Support My Blog

Thursday, February 25, 2021

SISABAKI RACUN DAN KISAHNYA

SISABAKI RACUN DALAM MAKANAN 
merupakan satu isu yang berlanjutan di banyak negara termauk Malaysia. Ia selalu diukur dengan perkataan MRL. 
MRL bermakna Maximum Residue Limit merupakan tahap maksimum kuantiti atau kadar atau kekuatan atau kepekatan yang dibenarkan boleh terdapat dalam tanaman makanan akibat penggunaan racun perosak tersebut berdasarkan Amalan Pertanian Baik (APB). Kadar ini boleh diukur dan ia perlu dikawal dengan baik terutama oleh petani dan usahawan pertanian supaya jumlah kandungannya berada pada paras yang selamat bagi tujuan kesihatan pengguna. Almalan bagi mendapat kadar MRL boleh dijalankan melalui ujian makmal ke atas sampel hasil pertanian (seperti Sayur-sayuran, buah-buahan, produk lain) diman ini memang sering dilakukan. Sampel ini perlu diambil secara rawak daripada bakul dalam dua peringkat iaitu sampel di kebun (dijalankan oleh Jabatan Pertanian) dan sampel dipasar (oleh Kementerian Kesihatan) dengan kuantiti tertentu untuk di hantar ke Makmal Analisa Residu. Maklumat ujian iaitu kandungan bahan kimia sisabaki akan direkodkan. Jika berlaku perlanggaran maka tindakan selanjutnya akan terus dilakukan oleh kedua-dua pihak penguatkuasa tersebut. MRL berkait dengan penggunaan Racun Makhluk Perosak atau didefinasikan sebagau sebarang bahan atau pun sebatian bertujuan untuk mengawal, mencegah, memusnah, melemah, menghalau, melegakan atau mengurangkan jumlah makhluk perosak. Racun perosak mungkin terdapat dalam bentuk bahan kimia, agen biologi, antimikrob, bahan penyahjangkit atau alatan digunakan terhadap apa-apa jenis makhluk perosak. Makhluk perosak termasuklah serangga, patogen tumbuhan, rumpai, moluska, burung, mamalia, ikan, nematod, dan mikrob yang merosakkan benda, menyebarkan penyakit atau menjadi vektor untuk penyakit. Walaupun ada kebaikan dalam menggunakan racun perosak akan tetapi sebenarnya ia tetap ada keburukannya seperti potensi keracunan terhadap manusia dan haiwan lain. Mengikut Konvensyen Stockholm Mengenai Pencemar Organik Berterusan, 9 daripada 12 bahan kimia organik yang berbahaya dan bersifat kekal (berterusan) ialah racun perosak. Sisa racun makhluk perosak (MRL) pula merujuk kepada racun perosak yang mungkin kekal atau dalam makanan selepas ia digunakan untuk tanaman makanan. Tahap maksimum yang dibenarkan oleh sisa-sisa makanan dalam makanan sering ditetapkan oleh badan pengawalseliaan di banyak negara. Peraturan-peraturan seperti selang pra-tuaian juga sering menghalang tuaian tanaman atau produk ternakan jika dirawat baru-baru ini untuk membolehkan kepekatan sisa berkurang dari masa ke masa ke tahap yang selamat sebelum musim menuai. Pendedahan penduduk umum kepada sisa-sisa ini biasanya terjadi melalui penggunaan sumber makanan yang dirawat, atau berada dalam hubungan rapat dengan kawasan yang dirawat dengan racun perosak seperti ladang atau rumput. Dilaporkan ada banyak bahan kimia terutamanya derivatif racun perosak berklorin dimana ia adalah bioakumulasi yang boleh membina tahap berbahaya di dalam badan serta di alam sekitar. Bahan kimia yang berterusan boleh diperbesarkan melalui rantaian makanan dan telah dikesan dalam produk yang terdiri daripada daging, ayam, dan ikan, minyak sayuran, kacang, dan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran. Artikel tengahari Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis rencana ke 6,257 mengenai sisabaki racun dan statusnya seperti dilaporkan dalam banyak media tempatan.

Pengguna seharusnya bijak dalam membuat p
emilihan sayur-sayuran dan buah-buahan ketika mendapatkannya atau membelinya. Ini kerana kandungan sisa racun makhluk perosak dan bahan toksin pada sayur-sayuran dan buah-buahan menimbulkan kebimbangan terhadap pengguna kerana ia menjadi punca pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser. Bagaimana pun tanggapan ini kurang tepat kerana bahan pencemaran dan aditif makanan pada paras yang rendah hanya boleh mendatangkan risiko bahaya tetapi tidak terus memberi kesan kepada tubuh manusia. Jika residu racun ini terkumpul pada paras yang tinggi dalam tubuh maka ia juga mungkin boleh mendatangkan bahaya untuk kesan jangka masa panjang. Sebaiknya pengguna boleh mengelakkan dari pengumpulan residu bahan pencemaran dengan mengikuti beberapa asa panduan yang saya senaraikan. Pertama adalah dengan mempelbagaikan jenis makanan. Sebaiknya cuba elak mendapatkan sesuatu jenis makanan dari satu punca iaitu pembekal atau tempat yang sama. Biasanya makanan dari satu punca menggunakan kaedah pengeluaran serupa (Jika ia banyak guna racun ada risikonya). Begitu juga penggunaan racun perosak yang sama atau pencemaran alam sekitar yang sama. Amalan dengan menukar punca makanan dimana ia mengurangkan risiko pengumpulan bahan toksik. Kedua adalah dengan menanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan di kebun sendiri atau di keliling rumah. Amalan menanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan di sekeliling rumah memastikan ia bebas daripada racun perosak. Ketiga adalah dengan memilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang ada kesan ulat atau serangga. Buah yang mempunyai kesan ulat atau serangga menunjukkan sayur-sayuran dan buah-buahan itu kurang atau tiada sisa racun perosak. Dipasaran ada pelbagai jenis racun bahaya yang boleh menyebabkan makhluk perosak lali. Ke empat adalah dengan amalan membasuh dengan bersih sayur-sayuran dan buah-buahan. Amalan membasuh sayur-sayuran dan buah-buahan mengurangkan residu racun perosak sehingga 20 peratus. Racun makhluk perosak tidak dapat dihilangkan 100 peratus kerana buah-buah mempunyai lapisan minyak di permukaannya yang mengikat racun perosak. Ke lima adalah dengan cara mendapatkan sayur-sayuran dan buah-buahan hidroponik. Kaedah penanaman hidroponik di kawasan yang ditutupi jaring menghalang serangan racun perosak. Untuk lebih pasti lagi, dapatkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mempunyai label. Ke enam adalah dengan cara untuk mendapatkan bekalan dari pertanian organik. Kaedah penanaman organik dihasilkan secara semula jadi tanpa menggunakan bahan kimia dan racun perosak. Ia menggunakan baja organik. Hasil pertanian organik lebih mahal tetapi lebih selamat untuk dimakan. Di samping itu pembaca blog memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan bebas daripada racun perosak, pengguna perlu tanaman itu selamat dimakan, bersih dan mempunyai kandungan zat makanan.

Di Malaysia dilaporkan pada tahun semasa terdapat 
800 notifikasi sisa racun dalam hasil pertanian tempatan. Ini juga berkait dngan situasi dimana Malaysia menerima sebanyak 800 notifikasi dari Singapura, Jepun, Jerman dan Taiwan setiap tahun, berkaitan sisabaki (residu) racun perosak yang melebihi paras dibenarkan dalam hasil pertanian yang dieksport negara ini. Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Ronald Kiandee nyatakan hasil dari laporan Jabatan Pertanian bagi tahun 2018 dan 2019 itu menunjukkan situasi itu memberi gambaran negatif mengenai jaminan keselamatan dan kualiti hasil pertanian Malaysia kepada negara pengimport dan pasaran tempatan. Kini telah ada galakan pelaksanaan sistem Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) di sektor pertanian dan akan terus dipromosi pelaksanaannya dalam kalangan pengusaha dan pengeluar bahan pertanian tempatan. Cara ini dalam memastikan angka notifikasi produk pertanian Malaysia pada masa akan datang dapat dikurangkan serta kualiti dan jaminan keselamatan untuk keperluan eksport ke pasaran antarabangsa mampu untuk ditingkatkan. Impak yang paling utama disasarkan kerajaan menerusi sistem IPM ini adalah rakyat dapat menikmati hasil pertanian di pasaran tempatan yang selamat untuk dimakan dan berkualiti kerana bebas dari pencemaran racun berbahaya. Makanan yang selamat juga adalah satu daripada elemen penting sebagaimana yang ditetapkan Food and Agriculture Organization (FAO) untuk menilai kedudukan sekuriti makanan dalam sesebuah negara. Dalam lima tahun kebelakangan ini dilaporkan tanaman di Malaysia diserang pelbagai jenis perosak invasif antaranya kumbang merah palma pada tanaman kelapa, 'bacterial panicle blight' pada tanaman padi dan 'fall armyworm' pada tanaman jagung. Tiga perosak ini memberi kerugian anggaran hampir RM10 bilion kepada bukan sahaja hasil tanaman dan perdagangan sahaja malahan kerajaan sudah membelanjakan lebih RM5 juta dalam tempoh itu bagi aktiviti kawalan dan pemusnahan perosak di seluruh negara. Kini dengan keadaan suasana ekonomi dunia kini yang terjejas akibat wabak COVID-19 maka pastinya semua pihak tidak mahu kerugian hasil dari pertanian akibat ketidak boleh pasaran atau kemusnahan hasil pertanian akibat serangan perosak memburukkan lagi situasi dunia masa kini. Jabatan Pertanian yang menjalankan fungsi sebagai Organisasi Perlindungan Tumbuhan Kebangsaan berusaha untuk memastikan pelaksanaan biosekuriti tanaman dan tumbuhan menjadi keutamaan dalam memacu usaha ke arah pertanian mampan. IPM ini sebenarnya ketika RMK-11, kerajaan peruntukkan RM2.5 juta dan kita akan perkasakan lagi dalam RMK-12 ini dengan RM10 juta untuk hasilkan makanan yang selamat dimakan rakyat di negara ini dan untuk dieksport. Jabatan juga memudahkan pensijilan myGAP dan ia bergantung kepada jenis sayuran di mana dalam tempoh tiga bulan sudah boleh peroleh sijilnya.

Dalam laporan media lain dimana pihak 
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 21 sampel cili yang dijual di pasaran tempatan tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 berkaitan residu racun perosak. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dakwa pihak KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah pun menjalankan pemantauan terhadap cili import di pintu masuk negara dan pasaran tempatan. Hasil pemantauan KKM dari Januari lalu hingga kini sebanyak 503 sampel cili termasuk cili dari Vietnam telah dianalisis dan didapati 21 sampel cili (4.2 peratus) tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 berkaitan residu racun perosak dan tindakan penguatkuasaan telah pun dijalankan. KKM akan meneruskan pemantauan ke atas sayur-sayuran termasuk cili di pintu masuk negara dan di pasaran tempatan bagi memastikan pematuhan ke atas Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Semua makanan yang diimport ke negara ini perlu mematuhi akta-akta berkenaan dan menjadi tanggungjawab pihak terlibat bagi memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran dalam mematuhi perundangan makanan. Kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.  Pernah dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan dimana ia melaporkan cili merah Vietnam dikesan diseludup masuk dan dijual secara berleluasa di seluruh pasaran negara meskipun kerajaan telah menggantung import permit (IP) masa tersebut.

Pihak KKM juga melalui MStar.com telah melaporkan dan m
ngesahkan salad jenis Iceberg Lettuce jenama Vege 2 Fresh di cemari bahan kimia Fibronil. Jualan bagi produk diarahkan untuk di HENTIKAN serta merta pada 18 Oktober 2018 menjadi peringatan kepada semua petanii dan pengguna. Fibronil merupakan sejenis RACUN SERANGGA yang boleh memberi kesan kepada kesihatan sekiranya di ambil dalam paras yang tinggi. Dilaporkan dimana ia boleh boleh menyebabkan berpeluh, loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, pening, resah, lemah badan dan kekejangan. Aktiviti pemantauan ke atas sayur-sayuran di pasaran tempatan akan dilakukan. Laporan tersebut telah menyatakan pihak AVA (Kini SFA) telah mengarahkan produk lettuce berjenama Pasar dan Iceberg keluaran Malaysia dengan berat 400 gram setiap produk ditarik balik dari pasaran Singapura kerana dikesan tercemar dengan bahan kimia fipronil. Fipronil adalah sejenis racun serangga biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama. Pengambilan fipronil pada paras tinggi dalam jangka pendek boleh menyebabkan berpeluh, loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, pening, resah, lemah dan kekejangan. Menurutnya hasil pemantauan KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dari 2017 sehingga Julai 2018, sebanyak 5,297 sampel sayur-sayuran dan buah-buahan diambil di pasaran tempatan dan di pintu masuk negara bagi yang diimport untuk dianalisis.  Hasil analisis mendapati 97 (1.8%) sampel dikesan mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan dan tindakan penguatkuasaan telah dijalankan. KKM akan terus meningkatkan pemantauan ke atas sayur-sayuran di pasaran tempatan dan di pintu masuk negara bagi memastikan pematuhan ke atas perundangan makanan. Di bawah Seksyen 13 Akta Makanan 1983 ada menetapkan mana-mana orang menyediakan atau menjual apa-apa makanan mengandungi bahan beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
APA DIA MRL.. DALAM MAKANAN KITA...
RACUN KIMIA... KESANNYA BAHAYA...
PERLU KAWAL... PIHAK BERKUASA...
MAKANAN SELAMAT... KITA BAHAGIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Rejab 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...