Support My Blog

Monday, February 22, 2021

FGV TINGKAT BAHAN TANAMAN

MEDIA TEMPATAN MELAPORKAN FGV Holdings Berhad (FGV)
telah meningkatkan pengeluaran bahan tanaman iaitu pisang, buluh, kelapa dan padi melalui inovasi bertujuan untuk memenuhi permintaan domestik yang semakin meningkat bagi aktiviti pertanian tanaman di Malaysia. Mungkin kita sudah pernah mendengar perkataan FGV atau sebenarnya 
Felda Global Ventures yang telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat berstatus Sendirian Berhad pada 19 Disember 2007 dimana ia ia pada mulanya dikendalikan sebagai cabang perdagangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau ringkasnya sebagai FELDA. Perniagaan teras FGV asasnya adalah merangkumi Sektor Perladangan, Logistik dan lain-lain (LO) serta Sektor Gula. FGV mula disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 2012 dan penyenaraian tawaran awam awal (IPO) syarikat ini merupakan yang kedua terbesar di dunia selepas Facebook. Bagaimana pun baru-baru ini pada Febuari 2021 FGV sebagai syarikat ketiga terbesar kelapa sawit di dunia mengikut keluasan tanaman membuat kenyataan media dalam peningkatan pengeluaran bahan tanaman khususnya pisang, buluh dan beberapa lagi . Kini dilaporkan di Malaysia sahaja dimana FGV mengawal lebih 850,000 hektar tanah yang merangkumi kawasan seluas 500,000 hektar secara kasar bahawa ia menyewa dan menguruskan untuk 112,635 pekebun kecil FELDA. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV iaitu Datuk Haris Fadzilah Hassan dakwa dimana penggunaan bahan tanaman yang betul adalah satu daripada faktor utama yang menentukan kejayaan pengeluaran tanaman secara komersial. Diberitahu kepada Bernama dimana peningkatan permintaan daripada pelanggan menunjukkan kemampuan FGV dalam usaha untuk menawarkan pelbagai produk berkualiti tinggi melalui kaedah penyelidikan kultur tisu (TC) secara mendalam, infrastruktur penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang canggih serta pengalaman lebih 50 tahun dalam penyelidikan klonal. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan mengulas laporan media tersebut untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.

Dilaporkan oleh CEO FGV dimana mereka libatkan p
engeluaran spesies buluh betong untuk Malaysia telah disasarkan sebanyak dua juta pada 2021atau meningkat dua kali ganda daripada satu juta klon pisang tahun 2020 seperti yang dihasilkan untuk tujuan memenuhi peningkatan permintaan bagi spesies Pisang Berangan, Cavendish dan Tanduk. Benih Buluh Betong dipasarkan kepada penanam buluh bertujuan untuk penghasilan rebung dan juga batang kayu buloh secara komrsil (Sila lihat foto disebelah). Pengeluaran benih pisang TC ini terus meningkat pada kadar 100 peratus setiap tahun sejak 2019 bagi memenuhi permintaan pasaran khusus pisang segar dan industri makanan berasaskan pisang. Bagi bahan tanaman klon buluh pula didakwa dimana tahap untuk pengeluaran buluh betong disasarkan sebanyak satu juta menjelang 2022 daripada jumlah semasa sebanyak 200,000 anakbenih. Buluh Betong merupakan jenis buluh yang paling terkenal secara komersial kerana fungsinya sebagai bahan asas untuk pembinaan hingga pemuliharaan tanah dan juga dilaporkan mampu mangawal hakisan tanah. Buluh Betong  juga boleh menjadi sumber bahan mentah yang lestari kerana tempoh matang yang singkat dalam masa tiga hingga empat tahun dan dapat bertahan hingga 100 tahun. Oleh itu dengan pengeluaran komersial betong dari Pusat Inovasi FGV di Enstek, Negeri Sembilan telah menjadi makmal kultur tisu tanaman pertama di Malaysia yang berjaya menghasilkan anak benih klon buluh betong secara besar-besaran. Saya ada menulis mengenai buloh betong dalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukan dengan pautan berikut (Sila klik disini)Belum ramai petani tempatan yang ingin mengusahakan tanaman Buluh Betong (Dendrocalamus asper) di Malaysia secara monokrop komersil kerana kurang mengetahui akan potensinya. Apa pun ada kalangan mereka yang menanam sebagai tanaman hiasan atau untuk dijadikan bahan asas batang buloh secara kecil-kecilan dipenjuru kebun. Jarak tanaman disyorkan adalah sekitar 8m x 4m memberikan kepadatan sebanyak 312 rumpun sehektar. Pemberian baja asas semasa menanam sangat digalakan untuk meningkatkan pertumbuhan pokokl. Kadar pemberian baja NPK setiap tahun adalah sekitar 100 - 300 kg/ha dengan menggunakan baja NPK 15:15:15.  Saya menulis dimana batang buluh betong boleh dituai setelah tanaman berumur 3 tahun walau pun sebenarnya puncak penghasilan bila pokok berumur 5 - 6 tahun. Kutipan hasil rebung buluh betong (antara jenis buluh yang rebungnya paling enak) perlu dilakukan satu minggu setelah rebung muncul ke permukaan tanah. Dalam satu tahun lazimnya setiap rumpun dewasa menghasilkan antara 10 - 12 batang buluh.

Laporan media menyatakan dimana selain dari buluh betong kini penyelidikan klon FGV juga menyasarkan untuk menghasilkan bahan tanaman klon buluh baharu dikenali dengan varieti Buluh Semantan menjelang 2022. Didakwa dimana buluh semantan yang dapat ditanam di seluruh Malaysia itu digunakan sebagai bahan asas untuk papan partikel, kraftangan dan aplikasi seperti penyepit makanan, pencungkil gigi dan lidi sate. FGV mendakwa telah turut meningkatkan pengeluaran bahan tanaman kelapa pandan sebanyak 70,000 pada 2021 iaitu peningkatan sebanyak 20,000 berbanding tahun lalu. Apa pun pada masa ini hampir 70 peratus bahan tanaman yang dihasilkan dibekalkan untuk aktiviti penanaman dalaman FGV dansebanyak 30 peratus lagi dijual kepada pasaran domestik. Apa yang menarik adalah dimana selain spesies pandan pihak FGV menyasarkan untuk menghasilkan 200,000 anak benih kelapa MATAG menjelang 2025 selepas tempoh matang benih kelapa seluas 50 hektar luasnya yang terletak di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak di Jerantut, Pahang. Penulis blog pernah memberikan khidmat kepakaran didalam usaha membangunkan benih kelapa matag ini diperingkat awal (Sila lihat foto disebelah).  Kelapa Matag adalah varieti kelapa hibrid yang paling digemari di Malaysia di mana ia dapat menghasilkan hingga 25,000 lebih banyak kelapa sehektar setiap tahun berbanding kelapa biasa. Kelapa MATAG sesuai untuk menghasilkan air kelapa, santan dan minyak kelapa dara. FGV juga ada menawarkan perkhidmatan pengklonan kontrak untuk menghasilkan pelbagai bahan tanaman yang lain secara besar-besaran mengikut keperluan projek pertanian pelanggan atau penanaman ladang mereka. Apa pun bahan tanaman yang boleh di klon termasuk tanaman yang mempunyai nilai komersial dan sesuai untuk pembiakan mikro in-vitro. Antara bahan tanaman baharu yang memiliki nilai pasaran tinggi termasuk vanila dan guarana. Anda boleh membaca beberapa artikel mengenai vanilla (Sila klik disini) dan Guarana (Sila klik disini) dan banyak lagi dalam blog sama. 

Penulis blog merujuk beberapa sumber termasuk dalam Wikipedia mengenai FGV untuk tahu selanjutnya. FGV Holdings Berhad (didaftarkan sebagai Felda Global Ventures atau singkatan FGV. Dahulu ia dikenali sebagai Felda Global Ventures Holdings Berhad; MYX: 5222) ialah sebuah syarikat pertanian dan komoditi pertanian global Malaysia dan merupakan anak syarikat milik penuh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Dengan operasi di seluruh dunia, FGV menghasilkan keluaran kelapa sawit, getah, kacang soya dan produk kanola, oleokimia dan produk gula. Felda Global Ventures diperbadankan sebagai sebuah syarikat berstatus Sendirian Berhad pada 19 Disember 2007, ia pada mulanya dikendalikan sebagai cabang perdagangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Perniagaan teras FGV merangkumi Sektor Perladangan, Logistik dan Lain-lain (LO) dan Sektor Gula. FGV mula disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 2012 dan penyenaraian tawaran awam awal (IPO) syarikat ini merupakan yang kedua terbesar di dunia selepas Facebook. FGV ialah syarikat ketiga terbesar kelapa sawit di dunia mengikut keluasan tanaman. Di Malaysia sahaja, FGV mengawal lebih 850,000 hektar tanah, yang merangkumi 500,000 hektar secara kasar bahawa ia menyewa dan menguruskan untuk 112,635 pekebun kecil FELDA. Pada Mac 2014, FGV mempertimbangkan untuk memisahkan bahagian pengangkutan dan logistiknya, dengan menggabungkannya dengan syarikat perkhidmatan logistik bebas yang sedia ada; syarikat Malaysia Century Logistics Holdings Bhd telah disebut sebagai rakan kongsi dalam latihan ini. Kumpulan ini merancang untuk melupuskan dua atau tiga aset atau pelaburan bukan teras dan tidak berbayar, yang dinilai "beberapa ratus juta ringgit" dan sekaligus menambah pendapatan kepada FGV. FGV mengumumkan pada Mei 2018 untuk meningkatkan mekanisasi di estetnya kepada 115,000 hektar atau 35% daripada keseluruhan kawasan penanamannya menjelang 2020. Pada 3 Julai 2018, Felda Global Ventures Holdings Berhad bertukar nama kepada FGV Holdings Berhad. Menurut kenyataan rasmi FGV: "Perubahan ini akan membolehkan FGV membangunkan jenama dan identiti tersendiri yang berasingan daripada Felda, pemegang saham utama kami dan membolehkan pemegang kepentingan untuk membezakan antara kedua-dua entiti. Dilaporkan bagi tahun fiskal 2016, FGV dilaporkan telah meraih kenaikan keuntungan sebanyak 35 peratus bagi pendapatan suku kedua dan meraih pendapatan sebanyak RM1.33 juta pada suku pertama berakhir pada 31 Mac 2018. Menurut laporan tahunan FGV 2017, ramalan harga purata minyak sawit mentah pada 2,400 ringgit meningkat kepada 2,600 ringgit setan pada 2018. FGV mengkaji dasar dan amalan tadbir urus korporat yang menyaksikan pengenalan kerangka dan struktur tadbir urus yang lebih cekap, dasar baru dan semakan semula dasar dan prosedur sedia ada Kumpulan untuk menyelaraskan cabang dan aktiviti FGV dengan lebih baik dalam tadbir urus korporat dan amalan perniagaan. Pada 23 Januari 2019 Haris Fadzilah Hassan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Sepanjang tahun dimana dilaporkan FGV terlibat dalam beberapa kontroversi dan skandal yang melibatkan pengurusan, kakitangan, dan warga kerjanya. Menurut Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram, skandal FGV dilihat lebih besar daripada kontroversi dan skandal yang menyelubungi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana ia memberi kesan kepada negara dan rakyat. Beliau dipetik sebagai berkata: "Skandal yang lebih besar pada pandangan saya, yang menjejaskan lebih ramai orang, adalah FGV. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
NAMA FGV.... TERKENAL DIDUNIA...
KELUARKAN BENIH... TC ADANYA...
PISANG DAN BULUH... SUDAH ADA...
KUKUHKAN MAKANAN... DI NEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Rejab 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...