya elakkan dari menyimpannya di bawah cahaya matahari yang terbuka sebab ia akan mengeringkan kulit buah nanas dan merosakkannya. Jika buah nanas ini diletak pada rak kabinet dapur sebaiknya sering terbuka dengan susunan jarak buah nanas atas rak sekurang-kurangnya 10 cm. Ada juga kalangan peminat buah nanas yang menyimpan di dalam karung kain kain kapas yang bersih. Jika terlihat tanda-tanda kerosakan telah mula muncul pada kulit buah maka sebaiknya ia harus dibersihkan dengan cara memotong tempat yang busuk dan bakinya sesuai digunakan dalam masakan. Jika anda tidak mahu memakan sebagai nanas segar maka salah satu cara boleh dilakukan ialah memotong, membungkusnya dan membekukan nanas . Cara ini membolehkan buah nanas membeku dan boleh digunakan untuk dijadikan bahan dalam masakan pada masa yang sesuai. Jika buah nanas mereput dan tidak selamat untuk dimakan maka sebaiknya dibuang sahaja demi mengelakkan keracunan makanan. 

Kaedah ke tiga dalam penyimpanan buah nanas adalah sebagai 'Buah Nanas Beku' yang disimpan dibahagian 'freezer'. Buah Nanas Beku lazimnya adalah buah yang telah dikupas kulitnya dan dipotong dalam bentuk kiub, kepingan (ring shape), Stick dan juga telah di kisar menjadi jus atau pun pes nanas. Sama juga dengan kaedah penyimpanan buah beku untuk kebanyakan jenis buah lazimnya bagi nanas ianya mampu untuk mengekalkan rasa dan sifat asli buah nanas untuk jangkamasa lama sehingga 3-4 bulan. Bagaimana pun terdapat perubahan pada tekstur buah nanas yang telah disimpan sejuk beku (freeze) tetapi masih sesuai untuk dihidangkan sebagai buah pencuci mulut. Biasanya isi buah atau dagingnya sudah tidk begitu elastik malahan ia lebih berair ketika dimakan selepas dikeluarkan dari freezer. Lazimnya langkah paling baik untuk buah nanas beku adalah untuk dijadikan makanan seperti smoothies atau dibuat pastri. Baggaimana pun untuk buah nanas yang hendak disimpan didalam freezer perlu dipilih dari bauh nanas berkualiti dan dikupas kulitnya dan matanya. Ia sesuai dipotong mengikut kehendak dan kemudian dimasukkan kedalam bekas plastik atau bekas lain yang sesuai. Sebaiknya pula buah yang siap dipotong ini 
dikeringkan dengan tuala kertas sebelum dibungkus. Penulis blog sering juga ambil buah nanas dan dikisar halus untuk dijadikan jus atau pes sebelum ianya dimasukkan dalam bekas dan kemudian ia disimpan didalam freezer.  Sesuai digunakan dengan cara mengeluarkan diletak pada suhu bilik sehingga menjadi cair sebelum digunakan. Jika dibungkus dengan baik dan ianya disimpan dalam peti sejuk yang rapi lazimnya produk seperti ini boleh tahan lebih dari satu tahun. Pada penulis blog kita yang tinggal di kawasan tropika bertuah kerana boleh mendapatkan buah nanas segar sepanjang tahun berbanding dengan negara 4 musim yang susah mendaptkan buah nanas segar. Buah nanas yang dipetik dalam pelbagai peringkat indeks kematangan boleh dituai mengikut keperluan. Apa pun tertakluk kepada pengguna dan pembaca bagaimana cara menyimpan buah nanas yang sesuai mengikut kemampuan dan keperluan anda semua. Semuga artikel subuh ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MENYIMPAN NANAS... BAGAIMANA...
DALAM PETI SEJUK... SUDAH BIASA...
DIPOTONG RAPI... SEJUK BEKU JUGA...
NANAS SEGAR... TERBAIK RASANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Syaaban 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...