Support My Blog

Monday, February 8, 2021

SAMBAL GORENG JAWA - KISAHNYA

SAMBAL GORENG JAWA mungkin ramai kalangan rakyat Malaysia terutama dari orang Jawa yang mengenali dan tahu memasaknya. Penulis blog memang sangat suka makan sambal goreng jawa  ini yang disediakan dan dimakan terutama semasa suam panas dari kuali kerana memang sudah terbiasa semasa dahulu tinggal dikampong di Muar, Johor untuk menikmatinya dalam majlis kenduri. Terdapat banyak resepi sambal goreng jawa ini bergantung kepada lokaliti, modal dan citarasa masyarakat jawa tempatan. Bagaimana pun bahan asas dan cara memasaknya hampir sama kecuali beberapa bahan dan ramuan yang digunakan. Saya ada menulis mengenai sambal goreng jawa ini beberapa tahun dahulu yang boleh dibaca dengan pautan berikut (Sila klik disini)Bergantung kepada bahan-bahan yang selalu digunakan lazimnya terdapat banyak resepi dan jenis sambal goreng jawa ini iaitu bergantung kepada kreativiti dan juga citarasa. Sambal goreng jawa ini boleh dimakan begitu sahaja atau pun lazimnya dimakan dengan nasi putih atau bersama dengan lauk pauk yang lain. Apa yang unik mengenai resepi makanan ini adalah dimana bagi masyarakat jawa sebenarnya makanan ini adalah bukanlah dihidangkan ikut suka-suka hati sebaliknya ia akan dihidangkan untuk majlis keramaian seperti kenduri Baca Yasin malam Jumaat, Kenduri Tahlil, Ruahan dan Jamuan Hari Raya. Makanan ini kini telah dikomersilkan dimana ia merupakan salah satu komponen pada Makanan NASI AMBENG yang juga popular dikalangan orang Johor. Walau pun apabila dikomersilkan Nasi Ambeng disebut sebagai Nasi Ambeng tetapi ianya adalah serupa. Anda boleh membaca artikel mengenai juadah popular Nasi Ambeng dengan membuat pautan disini (Sila klik disini). Memang makanan ini khusus dimakan secara beramai-ramai dalam majlis-majis seperti disebutkan diatas. Dalam pada itu penulis blog dapati seinrkali cara membatnya juga selalu dijalankan secara bergotong royong dengan memasaknya secara beramai-ramai juga. Sebenarnya boleh juga kalau hendak masak makanan ini sebagai menu harian akan tetapi memandangkan sambal goreng ini mengandungi campuran pelbagai bahan maka kalau berniat untuk masak sedikit pun akhirnya akan menjadi banyak. Memang orang Jawa ini kreatif mencipta sejenis makanan dimana ia paling sesuai atau afdal disediakan semasa ada majlis keramaian atau untuk kenduri kendara. Rencana subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan makanan yang popular iaitu Sambal Goreng Jawa dan beberapa laporan media untuk dikongsi bersama pembaca semua.

Salah satu resepi asas membuat sambal goreng jawa tradisional akan saya cuba paparkan dalam bab ini. Perlu disediakan bahan-bahan terdiri daripada 
2 paket tempe (hiris dan goreng garing), 3-4 ketul tauhu (hiris dan goreng garing), 3-4 biji kentang(hiris dan goreng garing), Sedikit hati ayam (dihiris dan goreng) dan ada juga yang tidak mahu menggunakannya dan ada yang ska juga menggunakan udang segar), 2 paket suhun(perlu di rendam dalam air hingga lembut), 1 keping fucuk (perlu di potong dan dirndam hingga lembut dahulu), Kacang panjang di hiris serong, 1 sudu gula, sedikit perasa jika perlu, 1/2 sudu teh garam, Kicap manis secukupnya (Lazimnya Kicap Habhal Kipas Udang yang popular), 1/2 cawan air asam jawa (sedikit cair), 1 cawan air, 3 sudu besar ikan bilis (perlu di tumbuk lumat) dan 2 senduk minyak masak (tujuan untuk menumis). Sementara itu bahan-bahan untuk menumis adalah 2 biji bawang besar (dihiris nipis), 4 ulas bawang putih (di hiris nipis), 10 tangkai cili kering (perlu potong nipis menyerong) dimana jika suka pedas boleh tambah cili padi hiris serong.  Cara memasakya dengan memanaskan minyak masak kemudian dimasukkan ikan bilis yang telah ditumbuk lumat dan masukkan bahan tumis diatas. Masak sehingga tumisan  agak garing dan dimasukkan air asam jawa, gula, perasa dan sedikit garam. Seterusnya dimasukan bahan kicap manis. Seterusnya dikacau sehingga naik minyak dan dimasukkan suhun dan fucuk serta air. Kemudian dimasukkan pula kacang panjang di kacau lagi sehingga sebati semuanya. Apabila sudah masak sedia untuk dimatikan api dan dihidangkan.

Penulis blog suka juga dengan resepi masakan sambal goreng jawa bersantan. Resepi ini enak juga dimakan tetapi memberikan kepuasan berlainan dengan resepi tradisional diatas. Sambal goreng jawa bersantan atau ada orang bukan jawa yang menyebutnya dengan sambak goreng bersantan sahaja mempunyai cara masak yang tdak jauh bezanya. Bahan yang diperlukan untuk sa
iz hidangan 3 - 4 orang memerlukan masa selama 30 minit untuk memasaknya dengan anggaran kos sekitar RM15.00 sahaja. Makanan ini memang sejenis hidangan orang Jawa (macam penulis blog) memberikan citarasa lemak santan dan udang kering sebagai sejnia lauk untuk dimakan dengan naso putih yang suam diatas daun pisang. Bahan diperlukan adalah 1 liter santan pekat, 200gm perut lembu (babat) diman ia perlu dibersihkan dan direbus empuk, 50gm suhun yang rendam sehingga lembut, 50gm fucuk/tauhu kering yang direndam,  50gm udang kering juga direndam kemudian ia ditumbuk lumat, 3 biji tauhu dipotong dadu, 3 biji ubi kentang dipotong dadu, 3 keping tempe dipotong dadu, 8 biji cili merah dihiris nipis, 10 ulas bawang merah yang dimayang halus, 5 ulas bawang putih juga di mayang halus, 4cm halia dimayang halus,  batang serai dimayang halus, garam, gula dan lada sulah secukup rasa serta mintak masak. Cara memasaknya dengan bahan tauhu, ubi kentang dan tempe digoreng hingga kekuningan dan agak garing dan diketepikan. Seterusnya dipanaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, cili merah, serai dan halia hingga wangi. Kemudian dimasukkan perut lembut, suhun, fucuk dan separuh santan. Biarkan mendidih hingga semua bahan empuk dan sebati. Masukkan bahan-bahan yang telah digoreng dan lebihan santan kedalam kuali dan didiidihkan dengan api yang kecil hingga semua bahan masak sebati.  Tambahkan garam, gula dan lada sulah secukupnya dan mastikan api serta sedia untuk dihidangkan.

Penulis blog meminati makanan tempe juga iaitu sejenis 
makanan tradisional yang sinonim dengan masyarakat Jawa. Apa pun memang ada pelbagai resipi yang berasaskan tempe boleh dijadikan hidangan lazat sebagai pembuka selera. Pembaca jangan keliru diantara sambal goreng jawa dengan sambal goreng tempe. Apa pun di negeri kelahiran saya iaitu Johor, tempe goreng dan sambal goreng Jawa adalah antara hidangan paling popular selain daripada masakan 'pecel'. Nasi ambeng tidak lengkap tanpa sambal goreng yang turut menggunakan tempe sebagai bahan utamanya. Tempe goreng juga dimakan begitu saja atau lebih sedap dicicah dengan sambal kicap atau pun ia dijadikan kerepek pelbagai perisa. Masyarakat Jawa tempatan merasa tidak lengkap jika lodeh tanpa yang turut dicampur pelbagai sayur-sayuran jika tiada tempe. Sajian itu pula sudah biasa dijadikan sarapan di mana saja lokasi, selain dimakan dengan ketupat pada Aidilfitri dan Aidiadha. Apa yang lebih menarik adlah makanan tempe yang selalu dihasilkan menerusi proses penapaian kacang soya dimana ia bukan saja saja dimakan oleh orang Melayu tetapi turut digemari orang Cina, India dan kaum lain juga. Sambal goreng Jawa yang mudah disediakan untuk pembaca mencubanya adalah mempunyai tahap keenakan dengan sambakk goreng tempa. Apa pun aelalunya tenik dan cara serta penggunaan  bahan memasak hidangan itu bergantung kepada cita rasa dan kreativiti seseorang. Mungkin ramai sudah tahu dimana asal usul tempe adalah berasal dari Pulau Jawa. Mereka telah ada berhijrah ke Malaysia pada waktu dahulu (nenek dan datuk penulis blog dilaporkan memang berasal Cilacap, Pulau Jawa). Makanan tradisional tempe ini diperbuat daripada kacang soya dan ragi yang diperam selama beberapa hari. Ia kaya dengan protein, lemak dan karbohidrat dan amat sesuai dimakan pelbagai peringkat umur. Cara membuat tempe sangat mudah. Tempe biasanya akan dibungkus dengan daun pisang akan tetapi kini dibungkus dengan plastik dan kertas hingga menghilangkan haruman aslinya. Kacang soya akan direndam selama 24 jam supaya kulitnya tanggal. Kemudian ia direbus selama setengah jam. Letak dua gram ragi. Selepas air rebusan dibuang, sejukkan kacang itu, kemudian dimasukkan dalam plastik yang dilubangkan dan diperam selama 36 jam. Dalam menyediakan resepi makanan sambal Goreng Jawa antara bahan yang digunakan adalah bagi bahan A (digoreng) terdiri dari 3 keping tempe tebal yang dijual dalam bungkusan plastik dan 4 keping tauhu. Bagi bahan B (dikisar) terdiri dari 3 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih, segenggam ikan bilis, 6 sudu cili boh, 10 batang kacang panjang, 10 gram suhun (direndam), 4 keping tauhu kering (direndam), 2 batang lada merah dan hijau (dihiris untuk hiasan), Garam dan gula secukup rasa serta sedikit minyak masak. Cara penyediaan dengan bahan tauhu, tempe dan kacang panjang dipotong serong. Kemudian bahan tauhu dan tempe digoreng tiga suku masak dan ketepikan. Seterusnya diasingkan separuh minyak dan tumiskan bahan B yang sudah dikisar sehingga wangi. Kemudian dimasukkan gula dan garam secukup rasa dan mesti dikacau rata. Seterusnya dimasukkan tauhu dan tempe yang sudah digoreng, kacang panjang, suun dan tauhu kering. Ditabur garam dan gula secukup rasa dan dikacau rata dan matikan api dimana ia sedia dihidangkan untuk dimakan dengan nasi putih. Semuga artikel kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SAMBAL GORENG JAWA... ENAKNYA...
MUDAH DIMASAK... BANYAK BAHANYA...
ADA YANNG ASLI... LEMAK JUGA ADA....
JANGAN TUNGGU... MAKAN SAHAJA..

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 JamadilAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...