Support My Blog

Sunday, February 7, 2021

TAUCU - APA KHASIATNYA

TAUCU atau KACANG SOYA MASIN merupakan sejenis ramuan makanan yang popular di Asia. Tauco adalah bahan ramuan makanan yang terbuat dari biji Kacang Soya (Glycine max) yang telah direbus, dihancurkan dan dicampur dengan tepung gandum kemudian dibiarkan sampai tumbuh kulat dalam proses penapaian (fermentation). Fermentasi taucu dengan cara kita merendam kacang soya dengan air garam, kemudian dijemur pada panas terik matahari selama beberapa minggu sampai keluar aroma yang khas taucu. Akibat dari merendam ini mengubah kacang soya menjadi warna coklat kemerahan. Pada pertengahan proses merendaman lazimnya akan ada proses mengeluarkan bau yang menyengat seperti ikan busuk atau bau belacan. Beberapa usahawan membuat taucu cara  tradisional mengatakan bahwa hasil rendaman tersebut sesuai untuk diproses menjadi kecap sedangkan biji kacang soya tersebut diproses menjadu Taucu. Terdapat berbagai cara memmbuat produk taucu yang masing masing memiliki keistimewaan tersendiri. Contoh taucu yang terdapat dipasaran kini seperti jenama Yeo's, Tamin, Bilal, Adabi dan banyak lagi.Setiap pengeluar taucu memiliki keunikan cita rasa tersendiri. Artikel subuh Isnin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai produk taucu dan khasiatnya untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.

Dari pemerhatian penulis yang melawat beberapa pembuat taucu, ia dapat disimpan lama sampai bertahun tahun dimana ia tidak akan rosak atau basi. Ini akan berlaku selama boleh dalam penyimpanannya selagi tidak terkena air mentah ataupun tercemar dengan bahan organik lainnya. Mungkin saintis di Malaysia kurang membuat kajian yang lebih terperinci mengenai taucu. Kaum Cina sejak dulu telah memakan taucu sebagai lauk setiap makan terutama ketika mereka makan bubur. Penggunaannya yang umum adalah sebagai ramuan (bumbu) atau penyedap dalam membuat lauk pauk, misalnya masakan ayam bumbu taucu, nasi goreng taucu, ikan tumis taucu dan sebagainya. Taucu juga saya dapati adalah bahan makanan yang biasa dimakan masyarakat Malaysia, Singapura dan Indonesia. Setiap 100 gram taucu ini mengandungi tenaga sebanyak 166 kcal, protein 10.4 gram, karbohidrat 24.1 gram, lemak 4.9 gram, kalsium 55 miligram, fosforus 365 miligram dan zat besi 1 miligram. Selain itu di dalam Taucu juga terkandung vitamin A sebanyak 23 IU, vitamin B1 0,05 miligram dan vitamin C 0 miligram.  Ia juga menunjukkan taucu merupakan makanan yang berkhasiat untuk dimakan.

Penulis mendapati taucu merupakan contoh produk penapaian yang bersifat semipadat atau pasta. Terdapat usahawan kecil dan sederhana yang membuat taucu dengan banyak dengan rasa dan aroma yang enak dan popular. Taucu mempunyai warna yang bermacam-macam daripada yang kuning-putih hingga coklat kehitaman (Sila lihat proses pemeraman di foto sebelah). Taucu yang dijual dibungkus dengan kemas dalam botol atau bekas yang tahan. Lazimnya di pasaran ada dua jenis iaitu jenis taucu kering dan jenis taucu basah. Rasa taucu juga ada yang manis dan ada juga yang masin. Perbezaan kedua jenis dan rasa ini adalah berdasarkan pada jumlah air dan jumlah gula yang selalu ditambahkan semasa pembuatannya. Taucu dapat dibuat dari kacang soya hitam atau kacang soya putih, tetapi yang sering digunakan ialah kacang soya hitam. Selian itu, bahan yang sering juga ditambahkan pada masa membuat taucu ialah berbagai jenis tepung seperti tepung gandum, tepung beras, dan tepung kentang.

Kebanyakan usahawan menggabungkan aktiviti pembuatan taucu sama dengan pembuatan kicap kerana proses fermentasi taucu juga berlaku dua kali tetapi dengan jenis berbeza. Fermentasi bagi membuat taucu dilakukan oleh mikrorganima. Ragi Tempe yang digunakan berperanan dalam proses fermentasi seperti jenis ragi Rhizopus oryzae berlangsung dalam larutan garam. Dalam proses pembuatan taucu juga ditambahkan garam dan gula merah. Makanan taucu juga dimana ia mempunyai khasiat yang baik bagi kesihatan kita terutama bagi pencernaan. Taucu memiliki rasa dan aroma yang khas sehingga taucu sering pula digunakan sebagai 'flavoring agent' (pemberi rasa pada makanan). Selain itu, taucu juga mudah dihadamkan kerana kacang soya yang digunakan sudah mengalami proses fermentasi . Taucu dijual murah dipasaran kerana ia mudah disediakan dan juga hasil sampingan membuat kicap. Semua anda berminat makan makanan yang mengandungi taucu selepas membaca blog kali ini. Wasallam!.

KHASIAT TAUCU.... DICERITAKAN...
PROSES MEMBUAT...PENAPAIAN...
WARNA PUTIH...DAN KEHITAMAN...  
SIAP DIMASAK... ENAK DIMAKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pasaraya Mydin,
Precint 15, Putrajaya,
Malaysia.
(13 JamadilAkhir 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...