Support My Blog

Wednesday, February 17, 2021

ISU NANAS MORIS TIDAK BOLEH JUAL

ISU NANAS MORIS TIDAK BOLEH DIJUAL
telah menjadi satu berita penting dan viral didalam media tempatan pada pertengahan Febuari 2021. Nanas Moris (Ananas comosus) merupakan salah satu daripada varieti nanas yang telah lama ditanam di Malaysia dengan agak luas terutama oleh pekebun nanas tradisional sekitar Johor. Bagaimana pun nanas moris ini dikenali sebagai nanas yang tahan lasak, cepat berbuah dan mudah dijaga berbanding dengan nanas premium lain seperti nanas MD2, Maspine dan Josapine. Buah nanas moris bagaimana pun terkenal sebagai buah yang rasanya masam dan berasid tinggi dan sesuai untuk di jadikan bahan masakan atau dibuat jus minuman. Nanas moris sekarang ini sudah jarang di makan segar kerana telah ada nanas premium yang lebih manis, tidak lidas dan beraroma wangi. Media tempatan termasuk Bernama, Harakah Daily, Berita Harian, My Metro, Sinar, Utusan, Malaysia News Today dan banyak lagi telah melaporkan bagaimana nanas moris sukar untuk dijual bermula awal tahun 2021 sehingga pertengahan bulan Febuari 2021 dan selepasnya. Bagaimana pun nanas varieti lain iaitu nanas premium yang dimakan segar tidak pula menghadapi masaalah pasaran dan harganya masih stabil malahan ada sesetengah lokaliti akibat kekurangan jaringan pasaran menyebabkan harganya naik sedikit terutama yang melibatkan perkhidmatan penghantaran terus kerumah. Pandemik covid19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia memang memberi kesan kepada banyak sektor terutama sektor penerbangan, pelancongan, perkhidmatan, perniagaan, perkilangan dan beberapa lagi kini sudah mula memberi kesan kepada penanam nanas. Nanas Moris memerlukan masa selama 12 bulan untuk dituai dan nanas premium MD2 pula sekitar 15 - 16 bulan untuk dituai. Jika dikira serangan pandemik covid19 yang sudah menyambut ulangtahun PKP pada bulan Febuari memang boleh diagak pasaran nanas akan terjejas. Permintaan terhadap nanas moris lazimnya adalah untuk masakan seperti di buat rojak, paceri, sayur nanas dan pelbagai lagi. Akibat PKP 2.0 banyak restoren, hotel, kantin kilang sudah tidak beroperasi berbulan lamanya dimana ia menjejaskan permintaan pelbagai jenis nanas termasuk nanas moris. Boleh dikatakan sudah 'jarang' atau 'tiada' majlis-majlis keramaian terutama majlis kahwin diadakan menyebabkan permintaan nanas moris ini terus menurun. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kongsikan beberapa laporan media mengenai isu ini untuk dijadikan bahan rujukan semua pembaca blog ini. 

Bernama melaporkan dimana isu pasaran buah nanas jenis Moris yang dikatakan tidak dapat dijual di Johor melibatkan pekebun-pekebun yang tidak berdaftar dan ia sekali gus menyebabkan perkara itu berada di luar pengetahuan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dakwa Pengerusinya Datuk Dr Sahruddin Jamal. LPNM memandang serius perkara itu yang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di daerah Batu Pahat, Kluang dan Pontian di Johor. LPNM bersama FAMA telah ambil langkah proaktif dengan membuat pemantauan awal terhadap pekebun di lapangan dan menawarkan inisiatif bantuan pasaran kepada pekebun terjejas dengan pembelian oleh pihak FAMA dan pemadanan bersama pihak kilang pengetinan. Namun begitu masih lagi terdapat pekebun yang terus berusaha menjual sendiri nanas Moris mereka untuk mendapatkan lebih margin keuntungan.  Kenyataan itu dikeluarkan sebagai menjawab isu tersebut yang tular berserta dakwaan kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menangani masalah berkenaan.  Beliau juga berkata antara punca masalah itu ialah termasuk  pembatalan pembelian oleh pihak pemborong sedangkan buah berkenaan merupakan pengeluaran secara berjadual.    Permintaan terhadap nanas itu juga berkurangan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) yang menyaksikan segmentasi masakan seperti majlis kenduri, restoran dan perhotelan terjejas. Pada masa sama beliau menyeru pekebun yang mengalami masalah pasaran agar menyalurkan masalah mereka secara terus kepada LPNM bagi membolehkan pihaknya mengambil tindakan dengan segera. Sebarang aduan serta pertanyaan juga boleh dilakukan melalui sistem e-maklumbalas LPNM di www.mpib.gov.my/fms atau melalui Facebook rasmi LPNM.  Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang pekebun di Pontian tidak dapat menjual kira-kira 4,000 biji nanas Moris kerana pasaran yang tidak memberangsangkan.

Portal Malaysianews.today dengan tajuk berita '
PKP punca nanas kurang dapat permintaan, LPNM cuba bantu pekebun' juga membincangan perkara sama. Berita ini yang dipetik daripada Johor Bahru menyatakan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini dipercayai mempengaruhi permintaan pengeluaran buah nanas jenis Moris berkurangan hingga menyebabkan lambakan buah itu tidak laku di pasaran. Menurut Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, pembatalan pembelian oleh pihak pemborong mengikut jadual pengeluaran yang telah dipersetujui turut menyebabkan buah nanas itu mengalami masalah untuk dipasarkan. Perkara terbabit memberi kesan kepada sebilangan pekebun nanas jenis Moris lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak berdaftar di bawah LPNM. Pihak LPNM akan berusaha untuk membantu pekebun terlibat memasarkan hasil pengeluaran dengan melaksanakan kolaborasi bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Dalam pada itu, LPNM juga akan mengadakan rundingan bersama pihak kilang pengetinan serta menganjurkan pemadanan pasaran membabitkan pemborong dan peruncit yang memerlukan (Sila lihat foto disebelah). Beberapa akhbar ini ada melaporkan sekumpulan pekebun kecil yang menanam buah nanas di tanah berkeluasan kira-kira 300 ekar di Kampung Parit Betak, Benut di Pontian runsing apabila tanaman mereka yang sudah boleh dituai berdepan lambakan ekoran aktiviti pembelian yang perlahan. Rata-rata mereka yang menanam kira-kira 15,000 pokok bagi setiap ekar terpaksa menjual buah bervarieti Moris itu pada harga RM1 sebiji bagi mengelak buah rosak disebabkan peraih tidak mengambil tanaman itu dipercayai kerana kurang permintaan. Isu tersebut turut dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di daerah Batu Pahat dan Kluang yang membabitkan sebilangan pekebun nanas jenis Moris yang berdaftar dan tidak berdaftar di bawah LPNM. Isu yang melibatkan pekebun tidak berdaftar juga telah  menyebabkan beberapa laporan permasalahan berada di luar pengetahuan pihak LPNM atau FAMA sendiri. Walau pun ada  sesetengah pihak yang menuduh pihak kerajaan tidak cepat mengambil sebarang tindakan bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul ini tetapi sebaliknya berlaku banyak tindakan proaktif diambil. LPNM dan FAMA sudah mengambil langkah proaktif dengan membuat pemantauan awal di lapangan selain menawarkan inisiatif bantuan pasaran kepada pekebun yang terjejas dengan pembelian oleh FAMA dan pemadanan bersama pihak kilang pengetinan. Namun begitu dilaporkan ada juga pekebun yang memilih untuk menjual sendiri nanas yang diusahakan masing-masing untuk mendapatkan keuntungan lebih.

Tidak ketinggalam juga portal berita Harakahdaily menyiarkan berita yang berkaitan isu tersebut. Dilaporkan dimana
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah aktif mengambil maklum  berkenaan isu pasaran buah nanas jenis Moris di Johor yang berlaku di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada ketika ini. Masalah pasaran buah nanas Moris ini telah dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di daerah Batu Pahat, Kluang dan Pontian yang melibatkan sebilangan pekebun nanas Moris berdaftar dan tidak berdaftar di bawah LPNM. Isu ini telah tular di media sosial, di mana terdapat sesetengah pihak berkepentingan mengambil kesempatan dengan menuduh pihak kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan. Masalah pasaran buah nanas Moris ini berlaku disebabkan pembatalan pembelian oleh pihak pemborong terhadap pekebun mengikut jadual pengeluaran yang telah ditetapkan, mengakibatkan nanas ini tidak dapat dijual seperti biasa. Ia adalah berpunca daripada kekurangan permintaan di pasaran berikutan pelaksanaan PKP, terutamanya bagi segmentasi masakan yang kebiasaannya melibatkan majlis kenduri kendara, sektor perhotelan dan juga restoran. Pihak LPNM bersama FAMA telah pun mengambil langkah proaktif dengan membuat pemantauan awal terhadap pekebun di lapangan dan menawarkan inisiatif bantuan pasaran kepada pekebun terjejas dengan pembelian oleh pihak FAMA dan pemadanan bersama pihak kilang pengetinan. Terdapat pekebun yang terus berusaha menjual sendiri nanas Moris mereka untuk mendapatkan lebih margin keuntungan. Selain dari itu, masalah ini juga melibatkan pekebun tidak berdaftar, yang telah menyebabkan beberapa laporan permasalahan ini di luar pengetahuan pihak LPNM atau FAMA. Walau begitu LPNM akan berusaha membantu pekebun untuk memasarkan hasil Moris mereka dengan melaksanakan kolaborasi bersama pihak FAMA, mengadakan rundingan dengan pihak kilang pengetinan, serta melaksanakan pemadanan pasaran dengan pihak pemborong dan peruncit yang memerlukan. LPNM selalu melihat perkara ini masih di dalam kawalan kerana pengeluaran nanas adalah secara berjadual dan berperingkat. Pihak LPNM yakin dengan pembukaan sektor ekonomi serta pergerakan lokaliti yang lebih luas secara berperingkat, ia dijangka akan akan memberikan kesan pasaran yang positif bagi pasaran buah nanas. Sehubungan dengan itu, LPNM menyeru kepada pekebun yang mengalami masalah pasaran supaya menyalurkan permasalahan terus kepada pihak LPNM bagi membolehkan LPNM mengambil tindakan segera. Pekebun boleh menghubungi Pejabat LPNM negeri atau pegawai kawasan bagi menyalurkan permasalahan yang dihadapi. Sebarang aduan dan pertanyaan juga boleh melalui sistem e-maklum balas LPNM di www.mpib.gov.my/fms atau melalui Facebook Rasmi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Susulan tular isu pasaran buah nanas jenis Moris yang berlaku di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) bersedia untuk membantu pekebun yang terjejas. Apa pun permasalahan yang timbul melibatkan pekebun nanas jenis Moris di Johor sama ada yang berdaftar dan tidak berdaftar dengan LPNM ini, disebabkan oleh pembatalan pembelian antara pihak pemborong dengan pekebun mengikut jadual pengeluaran yang telah dipersetujui. Sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab maka LPNM bersama FAMA komited untuk membantu pekebun nanas jenis Moris yang terlibat. Selain itu, LPNM menyeru pekebun yang berdepan masalah sama untuk menyalurkan aduan agar tindakan sewajarnya dapat diambil. Semuga isu ini akan selesai dengan segara dan pengusaha nanas mendapat pasaran dengan lebih baik dimasa akan datang. Artikel ini diharap mampu memberikan info berguna kepada semua sekali pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!..
NANAS MORIS... SUSAH JUALNYA...
AKIBAT PKP... PETANI KECEWA...
PEMBORONG BATAL... SEMENTARA....
PIHAK LPNM... SELESAIKAN SEGARA...

By,
M ANem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Rejab 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...