Support My Blog

Saturday, February 20, 2021

MARDI LANCAR 3 PRODUK INOVASI

MEDIA PERDANA
pada 18 Febuari 2021 telah melaporkan mengenai bagaimana Majlis Pelancaran 3 Produk Inovasi oleh 
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. Foto juga menunjukkan hasil cili yang mana menggunakan teknologi inovasi TrichoSHIELD sambil ianya disaksikan oleh Ketua Pengarah MARDI. Ia adalah hasil penyelidikan MARDI yang terdiri dari Pakej Teknologi Untuk Kawalan Penyakit Darah Pisang menggunakan Teknologi Kerintangan Sistemik Teraruh (ISR), TrichoSHIELD dan Buku Manual Teknologi Pengeluaran Cili Secara Organik di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Putrajaya. Turut hadir dalam foto adalah Penjana Teknologi, Nur Liyana Iskandar yang membangunkan teknologi TrichoSHIELD. Inovasi-inovasi ini adalah bagi membantu meningkatkan pengeluaran hasil tanaman pisang dan cili tempatan dimana sedang dan akan dikomersialkan kepada para petani dalam masa enam bulan akan datang. Dinyatakan dimana tiga produk tersebut ialah ‘Pakej Teknologi Untuk Kawalan Penyakit Darah Pisang (Teknologi Kerintangan Sistemik Teraruh, ISR)’, ‘TrichoSHIELD’, dan ‘Buku Manual Teknologi Pengeluaran Cili Secara Organik’ yang mampu meningkatkan produktiviti tanaman pisang (Musa spp) dan cili (Capsicum annum). Menteri dalam ucapannya menyatakan dimana  industri pisang negara terancam dengan kehadiran sejenis penyakit pada 2007 yang dinamakan Penyakit Darah Pisang atau Penyakit Layu Bakteria daripada bakteria perosak Ralstonia syzygii subsp. Celebesensis yang mana penyakit itu digazetkan sebagai penyakit berbahaya mengikut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976. Anda boleh membaca mengenai penyakit melalui tulisan saya pada pautan berikut (Sila klik disini)., (Sila klik disini) dan beberapa puluh lagi artikel yang ada berkaitan. Penyakit ini telah menyebabkan industri pisang negara lumpuh dengan kehilangan hasil hingga 65 peratus. Secara tidak langsung inovasi yang diperkenalkan ini bakal meningkatkan produktiviti dimana nilai import meningkat daripada RM0.3 juta pada 2007 kepada RM180 juta pada 2018. Teknologi ISR difahamkan telah berjaya meningkatkan kerintangan pokok terhadap makhluk perosak dan uji cuba di ladang menunjukkan inovasi itu berjaya mengawal penyakit hingga 92 peratus. Dalam pada itu inovasi dan teknologi baru dinamakan TrichoSHIELD pula merupakan teknologi berasaskan biofungisid hasil kajian MARDI yang berpotensi untuk kawalan penyakit antraknos pada tanaman cili. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis semula laporan media perdana mengenai beberapa perkara yang lebih terperinci dan huraian yang patut difahami semua pembaca blog berkaitan dengan apa yang dilancarkan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

PENYAKIT MOKO PISANG
atau lebih dkenali sebagai Penyakit Layu Bakteria Tanaman Pisang atau 'Blood disease' ialah penyakit pisang yang disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dikenali dengan jenis Ralstonia syzygii subsp. Celebesensis. Bakteria ini dilaporkan terdapat pada tanah dan ia boleh hidup pada perumah daripada 2 hingga 3 tahun. Bakteria ini ialah bakteria gram-negatif dan ianya tumbuh secara aerobik (memerlukan udara) dan tidak menghasilkan spora. Menurut kajian oleh Stevenson (2001), pertumbuhan bakteria dalam kultur Broth ini dapat dihalang oleh larutan garam (NaCl) berkepekatan melebihi 2%. Bakteria ini bukan hanya akan menyerang pokok pisang akan tetapi memang ia juga menyerang pokok lain seperti tanaman tomato, ubi kentang, terung dan tembakau. Bakteria ini biasanya terdapat di kawasan tropika, subtropika dan beberapa kawasan beriklim sederhana didunia. Inovasi MARDI menyatakan antara kaedah penyelesaian berkesan adalah dengan Teknologi Rintangan Sistemik Teraruh (ISR). Ia merupakan teknologi kawalan penyekit darah pisang (blood disease) dengan pengaruhan kerintangan terhadap perosak yang mesra alam. Produk yang diberi nama GLADIATOR1.0 merupakan satu inokulan bakteria bermanafaat yang mengaruh kerintangan sistemik terhadap perosak penyakit darah pisang (Sila lihat foto disebelah). Produk ini merupakan inokulan bakteria baccilus spp tempatan diformulasi dalam benteruk cecarir (liquid) dan digunakan secara semburan pada akar pokok pisang. Selain daripada ianya produk mesra alam, Gladiator 1.0 ini juga berkesan menyawal pemyakit sehingga 92% sesuai dengan teknologi hijau dan sesuai untuk pengeluaran pisang konvensional dan pisang organik. Ia juga menggalakkan pertumbuhan vegetatif, mempercepaatkan pengeluaran jantung dan tandan pisang serta mampu memberikan hasil yang lebih tinggi. Penulis blog harap lebih ramai petani penanam pisang dapat menggunakan produk inovasi ini bagi mengatasi masaalah serangan penyakit tersebut dan mampu meningkatkan pendapatan hasil pisang.

Produk 
TrichoSHIELD adalah produk biofungiside berasaskan Trichoderma strain tempatan khusus untuk kawalan penyakit antraknos pada tanaman cili organik dan konvensional yang diformulasi dalam bentuk serbuk talkum. Apa pun teknologi ini diaplikasi secara semburan foliar yang dapat mengurangkan jangkitan penyakit antraknos di ladang hingga 88 peratus dan membantu meningkatkan hasil cili hingga 54 peratus. Teknologi yang dihasilkan MARDI itu bukan sahaja mesra alam akan tetapi turut meningkatkan keselamatan dan kualiti produk pertanian serta agromakanan untuk kesejahteraan rakyat. Saya ada menulis mengenai teknologi ini dalam blog ini dengan boleh diakses melalui pautan berikut (Sila klik disini)Dijenamakan sebagai “TrichoSHIELD” dimana produk ini merupakan produk inokulan mikrob yang mesra alam dan selamat untuk petani menggunakan bagi jangka masa panjang serta boleh dijadikan sebagai alternatif kepada racun kimia. Ia telah didaftarkan bawah kategori rahsia dagangan bagi penjanaan harta intelek MARDI pada tahun 2019 (nombor rujukan: TS 2019/32/078). Penulis blog hanya pernah mendengar produk ini semasa melawat satu projek tanaman cili yang dikelolakan oleh pihak MARDI. Produk biopestisida yang berasaskan mikroorganisma Trichoderma yang berpotensi untuk mengawal serangan penyakit antraknos ini telah dibangunkan untuk digunakan petani bagi meningkatkan lagi kualiti hasil cili. Di laporkan sehingga artikel asas ditulis dimana di pasaran Malaysia, masih belum ada produk berasaskan Trichoderma khas untuk mengawal penyakit antraknos cili. Kebanyakan produk Trichoderma adalah untuk mengawal patogen yang berasal dari tanah seperti Fusarium sp., Rhizoctonia solani dan Sclerotium rolfsii. Trichoderma secara umumnya bersifat mikoparasit serta menghasilkan antibiotik dan toksin antikulat untuk merencatkan keadaan pertumbuhan sesuatu patogen. Kajian di makmal berjaya membuktikan dimana Trichoderma asperellum berjaya merencatkan pertumbuhan Colletotrichum sehingga 100%.

Hasil kajian mendapati dan mencadangkan bahawa TrichoSHIELD boleh dijadikan sebagai alternatif kepada azoxystrobin untuk kawalan antraknos pada cili. Selain itu, didapati pengurangan insiden penyakit antraknos pada cili oleh TrichoSHIELD adalah sehingga 70% berbanding dengan pokok yang tidak dirawat menggunakan TrichoSHIELD. Hasil cili pada pokok yang dirawat dengan menggunakan azoxystrobin adalah sedikit tinggi iaitu 1,573 g/pokok berbanding dengan pokok yang dirawat dengan menggunakan TrichoSHIELD (1,386 g/pokok). Selain penyakit antraknos, azoxystrobin juga boleh mengawal penyakit lain seperti kulapuk berdebu yang disebabkan oleh kulat patogen Leveillula taurica pada cili. Penyakit powdery mildew menyebabkan kehilangan hasil sehingga 30% disebabkan oleh defoliasi dan pengurangan dalam fotosintesis pada daun dan seterusnya mengurangkan saiz dan bilangan buah cili. Ini mencadangkan kemampuan untuk mengawal lebih daripada satu jenis penyakit oleh bahan aktif azoxystrobin menyumbang kepada hasil cili yang lebih banyak. Kajian pembandingan antara penggunaan bahan biofungisid TrichoSHIELD dan racun kimia azoxystrobin menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada insiden penyakit dan keterukan penyakit antraknos pada cili berserta hasil yang kompetitif. Ini menunjukkan dimana TrichoSHIELD berpotensi sebagai produk alternatif yang mesra alam dan dapat mengurangkan penggunaan racun kimia. Produk ini dapat menambah nilai biopestisida sedia ada dan boleh digunakan oleh petani khususnya bagi petani yang menjalankan pertanian secara organik untuk mengawal penyakit antraknos pada cili. 
Mengenai Buku Manual Teknologi Pengeluaran Cili Secara Organik dimaklumkan dimana buku itersebut kan menjadi rujukan utama dalam mengeluarkan cili secara organik iaitu meliputi kaedah-kaedah daripada pengurusan pengeluaran anak benih hingga ke pengendalian lepas tuai.  Semuga tulisan ini menjelaskan lagi kepada pembaca blog anim agro technology mengenai laporan media mengenai teknologi tersebut yang tidak dijelaskan seperti dalam tulisan blog pada kali ini. Wasallam!!...
MARDI ADA...TEKNOLOGI DIJANA...
MENTERI LANCAR... PETANI GUNA...
SAYA TULIS... MENJELASKANNYA...
AGAR DIFAHAMI... OLEH SEMUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Rejab 1442H).
Bersamaan 19 Febuari 2021.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...