Support My Blog

Tuesday, March 30, 2021

CARA CANTASAN DURIAN AH TONG

TANAMAN DURIAN (Durio zibethinus) adalah tanaman buah-buahan yang semakin mendapat tempat dikalangan petani selepas Malaysia mendapat pasaran yang baik untuk ianya dieksport ke China. Durian varieti premium Malaysia seperti Durian Musang King , Durian Black Thorn, Durian Udang Merah, Durian IOI, Durian D24 dan beberapa varieti lagi sudah mendapat harga premium di negara kita dan juga pasaran eksport. Saya telah menulis lebih daripada 500 artikel mengenai durian dalam blog ini dimana ia merangkupi daripada banyak aspekk daripada awal penanaman sehingga kepada pemasaran dan penghasilan produk asas durian. Foto diatas saya bersama En Ah Tong diladangnya di Kg Titi Bunga, Titi, Negeri Sembilan yang mana beliau merupakan salah seorang penanam durian yang berjaya menanam durian premium seluas lebih daripada 40 ekar dibeberapa lokasi kebun. Pokok durian ini telah berumur 12 tahun ini adalah pokok hasil cantuman dewasa diantara pokok asal dengan durian Musang King yang kini mampu mengeluarkan antara 300 - 400 biji setahun. Dilihat dari segi taburan dahannya memang terbaik untuk sinaran matahari, pengudaraan dan keseimbangan pokok. Pengalaman lebih daripada 15 tahun didalam mengaja tanaman durian memang amat mencabar terutama untuk mempastikan pokok duriannya sentiasa dalam keadaan baik dan mampu menhgasilkan buah 3 kali setahun. Beliau yang asalnya menjalankan perniagaan dalam rantaian bekalan daging sejuk beku telah menjadikan tanaman durian sebagai hobi yang menyeronokan yang mana ia mampu mendatangkan pulangan amat baik. Bagaimana pun semuanya memerlukan ilmu pengetahuan, modal, pekerja dan paling penting bagaimana untuk manjadikan pokok durian dikebunnya sentiasa sihat, berbunga dan menghasilkan buah berkualiti. Tinjauan penulis ke kebun beliau disambut baik selama 4 jam dengan banyak perbincangan teknikal dibuat bersama. Antara aspek penting penanaman durian menurut Ah Tong adalah amalan agronomi disesuaikan dengan tindakan yang tepat. Walau pun aspeh baka atau varieti durian penting dan juga aspek pembajaan serta kawalan penyakit dan perosak tetapi aspek cantasan dipokok duiran juga penting. Artikel petang ini dalam blog pertanian "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai aspek cantasan dikebun durian hasil lawatan ke kebuh Ah Tong. 

Ah Tong setuju dimana tanaman durian adalah merupakan tanaman yang semakin mendapat permintaan tinggi di dalam dan luar negara kerana keunikan rasanya yang sangat sedap dan memang ia digemari oleh seluruh lapisan masyarakat. Di Malaysia katanya pokok durian antara tanaman yang banyak ditanam kerana nilainya yang tinggi jika dijaga baik dan mempunyai pasaran baik berbanding dengan tanaman lain. Ramai yang dah menjadi jutawan dengan menjual durian kerana harga durian musang kini purata mencapai RM40 sekilogram cuma bekalannya tidak mencukupi untuk dapatkan buah gred premium. Apa pun artikel kali ini saya kongsikan cara pemangkasan pokok durian yang betul supaya berbuah banyak dan pokok lebih produktif serta berkualiti. Aktiviti pemangkasan pokok durian adalah salah satu perkara yang perlu diutamakan selepas penanaman selain penjagaan dan pembajaan bagi memastikan pokok dapat memberikan pulangan yang lumayan. Pemangkasan pokok durian perlu dilakukan pada peringkat awal pertumbuhan bagi tujuan mendapatkan bentuk pokok yang mempunyai batang utama yang tegak dan dahan-dahan primer yang bersudut mendatar. Sebaiknya kerja-kerja pemangkasan pokok durian bermula selepas 6 bulan ditanam di ladang dan dilakukan mengikut umur pokok (Sila lihat foto disebelah). Pemangkasan pokok matang biasanya dibuat selepas musim buah dengan membuang tunas-tunas air yang berpenyakit, tidak produktif dan dahan-dahan yang patah atau layu disamping ianya akan memberikan pengudaraan yang baik serta membolehkan pancaran matahari menembusi kanopi. Apa yang Ah Tong lakukan adalah membuang dahan-dahan yang rimbun dibahagian atas sehingga penulis blog periksa jam 3.30 petang purata bacaan meter sinaran matahari sekitar 8,000 - 9,000 lux dibawah pokok durian. Biasanya kebanyakan tanaman memerlukan diantara 15,000 - 45,000 lux cahaya untuk perumbuhan yang normal. Lux adalah unit yang digunakan untuk mengukur keamatan cahaya matahari atau light intensiti. Sebagai perbandingan pada tengahari yang cerah dimana keamatan cahaya matahari (direct sunlight) adalah dalam lingkungan 120,000 lux (ia sampai dibahagian atas pokok durian). Pada hari yang cerah tetapi redup biasanga sekitar 25,000 lux sementara pada hari mendung hanya sekitar 2,000 lux. Dalam rumah kita hanya prlukan sekitar 500 lux untuk pencahayaan yang cukup.

Saya terus berbincang dengn Ah Tong mengenai beberapa jenis pemangkasan yang biasa diamalkan adalah teknik pemangkasan pembentukan batang utama di awal pertumbuhan (Sila lihat foto disebelah). Penting dilakukan seperti pemangkasan penjagaan iaitu dengan membuang tunas-tunas air yang tidak produktif, mati dan berpenyakit serta mampu untuk mengurangkan penggunaan racun kimia. Ini kerana diantara tujuan pemangkasan ini ialah bagi membentuk dan mengawal pembentukan pokok, membuang tunas air yang tidak produktif, reput, berpenyakit dan mati, memberikan ruang pengudaraan yang baik pada pokok serta mengalakkan pengeluaran buah yang banyak, berkualiti dan baik. Ini kerana hanya pokok durian yang mampu hasilkan durian berkualiti termasuklah adalah dengan mempunyai satu batang utama (batang utama tidak bersifat co-dominant) iaitu mempunyai dua batang utama atau lebih yang saling bersaing untuk mendapatkan makanan dan tidak mempunyai batang utama, berbilang atau banyak batang, yang dikenali sebagai multiple leaders. Kesannya pokok mudah tumbang apabila ditiup angin yang kencang. Sebaiknya juga dahan-dahan utamanya tidak bersentuhan atau bergesel dengan batang utama pada pokok durian. Jika diperiksa bukan dahan yang berada dibahagian bawah sahaja tetapi dahan dibahagian tengah pokok tau atas perlu dibuang jika menghalang sinaran cahaya matahari. Pokok duirn yang mempunyai dahan-dahan yang bersaiz dua pertiga lebih kecil berbanding saiz diameter batang utama pada pokok durian perlu dilatih pembentukkannya. Dahan-dahan tersusun kemas dan tidak terlalu rapat antara satu sama lain. Sebaiknya bagi jenis dahan mendatar dan kemas dan ia tidak bersentuhan serta mendapat cahaya matahari yang cukup untuk mengelak kulat bersarang pada pokok. Jika kurang pengudaraan dan lembab maka klat boleh datang dan menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanker batang dan sebagainya. Kedapatan pokokk 'duit-duit' pada batang pokok dan dahan mesti dibuang selalu.

Walau pun ada kalangan petani yang berpendapat bahawa sesiapa boleh memendekkan pokok dengan memotong bahagian atasnya. Ramai mungkin tidak menyedari dimana dengan kaedah memusnahkan secara kekal dan merosakkan pokok secara kekal adalah menganggu pokok sehingga ia boleh membunuhnya. Mungkin ada kalangan pembaca pernah mendangar 'Topping Pokok'. Topping Pokok adalah aktiviti membuang bahagian atas batang tengah pokok durian untuk tujuan cantuman dewasa atau membentuk semua pokok durian baru. Ketinggian tepat membuat topping pokok dan aktiviti merawat luka kerana dipotong mesti dilakukan. Pastikan ada lagi dahan yang mempunyai daun untuk mengelakkan seluruh batang durian ditinggalkan tidak mati. Apabila keluar tunas baru maka boleh dilakukan cantuman mat tunas pada bahagian tunas yang keluar sehingga berjaya. Membiarkan luka-luka pada bahagian batang dan dahan boleh menyebabkan patogen menyeran pokok kemudiannya. Ah Tong menggunakn tangga aluminium yang tinggi untuk memotong dahan-dahan yang hendak dibuang sepanjang masa jadual cantasan dijalankan. Disamping itu hanya dahan berbentuk yang horizontal ditinggalkan sementara dahan kearah vertikal dibuang. Bagi tujuan pemdapatkan keseimbangan pokok juga sebaikny dilihat sekeliling pokok dari bawah dahulu dan tentukan ranting atau dahan mana hendak dibuang. Teknik membuat cantasan adalah subjektif tetapi yang penting tujuan cantasan mencapai matlamatnya. Semuga artikel hasil tinjauan kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
CANTASAN DURIAN... PENTING DIA....
DAHAN DIBUANG... SEIMBANG PULA...
PENGUDARAAN BAIK... BERBUNGA...
AKREDITASI MYGAP... AMAL SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomiist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya.
Malaysia.
(15 Rejab 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...